Anda di halaman 1dari 21

EDUP2132

PROFESIONALISME KEGURUAN

-ETIKA DAN PERUNDANGAN GURU-


NAMA PENSYARAH: MR. JAMES GEOFFEREY W.MOLIJOH

DISEDIAKAN OLEH:
▪ MUHAMMAD LUQMAN BIN MANSOR
▪ NOR ALFAIZIE BINTI MOHD ANUAL
▪ AFZAN HANIS BINTI MAZLAN
▪ WAN NOOR SYAZWANI BINTI WAN NOOR HISHAM
ISI KANDUNGAN

• Pengenalan kod etika keguruan Malaysia


- Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
- Akta SPRM 2009
• Hak Asasi Manusia
- Pengenalan hak asasi manusia
- Hak Asasi Kanak-kanak
- Hak Asasi Wanita
- Hak Asasi Orang Kurang Upaya (OKU)
• Isu-isu semasa tentang etika guru dan hak asasi manusia
KOD ETIKA KEGURUAN

1. Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku, nilai -nilai baik yang
harus diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Kod etika profesional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan
sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri.
3. Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion yang lain, guru perlu
mematuhi kod etika demi menjaga imej, maruah , akhlak dan keperibadian seorang
guru.
4. Peranan guru adalah menyebarkan ilmu kepada anak-anak murid, menjadi model
yang baik serta perlu mempunyai sifat dan kualiti peribadi profesional yang baik.
5. Perguruan adalah adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan
insan manusia yang sempurna.
PERATURAN DAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM

1. Guru mesti patuh akan peraturan – peraturan dalam aspek


kelakuan dan tatatertib seperti yang terkandung dalam Peraturan
Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002).
2. Tatakelakuan ( code of conducts ) bagi anggota perkhidmatan
awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4.
3. Antara peraturan tersebut:
- Peraturan 4 (1) : guru ditegah membocorkan rahsia kerajaan,
menentang dasar -dasar kerajaan dan lain -lain lagi.
- Peraturan 4(2) : tidak boleh membelakangkan tugas demi
kepentingan peribadi, menggunakan pengaruh, mencemarkan
imej
PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

- Peraturan 4 (A) : ( Gangguan seksual ): tidak boleh melakukan gangguan


seksual kepada orang lain.
- Peraturan 5 : ( Pekerjaan Luar): tidak boleh terlibat dengan urusan kerja luar
tanpa kebenaran ketua jabatan
- Peraturan 23 : (Ketidakhadiran tanpa cuti) bermaksud pegawai tidak hadir
dalam tempoh masa sepatutnya bagi tugas rasmi.
- Hukuman boleh dikenakan bergantung kepada jenis pelanggaran
tatakelakuan penjawat awam.
• Antara tindakan tatatertib adalah seperti berikut:
- Amaran -Buang kerja
- Denda - Turun pangkat
- Tangguh pergerakan gaji - Lucut hak emolumen
ISU – ISU ETIKA PROFESION KEGURUAN

1. Isu etika guru merujuk kepada apa sahaja persoalan yang berkaitan
dengan tugas dan tanggungjawab guru yang berkaitan dengan
peraturan dan undang -undang yang perlu dipatuhi oleh guru.
2. Contoh Isu:
- Guru mencabul kehormatan murid ( Harian Metro : 22 Julai 2012)
- Guru bergaduh dengan murid
- Guru tidak menggunakan masa dengan betul
- Guru memukul pelajar
- Guru berniaga di sekolah
- Guru tidak masuk kelas
AKTA SPRM 2009

▪ Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berkaitan dengan tugas rasmi (SPRM, 2016).
▪ Menurut Akta SPRM 2009 (Akta 694), empat kesalahan utama rasuah ialah:
i. Meminta/Menerima rasuah (seksyen 16 & 17 (a)
ii. Menawar/Memberi suapan (seksyen 17 (b)
iii. Mengemukakan tuntutan palsu (seksyen 18)
iv. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (seksyen 23).
https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/Akta%20694%20-
%20Akta%20Suruhanjaya%20Pencegahan%20Rasuah%20Malaysia%20-SPRM-%202009.pdf
ISU SEMASA BERKAITAN AKTA SPRM 2009

