Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan buku Kognisi dan Afeksi, bagaimanakah buku ini boleh membantu

pdpc guru dalam subjek yang diajar di bilik darjah?

Buku yang bertajuk Proses Kognisi dan Afeksi telah dikarang oleh Profesor
Madya Dr.Suppiah Nachiappan. Mengikut buku ini, Proses Kognisi dan Afeksi telah
dibahagikan kepada 6 topik iaitu Proses kognisi dan Afeksi, Hubungan Psikologi
kognisi dengan psikologi afeksi, Proses kognisi dan afeksi dalam teks, Kaedah
Pedagogi Hermeneutik dalam analisis penulisan, Proses pemikiran tidak sedar dalam
perancangan penulisan teks dan Peranan kognisi dan afeksi dalam penghasilan
penulisan.

Berdasarkan huraian penulis buku ini, Tiga faktor utama yang mempengaruhi
penulisan, iaitu ciri-ciri pelajar, tugasan pembelajaran dan kualiti pengajaran guru.
Ciri-ciri pelajar termasuklah dari segi kesediaan kognitif dan kesediaan afektif.
Kesediaan kognitif ialah persediaan tingkah laku yang akan menentukan sejauh mana
suatu tugasan pembelajaran boleh dipelajari. Manakala kesediaan afektif merujuk
kepada sejauhmana sikap dan minat pelajar dapat mempengaruhi tugasan
pembelajaran dan mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila pelajar mempunyai
persediaan afektif yang baik dan seimbang, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih mudah dan kecenderungan untuk memperoleh kejayaan dalam sesuatu
tugasan pembelajaran adalah lebih besar.

Sebagai guru bahasa buku ingin banyak membantu dari segi pedagogi dalam
penghasilan karangan. Penghasilan karangan merupakan kemahiran yang penting
dalam kehidupan dan menyokong perkembangan kemahiran membaca dan berfikir.
Beyer (1988) menyatakan proses berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan
kecenderungan dan kesanggupan seseorang untuk terlibat dalam aktiviti berfikir.
Aktiviti penulisan juga merupakan satu aktiviti berfikir aras tinggi yang kompleks
yang memaparkan imaginasi perasaan, tahap minda, cita rasa dan tahap kognitif
penulisnya dan dianggap sebagai satu kemahiran berbahasa yang paling sukar
dilakukan. Justeru, dengan pembacaan buku ini guru dapat mengetahui, kelemahan
dalam penulisan mungkin disebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai kemahiran
berfikir dan pengurusan pembelajaran yang baik.

Penulisan esei yang baik bergantung kepada penggunaan proses afektif


dan kognitif. Pelajar menulis esei berdasarkan pola-pola berfikir yang sistematik,
iaitu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar mereka. Pelajar
menyimpan ilmu pengetahuan yang pernah dipelajarinya sejak di sekolah rendah
lagi. Apabila mula berfikir untuk menulis esei, maka pelajar mula mengalami proses
afektif secara dalaman untuk mencungkil maklumat berkaitan esei yang akan
ditulis.

Kemahiran menulis esei dapat digunakan sebagai kaedah penglahiran idea


daripada fikiran. Beberapa langkah pemikiran diambil oleh pelajar dalam proses
menghasilkan sesebuah esei. Pemikiran ilmu pengetahuan sebelum, semasa dan
selepas menulis esei diberi perhatian oleh pelajar dalam proses menyiapkan esei.
Berjaya atau tidak pelajar menghasilkan esei yang baik adalah bergantung kepada
keaktifan proses afektif dan kognitif yang dialami semasa proses menulis esei.
Selain itu, guru boleh mengajar secara berkesan melalui strategi pengajaran
bahasa, khususnya kemahiran karangan yang baik. Sesi pengajaran difokuskan untuk
membantu pelajar mengembangkan kreativiti, ilmu logik dan kemahiran menulis.
Tambahan pula, buku ini dapat memberi hala tuju kepada gur untuk sentiasa mengajar
secara konsisten dengan memberi input ilmu pengetahuan yang berguna, khususnya
aspek tatabahasa dan penstrukturan dan perenggan dengan sistematik. Penulisan
karangan dapat memberi ilham dan tanggapan baru kepada pelajar dalam memahami
karangan dan menjadi pelajar sebagai pemikir, penulis dan pengkritik hasil karangan
mereka sendiri.

Lebih-lebih lagi, buku ini membantu para guru yang mengajar subjek bahasa
seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil dapat menanggap gaya
penulisan karangan yang mendasari huraian dalam peranggan permulaan, perenggan
perkembangan dan perenggan penutup. Dengan memahami gaya penulisan karangan
dalam ketiga-tiga bahagaian, iaitu pendahuluan, perkembangan dan penutup, maka
dapat menyelami aspek psikologi, iaitu cara memproses maklumat yang tersemat
dalam tahap bawah sedar mereka. Informasi yang diterima sejak di peringkat
persekolahan rendah lagi dapat membantu pelajar menghasilkan karangan yang baik.
Para guru juga dapat merumuskan cara penulisan karangan pelajar apabila mengamati
cara dan gaya mengolah isi dan huraian karangan. Pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas dapat diubai suai, jika perlu dengan memberi penekanan input
pengetahuan dan gaya penulisan karangan kepada pelajar.

