Anda di halaman 1dari 14

NOORFAEZA BINTI ISMAIL

UFD180060

SOALAN 1
Salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Negara adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

a. Terangkan konsep nilai daripada dua orang pengaji moral.

(5 markah)
JAWAPAN:
Moral merupakan satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap
benar, baik dan patut dilakukan. Perkembangan moral merupakan proses perkembangan
keperibadian murid selaku seorang anggota masyarakat dalam berhubungan dengan orang lain.
Perkembangan ini berlangsung sejak masa bayi hingga akhir hayat. Perkembangan merupakan
suatu proses pembentukan social self (peribadi dalam masyarakat), yakni pembentukan
peribadi dalam keluarga, bangsa dan budaya.

Terdapat ramai pengkaji moral yang melahirkan model-model yang membawa kepada
perkembangan nilai-nilai moral dikalangan manusia khususnya bermula dari pendidikan awal
kanak kanak. Disini akan diterangkan konsep nilai moral oleh dua (2) orang pengkaji moral
iaitu Piaget dan Kohlberg.

Teori Perkembangan Moral Piaget menerangkan bahawa Kanak-kanak berfikir dengan 2 cara
yang amat berbeza tentang moral iaitu Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.
Heteronomous Morality merupakan tahap pertama perkembangan moral menurut teori Piaget
yang berlaku pada usia kanak-kanak 4 hingga 7 tahun. Pemikir Heteronomous menilai
kebenaran atau kebaikan perilaku dengan mempertimbangkan akibat dari perilaku itu, bukan
maksud dari pelaku. Sebagai contoh memecahkan 12 gelas secara tidak sengaja lebih buruk
daripada memecahkan 1 gelas dengan sengaja, ketika mencuba mencuri sepotong kuih.
Autonomous Morality pula adalah Tahap kedua perkembangan moral menurut teori Piaget,
yang diperlihatkan oleh anak-anak yang lebih tua iaitu kira-kira berusia 10 tahun atau lebih.
Anak menjadi sedar bahwa aturan-aturan dan hukum-hukum diciptakan oleh manusia dan
dalam menilai suatu tindakan, seseorang harus mempertimbangkan maksud-maksud pelaku
dan juga akibat-akibatnya. Bagi pemikir Autonomos, ia bermaksud pelaku dianggap sebagai
yang terpenting.

1
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

Piaget berpendapat bahawa dalam proses perkembangan kanak-kanak akan menjadi lebih
pintar dalam berfikir tentang persoalan sosial, terutama tentang kemungkinan-kemungkinan
dan kerjasama. Pemahaman sosial ini diyakini Piaget terjadi melalui nilai perhubungan dengan
rakan-rakan sebaya yang saling memberi dan menerima antara satu sama lain.
Teori Perkembangan Moral oleh Kohlberg pula menerangkan bahawa perkembangan moral
didasarkan terutama pada akal budi iaitu keintelektualan moral dan berkembang secara
bertahap. Teori Kohlberg ini berdasarkan teori perkembangan moral pada prinsip-prinsip dasar
hasil penemuan Piaget. Pada perkembangan moral menurut Kohlberg, ia menekankan dan
memberikan keyakinan bahawa dalam pembentukan nilai moral di kalangan kanak-kanak
berlaku dalam suatu turutan yang berkaitan dengan usia. Pada masa usia sebelum 9 tahun,
kanak-kanak lebih cenderung kepada prakonvensional. Pada masa awal remaja, mereka akan
lebih cenderung pada konvensional dan pada awal masa dewasa, tahap kecenderungan mereka
akan menjurus kepada pasca konvensional. Demikian hasil teori perkembangan moral menurut
kohlberg dalam psikologi umum.

Secara kesimpulannya, Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi
pemupukan nilai murni masyarakat berbilang kaum. Ia bertujuan melahirkan rakyat yang
berakhlak mulia, mampu membezakan baik dan buruk serta mampu menjadi benteng dari
terjebak dengan perkara-perkara negatif. Pendidikan seumpama ini perlu diterap sejak dari
kecil kerana ia akan menjadi asas apabila sudah dewasa seperti kata pepatah ´melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Oleh kerana pendidikan ini penting, maka ia perlu dirangka
dengan sebaiknya bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaannya.

