Anda di halaman 1dari 14

PMC 563 :

AMALAN MATEMATIK DALAM BILIK


DARJAH

PENILAIAN KRITIS PENGAJARAN


& PEMBELAJARAN

PENSYARAH :-
DR CHEW CHENG MENG

NAMA : PUNITHA A/P PARAMASVARAM


NO. MATRIKS : S-PM 0089 / 19
NO. IC : 831007075708
BIL. PERKARA
1.0 PENGENALAN
- SKPMg2

- ASPEK 4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG

- ASPEK 4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL

- ASPEK 4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

- ASPEK 4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG

- ASPEK 4.5 GURU SEBAGAI PENILAI

- ASPEK 4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF

2.0 PENILAIAN KRITIS GURU


- MAKLUMAT GURU

- RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

- PENILAIAN ASPEK 4.1

- PENILAIAN ASPEK 4.2

- PENILAIAN ASPEK 4.3

3.0 CADANGAN PELAKSANAAN AMALAN BILIK DARJAH


4.0 LAMPIRAN
- RPH

- BORANG PENILAIAN KENDIRI GURU (SKPMg2)


SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah mempunyai ilmu
pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar,
mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta
mempunyai sikap positif terhadap pekerjaanya. Penilaian amat penting dalam
pendidikan. Penilaian merupakan satu proses kuantitatif bagi menentukan perubahan
dan membuat pertimbangan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan murid belajar.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Bukti-bukti yang kukuh tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperolehi menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Bagi mengukur pengajaran seseorang guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mewujudkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang
diperkenalkan pada 2010. SKPM diwujudkan untuk menegaskan elemen penyeliaan
sebagai elemen yang dilihat penting dalam menentukan pendidikan yang berkualiti
dalam bilik darjah.
Pada tahun 2016, SKPM digubalkan semula dan mula melaksanakan
SKPMg2. Nama standard pada SKPMg2 adalah Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(Pdpc). Matlamat utama SKPMg2 ini adalah untuk memastikan sekolah mendapat
manfaat seperti BAIAH. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti perlaksanaan setiap
bidang di sekolah seperti bidang pentadbiran, bidang kurikulum, bidang hal ehwal
murid, bidang ko-kurikulum dan juga pengajaran (pembelajaran dan pemudahcaraan)
yang berkesan.
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (pdp) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara
berterusan.
Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan


rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc). Menyediakan RPH,
menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik /
ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid,
peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa.

Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran


proses pembelajaran mengikut perancangan dengan mengelola isi pelajaran dan
peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati
objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp dan
mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut
kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

Guru sebagai pengawal proses pembelajaran secara terancang


Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing  untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan,


kemahiran  dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran dan memberi tunjuk ajar dalam
menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran
/ mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara
berhemah dan bersungguh-sungguh.

Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru
kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah,
mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran,
mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.

Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif

Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai


Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid. Menggunakan pelbagai
kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta
menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan
pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan

Guru sebagai penilai

Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
serta mengamalkan nilai positif. Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan
aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan,
menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan
objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah.
2.0. PENILAIAN KRITIS GURU

2.1. MAKLUMAT GURU & Pdpc

Nama Guru : EN. MAKADEVAN A/L SINNASAMY.

Pengalaman : 16 tahun

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Mertajam.

Kelas : 5 Topaz

Bil. Murid : 25 / 28 orang

Tarikh : 02-03-2020

Masa : 12.30pm - 1.30pm

Topik : 6. Operasi bergabung

Standard Kandungan : 6.1. Operasi Bergabung

Standard Pembelajaran : 6.1 (i) mengira bagi operasi bergabung :-

- menambah dan mendarab


- menolak dan mendarab
- menambah dan membahagi
- menolak dan membahagi hasilnya dalam lingkungan 1 000 000

Standard Prestasi : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :-

1. menyatakan urutan operasi bergabung.


2. mengira operasi bergabung.

BBM : Kad soalan

Penilaian : Lembaran Kerja

Nilai Moral : Kerjasama, berdikari


1.2. PENILAIAN ASPEK

4.1 : GURU SEBAGAI PERANCANG

Kekuatan

Guru telah merancang pelaksanaan Pdpc secara profesional dan baik yang
mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Beliau juga
menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti kad-kad soalan. Selain itu, guru
telah memastikan kesediaan murid dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) .

Kelemahan

Aktiviti pembelajaran yang telah dirancang tidak mengikut aras murid seperti murid
lemah, sederhana dan cemerlang. Tiada latihan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Selain itu guru juga tidak merancang aktiviti pelbagai aras dan kerja kumpulan. Masa yang
diperuntukkan bagi latihan individu tidak mencukupi. Penggunan sumber pendidikan yang
agak kurang.
RPH
Kad-kad soalan

4.2. GURU SEBAGAI PENGAWAL

Kekuatan

Guru telah dapat mengawal proses pembelajaran secara terancang


memandangkan beliau juga adalah guru disiplin sekolah maka kelas memang berdisiplin.
Murid-murid telah mengikut arahan guru dan senyap. Selain itu, susun atur kerusi dan meja
dalam kelas adalah sesuai untuk pembelajaran. Murid duduk dengan selesa. Pengajaran
dijalankan berdasarkan apa yang dirancang dalam suasana yang terkawal.

