Anda di halaman 1dari 16

LAMPIRAN I

CADANGAN SENARAI PERKHIDMATAN PERLU


(Sehingga 10 Januari 2021)

A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;

2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;

3. Makanan, minuman dan rantaiannya;

4. Pembungkusan dan percetakan;

5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun,


pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk
rantaiannya;

6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;

7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan


kebakaran;

8. Komponen untuk alat perubatan;

9. Elektrikal dan elektronik;

10. Minyak dan gas (Oil and Gas);

11. Petrokimia dan produk petrokimia;

12. Produk kimia;

13. Mesin dan peralatan;

14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);

15. Besi dan keluli;

5
16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);

17. Sektor perabot; dan

18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan


pengagihan bahan api dan pelincir.

B. Pembinaan

19. Pembinaan:

i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;


ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan
penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja
yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-


entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara
Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau
dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:

i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);


ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT


dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);

23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace,


pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;

6
24. Hotel dan penginapan;

25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk


perkhidmatan veterinar:

i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji


pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang
makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan
ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan
ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup,
input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk
eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

26. Utiliti (air dan tenaga);

27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/


jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk
penyenggaraan);

28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);

29. Keselamatan dan Pertahanan;

30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan


lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo,
pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;

33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman;


dan

34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

7
E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan

36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana


yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan
pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri
dan perniagaan itu.

TAMAT

8
Dikemaskini pada 8 Januari 2021

SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN (PKP)


Waktu Beroperasi Waktu Kehadiran Kapasiti Pekerja Pengurusan: 30%
Merangkumi
Pelanggan Sokongan dan
Pengilangan dan pembuatan dalam sektor Normal Normal production line:
ekonomi perlu Ditentukan oleh
majikan.

AKTIVITI DAN PROTOKOL

Tindakan Penerangan Ringkas

Protokol pencegahan penyakit & • Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi
Aktiviti yang tidak dibenarkan sekatan pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut
Sila rujuk kepada perkara yang disenaraikan standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
dalam Senarai Aktiviti yang Dilarang.
Saringan kesihatan • Menyediakan thermal scanner atau handheld infrared thermometer
• Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan COVID-19
seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas setiap hari .
• Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang / premis.
• Kakitangan yang mempunyai suhu melebihi 37.5 celcius dan
Arahan Tetap menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk, selsema, susah
bernafas tidak dibenarkan bertugas dan memasuki premis.
• Tertakluk kepada peraturan di dalam SOP
umum MKN mengenai PKP, PKPB dan
PKPP. Laporan kesihatan (di premis dan • Laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku
penginapan pekerja yang disediakan jumlah ketidakhadiran pekerja yang ramai (melebihi 5% jumlah pekerja)
• Tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa syarikat) kerana demam atau bersimptom.
tempatan yang berkuatkuasa. • Pekerja yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau
menunjukkan sebarang simptom batuk, sakit tekak atau sesak nafas
• Operasi di kawasan PKPD tidak hendaklah dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang
dibenarkan. berdekatan.
1
Dikemaskini pada 8 Januari 2021

SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN (PKP)


Waktu Beroperasi Waktu Kehadiran Kapasiti Pekerja Pengurusan: 30%
Merangkumi
Pelanggan Sokongan dan
Pengilangan dan pembuatan dalam sektor Normal Normal production line:
ekonomi perlu Ditentukan oleh
majikan.
AKTIVITI DAN PROTOKOL

Tindakan Penerangan Ringkas

Pembersihan dan nyah kuman • Proses pembersihan dan nyah kuman perlu dilaksanakan tiga (3) kali
Aktiviti yang tidak dibenarkan premis sehari terutamanya di kawasan umum (common space) dan sering
disentuh seperti:
Sila rujuk kepada perkara yang disenaraikan – lobi, butang lif, kafeteria, bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan
dalam Senarai Aktiviti yang Dilarang. pekerja, pusat rekreasi tertutup, tandas dan tempat pembuangan
sampah / tong sampah, tombol pintu, pemegang tangan.
• Syarikat hendaklah menjalankan pembersihan dan nyah kuman di
kilang/premis setiap kali sebelum syif atau operasi bermula.
• Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk, semua
kawasan umum (common area) dan tempat-tempat lain di dalam
Arahan Tetap kilang/premis.