2
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

SOALAN 1(B)
b. Beri pandangan anda, bagaimana nilai-nilai yang terkandung di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan boleh mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Negara.
(5 markah)

JAWAPAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan
kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri
dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak
tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental
dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan
khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan
keadaan dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak


supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu,
kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan
suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan
ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan
murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih
berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan
menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. 42

Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu kanak-kanak pada usia
enam tahun yang pertama. Melalui asuhan dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini
dapat dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti dan pemikiran
kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk
menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka panjang
mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan yang positif kepada

3
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

kerajaan dan masyarakat. Pada masa yang sama, semakin banyak hasil kajian neurosains
menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan pada peringkat awal dengan
perkembangan minda kanak-kanak yang optimum. Menyedari hakikat ini maka pada tahun
1996, prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun
2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun
pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai 2010 di
semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.

Secara umumnya 14 nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra
Sekolah Kebangsaan (KSPK) amatlah menyeluruh dan merangkumi segala aspek
pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak pra sekolah. Perkara ini memberikan
impak yang besar bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FSK) ialah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini juga ada menyatakan matlamatnya untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Oleh itu,
kerohanian juga merupakan salah satu daripadanya. Dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), ia menyenaraikan senarai
fokus yang perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya berkaitan akidah,
ibadah, sirah, akhlak dan asas bahasa Al-Quran dan tulisan jawi dalam pendidikan Islam. Bagi
pendidikan Moral pula, ia menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid seperti nilai
kasih sayang, bekerjasama, disiplin, toleransi, bertolak ansur, bersyukur dan sebagainya. Jikan
nilai-nilai ini disematkan ke dalam diri murid-murid, tingkah laku dan sikap mereka akan lebih
baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara-perkara negatif.

4
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

Kurikulum dibentuk berdasarkan falsafah yang telah ditetapkan. Oleh itu, falsafah pendidikan
perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum menyediakan kurikulum prasekolah. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang digunakan dalam pengajaran prasekolah adalah
dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Semua pusat
pembelajaran kanak-kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun
dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu, program pendidikan
prasekolah yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak formal dalam suasana yang
menyeronokkan. Bagi membantu perkembangan kanak-kanak, pendidik perlu memahami
hasrat negara yang telah diterjemahkan dalam FPK dan Rukun Negara. Oleh itu, kurikulum
bagi pendidikan prasekolah telah disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak
supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Selaras
dengan matlamat FPK, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Jika dilihat dalam
konteks tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam pendidikan prasekolah, terdapat beberapa
elemen dalam FPK yang telah dijadikan sebagai panduan dalam merancang suatu kurikulum.
Antara elemen tersebut adalah seperti pendidikan suatu usaha berterusan, memperkembang
potensi individu, perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, insang yang
seimbang dan harmonis, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, rakyat Malaysia yang
berilmu pengtahuan, rakyat Malaysia yang berketrampilan, rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, rakyat Malaysia yang berkeupayaan
menikmati kesejahteraan diri dan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

Berdasarkan elemen pertama iaitu pendidikan suatu usaha berterusan, kita tahu bahawa proses
pendidikan itu tidak terbatan dan merupakan proses yang dijalankan secara berterusan
sepanjang hayat. Hal ini termasuklah proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada di
rumah lagi dan seterusnya pendidikan secara formal di sekolah. Misalnya, kita dapat lihat
bahawa pendidikan di Malaysia bermula daripada pendidikan di peringkat awal kanak-kanak
sama ada di prasekolah, rumah ataupun tadika. Pendidikan diteruskan pula ke peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah pada umur 7 hingga 17 tahun. Kemudian, diteruskan

5
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

lagi peringkat pengajian tinggi, iaitu insitut pendidikan tinggi sama ada institut pendidikan
tinggi awam mahupun ataupun swasta.

Elemen memperkembang potensi individu pula menekankan keupayaan, bakat dan potensi
individu dalam aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap individu
mempunyai potensinya yang tersendiri sejak lahir lagi. Oleh itu, melalui pendidikanlah
seseorang dapat memperkembangkan dan meningkatkan potensi mereka agar mencapai ke
tahap yang lebih cemerlang. Jika dilihat dalam aspek rohani, ia merangkumi unsur berkaitan
kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.

Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Misalnya pendidikan Islam dalam
tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, ia memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang
Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasullullah dan Kalimah Syahadah. Di samping itu, murid-
murid prasekolah juga belajar mengenai cara-cara bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan
solat, mencontohi beberapa akhlak Rasullullah dan melakukan amalan harian mengikut
adab. Pada masa yang sama, murid-murid prasekolah juga dapat mengenal asas bahasa Al-
Quran seperti huruf hijaiyah dan jawi serta menghafal beberapa doa dan surah-surah pendek.
Melalui kemahiran-kemahiran yang diajar inilah mampu membantu mengembangkan potensi
kanak-kanak tersebut dalam aspek rohani. Contohnya, guru menekankan nilai dan amalan
membaca doa dan membasuh tangan sebelum dan selepas makan merupakan salah satu aspek
kerohanian yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid prasekolah.

Dalam FPK juga, ia menekankan elemen perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Hal ini bermakna, bakat, potensi dan kebolehan seseorang individu itu tidak boleh
dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dikembangkan secara bersepadu iaitu
merangkumi aspek JERIS. Potensi kanak-kanak bukan sahaja dikembangkan dalam aspek
komunikasi, fizikal dan kreativiti, ketrampulan, kemanusiaan ataupun sains dan matematik
tetapi aspek kerohanian juga perlu seiring dengan perkembangan aspek-aspek yang lain.
Justeru, Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah dibahagikan kepada beberapa tunjang
termasuklah tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Bagi elemen yang ketiga iaitu insan yang seimbang dan harmonis merujuk kepada perkembang
individu dari aspek ilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak, mempunyai rasa

6
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwan dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang
sihat dan cergas serta kematangan dalam emosi dan sosial. Menurut perspektif Islam, tujuan
dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara. Matlamat utama pendidikan juga menurut perspektif Islam adalah untuk
pembinaan dan pendidikan akal (tauhid), pembinaan keperibadian (sikap) persiapan diri bagi
kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran) dan seterusnya supaya manusia mampu menerokai
dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan diri secara berterusan. Oleh itu, elemen insan
yang seimbang dan harmonis adalah salah satu panduan dalam membentuk kerohanian dalam
diri seseorang individu. Untuk menjadi insan yang seimbang adalah amat penting bagi
seseorang individu itu memiliki ilmu dan sahsiah yang baik. Keseimbangan antara kelima-lima
aspek ini (JERIS) akan menghasilkan individu yang mempu hidup secara harmonis dengan diri
dan orang lain. Seseorang individu itu juga perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu
sebagai manusia yang jujur, benar, baik tutur kata dan amalannya untuk mendapat bimbingan
dan hidayah Allah. Kesemua aspek ini ada diterapkan dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai dalam pendidikan Prasekolah.

Elemen kepercayaan kepada Tuhan juga diberikan penekanan dalam FPK bahawa semua
hidupan yang berada di muka bumi ini adalah tidak tercipta dengan sendirinya malah adalah
ciptaan Allah. Daripada elemen ini, kita dapat lihat dalam kurikulum Standard Pendidikan
Prasekolah terdapat perkara yang difokuskan salah satunya ialah kepercayaan kepada Tuhan.
Hal ini termasuklah aktiviti menyebut Rukun Iman dan Rukun Islam. Manakala dalam
pendidikan Moral pula adalah seperti nilai bersyukur terhadap ciptaan yang Allah beri.

Elemen seperti membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan pula menggalakkan
masyarakat agar menanam sikap suka membaca dan cinta akan ilmu pengetahuan. Elemen ini
dapat kita dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyatnya memiliki sikap suka membaca
dan cinta akan ilmu pengetahuan dan mengamalkannya bagig membantu bukan sahaja diri
sendiri tetapi juga membantu orang lain. Antara ciri individu yang berilmu pengetahuan adalah
mereka yang memiliki ciri-ciri suka membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu. Penerapan budaya membaca juga adalah
salah satu ninlai yang diterapkan dalam perkembangan kerohanian kanak-kanak, contohnya
nila kerajinan. Oleh itu, elemen FPK ini membantu dalam merancang dan melaksanakan

7
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

kurikulum bagi tunjang kerohanian di mana tumpuan diberikan kepada perkembangan dan
penguasaan kemahiran berfikir kanak-kanak sebagai individu yang berilmu pengetahuan.
Kepelbagaian kecerdasan murid juga perlu diambil kira untuk memperkukuhkan pengalaman
pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang mempunyai ciri-ciri kerohanian
yang tinggi dan memegang nilai-nilai murni dalam diri mereka.

