Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH

SK. CHANGKAT BANJAR, 32800 PARIT, PERAK

i. Pendahuluan

SK. Changkat Banjar telah menjalankan Program Bulan Bahasa dari 1 November 2011 hingga 11
November 2011 dimana aktiviti yang dijalankan merupakan anjuran Panatia Bahasa Melayu.
Aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah untuk menggalakkan pengunaan Bahasa Malaysia
dengan betul, memupuk semangat cintakan bahasa dikalangan murid- murid, memperkenalkan
aktiviti bahasa yang boleh mengcungkil bakat dan minat murid, di samping mengisi waktu lapang
murid-murid selepas tamatnya peperiksaan akhir tahun sekolah.

ii. Objektif

i. Memperkenalkan pelbagai aktiviti bahasa kepada murid.


ii. Memberi pendedahan kepada penggunaan bahasa yang betul.
iii. Mencungkil bakat dan minat murid dalam aktiviti bahasa yang dijalankan
iv. Menguji tahap kemahiran berbahasa murid.
v. Memupuk rasa ingin tahu dalam mempelajari Bahasa Malaysia.

iii. Sasaran

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan melibatkan murid- murid SK Changkat Banjar seramai 48
orang dari Tahun 1 hingga 6 serta Guru dan kakitangan sekolah yang bertindak sebagai pengurus
aktiviti dan juri.

iv. Antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan bagi Program Bulan Bahasa ialah:
i. Kuiz Litar Bahasa
Kuiz ini melibatkan murid tahap 2 dari tahun 4-6. Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan dan setiap kumpulan akan bergerak dari satu litar bahasa ke litar bahasa yang
lain untuk menyiapkan kuiz. Litar bahasa terdiri dari 4 stesen yang setiap satu stesen
mengandungi soalan kuiz berkaitan kemahiran bahasa seperti Antonim- Sinonim, Kata
banyak Makna, Peribahasa dan Kata Imbuhan. Kuiz ini menguji penguasaan
kemahiran bahasa murid disamping menggalakkan kerjasama berpasukan. Kumpulan
dengan jawapan yang paling tepat akan mendapat markah tertinggi dan dikira sebagai
pemenang.

ii. Aktiviti 30 minit bersama buku


Murid membaca buku di PSS selepas waktu rehat selama 30 minit, setiap hari. Murid
digalakkan membaca buku fiksyen atau bukan fiksyen berbahasa melayu bagi
mempelajari perkataan-perkataan baru serta perbendaharaan kata.
iii. Pertandingan Membaca Berita
Murid dikehendaki membaca teks berita yang disediakan dengan sebutan, intonasi dan
gaya bahasa yang betul. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa baku di dalam
membaca berita. Penyertaan adalah bagi murid tahap 2. Seramai 17 orang murid tahap 2
yang bertanding dan pembaca berita dengan nada suara yang jelas, gaya bahasa dan
intonasi yang menarik dipilih sebagai pemenang.

iv. Deklamasi Sajak


Murid mendeklamasikan sajak dan puisi secara berkumpulan atau secara individu.
Penyertaan terbuka kepada semua murid yang berminat. Murid menyampaikan sajak
mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan gaya dan intonasi yang bersesuaian.

v. Pertandingan Mewarna Bulan Bahasa Tahap 1


Pertandingan ini terbuka kepada murid dari Tahun 1 hingga 3 . Seramai 26 orang murid yang
menyertai. Tema pertandingan mewarna ialah 1 Bangsa, 1 Bahasa. Pemenang dipilih
berdasarkan hasil kerja yang menarik, kemas dan kreatif.

vi. Pertandingan Bercerita


Penyertaan terbuka kepada semua murid dimana murid bebas memilih tema cerita yang digemari.
Penyampaian cerita yang jelas, gaya badan, dan intonasi yang menarik adalah markah bonus bagi
pemenang.

vii. Ulasan Buku


Murid memilih buku cerita dan membuat ulasan mengenai buku tersebut dengan menceritakan
tajuk buku, penulis, penerbit, tahun terbitan, jumlah muka surat, rumusan isi kandungan buku
tersebut dan moral/ nilai- nilai murni yang diperolehi dari buku. Dari ulasan yang diberikan,
murid boleh melatih diri membuat rumusan atau ringkasan tentang buku yang dibaca.

viii. Kuiz Silangkata Bahasa Tahap 1


Kuiz silangkata menguji kemahiran bahasa murid dimana murid perlu melengkapkan silangkata
berdasarkan soalan yang diberi. Kuiz ini disertai oleh semua murid tahap 1 seramai 16 orang.
Kuiz ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis dalam menjawab soalan silangkata.

ix. Scrabble Bahasa


Murid bermain scrabble bahasa bagi mengisi masa terluang. Perkataan yang dihasilkan
menggunakan Bahasa Malaysia dan bersesuaian dengan tahap pemain. Guru memantau hasil
perkataan yang dihasilkan bagi mengelak penggunaan tatabahasa atau perkataan yang salah.
Permainan ini melibatkan 4 orang pemain. Murid bebas mencipta atau menghasilkan perkataan
dari huruf- huruf yang dipilih.
x. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan penyampaian hadiah telah diadakan pada 14 November 2011
bertempat di Dewan SK Changkat Banjar. Hadiah bagi para pemenang aktiviti sepanjang
Program Bulan Bahasa telah di sampaikan oleh Guru Besar SK Changkat Banjar, Pn. Hamidah
Bt. Majid serta Guru Panatia yang terlibat. Majlis diakhiri dengan beberapa persembahan dari
para pemenang. Secara keseluruhan, program ini dapat dijalankan dengan baik dan mendapat
penyertaan dan kerjasama dari murid, guru dan kakitangan SK Changkat Banjar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh

………………………………………… …………………………………………

(UMMI ATIKAH HANUM ARSHAD) (HAMIDAH BT. MAJID)

GURU PENOLONG PANATIA B. MELAYU GURU BESAR SK CHANGKAT BANJAR

i.

Anda mungkin juga menyukai