Anda di halaman 1dari 10

 

Bahagian A (modul 3)

“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Apabila mendengar sahaja peribahasa di atas, pasti tergambar dalam fikiran

kita bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan perbuatan menabung. Cuba kita berfikir sejenak, apakah itu

menabung? Menabung merupakan perbuatan yang mulia dan dapat ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah

wang demi menjamin masa depan seseorang. Namun begitu, dalam era pascaglobalisasi ini kesedaran untuk

menabung semakin menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi golongan remaja. Para cendekiawan

memfasiqkan bahawa wang bukan segala-galanya, tetapi tidak dinafikan dengan wang kita dapat melakukan segala-

galanya. Peribahasa tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata amat tepat untuk menyokong pendapat

tersebut. Kini, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menabung. Kita boleh menabung di bank-bank

tempatan yang banyak terdapat di negara kita atau melabur dalam saham-saham yang dijamin oleh kerajaan.

Sememangnya, amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak setahun jagung kerana melentur buluh biarlah

dari rebungnya. Izharnya, amalan menabung ini mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada individu yang

melakukannya tetapi juga terhadap masyarakat dan negara.

 Faedah kedua sekiranya seseorang itu melakukan tabungan ialah wang tabungan itu dapat digunakan pada waktu kecemasan.

Dana kecemasan ini cukup penting terutamanya buat individu yang sudah berkeluarga. Dana kecemasan biasanya merupakan

satu dana yang disimpan untuk membiayai perbelanjaan di luar jangkaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa malang

tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang ditabung dapat membantu orang

yang berada dalam keadaan susah sebagai sumber kewangan. Misalnya, semasa dalam masalah kesihatan, ditimpa bencana

alam dan tragedi kemalangan jalan raya. Sudah pasti wang tabungan itu amat berguna untuk tujuan rawatan. Sebagai

impaknya, wang tersebut juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Dalam erti kata yang

lain, wang tersebut dapat memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sediakan

payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Hakikatnya, amalan menabung merupakan

persediaan kita untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh akal sama sekali.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi ini memaksa kita mendapatkan

pendidikan yang sempurna agar dapat bersaing di pentas global. Hal ini kerana melalui tabiat menabung, kita akan mendapat

pelbagai limpahan nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pelajaran ke menara gading. Hasil tabungan boleh

digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan mentaliti kebergantungan kepada wang bantuan dapat dikesisikan daripada

terus menjadi pegangan hidup. Sebagai contohnya, ibu bapa yang ,membuat tabungan melalui insurans pendidikan tidak akan

menghadapi masalah apabila anak-anak mereka ditawarkan mengikuti pengajian di universiti. Para remaja juga boleh

menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan yang boleh membantu meningkatkan tahap intelektualisme

mereka. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan tentu sahaja memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, amalan menabung

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit akan membantu kita membiayai kos pendidikan yang sempurna bagi menjana kemajuan

negara agar dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

Faedah menabung juga dapat memupuk nilai berdikari. Putaran kehidupan akan mengubah seseorang daripada kanak-kanak

kepada remaja dan akhirnya menjadi dewasa. Semasa menjangkau usia dewasa, komitmen hidup semakin kompleks kerana

perlu menyara kerluarga. Hal ini kerana dalam zaman milineum ini, kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan

memerlukan kebestarian akal dalam menghadapinya. Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan secara sistematik

agar pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara berhemah. Kek pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan

memastikan sebahagiannya disimpan sebagai wang tabungan. Kehidupan berkeluarga amat bernilai dan kemenjadian anak-

anak menjadi satu harapan bagi semua insan yang bergelar ibu dan bapa. Sehubungan dengan itu,, anak-anak perlu mendapat

pendidikan yang sempurna bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran menguasai kemahiran teknologi. Sebagai

contohnya, selain diberikan pendidikan wajib dan formal di sekolah, ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak menghadiri
kelas tambahan . dan memastikan tanggungjawab menjaga dan menanggung keperluan asas anak-anak seperti pakaian,

makanan dan tempat tinggal yang selesa. Oleh itu, amalan menabung perlu subur di dalam jiwa kerana boleh dijadikan sumber

untuk menyara keluarga .