SEKSYEN 23 AKTA SPRM SEKSYEN 17 AKTA SPRM

i. Guru besar didakwa beri kontrak RMTS i. Rasuah: Guru besar dan dua guru direman
kepada anak tiga hari
(https://www.astroawani.com/berita- (https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/guru-besar-didakwa-beri-kontrak- malaysia/rasuah-guru-besar-dua-guru-
rmts-kepada-anak-227581) direman-tiga-hari-190128)

ii. Guru besar didakwa beri kontrak kepada ii. Guru wanita mengaku tidak bersalah
anak dan isteri rasuah polis
(https://www.bharian.com.my/berita/kes/20 (https://www.utusan.com.my/nasional/2021
19/10/621373/guru-besar-didakwa-beri- /01/guru-wanita-mengaku-tak-salah-
kontrak-pada-anak-dan-isteri) rasuah-polis/)
PENGENALAN HAK ASASI MANUSIA

➢ Hak Asasi Manusia ialah hak yang dasar dan wajib diterima dengan sama rata oleh seluruh
manusia. Contohnya, Hak memberi pendapat, hak mendapat pendidikan yang sempurna, hak
menganut agama atau kepercayaan dan lain-lain yang berkaitan (Fatimi, Zulkarnain, Arbaiyyah &
Mohd Roslan, 2016).
➢ Hak-hak asasi manusia juga telah diwartakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian 2
yang merangkumi sembilan (9) jenis kebebasan.

➢ Manakala melalui Konvensyen Hak Asasi Manusia, terdapat sembilan (9) teras hak asasi manusia
namun Malaysia hanya menerima tiga (3) teras iaitu:
i. Hak Asasi Wanita
ii. Hak Asasi Kanak-kanak

iii. Hak Asasi Orang Kurang Upaya (OKU)


Kebebasan
diri
Hak Bebas dari
terhadap menjadi
harta abdi

Perlindungan
Hal-hak daripada
berkenaan Undang-
undang
pelajaran
HAK Jenayah

ASASI

Kebebasan
Sama-rata
agama

Kebebasan
bercakap Kebebasan
dan bergerak
berhimpun
HAK ASASI KANAK-KANAK

• Diterima oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November,


1989
• Berkuat kuasa pada 2 September, 1990
• Bertujuan untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak
• Prinsip umum Hak Asasi Kanak-Kanak ialah:
BIL PERKARA
1 Tiada diskriminasi
2 Kewajipan untuk mengambil kira kepentingan kanak-kanak
3 Menghormati pendapat kanak-kanak
4 Hak untuk nyawa, perlindungan dan perkembangan
PELAKSANAAN CRC
• Guru dan pegawai Kementerian Pelajaran, sebagai agen atau wakil
kerajaan, perlu memastikan hak kanak-kanak tidak dinafikan.

Perkara 28 Perkara 29 Artikel 23 Artikel 12 Artikel 13

• Kanak-kanak • Pendidikan • Seseorang • Kanak-kanak • Kanak-kanak


mempunyai hak hendaklah kanak-kanak mempunyai hak mempunyai hak
kepada mempunyai kurang upaya untuk untuk
pendidikan, dan matlamat untuk mempunyai hak menyuarakan menyatakan
kewajipan mengembangka kepada pendapat pandangannya,
Negara untuk n personaliti, penjagaan, dengan bebas menerima
memastikan bakat dan pendidikan dan dan pendapat itu maklumat,
bahawa kebolehan latihan khas hendaklah meluahkan idea
pendidikan mental dan untuk diambilkira atau maklumat,
utama wajib dan fizikal kanak- membantunya dalam perkara- tanpa mengira
percuma kanak pada menikmati perkara atau sempadan.
tahap potensi kehidupan yang prosedur
paling tinggi sepenuhnya. berkaitan
dengan mereka.
ISU HAK ASASI KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN

• Pada tahun 2020, KPM telah melaksanakan Pembelajaran Atas Talian sebagai
langkah untuk memerangi Pandemik Covid-19.
• Pembelajaran tetap dilaksanakan kerana hak menerima pendidikan adalah wajib
kepada semua. Namun, ada isu yang timbul berkaitan dengan Pembelajaran Atas
Talian iaitu keberkesanan pembelajaran, tiada kemudahan peranti dan kemahiran
guru dalam TMK.
• Setiap pihak sama ada guru, pelajar atau ibu bapa mestilah berkerjasama dalam
mengatasi setiap masalah yang wujud agar pembelajaran atas talian menjadi
satu kaedah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu tanpa menyebabkan
sesiapa pun ketinggalan dalam pelajaran.
HAK ASASI WANITA

