Anda di halaman 1dari 4

Dapat Mencungkil Bakat Terpendam

SkalaLikert 1 2 3 Jumlah
(tidak setuju) (tidak pasti) (setuju)
Kekerapa % Kekerapa % Kekerapa % Kekerapa %
Perkara n n n n
Dapat 1 3.3 7 23.3 22 73.3 30 100
mencungki
l bakat
terpendam

Jadual: Dapat Mencungkil Bakat Terpendam


Sumber:

DA PA T MENCUNGKIL BA KA T TER PENDA M

80% SETUJU
70%
60%
50%
Axis Title

40%
30%
20%
10%
0%
SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU
PETUNJUK:

Rajah : Dapat Mencungkil Bakat Terpendam


Sumber :
Jadual dan rajah di atas menunjukkan kekerapan dan peratusan yang menyatakan
tidak setuju, tidak pasti dan setuju akan idea dapat mencungkil bakat terpendam. Seramai 22
orang responden (73.3%) menyatakan bahawa mereka bersetuju dapat mencungkil bakat
terpendam sebagai kesan positif aplikasi Tik Tok terhadap golongan muda pada masa kini.
Hal ini dikatan demikian kerana, kesan ini jelas sekali dilihat di media sosial seperti
Instagram dan Twitter. Kebanyakan anak muda pada masa kini banyak menggunakan aplikasi
Tik Tok sebagai platform untuk mencungkil dan menonjolkan bakat terpendam mereka.
Antara bakat yang menonjol atas penggunaan aplikasi Tik Tok adalah seperti, menyanyi,
menari, penghasilan video pendek kreatif dan sebagainya. Tik Tok adalah platform
penggunanya untuk menzahirkan bakat yang dimiliki dan cenderung mendapat perhatian.
Pengarah Kandungan Operasi Tik Tok Malaysia, Cheah Sheau Mei berkata, aplikasi ini
optimis untuk membimbing pencipta mewujudkan kempen dan menghasilkan video pendek
yang lebih kreatif dan berinovasi. Antara kandungan yang paling menarik yang dibuat
menggunakan aplikasi Tik Tok di Malaysi adalah #experiencepenang yang mendapat
tontonan sebanyak 22juta. Hal ini dapat menjelaskan bahawa terdapat banyak bakat
terpendam yang dapat dicungkil melalui aplikasi ini kearah sesuatu yang positif dan juga
memberikan kebaikan kepada negara.
Disamping itu, terdapat tujuh orang responden (23.3%) yang tidak pasti akan kesan
penggunaan aplikasi Tik Tok terhadap golongan muda akan dapat mencungkil bakat
terpendam. Ini kerana, sebilangan kecil golongan muda tidak menggunakan aplikasi Tik Tok
sebagai platform mereka untuk mencungkil bakat terpendam. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sebilangan golongan muda pada masa kini lebih fokus akan penggunaan Instagram
dan Twitter sebagai platform mereka. Responden ini telah membuktikan bahawa aplikasi Tik
Tok ini tidak sepenuhnya menjadi tempat generasi muda untuk mencungkil bakat terpendam
mereka.
Namun demikian, terdapat seorang responden (3.3%) yang tidak bersetuju dengan
pengguna aplikasi Tik Tok dapat mencungkil bakat terpendam. Hal ini kerana, pada masa
kini kebanyakan anak muda menggunakan aplikasi Tik Tok hanya untuk melakukan perkara
yang tidak bermanfaat. Misalnya video pendek pasangan kekasih anak muda yang terlalu
romantik dan menjolok mata. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi apabila pada masa kini
terlalu banyak pengguna aplikasi Tik Tok viral akan aktiviti mereka yang tidak senonoh dan
bermanfaat kepada penontonnya. Oleh itu, terdapat segelintir anak muda tidak memanfaatkan
aplikasi Tik Tok untuk mencungkil bakat terpendam mereka yang patut ditonjolkan kepadan
masyarakat.

SkalaLikert 1 2 3 Jumlah
(tidak setuju) (tidak pasti) (setuju)
Kekerapa % Kekerapa % Kekerapa % Kekerapa %
Perkara n n n n
Dapat 0 0 4 13.3 26 86.6 30 100
menambah
keyakinan
diri
Dapat Menambah Keyakinan Diri

Jadual: Dapat Menambah Keyakinan Diri


Sumber:
DA PA T MENam bah k eyakinan dir i

100% SETUJU
90%
80%
70%
60%
Axis Title

50%
40%
30%
20%
10%
0%
SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU
PETUNJUK:

Rajah : Dapat Menambah Keyakinan Diri


Sumber :
Jadual dan Rajah di atas menunjukkan kekerapan dan peratusan yang menyatakan
tidak setuju, tidak pasti dan setuju akan penggunaan aplikasi Tik Tok dapat menambah
keyakinan diri penggunanya. Seramai 26 orang responden (86.6%) menyatakan bahawa
mereka setuju akan penggunaan Tik Tok dapat menambah keyakinan diri mereka khususnya
golongan muda pada masa kini. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai generasi muda
menggukan aplikasi ini sebagai tempat mereka untuk mengasah keyakinan diri mereka.
Misalnya, mereka yakin akan kebolehan mereka untuk menyanyi melalui aplikasi tersebut.
Keyakinan diri mereka bertambah apabila mereka mendapat sokongan dan komen melalui
video yang mereka muat naik. Melalui komen yang positif, pengguna aplikasi ini lebih
bersemangat dan berkeyakinan atas diri mereka sendiri begitu juga dengan komen-komen
negatif, individu boleh mengambil pengajaran untuk lebih berubah kearah yang lebih baik
khususnya dapat menambah keyakinan diri. Oleh itu, generasi muda pada masa kini bijak
menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menambah keyakinan diri mereka akan kebolehan
mereka kepada penonton.
Disamping itu, terdapat empat orang responden (13.3%) menyatakan tidak pasti akan
kesan aplikasi Tik Tok ini dapat menambah keyakinan diri penggunanya. Keadaan ini
menjelaskan bahawa, terdapat beberapa pengguna aplikasi ini kurang keyakinan diri kerana
mereka kurang mendapat sokongan dan komen positif. Hal ini menyebabkan mereka tidak
pasti akan penggunaan aplikasi Tik Tok sepenuhnya dapat menambah keyakinan diri
penggunanya khususnya golongan muda pada masa kini.
Namun demikian, tidak ada seorang respondenpun (0%) yang menyatakan tidak
setuju akan penggunaan aplikasi Tik Tok dapat menambah keyakinan diri generasi muda. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan generasi muda pada masa kini banyak
menggunakan aplikasi ini sebagai proses untuk mengasah keyakinan diri mereka terhadap
kebolehan dan bakat yang mereka ada. Keadaan ini menunjukkan bahawa aplikasi ini jelas
memberikan kesan positif terhadap generasi muda. Oleh itu, keyakinan diri dapat bertambah
apabila semakin ramai pengguna Tik Tok memanfaatkannya khususnya generasi muda.

Anda mungkin juga menyukai