Akhirulkalam, amalan menabung memberikan pelbagai manfaat kepada umat manusia sekiranya diurus secara bijak dan

berhemat. Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung menjadi

rutin hidup seluruh masyarakat Malaysia. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, yang pipih tidak datang melayang,

yang bulat tidak datang bergolek dan tidak ada gunung tinggi yang tidak dapat didaki, tidak ada luruh dalam yang tidak dapat

dituruni. Sikap bersungguh-sungguh yang berpegang kepada peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya perlu ada dalam diri

untuk merealisasikan amalan menabung sebagai budaya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang. Kesabaran dan

ketekunan dapat mendaki gunung-ganang. Seterusnya, kita wajarlah bijak merancang kewangan hidup kita dengan

mengamalkan budaya menabung wang sejak setahun jagung lagi supaya dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan

negara. Kita juga perlu merenungi faedah-faedah amalan menabung dan menjadikan amalan tersebut sebagai agenda utama

dalam kamus hidup kita.

BAHAGIAN A (MODUL 4)

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan


untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini
hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan
bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri
mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak
sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah
kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan
seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa
hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata pepatah “ sesal dahulu pendapatan , sesal
kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil
Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan
dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

  Langkah pertama yang seseorang perlu ambil ialah sentiasa belajar


bersungguh-sungguh. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang
guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran  tersebut akan
cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar
psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar  adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh
perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan
agar dapat mewujudkan  suasana bilik darjah bilik darjah yang ceria
supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan
dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-
apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga menyiapkan segala
kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih
memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya
kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya
kurang faham kerana berdasarkan satu kajianyang telah dijalankan dan
telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar dalam
peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa
mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang
kurang difahami oleh mereka. Tegasnya memberi tumpuan ketika guru
mengajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru
merupakan satu langkah dan persediaan yang sedang saya lakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan
mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada
masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat
dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca
dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta
matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar
pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai
kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang
serta lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara
tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat
hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. 
Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan
dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak
akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu
soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini
apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan 
sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya
untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi  dorongan dan
nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya
melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat
mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih
terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang
kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-
rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam
membuat sebarang keputusan dalam hidup saya

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah prakarsa mengamalkan nilai-


nilai murni serta menyemai sikap yang positif dalam sanubari diri saja.
Saya mesti berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa rajin menuntut
ilmu pengetahuan bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan dengan
cemerlang malah memperoleh ilmu yang berguna. Saya sepatutnya
bersikap tenang semasa menemui kegagalan dan menjadikannya
sebagai batu loncatan untuk menyemarakkan api yang membara untuk
mencapai puncak kejayaan. Setiap pekerjaan juga haruslah dilakukan
sehingga selesai seperti pepatah alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Membaca itu jambatan ilmu yang mampu
meluaskan horizon pemikiran kita dan menguasai berita terkini seluruh
dunia. Kita bukan sahaja perlu membaca buku contoh karangan, malah
boleh mendapat ilmu yang berlebihan melalui rancangan televisyen,
majalah, surat khabar dan rangkaian Internet. Inisiatif yang
diimplementasikan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahun
asas di samping meningkatkan tahap penulisan kita. Tambahan pula, saya
perlu memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan
dan cabaran. Pegangan agama dan mempunyai jati diri yang mantap
amat signifikan supaya menghindari diri daripada situasi yang bolej
menganggu perasaan. Menurut Albert Einstein, seorang ahli fizikteori,
beliau berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. Maka, saya akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya
tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya
mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Saya
perlu berusaha mendapat doa, restu dan dorongan daripada Tuhan
kerana tanpanya, saya tidak akan memperoleh kejayaan walau betapa
banyak usaha yang telah saya curahkan. Bulan semakin terang, bayang
kian jelas bahawa saya wajar mematuhi segala nasihat yang diberikan
oleh kedua-dua ibu bapa yang telah lama makan garam dan sentiasa
berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian-Nya

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa


untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah
mengikuti langkah-langkah dan segala perbincangan yang saya
rancangkan. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu
kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang
menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap gelita.
Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, hidup kita sudah tentu teraba-aba dalam kegelapan.
Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai
jadi arang

BAHAGIAN B (SOALAN 13)