• Hak wanita adalah hak asasi manusia. Hak wanita harus diberikan tumpuan di kedua-dua pihak; awam
dan swasta, khususnya di peringkat keluarga.
• Sistem patriaki memang wujud dalam semua institusi, kelakuan, norma dan nilai sosial dalam
masyarakat. Ia wujud dalam pelbagai bentuk tanpa mengira kelas, kebudayaan, kasta atau kumpulan
etnik. Sistem ini harus dibasmi.
• Semua bentuk diskriminasi terhadap wanita harus dibasmi.
• Keganasan terhadap wanita merupakan satu alat utama yang membolehkan patriaki berterusan dan
dengan ini melanjutkan penindasan, penganiayaan dan eksploitasi wanita. Keganasan terhadap
wanita adalah pencabulan hak asasi dan harus dibasmi sekiranya mahu diwujudkan keadilan sosial
dan kesaksamaan.
• Untuk memberikan seseorang wanita kehidupan yang bermaruah dan mempunyai hak menentukan
nasib sendiri, wanita mestilah dijamin hak-hak mereka yang sama dan yang boleh dipindah milik dalam
bidang ekonomi, sosial, politik dan agama.
HAK ASASI WANITA + HAK WANITA DALAM ISLAM

• Islam memberi jaminan hak persamaan antara lelaki dan wanita mengikut batas-batas
tertentu.
• Islam mengiktiraf hak asasi wanita seperti mana yang digariskan di dalam al-Quran dan
al-Sunnah selain ditekankan oleh Maqasid Syariah (Matlamat Syariah) di mana hak
setiap umat Islam terjaga dan terpelihara.
• Antara hak asasi wanita yang digariskan dalam Islam ialah hak berpolitik, hak memilih
pekerjaan dan hak menuntut menuntut ilmu pengetahuan.
• Islam tidak menyekat hak wanita dan mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang
digariskan dalam Islam.
ISU HAK ASASI WANITA

• Wujudnya diskriminasi gender di dalam pekerjaan sektor awam dan swasta. Ini berdasarkan daripada
laporan berita Utusan Borneo yang menyatakan bahawa hanya 54.7 peratus penyertaan wanita dalam
sektor pekerjaan berbanding 80.7 peratus lelaki pada tahun 2019.
• 13.9 peratus wanita menduduki kerusi di Parlimen, ini secara jelasnya menunjukkan bahawa perlunya
galakan yang tinggi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam politik dan kepimpinan.
• Kerajaan telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus bagi semua pencalonan setiap
pilihan raya, kepimpinan parti, dewan negeri dan ahli parlimen kepada wanita.
• Badan-badan bukan kerajaan dan juga parti politik turut yang memperjuangkan hak-hak wanita di
Malaysia sebagai contoh Sisters In Islam, Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Persatuan
TindakanWanita, Wanita MCA, Wanita PAS, Wanita KEADILAN dan Wanita UMNO.19
Rujukan: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/12/wanita-di-malaysia-masih-lagi-mengalami-
diskriminasi-suhakam
HAK ASASI OKU
Akta ini turut memberikan Pendidikan Pekerjaan
Akta Orang Kurang peluang kualiti kehidupan OKU tidak boleh OKU hendaklah
Upaya 2008 (Akta OKU Terdapat 3 Prinsip
yang lebih baik dengan dikecualikan daripada mempunyai hak untuk utama pendekatan hak
2008) diperkenalkan menyediakan kemudahan sistem pendidikan umum mendapat pekerjaan
berasaskan kepada akses kepada pelbagai asasi manusia yang
atas tidak keupayaan, dan dengan peluang yang
konsep hak asasi perkara antaranya kanak-kanak kurang upaya saksama. penting dilaksanakan
manusia untuk Pekerjaan dan Pendidikan. tidak boleh dikecualikan kerana mampu
Majikan hendaklah mengurangkan persepsi
memastikan hak orang Akta OKU 2008 secara dari pendidikan pra melindungi hak OKU
kurang upaya seperti umumnya memberikan sekolah, rendah, menengah dengan memberikan negatif dan diskriminasi
peluang yang baik untuk dan tinggi termasuk latihan kesetaraan dengan orang masyarakat terhadap
masalah fizikal, vokasional serta
penglihatan,
mempromosikan hak upaya termasuk peluang golongan OKU
golongan OKU. Walau pembelajaran sepanjang yang sama dan
pendengaran, bagaimanapun, akta ini hayat. pembayaran untuk kerja
Membantu melindungi
percakapan dan tidak terlepas daripada Kerajaan dan institusi yang sama nilai dengan dan mempertahankan
masalah pembelajaran kritikan kerana ketiadaan pendidikan hendaklah orang biasa, keadaan kerja hak asasi manusia
turut sama mempunyai peruntukan penalti menyediakan material yang selamat dan sihat, golongan OKU
hak seperti mana orang sekiranya berlaku tindakan sokongan pengajaran daripada gangguan dan
normal guaman dan kecuaian seperti bahasa isyarat dan memulihkan ketidakpuasan
kepada pihak berkuasa Braille. hati
2. KESAMAAN
Konsep kesamaan berkait rapat dengan
prinsip keadilan dan juga prinsip tak
berdiskriminasi terhadap golongan OKU