KSPK juga ada menerapkan elemen rakyat Malaysia yang berketrampulan dalam tunjang
kerohanian, sikap dan nilai. Seorang individu yang berketrampulan adalah seseorang yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam melakukan tugas demu
memajukan negara. Di samping itu, elemen rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
menggalakkan untuk menerapkan tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan
bersepadu serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Seseorang rakyat yang berakhlak
mulia juga adalah seorang yang tahu membezakan sesuatu perkara yang baik dan yang buruk
serta sentiasa memilirkan kesan dan akibat daripada perbuatan yang dibuatnya.

Prinsip Rukun Negara bukan sahaja panduan dalam bidang pendidikan, tetapi ia juga menjadi
pegangan dan asas kepada seluruh warga Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam konteks
pendidikan prinsip rukun negara ini amat berkait rapat dalam membantu perkembangan
kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral bagi prasekolah
dalam tunjang kerohanian yang mengandungi nilai-nilai adalah berdasarkan agama, tradisi dan
norma-norma masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta norma-norma kemanusiaan
sejagat yang sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Misalnya, prinsip pertama dalam
rukun negara ialah kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menekankan bahawa bangsa dan
negara kita telah wujud atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Matlamat pendidikan juga
adalah untuk membangunkan semua aspek diri individu secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri individu terpelihara. Selaras dengan matlamat FPK iaitu melahirkan
insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial, terdapat beberapa
prinsip yang dipililh bagi merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya adalah bertanggungjawab pada diri, keluarga dan
orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan
keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia dan
mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Matlamat negara juga adalah untuk
membina masyarakat yang bermorak dan beretika iaitu sebuah masyarakat yang bersatu padu

8
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

dan mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi.

Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, kita perlu membantu murid-murid untuk memahami,


menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip tersebut. Pendidikan Moral yang terbina mampu
memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan
konflik dan kemahiran sosial. Dengan adanya penguasaan kemahiran-kemahiran ini, ia
menyediakan murid untuk menghadapi alaf baru dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab. Dalam prinsip Rukun Negara yang kedua pula iaitu Kesetiaan kepada Raja
dan Negara, prinsip ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu hormat dan patuh pada pemimpin
dan raja serta setia kepada negara. Perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah juga
perlu diberi perhatian bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah secara rasional.

Di samping itu, perkembangan aspek rohani dan personaliti individu sepertimana yang ingin
dicapai dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam KSPK, dapat kita lihat dalam Prinsip
Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini berkait rapat dengan
nilai morak dan akhlak masyarakat. Prinsip ini juga menjadi panduan seluruh masyarakat
supaya perilaku masyaraka sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni. Jika kita lihat
dalam pendidikan moral prasekolah, ia memberi fokus kepada nilai-nilai dan perlakuan moral
yang dipupuk secara berterusan sepanjang murid berada di prasekolah. Antara fokus dalam
pendidikan morak di prasekolah adalah seperti Kepercayaan kepada Tuhan, baik hati,
bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan
berdisiplin. Walau bagaimanapun, pendidikan moral di prasekolah ini tidak dijalankan melalui
aktiviti yang spesifik sahaja tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan di
prasekolah.

Kesimpulannya, prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijadikan
panduan dan pegangan menentukan kurikulum sekolah mampu membantu perkembangan
tunjang kerohanian, sikap dan nilai di prasekolah. Untuk meningkatkan perkembangan rohani
kanak-kanak, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.
Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta alam semesta perlu ditegaskan. Melalui pendidikan

9
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

agama dalam tunjang kerohanian inilah semangat dan rasa sayang kepada Tuhan serta sifat-
sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap diperkukuhkan. Oleh itu, prinsip Falsafah
Pendidikan dan Rukun Negara seperti kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.
Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanaan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung
kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di dalam bilik darjah.