Saban hari, penggunaan internet semakin berleluasa dalam


kehidupan manusia di seantero dunia terutamanya dalam kalangan
remaja seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Internet
menjadi wadah ataupun medium terpenting yang memungkinkan
seseorang remaja mencari apa-apa sahaja maklumat serta berhubung
dengan dunia luar kerana segala-galanya berada di hujung jari. Pada
zaman dahulu ketika internet belum lagi tercipta, remaja hidup
secara praktikal iaitu dengan menulis surat untuk dihantar kepada
mereka yang jauh menggunakan perkhidmatan pos, berbelanja ke toko-
toko untuk membeli sesuatu dan mengunjungi perpustakaan demi
mendapatkan maklumat. Namun kini, penggunaan internet yang semakin
berleluasa dalam hidup manusia terutamanya dalam kalangan remaja
telah memudahkan urusan harian mereka kerana kini penggunaan
internet telah menjadi gaya hidup para remaja pada abad ini.
Remaja kontemporari tidak perlu lagi mencurahkan tenaga dan masa
untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini di perpustakaan dan
mereka dapat menyiapkan tugasan-tugasan mereka dengan mudah. Oleh
itu, tidak hairanlah remaja merupakan pengguna internet
paling dominan kerana mereka mempunyai banyak keperluan dalam
penggunaan internet. John Landgraf, iaitu pengarah syarikat saluran
televisyen FX pernah mengatakan bahawa teknologi informasi dan
internet dengan pantasnya mengubah hampir setiap aspek kehidupan
kita, sebahagian lagi menjadi lebih baik dan sebahagian lagi menjadi
lebih buruk. Pernyataan beliau membuktikan bahawa waima terdapat
pelbagai perdebatan tentang pro dan kontra dalam penggunaan
internet, namun tiada sesiapapun yang boleh melarikan diri daripada
ledakan teknologi maklumat yang cukup canggih itu. Oleh itu
persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan daripada penggunaan
teknologi internet kepada saya sebagai seorang remaja?

   Salah satu kebaikan penggunaan internet kepada saya sebagai seorang


remaja ialah saya dapat mengakses maklumat-maklumat cukup pantas
hanya dengan satu klik sahaja pada laman carian Google. Maklumat
carian bukan sahaja muncul dalam bentuk teks, tetapi juga dalam bentuk
grafik, audio dan animasi. Maklumat-maklumat yang muncul dalam
pelbagai bentuk telah banyak membantu saya untuk memahami sesuatu
pelajaran yang memerlukan visual dan imaginasi seperti subjek Biologi
dan Fizik. Di samping mendapatkan akses kepada maklumat-maklumat
tanpa sempadan, saya juga dapat menjimatkan kos membeli buku
dan masa emas saya yang terbuang untuk pergi ke perpustakaan. Hal ini
bertepatan dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air kerana
saya tidak akan merasa terbeban untuk memperoleh maklumat-
maklumat dengan cara yang mudah dan praktikal. Penggunaan internet
telah sedikit sebanyak membantu saya dalam pembelajaran saya kerana
melalui laman Youtube, saya boleh belajar daripada guru-guru yang baik
hati untuk merakamkan video mereka mengajar agar dapat dimanfaatkan
oleh murid-murid lain juga. Benarlah kata-kata Kent Conrad, ahli politik
termasyhur di Amerika yang mengatakan bahawa akses computer dan
internet telah menjadi kebutuhan bagi dasar pendidikan dalam
masyarakat kita. Saya sebagai seorang remaja yang mendahagakan ilmu
pengetahuan dapat menimba sebanyak mana ilmu-ilmu dalam pelbagai
aspek hanya dengan berbekalkan telefon pintar dan jaringan internet.
Kehadiran internet yang telah menjadi gaya hidup saya membolehkan
saya untuk menjadi seorang yang penuh ilmu di dada dan tidak mudah
terpedaya dengan fakta-fakta yang teleh diselewengkan kerana saya
dapat mencari kebenaran dengan mudahnya melalui penggunaan
internet. Tegasnya, kebaikan penggunaan internet kepada saya ialah saya
dapat memanfaatkan jaringan internet untuk mengakses maklumat-
maklumat dari sumber yang bervariasi  dengan mudah untuk membantu
saya dalam pembelajaran saya.