Namun demikian, guru juga dapat mengetahuai cara menilai dan mengkaji
aspek psikologi yang mejiwai pelajar dengan memahami gaya dan pengolahan
penulisan mereka. Pengalaman masa lampau yang disimpan sekian lama melalui
pembelajaran formal di sekolah atau tidak formal di luar persekitaran sekolah, dapat
dicungkil dan diselitkan dalam karangan pelajar melalui proses kognisi dan afeksi.
Kemahiran penulisan karangan ini dianggap sebagai suatu aset ilmu yang menarik dan
berkesan dalam dunia psikologi pendidikan.

Salah satu cara bagi menentukan sesi pengajaran dan pembelajaran itu
berkesan adalah dengan memerhari perubahan sikap kepada yang lebih baik. Setiap
ilmu pengetahuan yang dipelajari dipraktikkan dalam kehidupan seharian selari
dengan objektif pengenalan subjek penulisan, iaitu untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri pelajar. Buku ini membantu para guru untuk memberi tunjuk ajar
berkaitan dengan tingkah laku, sikap untuk menaikkan harga diri pelajar. Tunjuk ajar
ini boleh dijadikan motivasi untuk pelajar memperbaiki kemahiran penulisan ini.
Guru juga boleh mengajak pelajar bermuhasabah mengenai apa yang telah mereka
pelajari dengan menyediakan maklum balas atau komen yang dibina. Disamping itu,
guru juga boleh berbincang dengan pelajar mengenai persepsi terhadap kebolehan
mereka dan membandingkan dengan pencapaian sebenar mereka. Dengan ini, pelajar
mengetahui aspek yang perlu diperbaiki dan bagaimana cara mencapainya.

Justeru, penguasaan psikologi pelajar dalam gaya penulisan karangan dapat


membantu guru dalam menyampaikan input pelajaran yang maksimum kepda pelajar
dan membolehkan mereka merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
sistematik. Guru dapat menyediakan latihan pengukuhan penulisan ke arah
melahirkan karangan yang berkualiti, sekali gus dapat melahirkan pelajar sebagai
pemikir, penganalisis dan penilai yang berwibawa melalui gaya penulisan karangan
yang berbeza-beza.
Peranan kognisi dan afeksi secara khususnya amat signifikan dalam mengasah
kemahiran pelajar dalam bidang penulisan. Aspek kognisi yang mendasari ilmu
pengetahuan dan aspek afeksi yang berasaskan emosi adalah dua komponen yang
wujud dalam memandu proses penulisan. Apabila menulis dan berbincang isu
berkaitan penulisan, guru dan pelajar secara tidak langsung dipengaruhi oleh apa yang
mereka rasa. Pengaruh afeksi mempunyai kesan positif dan negative semasa menulis.
Secara tidak langsung, pengaruh afeksi menghubungkan kepercayaan dan sikap yang
menjurus kepada idea pemikiran yang berkualiti dan penulisan karangan yang
sempurna.

Penulisan mengenai emosi yang positif bukan sahaja mampu meningkatkan


kualiti perhubungan cinta malah penulisan mengenai emosi juga memberi kesan
kepada kecerdasan emosi dan kepuasan hidup.Selain itu,keyakinan diri juga
mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam penulisan.Misalnyna seseorang murid
yang mempunyai keyakinan diri dapat meluahkan perasaan, sikap dan gambaran
mengenai sesuatu topik dengan berkesan.

Penilaian markah atau gred diberikan pada murid berdasarkan kepada tahap
kebagusan seorang murid dalam mempersembahkan penulisan mereka daripada
membetulkan kesalahan tatabahasa , kesalahan ejaan dan tatabahasa. Sebagai contoh
dalam penulisan murid kesinambungan idea yang berkesan perlulah diberi pujian. Ia
amat penting dalam memastikan murid mengetahui aspek-aspek penting dalam
penulisan yang telah mereka kuasai. Ini tidak bermaksud guru tidak perlu
membetulkan kesalahan tatabahasa murid.

Proses kognisi dan afeksi secara khusus dan psikologi secara umumnya amat
signifikan dalam mengasah kemahiran pelajar dalam bidang penulisan. Justeru,
penggabungan unsur kognisi dan afeksi adalah suatu metafora yang sentiasa dinilai
semula dan meluaskan pengamatan kearah menjana dan mewujudkan makna yang
lebih luas melalui proses pemikiran bagi menghasilkan karangan yang baik. Tiada
jalan pintas untuk mendapatkan kemahiran menulis yang baik kerana ia memerlukan
komitmen dari semua pihak termasuklah tenaga pengajar, kerajaan, pihak sekolah dan
pelajar sendiri. Tenaga pegajar haruslah komited dalam medidik anak bangsa.
Kerajaan pula perlu menjadi tulang belakang kepada warga pendidik, iaitu kedua-
duanya bertukar-tukar pendapat untuk menghasilkan suatu modal pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Pelajar haruslah mempunyai kesediaan
untuk belajar. Kerjasama yng padu akan mampu merealisasikan objektif pendidikan
yang diuar-uarkan oleh KPM.

Anda mungkin juga menyukai