• Tertakluk kepada peraturan di dalam SOP Penjarakan fizikal dan tatacara • Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah
umum MKN mengenai PKP, PKPB dan keselamatan kesihatan pekerja diwajibkan.
PKPP.
• Memastikan garis panduan amalan terbaik sosial / penjarakan fizikal
• Tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi dan
tempatan yang berkuatkuasa. dilaksanakan khususnya di:
– kawasan-kawasan seperti production floor, kafeteria / kantin, bilik
• Operasi di kawasan PKPD tidak mesyuarat, surau, dewan serba guna (multipurpose hall) dan lain-lain
dibenarkan. yang berkenaan.
2
Dikemaskini pada 8 Januari 2021

SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN (PKP)


Waktu Beroperasi Waktu Kehadiran Kapasiti Pekerja Pengurusan: 30%
Merangkumi
Pelanggan Sokongan dan
Pengilangan dan pembuatan dalam sektor Normal Normal production line:
ekonomi perlu Ditentukan oleh
majikan.

AKTIVITI DAN PROTOKOL

Tindakan Penerangan Ringkas

Aktiviti yang tidak dibenarkan Etika di kawasan umum dalam • Kemudahan surau dan tempat ibadat dalam premis perlu dikawal
Premis dengan amalan penjarakan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka.
Sila rujuk kepada perkara yang disenaraikan
• Kantin/ kafeteria dibenarkan untuk beroperasi di dalam premis dengan
dalam Senarai Aktiviti yang Dilarang.
amalan penjarakan fizikal, bagi take-away sahaja.
• Waktu rehat makan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat
bergantung kesesuaian yang ditetapkan syarikat.
Pengangkutan pekerja • Kapasiti penuh penumpang bas dengan mewajibkan pemakaian pelitup
muka.
• Kenderaan pengangkutan pekerja yang disediakan oleh syarikat perlu
Arahan Tetap menjalani proses nyah kuman setiap kali selepas digunakan.
• Tertakluk kepada peraturan di dalam SOP • Kenderaan persendirian digalakkan untuk dinyahkuman sendiri oleh
umum MKN mengenai PKP, PKPB dan pekerja mengikut tatacara yang bersesuaian.
PKPP.
Penginapan pekerja (jika disediakan • Penjarakan fizikal hendaklah dilaksanakan di kawasan tempat tidur,
majikan) tandas, bilik mandi, tempat ibadat, ruang makan dan lain-lain.
• Tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa
• Proses nyah kuman perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang
tempatan yang berkuatkuasa.
ditetapkan majikan.
• Operasi di kawasan PKPD tidak
dibenarkan.
3
Dikemaskini pada 8 Januari 2021

SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN (PKP)


Waktu Beroperasi Waktu Kehadiran Kapasiti Pekerja Pengurusan: 30%
Merangkumi
Pelanggan Sokongan dan
Pengilangan dan pembuatan dalam sektor Normal Normal production line:
ekonomi perlu Ditentukan oleh
majikan.
AKTIVITI DAN PROTOKOL

Tindakan Penerangan Ringkas


Tindak balas Kecemasan • Syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas
Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes
Aktiviti yang tidak dibenarkan kecemasan (terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan COVID-19).
• Syarikat bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kos saringan,
Sila rujuk kepada perkara yang disenaraikan sekiranya dirasakan perlu.
dalam Senarai Aktiviti yang Dilarang. • Kos pembasmian dan nyahkuman di premis perlu ditanggung oleh syarikat.

Taklimat kepada pengawal Setiap pengawal dan kakitangan haruslah diberi taklimat berhubung penyakit
keselamatan dan kakitangan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan.
berhubung penyakit COVID-19
Arahan Tetap dan langkah-langkah pencegahan.

• Tertakluk kepada peraturan di dalam SOP Aplikasi MySejahtera • Pekerja, dan pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi
umum MKN mengenai PKP, PKPB dan MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan
PKPP. kontak rapat.
• Pemilik premis diwajibkan mendaftar dan memuat turun aplikasi
• Tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa MySejahtera untuk digunakan oleh pelanggan yang memasuki premis.
tempatan yang berkuatkuasa. • Memastikan pelanggan melalui proses rekod kehadiran secara manual atau
aplikasi MySejahtera.
• Operasi di kawasan PKPD tidak
dibenarkan. Nota: Syarikat hanya boleh menambah baik protokol ini mengikut kesesuaian tetapi sebarang kelonggaran adalah
4
tidak dibenarkan sama sekali.
SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM MENGENAI OPERASI AKTIVITI EKONOMI

1. Bolehkah syarikat saya beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu


(Lampiran 1) dan bagi sektor pengilangan dan pembuatan, syarikat telah berdaftar
dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS)
menggunakan pautan https://notification.miti.gov.my.