   Seterusnya, saya juga dapat menambah kenalan baru melalui


penggunaan internet. Hal ini boleh dikatakan sedemikian kerana terdapat
banyak laman sosial dan aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter dan Telegram yang membolehkan saya untuk berhubung dengan
sesiapa sahaja waima mereka tinggal berjuta-juta batu dari saya. Saya
dapat berinteraksi dengan dunia luar tanpa perlu
mengeluarkan sepeser pun untuk terbang ke negara dan benua lain.
Kami akan dapat saling bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara
yang diminati dengan mudah pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang
halangan. Tamsilnya, saya dapat menghubungi kenalan atas talian saya
yang berasal dari Jepun untuk bertanyakan norma kehidupan masyarakat
Jepun kerana saya amat memandang tinggi budaya
hidup marhaen negara matahari terbit. Saya juga telah dihubungi oleh
beberapa insan luar negara yang ingin mengetahui Malaysia dari
sudut perspektif masyarakat lokal melalui aplikasi sosial yang bernama
Amino. Melalui interaksi bersama kenalan-kenalan saya yang terdiri
daripada ras dan kewarganegaraan yang heterogen, saya dapat
membuka minda saya dan meluaskan horizon pemikiran saya terhadap
dunia kerana saya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung yang
tidak mengetahui gaya hidup masyarakat luar walaupun hanya
tinggal statik di tanah air sendiri dan membesar dalam lingkungan
komuniti yang sama kerana saya masih seorang remaja yang tinggal
sebumbung dengan ibu bapa saya. Penggunaan internet telah membantu
saya mencipta gaya hidup yang penuh dengan interaksi sosial dengan
dunia luar yang membuatkan saya sofistikated untuk berkenal-kenalan
dengan manusia seluruh dunia yang beragam-ragam. Sesungguhnya,
penggunaan internet membolehkan saya menambah kenalan saya yang
terdiri daripada insan-insan dengan latar belakang yang berbeda-beda
tanpa perlu bermusafir ke negara-negara lain,
 Namun, di sebalik kemajuan teknologi internet yang membawa
kepada banyak kemaslahatan kepada saya, sudah tentu terdapat banyak
keburukan yang boleh menimpa saya jika saya tidak berhati-hati dalam
menggunakan internet. Antara keburukan penggunaan internet ialah diri
saya akan terlalai dengan menggunakan internet sepanjang masa tanpa
menghiraukan masa. Penggunaan internet secara berlebihan akan
mendorong seseorang ketagihan untuk menggunakan internet
sepanjang masa terutamanya pada usia remaja. Masalah penggunaan
internet secara berlebihan dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan
dengan kecanduan mereka untuk bermain permainan video dalam
telefon pintar mereka seperti League of Legends, Mobile Legends dan
Call of Duty. Kegilaan remaja terutamanya kaum adam untuk bermain
permainan video semakin lama semakin parah kerana mereka sanggup
menghabiskan wang jajan mereka untuk membeli peralatan-peralatan
maya dalam permainan video tersebut. Bagi kaum hawa pula, selalunya
mereka ketagihan untuk melayan media sosial seperti Instagram, Twitter
dan Facebook sehingga hilang kesedaran terhadap masa yang terbuang
begitu sahaja. Kecanduan terhadap penggunaan internet membuatkan
remaja cenderung untuk mengasingkan diri mereka dalam bilik mereka
daripada dunia sebenar kerana mereka lebih selesa untuk berada di alam
maya tanpa berinteraksi dengan manusia sebenar. Mereka menerapkan
gaya hidup berasaskan penggunaan internet semata-mata sehingga
menimbulkan sikap mementingkan diri sendiri dan kurang bergaul
dengan orang lain. Fenomena ini paling izhar berlaku di Jepun sehingga
terwujudlah satu istilah iaitu ‘Hikikomori’ yang ditujukan kepada
sekelompok orang yang hanya mengurungkan diri dalam bilik mereka
untuk menggunakan internet tanpa berinteraksi langsung dengan
manusia sekeliling. Senario ini amat membimbangkan kerana seseorang
itu akan hilang skil berkomunikasi dan tidak peka dengan perkembangan
sekeliling akibat jarang berpijak pada bumi yang nyata. Perkara inilah
yang paling saya mahu hindarkan kerana sebagai manusia yang fitrahnya
adalah untuk berhubung sesame manusia, saya tidak mahu internet
menjadi penyebab utama saya mensia-siakan waktu berharga untuk
menelaah ilmu pengetahuan sehingga menjejaskan prestasi
kecemerlangan saya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa keburukan
penggunaan internet ialah boleh menyebabkan saya terlalai untuk
menggunakannya sepanjang masa sehingga terputus
dengan realiti kehidupan sebenar.
 Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan
juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan
daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan
komputer. Malah  pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan
merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas.  Di samping itu, hal
ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum
menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk
pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi.
Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum,
penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada
jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian
maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar
akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau
mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan
jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar
dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak
sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari
segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet
mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif
serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari
penipuan di internet.

