Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
para pelancong akan menggunakan wang ringgit mereka untuk membeli kraf tangan dan
hadiah-hadiah lain di negara kita untuk dibawa pulang ke negara masing-masing sebagai
cenderahati kepada insan-insan tercinta. Keadaan ini selari dengan hasrat kerajaan
melalui ucapan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim
Guan Eng yang menyatakan bahawa industri pelancongan telah menyumbang sebanyak
rm201.4 bilion pada tahun 2017.
industri pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang
asing masuk ke negara kita.
Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan
mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat
keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan.
- Negara kita yang berbilang kaum mempunyai budaya heterogen yang menjadi daya
tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk berkunjung ke negara kita.
- Di negara kita sahaja, mereka boleh menyaksikan dan merasakan budaya yang
berbagai jenis khususnya budaya Melayu, Cina dan India.
- Mereka juga dapat menyaksikan betapa tingginya toleransi antara kaum di Malaysia
apabila semua rakyat sama-sama menyambut acara kebudayaan masing-masing
seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk kaum Melayu, Tahun Baru Cina untuk
kaum China dan Hari Thaipusam bagi kaum India.
- Kraft tangan memaparkan keunikan Malaysia, pelancong membeli kraft tangan balik
ke negara mereka, mempromosikan budaya Malaysia ke luar negara.
- Warisan kebudayaan inilah yang menjadi khazanah nenek moyang yang patut kita
pelihara dan perkenalkan kepada masyarakat luar kerana warisan kita bagaikan kata
peribahasa tak lauk dek hujan, tak lekang dek panas. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa sektor pelancongan memberikan peluang kepada kita untuk
memperkasakan dan memperkenalkan budaya bangsa kita kepada masyarakat luar.