2. Perlukah saya memohon kebenaran untuk beroperasi daripada MITI melalui sistem
pangkalan data CIMS sepanjang tempoh PKP?

Syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dan rantaiannya yang telah berdaftar
dengan pangkalan data MITI iaitu CIMS tidak perlu membuat pendaftaran semula
untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun
oleh syarikat mulai 12 Januari 2021, jam 3.00 petang.

Bagi syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dan rantaian dalam


perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian mulai
12 Januari 2021, jam 3.00 petang. Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun
oleh syarikat selepas pendaftaran.

3. Bolehkah syarikat saya beroperasi 24 jam?

Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web
www.mkn.gov.my.

Aktiviti ekonomi dan industri yang disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu oleh MKN
iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan
pengedaran, serta perladangan dan komoditi boleh beroperasi mengikut SOP khusus
yang ditetapkan oleh Kementerian/ Agensi berkaitan.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh
dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

1
4. Bolehkah saya menghantar barangan ke lokasi-lokasi di kawasan PKP
menggunakan kenderaan perdagangan?

Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar


masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.

5. Bolehkah saya menghantar barangan komersil/ perniagaan ke luar daerah atau


negeri?

Boleh, dengan syarat surat pengesahan majikan ATAU pas pekerja dibawa bersama.

6. Adakah saya dibenarkan untuk rentas daerah/negeri untuk tujuan


kerja/perniagaan?

Ya, dibenarkan. Pekerja hanya perlu membawa pas pekerja atau surat kebenaran
majikan.

7. Bolehkah semua pekerja saya datang bekerja?

Bagi Kumpulan Pengurusan, hanya 30 peratus (30%) pekerja dibenarkan berada di


pejabat manakala kehadiran pekerja bagi kategori lain terhad kepada mereka yang perlu
hadir secara fizikal ke tempat kerja. (Definisi bagi Kumpulan Pengurusan boleh
dirujuk di Bahagian 2, Soalan No. 2)

Manakala, bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan
Bekerja Dari Rumah (BDR) akan berkuatkuasa.

8. Apakah SOP syarikat sepanjang PKP?

Sila ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my untuk merujuk


kepada SOP terkini.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh
dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

9. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya syarikat tidak mematuhi SOP PKP?

Anda boleh melaporkan ketidakpatuhan syarikat di balai polis berhampiran.

10. Bolehkah syarikat memohon pengesahan Perakuan Tempasal (Certificate of Origin


- COO) sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Boleh, pengendorsan COO boleh dilakukan di Kaunter Aras 2, MITI seperti sedia kala.

2
11. Adakah permohonan keluar dan masuk dari Malaysia melalui Jawatankuasa One
Stop Centre (OSC) masih diteruskan seperti biasa?

Ya. Permohonan keluar dan masuk dari Malaysia melalui Jawatankuasa OSC masih
diteruskan dalam tempoh PKP ini.

BAHAGIAN 2: ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan BDR?

Amalan BDR merujuk kepada pelaksanaan tugasan pejabat di rumah masing-masing


mengikut tatacara/garis panduan yang ditetapkan oleh majikan mengikut keperluan
syarikat masing-masing.

2. Adakah amalan BDR wajib bagi semua pekerja industri?

Pihak majikan wajib melaksanakan amalan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan
yang merangkumi antaranya tugasan melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran,
perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan.

Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30


peratus (30%) pekerja dalam Kumpulan Pengurusan dibenarkan berada di pejabat.
Manakala, jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara
langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan
mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

Contohnya, sekiranya terdapat 10 orang atau kurang di dalam kumpulan pengurusan dan
penyeliaan, hanya tiga (3) orang sahaja yang dibenarkan untuk datang ke pejabat pada
satu-satu masa.

Bagi pekerja sektor-sektor lain yang tidak disenaraikan di dalam Senarai


Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.

3. Apakah tindakan yang majikan perlu ambil sekiranya pekerja tidak mahu datang
bekerja dan mahu BDR?

Majikan boleh mengambil tindakan mengikut budi bicara dan tatacara syarikat
berdasarkan dasar Kerajaan dan Akta yang berkaitan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut
mengenai perkara ini, sila rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

4. Adakah pekerja yang perlu ke pejabat perlu menjalani ujian saringan COVID-19?

Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web
www.mkn.gov.my.