 Akhir sekali, penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan


saya terdedah kepada unsur-unsur kejahatan berlegar-legar dalam
internet. Waima terdapat banyak informasi berilmiah dalam internet,
namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh
orang ramai terutamanya remaja seperti video-
video brutal dan pornografi. Bahan-bahan inilah yang boleh merosakkan
dan meracuni akal fikiran remaja kerana pada dasarnya, remaja ialah insan
yang masih dalam proses mengenali dunia dan tidak boleh membezakan
yang mana permata dan kaca. Remaja juga terdedah terhadap budaya
kuning yang benar-benar kontra dengan adat resam dan nilai murni
orang Melayu yang mementingkan budi bahasa dan nilai pekerti setiap
insan. Remaja-remaja akhirnya akan menerapkan unsur-
unsur mazmumah yang diperoleh daripada internet dalam kehidupan
mereka sehingga perkara mungkar ini menjadi gaya hidup para remaja
pada abad ini. Maka tidak hairanlah ramai remaja yang berperikelakuan
ganas serta terjerumus dengan gejala sosial seperti budaya berpelesiran
di kaki-kaji jalan , menghisap rokok serta pergaulan bebas. Senario ini
berlaku akibat pengaruh unsur-unsur mazmumah yang tersebar luas
melalui internet persis virus epidemik. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana nilai murni dan budi pekerti akan sirna dan
lenyap begitu sahaja daripada diri para remaja. Tuntasnya, saya akan
terdedah dengan sisi gelap internet apabila menggunakannya tanpa
kawalan dan had kerana internet membolehkan dunia tanpa sempadan
baik bagi perkara baik ataupun buruk.

   Berdasarkan huraian-huraian diatas, terbuktilah bahawa penggunaan


internet mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri terhadap saya
sebagai remaja. Internet yang merupakan sebuah penciptaan teknologi
tercanggih perlulah digunakan sesuai keperluan dan kemaslahatan agar
tiada sesiapa pun yang akan mendapatkan keburukan daripada
menggunakannya. Saya sebagai seorang remaja
sewajarnya memaksimumkan penggunaan internet untuk perkara-
perkara yang penting sahaja supaya saya tidak menyalahgunakan
kemudahan internet. Oleh itu, saya menyeru remaja-remaja lain agar
menjadi pengguna internet yang bijak. Semua remaja perlulah
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan tidak membiarkan diri
mereka sendiri terjebak dalam kancah kemusnahan diri akibat menjadi
mangsa kepada kemusnahan sosial dan akal melalui penggunaan internet
yang tidak terkawal. Pengaruh internet telah sedikit sebanyak
menjadi sebati dalam kehidupan saya dan remaja-remaja lain. Jika semua
remaja menyalahgunakan kemudahan internet yang ada untuk
melakukan perkara-perkara mungkar dan sia-sia, apakah yang akan
terjadi terhadap masa depan anak bangsa kelak? Saidina Ali sendiri yang
pernah mengataakn bahawa jika kita mahu melihat masa depan sesebuah
negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.    Janganlah kita
menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing dalam usaha mendisiplinkan diri sendiri dan remaja-remaja lain
kerana pada akhirnya, konsekuensi penggunaan internet secara
berlebihan yang menjadi gaya hidup para remaja pada hari ini bukan
sahaja berdampak buruk kepada diri kita, namun juga kepada masyarakat
dan negara. Oleh sebab itu, saya mestilah menjadi pengguna internet
yang bijak dan berdisiplin serta memanfaatkan sepenuhnya penggunaan
internet untuk menjadi seseorang yang lebih berilmu pengetahuan luas,
berwawasan dan holistik dalam bidang teknologi, komunikasi dan juga
akademik.

Anda mungkin juga menyukai