Kelas terkawal

Kelemahan

Guru hanya memberi peluang penglibatan kepada murid secara rawak dan tidak
mengikut pelbagai aras keupayaan murid. Soalan yang dikemukakan juga tidak mengikut
aras keupayaan murid. Guru tidak memberi peluang penyertaan kepada murid yang lemah,
sederhana dan cemerlang secara sama adil. Pengelolaan masa Pdpc juga tidak selaras
dengan aktiviti pembelajaran. Murid-murid hanya menjalankan aktiviti sendiri, tiada kerja
kumpulan atau berpasangan.

Aktiviti individu secara rawak


4.3. GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Kekuatan

Guru memberi tunjuk ajar profesional dan bersistematik serta panduan menguasai
kemahiran dalam aktiviti pembelajaran. Guru telah menggunakan bahasa yang mudah
untuk menjelaskan tajuk pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti buku
teks digalakkan dan harus dipuji.

Kelemahan

Kelemahan yang ketara adalah penggunaan sumber pendidikan yang terhad.


Dalam Set induksi, guru hanya ‘chalk and talk’ atau memberi penerangan sahaja tentang
kaedah penyelesaian. Selain itu, pemerhatian guru terhadap aktiviti murid adalah kurang
tidak berfokus kepada semua murid.

Murid hanya menggunakan kertas contengan untuk mencuba latihan.

.
Kaedah ‘chalk and talk’ kurang menarik perhatian murid.

3.0. CADANGAN PELAKSANAAN AMALAN BILIK DARJAH

Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah
dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya
masyarakat.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung
kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan murid-muridnya. Sehubungan ini, bilik darjah
merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk
menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Proses interaksi membolehkan guru
memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti
pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, aktiviti seperti soal jawab yang
mengerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-
muridnya.
Dalam mengurus bilik darjah, guru bukan hanya memainkan peranan sebagai pengajar
tetapi juga sebagai pengurus. Ini bermakna kerja guru di dalam bilik darjah bukan setakat
mengajar, tetapi juga mengelolakan murid-murid serta mengelolakan kemudahan dan keadaan
fiikal yang terdapat di dalamnya.            
Berdasarkan penilaian yang saya telah buat, dari aspek pengurusan bilik darjah, guru
tersebut telah berjaya mengawal disiplin kelas dengan baik. Oleh yang demikian, mudah bagi
beliau melaksanakan kerja kumpulan atau aktiviti kolaboratif bersama murid. Guru yang cekap
dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk
mengawal sesetengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan sesuai boleh
diberikan kepada ketua-ketua kumpulan supaya kumpulan dapat menjalankan aktiviti pengayaan
atau melaksanakan sesuatu projek dengan sistematik dan teratur.
Seterusnya, guru perlu merancang peruntukkan masa yang sesuai dan soalan pelbagai
aras bagi murid yang lemah, sederhana dan cemerlang supaya mengikut aras kemampuan
mereka. Latihan yang diberi secara individu juga tidak sempat dihabiskan dan dibincang sebelum
dilengkapkan maka murid lemah agak ketinggalan. Bahan bantu mengajar dan peralatan murid
untuk mencuba sesuatu soalan juga dapat diperbaiki. Contohnya, penggunaan kertas contengan
untuk mencuba latihan boleh digantikan dengan whiteboard card supaya murid dapat mencuba ,
menyemakdan kemudiannya memadam sebelum ke soalan seterusnya. Guru juga dapat
menyemak jawapan murid dengan lebih cepat dan tepat dengan cara ini. Guru juga perlu memberi
peluang kepada pelbagai aras keupayaan murid untuk mencuba soalan serta melibatkan murid
secara aktif semasa menjawab soalan di papan. Guru juga perlu mengenalpasti bahawa adakah
semua murid di dalam kelas telah mencapai objektif pada hari tersebut. Guru boleh mengedarkan
borang penilaian sekali-sekala untuk menilai pengajaran beliau serta mendapatkan cadangan
penambahbaikan daripada murid-murid. Guru juga perlu membimbing murid yang lemah secara
individu supaya mereka juga dapat memahami dan menjawab soalan yang diberi dengan betul
dan tepat. Contohnya, boleh menyediakan soalan yang agak senang untuk memotivasikan murid
yang lemah, serta memberi pujian dan galakkan.

Semasa membincangkan jawapan lembaran kerja, guru perlu memastikan kesemua murid
dapat menjawab dan menyiapkan supaya tiada yang ketinggalan atau hanya menyalin jawapan
sahaja. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai amat penting untuk menarik minat murid-
murid. Penggunaan ICT seperti LCD, laptop, projector, dan sebagainya dapat memudahkan
proses PdPc berjalan lancar. Selain itu terdapat banyak laman sesawang yang boleh digunakan
seperti YOUTUBE, online games dan sebagainya yang dapat menceriakan suasana
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai