Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

Saya Nur Liyana Binti Azlan yang memegang kad matrik


D20181083700. Saya adalah mahasiswi semester 1 2018/2019 daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Saya mengambil
kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Baru-baru ini saya telah mengikuti satu program yang diberi nama Experiention Learning Programme (ELP) di
bawah subjek Pembangunan Sahsiah atau KKD2063. Oleh itu, saya ingin memberikan refleksi tentang kelemahan dan
kekuatan diri saya sebelum dan selepas menyertai program ini.

Sebelum menyertai program ELP ini, saya merupakan seorang yang kurang bersosial. Saya tidak pandai untuk
menyapa orang disekeliling saya seperti kawan-kawan baru, pensyarah dan juga masyarakat lainnya. Saya merasa malu
untuk menegur mereka kerana saya takut teguran saya tidak dibalas. Disebabkan hal demikian, saya tiada keberanian untuk
menyapa mereka. Saya tahu untuk menjadi seorang pendidik sikap tersebut tidak perlu wujud dalam hidup saya tetapi rasa
malu menguasai diri. Selain itu, saya juga tidak berani bercakap di khalayak ramai. Hal ini kerana, saya tidak mempunyai
keyakinan untuk berada di hadapan. Tiada kepercayaan diri membuatkan saya takut kerana risau akan adanya anggapan
negatif manusia yang lain. Selain itu, ilmu yang kurang didada membuatkan saya rasa rendah diri.

Kekuatan diri saya sebelum ELP adalah saya mempunyai sikap sabar, penyayang dan bertanggungjawab. Dengan
adanya sikap ini, saya mampu untuk mendidik pelajar-pelajar saya tanpa perlu berkasar dengan mereka. Kesabaran sangat
penting dalam mendidik pelajar pada masa kini. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar mempunyai perangai yang agak nakal.
Sebagai seorang bakal pendidik yang mana akan mendidik pelajar tersebut, kesabaran akan membantu pendidik ini untuk
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia di samping Berjaya dalam pelajaran. Penyayang juga perlu ada dalam diri seorang
pendidik kerana dengan sifat ini kita akan dapat rapat dengan pelajar kita. Pendidik hendaklah rapat dengan pelajar supaya
mereka saying dan dalam masa yang sama menyukai apa yang diajar. Tanggungjawab utama yang diberi kepada pendidik
adalah untuk mengajar dan mendidik. Jadi amanah ini perlu dijalankan dengan sebaik mungkin untuk memastikan amanah
yang telah diberikan dilaksanakan. Selain daripada mempunyai sifat tersebut, saya juga berani melontarkan pendapat. Saya
akan memberikan pendapat saya walaupun pendapat saya tidak dipersetujui. Apabila saya tidak melontarkan pendapat saya,
saya rasa tidak berpuas hati. Untuk membuatkan hati saya tenang, saya mesti menyuarakan pendapat saya.

Selepas saya mengikuti program ini, saya rasa lebih bersemangat untuk menjadi seorang pendidik kerana video
yang ditunjukkan semasa slot bersama Prof. Madya Dr. Aslina Binti Ahmad memberikan impak yang sangat besar dalam
diri saya. Sehabis saya menyaksikan video tersebut, saya dapat membuat pembandingan diantara guru yang suka marah
dengan guru yang tidak cepat menghukum tetapi membantu pelajar yang kurang bijak. Guru yang membantu pelajar itu
menginspirasikan saya untuk menjadi seorang guru yang disayangi oleh pelajar. Guru tersebut sangat bijak menarik minat
semua pelajarnya. Slot bermain jet dalam program ini juga memberi kesedaran kepada saya yang mana apa yang kita
impikan mestilah kita usahakan tanpa ada erti putus asa. Hal ini membuktikan bahawa kesabaran akan memberikan kita
kejayaan. Oleh itu, saya hendaklah menjadi seorang pendidik yang sabar kerana kesabaran yang saya berikan tidak akan sia-
sia dan ada manisnya di pengakhiran. Pada hujung permainan jet itu, fasilitator ada menekankan tentang erti persahabatan.
Kejayaan kita juga adalah disebabkan kawan kita. Dari hari tersebut saya lebih menghargai persahabatan. Program ini juga
membolehkan saya berinteraksi dengan kawan-kawan yang baru. Perkenalan yang singkat tapi aktiviti dalam program ini
merapatkan kami dan dengan tidak sengaja saya berjaya menyapa dan berbual dengan mereka. Tidak perlu beranggapan
negatif terhadap masyarakat sekeliling dan untuk menjadi seorang guru perasaan malu wajiblah dibuang.

Kelemahan dalam diri saya tetap ada kerana sesungguh manusia itu tidak sempurna. Antara kelemahan tersebut
adalah saya masih gugup untuk bercakap dihadapan orang yang sangat ramai. Hal ini kerana, ilmu yang ada terlalu cetek
dan sedikit. Saya masih takut kerana orang berada dihadapan saya merupakan orang yang mempunyai ilmu yang sangat
banyak. saya boleh menyuarakan pendapat tapi hanya dalam kumpulan yang kecil. Saya tahu untuk menjadi seorang
pendidik, masalah ini harus dibuang dan saya berjanji pada diri saya yang saya akan memperbanyakkan ilmu saya supaya
saya akan Berjaya mendidik anak didik saya.

Kesimpulannya, program ini banyak memberi impak yang positif dalam diri seseorang yang bakal bergelar guru.
Itu saya refleksi tentang diri saya sebelum dan selepas menyertai program ini. Banyak ilmu yang diperolehi dalam program
ini. Program ini akan melahirkan guru yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai