Anda di halaman 1dari 42

Anda masih belum mendaftar bersama kami di Forum Halaqah. Klik di sini untuk mendaftar...

Forum Islamik Anda

Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!

Klik Warna: Laman Utama Forum 50 Terbaru Forum Utama Kalendar Kiriman Terbaru Artikel
Hantar Artikel Artikel Bahan UMUM Kaifa Ihtadaitu Tazkiyatun Nafs Pelbagai Peta Halaqian Klinik
Halaqah Arah Qiblah QuranExplorer Riadhah Sukarelawan Link Utama Link Kedua Galeri Utama
Warga Halaqian Komuniti Potret Ulama HMI-Video Utama Kulliyyah Nasyid HMI Carian

Buat Pencarian Terperinci Daftar Masuk Daftar

.::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah > Forum > Halaqah Raudhah > Khazanah
Ilmiah > Review Buku > Topik: PENGANTAR ILMU TASAWUF

Penulis Topik: PENGANTAR ILMU TASAWUF (Dibaca 13181 kali)

0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #80 pada: 09 May, 2009, 08:14:22 PM »


--------------------------------------------------------------------------------

SYUKUR Shukr ( Syukur) dari sudut bahasa ialah: Suatu sifat yang terpuji dilahirkan melalui lisan
(lidah), jinān (hati) dan arkān (anggota lahir) dengan tujuan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.
dan ketinggianNya dengan sebab pemberian nikmat daripadaNya, lihat al-Jurjāni, al-Ta‛rifāt h. 68.
Manakala menurut istilah ‘urfi syukur dapat dijelaskan dengan makna: Menggunakan keseluruhan
nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. mengikut tujuan ia (nikmat) dijadikan. Ibid., 68.

Menurut pandangan Ibn ‘Atā’illah al-Iskandariy seperti yang terdapat dalam Kitab Ibn ‘Atā’illah al-
Sukandari wa Tasawwufuh, al-Taftazāni, h. 239, menyatakan syukur dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian sesuai dengan pendefinisian di atas; iaitu shukr al-lisān, shukr al-arkān dan shukr al-jinān.
Adapun yang dimaksudkan dengan shukr al-lisān itu ialah dengan menyebut-nyebut nikmat yang
diperolehi dengan mengucapkan pujian serta kesyukuran terhadap nikmat tersebut. Keadaan ini
َ ‫ َوأَمَّا ِبنِعْ َم ِة َرب‬maksudnya Adapun nikmat
ْ ‫ِّك َف َح ِّد‬
telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. di dalam firmanNya ‫ث‬
Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut- sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. al-
Quran: al-Duha: ayat 11.

Menyebut-nyebut dalam ayat di atas membawa maksud bersyukur terhadap nikmat yang telah
diberikan oleh Allah S.W.T. Jika tidak, maka ia dianggap tidak mensyukuri nikmat tersebut. Hal ini
telah dinyatakan oleh Ibn ‘Atā’illah dalam kata-kata hikmatnya ‫من لم يشكر النعم فقد تعرض لزوالها ومن شكرها‬
‫ فقد قيد بعقالها‬. yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan maka bererti ia berusaha
untuk menghilangkannya, dan sesiapa yang bersyukur ke atas nikmat tersebut bererti ia telah
mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kuat dan kukuh. Ibn ‘Ajibah, Iqadh al-Himam, h.,100,
Adapun yang dimaksudkan dengan shukr al-arkān (anggota zahir) itu ialah dengan melakukan segala
amalan kebajikan kerana mentaati perintah Allah S.W.T.

ُ َ‫اعْ َملُوا آ َل دَ اوُ ود‬


Dalam konteks ini Allah S.W.T. ada menjelaskan dengan firmanNya ‫ش ْكرً ا َو َقلِي ٌل مِنْ عِ َبادِي‬
‫ ال َّش ُكو ُر‬maksudnya, Bekerjalah (beramal) wahai keluarga Daud untuk bersyukur kepada Allah. Dan
sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang berterima kasih (bersyukur). Al-Quran,Saba,13. Dari
maksud ayat di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa pada hakikatnya hanya sedikit
daripada hamba-hamba Allah S.W.T. di atas muka bumi ini yang bersyukur di atas nikmat yang telah
dikurniakan kepada mereka.