1. MARUAH
Konsep maruah
3. INKLUSIF
Pertama, menghormati integriti fizikal OKU yang
berbeza antara satu dengan yang lain Konsep inklusif menekankan setiap
manusia mempunyai peranan dan
Kedua, individu hendaklah dilayan mengikut tret tanggungjawab tanpa mengambil kira
personaliti mereka keadaan atau kekurangan
Ketiga, membenarkan setiap OKU membuat
keputusan, dan keempat, diberikan layanan
sewajarnya oleh anggota masyarakat

3 PRINSIP
UTAMA
PENDEKATAN
• Sikap seseorang guru di aliran perdana tidak dapat menerima murid-murid
berkeperluan khas di dalam kelas mereka. Bagi guru ini, mereka mempunyai
ISU sikap dan andaian bahawa golongan murid berkeperluan khas ini sukar
dididik (Bee Fong dan Zalizan, 2009)
• Guru kurang menunjukkan kolaborasi bersama guru khas seperti
PENDIDIKAN mendapatkan maklumat berkenaan murid khas dan mempelajari pendekatan
atau kaedah yang dapat memudahkan pembelajaran murid khas (Mohd Najib
dan Sanisah, 2006).

• Guru pendidikan khas boleh bekerjasama dengan guru di aliran perdana


untuk lebih memahami keperluan murid berkeperluan khas ini seterusnya
membuat adaptasi dan kaedah mengajar agar objektif pengajaran dan
pembelajaran murid tipikal dan murid berkeperluan khas dapat dicapai
CADANGAN bersama-sama akhirnya
• Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011) menyatakan bahawa mendidik
murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi
memerlukan pendekatan kreatif dan kritis dalam pembeajaran

• Kejayaan yang dicipta oleh murid yang OKU


• Murid OKU Ng Mei Yin yang menghidap penyakit tulang rapuh
BUKTI memperoleh 15A dalam SPM (BH Online, 14 April 2017)
KESIMPULAN

• Etika Profesion Perguruan adalah sangat penting untuk menjadi panduan kepada semua guru dalam
menjalankan tugas masing-masing.
• Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan
Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesión
serta perkhidmatan awam.
• Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini adalah amat mustahak ketika menjalankan
tugas sebagai seorang pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian pendidikan
dan kerajaan amnya. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri guru yang baik malah ia adalah
perkara yang terkandung dalam etika guru.
• Guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi disamping sentiasa bertindak dan
berkelakuan sepertimana yang dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang
termaktub di dalam perintah am.
• Secara umumnya, undang-undang bersifat menyokong ataupun neutral terhadap kod etika
profesional dan piawaian tertentu. Kod etika tidak bertujuan untuk menggantikan undang-undang,
tetapi lebih kepada menjelaskan undang-undang dan dasar yang sedia ada.

• Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan
baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru
sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.

• Kekurangan pengetahuan atau salah faham mengenai tanggungjawab etika bukan alasan pembelaan
bagi suatu tuduhan tingkah laku yang tidak beretika. Menyelesaikan masalah memerlukan pemikiran,
pengetahuan, perasaan dan mungkin juga memerlukan dorongan untuk membuat sesuatu keputusan
yang tepat. Penyelesaian etika boleh dikatakan sebagai penyelesaian masalah secara umum dan
ianya sebenarnya merupakan satu proses dimana guru boleh menjadi lebih berkemahiran dalam
menghadapi sesuatu isu

• Hukuman bagi guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat
memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak
bermoral ini.

Anda mungkin juga menyukai