10
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

SOALAN 2
Pilih lima (5) nilai daripada empat belas nilai yang terdapat dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan dan lima (5) metod pengajaran yang telah pelajaran.
a. Sediakan satu (1) aktiviti bagi setiap nilai yang dipilih dengan menggunakan
metod yang sesuai untuk diterapkan nilai itu kepada kanak-kanak.
(5 markah)

JAWAPAN
1. Aktiviti Bercerita Menggunakan Buku Besar – Nilai Kasih Sayang
2. Aktiviti Projek seperti Usahawan Cilik – Nilai Kerjasama
3. Aktiviti Bermain Pupet – Nilai Keberanian
4. Aktiviti Main Peranan – Nilai Hormat
5. Aktiviti Lakonan – Nilai Kejujuran

b. Beri kekuatan lima (5) metod yang telah anda pilih di atas.
(5 markah)

JAWAPAN
1. Aktiviti Bercerita Menggunakan Buku Besar – Nilai Kasih Sayang
Bercerita adalah aktiviti yang mampu memindahkan emosi dan perasaan, dan melonjakkan
keupayaan berfikir anak-anak. Banyak kajian membuktikan bahawa aktiviti bercerita
mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak. Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak
masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendengarannya mula berfungsi kita sudah sedia
boleh membacakan buku untuknya. Melalui bercerita ia boleh merangsang sel-sel otak bayi
dan kanak-kanak. Turut mengaktifkan sel-sel saraf pada otak dan membuatkan otaknya lebih
aktif. Ini secara langsung ada kaitan dengan perkembangan kecerdasan intelektualnya. Cerita
yang disampaikan mampu untuk merangsang pancaindera anak kecil, terutamanya
pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima sebegitu banyak maklumat.
Maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. Jadi usah hairan sekiranya
bayi yang selalu mendengar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak, membaca menulis
dan sebagainya. Itu adalah kerana perkembangan otaknya lebih optimum. Perkembangan otak
yang optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yang diajarkan
kepadanya. Dengan metod ini dapat melatih anak untuk lebih peka. Anak yang sering
mendengar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi yang lebih peka. Kepekaan ini akan
melahirkan sikap-sikap positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri dan lain-lain.

11
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

Dengan kata lain, kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.
Pada umumnya, cerita akan lebih berkesan berbanding dengan nasihat kerana cerita akan
terakam dengan lebih kuat dalam ingatan. Cerita juga akan menjadikan otak kita lebih relaks.

Gunakan intonasi suara yang berbeza supaya aktiviti bercerita menjadi lebih menarik, sekali
gus merangsang pancaindera pendengaran anak kecil. Suara bernada tinggi untuk orang A,
suara rendah untuk orang B, suara nyaring untuk orang C, dan seterusnya. Intonasi yang
berubah-ubah ini membuatkan anak-anak berimaginasi dan menghasilkan rakaman dalam
otaknya. Intonasi yang berbeza juga menimbulkan persepsi yang berbeza-beza. Cuba
bandingkan ‘semut kecil’ dengan ‘semul keciiiiil’. Tentu kita bayangkan ‘semut keciiiiil’ lebih
kecil daripada ‘semut kecil’. Kita juga boleh gunakan gerakan pantomin semasa bercerita.
Contohnya ketika bercerita tentang kuda melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi
melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat dan ekspressi wajah yang sesuai.
Tunjukkan perasaan ikhlas semasa bercerita kerana aktiviti ini akan membina ikatan jiwa.
Anak-anak dapat merasakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Anak-anak juga dapat
merasakan sekiranya ibu bapa mereka bercerita kerana terpaksa.

2. Aktiviti Projek seperti Usahawan Cilik – Nilai Kerjasama


Dengan melakukan aktiviti projek seperti Usahawan Cilik. Kanak-kanak akan belajar nilai-
nilai bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain secara spontan dengan bantuan guru. Mereka
akan tolong menolong dari mula menjalankan aktiviti hingalah ke akhir aktiviti selesai. Nilai-
nilai bekerjasama ini dapat diterapkan sambil mereka bermain. Diawal aktiviti kanak-kanak
akan mula menyusun, setup tempat aktiviti. Mengambil peranan masing-masing seperti
pembeli, penjual, tukang masak, prasaji, kaunter bayaran dan pekerja kebersihan. Di akhir
aktiviti pula kanak-kanak akan sama-sama menyapu, mengelap, mengemas, menyusun semula
kelas yang telah diubahsuai untuk menjalankan aktiviti tadi kepada yang asal. Sifat-sifat tolong
menolong dan nilai bekerjasama ini yang akan dupupuk di dalam diri mereka.

