Anda di halaman 1dari 5

Lai Yung Khei 5C

Bahagian B

5.a) Kegiatan ekonomi yang dilaksakan oleh masyarakat kerajaan agraria


ialah penanaman padi sawah dan padi huma. Penanaman padi dijalankan
di le,ba-lembah sungai manakala penanaman padi huma dijalankan di
kawasan tanah tinggi atau bukit. Selain itu, terdapat juga penanaman
tanaman sampingan seperti jagung, pisang dan sayur-sayuran. Seterusnya,
masyarakat agrarian menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih
dan lada hitam serta mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu,
gading dan damar. Di samping itu, masyarakat agrarian mengambil sarung
burung dari gua untuk tujuan perdangangan. Tambahan pula, masyarakat
agrarian juga menangkap ikan di sawah dan sungai serta mendapatkan
kulit kura-kura. Selanjutnya, mereka menternak binatang seperti lembu
ayam dan kambing.

b) Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agrarian yang kuat dan agung


adalah kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
Tanah di sekitar Tasik Tonle Sap amat subur dan mempunyai iklim panas
lembab sepanjang tahun. Hal ini amat sesuai untuk penanaman padi. Oleh
itu, kerajaan Angkor mampu menyediakan bekalan beras yang mencukupi
untuk penduduknya. Kerajaan Angkor juga bergantung pasa sumber ikan
air tawar dari Tasik Tonle Sap . Tambahan pula, Tasik Tonle Sap menjadi
punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi punca bekalan air
minum. Hal ini membolehkan kerajaan Angkor berupaya menampung
keperluan makanan penduduk yang besar jumlahnya.
c) Kegiatan pertanian masih diber tumpuan pada hari ini kerana hasil
pertanian seperti beras, sayur-sayuran dan buah –buahan merupakan
sumber makanan kita. Selain itu, kegiatan pertanian meluaskan peluang
pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada pendudukan desa.
Sementelahan itu, kegiatan pertanian juga menjadi bekalan bahan mentah
dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian seperti serbuk koko dan
serbuk lasa hitam boleh digunakan dalam proses pengeluaran bahan
makanan yang boleh dijadikan produk eksport. Melalui kegiatan pertanian,
kedudukan kewangan negara kita dapat diperkukuhkan keerana hasil
pertanian mendatangkan pendapatan yang lumayan. Misalnya, getah dan
minyak kelapa sawit. Di samping itu , kegiatan pertanian yang bersifat
mesra alam dapat menjaga kepentingan alam sekitar dan keseimbangan
ekosistem negara kita.

8.a) Imperialisme berlaku di Asia Tenggara adalah kerana kedudukan Asia


Tenggara yang strategic yang terletak di antara China dan India. Imperialis
Barat ingin menguasainya untuk menjamin pasaran yang luas. Selain itu,
Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur dan juga kaya dengan bahan
mentah. Pihak barat memerlukan bahan mentah kerana kepesatan sector
perindustrian. Seterusnya , perluasan imperialism Barat di Asia Tenggara
didorong oleh system pengangkutan dan perhubungan. Penggunaan kapal
berkuasa wap dapat mempercepatkan perjalanan antara Barat dengan
Timur selain membolehkan muatan yang banyak. Penciptaan telegraf pula
memudahkan perhubungan antara Barat dengan Timur. Tambahan pula,
persaingan antara kuasa Barat juga menyumbang kepada imperialism
Barat terhadap Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana keluasan tanah
jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
Selanjutnya, slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa Barat.
Contohnya, British dan Belanda mereka berasa bertanggungjawab untuk
memimpin orang timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

b) Kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah supaya


negara kita bebas daripada belenggu penjajahan. Dengan ini, negara kita
adalah merdeka dalam pentadbiran dan pemeritahan. Kedaulatan negara
kita perlu dipertahankan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan
negara kerana ancaman kuasa asing akan menyebabkan peperangan yang
akan mengancam nyawa rakyat negara kita. Selain itu, kita akan
menghilangkan identiti bangsa jika negara kita dijajah oleh kuasa lain. Oleh
itu, kita perlu berusaha mempertahankan negara kita untuk menegakkan
maruah bangsa dan kedaulatan negara. Bukan ini sahaja, kita juga perlu
mempertahankan negara kita daripada dijajah untuk mewujudkan
kestabilan politik ,ekonomi dan social negara kita.

c) Persediaan yang perlu saya lakukan untuk mempertahankan negara


kita daripada dijajah adalah menjadi rakyat yang patriotik. Saya akan
sentiasa berasa bangga terhadap negara kita serta menunjukkan perasaan
cinta akan negara yang mendalam. Tambahan pula, saya akan bersikap
sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara . Saya akan
mengamalkan semangat kekitaan dan hidup bersatu padu antara kaum . Di
samping itu, saya akan menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan serta
kreatif dan inovatif supaya dapat menyumbang kepada pembanguan negara
dalam pelbagai bidang. Seterusnya, saya akan menjadi warganegara yang
sentiasa meatuhi peraturan dan undang-undang supaya negara aman.
11.a)(i) Hubungan bilateral bermaksud hubungan secara terus dengan
negara tertentu

(ii) Hubungan multilateral bermaksud hubungan dalam bentuk


kumpulan dan pertubuhan.

b) Bagi faktor Sejarah, sejak zaman Kesultan Melayu Melaka telah


menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain dan seterusnya terjalin
hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. Setelah mencapai
kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komenwel dan meneruskan
hubungan diplomatic dengan negara Komenwel lain. Oleh sebab ancaman
komunis, Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan
antikomunis. Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana belum
mempunyai keupayaan pertahanan. Bagi factor ekonomi, Malaysia
megharapkan pasaran dan modal daripada negara maju. Malaysia
mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan pelaburan asing.
Menjelang tahun 1980-an, Malaysia menjalin hubungan baik dengan
negara yang sedang membangun dan juga negara Ialam bagi
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia. Bagi factor demografi,
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara Islam tetapi bukan
Israel kerana dasarnya yang menceroboh dan penindasan. Malaysia
menentang keras Dasar Apartied yang diamalkan oleh Afrika Selatan
kerana dasar tersebut yang membezakan taraf penduduk Afrika Selatan
mengikut warna kulit. Oleh itu, factor keperlbagaian kaum di negara ini
amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
c) Hubungan luar yang luas boleh menjamin keselamatan dan keamanan
negara kita kerana telah mengelakkan berlaku konflik atau peperangan.
Selain itu, apabila Malaysia menjalin hubungan luar ,ekonomi akan
berkembang pesat melalui perdagangan bebas, pertukaran mata wang dan
meningkatkan kegiatan ekonomi negara kita. Di samping itu, keselamatan
negara kita dapat dijamin jika mempunyai hubungan luar yang luas kerana
mampu mengatasi ancaman luar dengan menerima bantuan atau campur
tangan kuasa besar. Negara kita boleh membantu antara satu sama lain
dengan negara-negara maji dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.

Anda mungkin juga menyukai