3
5. Syarikat saya sudah berdaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System
(CIMS), perlukah saya mendaftar sekali lagi?

Tidak perlu. Pendaftaran di CIMS hanya perlu dilakukan sekali sahaja tetapi syarikat perlu
memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini yang boleh dicapai melalui sistem
CIMS dengan menggunakan log masuk dan kata laluan yang sama.

6. Syarikat saya sudah berdaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System


(CIMS) dan telah diberikan surat kebenaran beroperasi pada tahun 2020. Perlukah
saya mendaftar sekali lagi?

Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan terdahulu adalah terbatal.

Walau bagaimanapun, syarikat tidak perlu mendaftar sekali lagi, tetapi hanya perlu
memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini yang boleh dicapai melalui sistem
CIMS dengan menggunakan log masuk dan kata laluan yang sama.

7. Bolehkah syarikat saya beroperasi 24 jam?

Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web
www.mkn.gov.my.

8. Apakah Senarai Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh


PKP?

Syarikat boleh merujuk kepada Senarai Perkhidmatan Perlu di Lampiran 1.

9. Perlukah saya mengemaskini senarai pekerja yang pernah diisytiharkan sebelum


ini di dalam CIMS?

Tidak perlu.

10. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh pekerja sebagai pengesahan kebenaran
bertugas daripada majikan kepada pihak berkuasa?

Pekerja syarikat adalah wajib membawa bersama sesalinan surat pengesahan


pendaftaran dan pas pekerja/surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan antara
kediaman dan tempat kerja.

11. Apakah had penumpang maksimum yang dibenarkan bagi kenderaan


persendirian?

i. Untuk mendapatkan barangan keperluan asas had penumpang adalah terhad


kepada dua (2) orang sahaja, iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang;
dan

ii. Bagi mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, had penumpang maksimum
adalah tiga (3) orang, iaitu seorang pemandu dan dua (2) penumpang.
4
12. Apakah SOP syarikat sepanjang PKP?

Sila rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my untuk membaca
senarai-senarai SOP PKP yang ditetapkan Kerajaan bagi sektor-sektor yang dibenarkan
beroperasi.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh
dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

13. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya syarikat tidak mematuhi SOP PKP?

Anda boleh melaporkan ketidakpatuhan syarikat kepada balai polis berdekatan.

BAHAGIAN 3: PENDAFTARAN DI COVID-19 INTELLIGENT MANAGEMENT SYSTEM (CIMS)

1. Bagaimana saya boleh membuat pendaftaran di CIMS?

Anda boleh ke pautan https://notification.miti.gov.my membuat pendaftaran dan ikut


arahan dari laman ke laman. Jangan letak ‘www’ di URL pendaftaran ini.

2. Saya menghadapi masalah teknikal dalam mengakses CIMS. Apakah yang harus
saya lakukan?

Sekiranya anda tidak boleh mengemaskini maklumat anda di CIMS, mohon emel kepada
kumpulan teknikal CIMS di cims@marii.my.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)


12 JANUARI 2021

5
LAMPIRAN I

SENARAI PERKHIDMATAN PERLU

A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;

2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;

3. Makanan, minuman dan rantaiannya;

4. Pembungkusan dan percetakan;

5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun, pembersih diri dan
lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;

6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;

7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;

8. Komponen untuk alat perubatan;

9. Elektrikal dan elektronik;

10. Minyak dan gas (Oil and Gas);

11. Petrokimia dan produk petrokimia;

12. Produk kimia;

13. Mesin dan peralatan;

14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);

15. Besi dan keluli;

16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);

17. Sektor perabot; dan

18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api


dan pelincir.

B. Pembinaan
6
19. Pembinaan:

i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;


ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang
lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja
Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang


dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:

i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);


ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan


perkhidmatan perniagaan global (GBS);

23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran


digital dan pusat internet e-dagang setempat;

24. Hotel dan penginapan;

25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:

i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/


rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt
vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan
ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan
dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

26. Utiliti (air dan tenaga);

27. Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek),


saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
7
28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);

29. Keselamatan dan Pertahanan;

30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang,


termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau
pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;

33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan

34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan

36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang


ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang
mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)


12 JANUARI 2021

Anda mungkin juga menyukai