Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR SELATAN

02000 KUALA PERLIS, PERLIS


Tel :0498554377 / Faks : 049854489
www.skpadangbesarselatan.edu.my
emel:rba0022@skpadangbesarselatan.edu.my
RBA 0022
Tarikh : 27 OGOS 2018

Guru Besar,
Sek. Keb. Padang Kota,
Jalan Bintong,
01000 Kangar, PERLIS.
(up:. En Yusri bin Wan Chek)

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATA PELAJARAN


BAHASA MELAYU DI NORFA CAMP, CHANGLUN

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kecemerlangan Tahun 6/2018 Sek. Keb. Padang
Besar (S) akan mengadakan program Teknik Menjawab Mata Pelajaran Bahasa Melayu
UPSR 2018 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 September 2018 (Khamis)


Tempat : Norfa Camp, Changlun
Masa : 11.00 pagi – 1.00 t/hari (SLOT 3)

3. Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput En. Yusri bin Wan Chek sebagai
penceramah bagi program tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan
dapat memberi pelepasan kepada pegawai tersebut.

Sekian untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

SHOBRI BIN ZAIN


GURU BESAR
Sek. Keb. Padang Besar (S)
02000 Kuala Perlis, PERLIS

Anda mungkin juga menyukai