3. Aktiviti Bermain Pupet Tangan Atau Jari – Nilai Keberanian


Melalui bermain Pupet Tangan kanak-kanak bukan sahaja hanya untuk mencapai kegembiraan
sahaja, malah ia mempunyai peranan yang penting bagi pertumbuhan perkembangannya dan
meningkatkan keterampilan serta keberanian dalam diri kanak-kanak. Bercerita
dengan handpuppet bersama si Kecil ialah menjadi salah satu alat peraga edukatif yang efektif

12
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

untuk mendidik kanak-kanak. Sebab secara alami boneka tangan itu mereka akan tertarik,
mulai dari boneka tangan berbentuk binatang, aneka kartun kesayangan anak, dan lain-lain.
Bahkan bermain hand puppet dapat mengisi aktiviti kanak-kanak secara santai.
Memperkenalkan dengan berbagai aspek kehidupan sehari-hari melalui alat peraga boneka,
mampu menstimulasi untuk melatih dan mengembangkan kemampuan kerja otak kanak-kanak.
Ia juga turut
a) Melatih Komunikasi Kanak-kanak
b) Mengasah Daya Imaginasi Kanak-kanak
c) Meningkatkan Motor Kasar Dan Motor Halus Kanak-kanak
d) Kanak-kanak akan lebih konsentrasi
e) Dapat membantu kanak-kanak bersosialisasi

4. Aktiviti Main Peranan – Nilai Hormat

Kanak-kanak amat suka bermain peranan seperti memainkan peranan seperti ibubapa, anak-
anak malah guru. Ini kerana pernaan ini yang mereka nampak seharian. Mereka akan belajar
melalui model dan tunjuk ajar. Sikap ibubapa dan guru yang terpotret akan ditiru oleh kanak-
kanak. Oleh itu, sebagai ibubapa dan guru-guru amatlah penting untuk menunjukkan sikap
yang baik. Jika kanak-kanak melihat sikap-sikap negatif yang terbit dari orang sekeliling
mereka seperti guru dan ibubapa, mereka akan melakonkan watak-watak itu didalam
permainan mereka walaupun hanya bermain. Melalui main peranan inilah dapatlah kiranya
guru mengajar dan mendidik kanak-kanak agar menunjukkan sikap hormat menghormati.
Nilai hormat ini perlu diterapkan didalam diri kanak-kanak. Hormat kepada rakan-rakan
hormat kepada guru, hormat orang tua, hormat ke atas harta benda serta hormat kepada haiwan
yang diciptakan oleh Allah swt.

5. Aktiviti Lakonan – Nilai Kejujuran

Setiap tahun prasekolah akan mengadakan pementasan dan kanak-kanak akan diajar untuk
melakonkan watak-watak dalam buku cerita atau apa-apa cerita yang bermanfaat untuk tatapan
ibubapa dan rakan-rakan kelas yang lain. Pelajar akan diminta untuk menghafal skrip,
berdialog dan berlakon. Salah satu cerita yang bermanfaat adalah ‘Mengembala Biri-Biri oleh
Upin Dan Ipin’ iaitu Nilai-nilai Kejujuran diterapkan dalam melakonkan watak-watak dalam
cerita ini. Ia berkisar tentang seorang pengembala Biri-Biri yang suka bermain-main dengan
penternak dan penduduk kampung yang lain. Dia sering menipu penduduk kampong dengan

13
NOORFAEZA BINTI ISMAIL
UFD180060

berteriak bahawa kambing biri-birinya di makan serigala. Dan orang kampung pun berlari-lari
ingin menyelamatkan sipengembala itu. Malangnya sipengembala itu hanya metertawakan
sahaja kerana dia hanya bermain. Suatu hari kejadian itu betul-betul berlaku dan oleh kerana
orang kampong telah tertipu beberapa kali. Untuk kali ini, orang kampung tidak datang
membantu dan habis semua kambing biri-biri si pengembala itu dimakan serigala. Didalam
lakonan inilah boleh kita menerapkan nilai-nilai kejujuran dan bercakap benar agar tidak
menyesal kemudaian hari. Sentiasa berlaku jujur dengan rakan-rakan yang lain, ibubapa dan
semua masyarakat.

14

Anda mungkin juga menyukai