Justeru kerana itu bagi seorang yang salik dalam setiap perlakuan ibadat yang dilakukan hendaklah
menepati konsep lillah seperti yang terkandung dalam ungkapan doa iftitāh yang bermaksud:
Sesungguhnya solatku, peribadatanku, kehidupanku dan kematianku adalah untuk Allah S.W.T.,
Penguasa sekalian alam. Kenyataan ini membawa maksud segala amalan yang dilakukan oleh
seorang yang sālik itu adalah bertujuan untuk merealisasikan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang
telah Allah S.W.T. kurniakan ke atasnya.

Sama ada nikmat yang zahir mahupun nikmat yang batin. Supaya dengan itu kelak kita tidak
tergolong di kalangan mereka yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmanNya ‫َوآ َتا ُك ْم مِنْ ُك ِّل‬
‫ان لَ َظلُو ٌم َك َّفا ٌر‬ ِْ ‫ َما َسأ َ ْل ُتمُوهُ َوإِنْ َت ُعدُّوا نِعْ َم َة هَّللا ِ الَ ُتحْ صُو َها إِنَّ ا‬, maksudnya: Dan Ia telah memberikan kepada
َ ‫ن َس‬2ِ‫ْال‬
kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah
S.W.T. nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat
suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat
Tuhannya,al-Quran, Ibrahim, 34.

Oleh yang demikian sebagai seorang yang sālik hendaklah melakukan segala bentuk ketaatan dan
meninggalkan segala larangan itu sebagai lambang dan bukti kesyukurannya di atas nikmat yang
telah dikurniakan terhadapnya. Dengan berbuat demikian Allah S.W.T. telah menjanjikan akan
menambah lagi nikmat ke atas hambaNya itu seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T. dengan
firmanNya,

‫َوإِ ْذ َتأ َ َّذ َن َر ُّب ُك ْم لَئِنْ َش َكرْ ُت ْم الَ ِزي َد َّن ُك ْم َو َلئِنْ َك َفرْ ُت ْم إِنَّ َع َذ ِابي لَ َشدِي ٌد‬

Maksudnya: Dan(ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras. al-Qur’an, Ibrahim, 7.

Ayat ini memberikan satu gambaran bahawa Allah S.W.T. akan menambahkan lagi nikmat zahir dan
batin terhadap hambanya yang sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah S.W.T. ke atasnya.
Sebaliknya jika gagal bersyukur di atas nikmat tersebut, maka Allah S.W.T. menjanjikan dengan
siksaan yang sangat pedih dan keras. Dalam hal ini Ibn ‘Atā’illah tidak ketinggalan memberikan
peringatan kepada kita semua dengan kata-kata hikmatnya, ‫من لم يقبل على هللا بمالطفات االحسان قيدإليه بسالسل‬
‫ االمتحان‬. yang bermaksud, Sesiapa yang tidak suka menghadap ( mendekati dalam makna bersyukur)
kepada Allah S.W.T. dengan halusnya pemberian kurnia Allah S.W.T., maka akan diseret supaya ingat
kepada Allah S.W.T. (mensyukuri) dengan rantai ujian (bala). Ibn ‘Ajibah, op.cit., h. 98-99.

Adapun yang dimaksudkan dengan shukr al-jinān itu ialah mengakui bahawa sesungguhnya hanya
Allah S.W.T. yang berkuasa memberikan nikmat tersebut kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Setiap nikmat yang diperolehi itu hendaklah diyakini bahawa ia adalah daripada Allah S.W.T.
Sebagaimana firmanNya,‫ُون‬َ ‫م الضُّرُّ َفإِلَ ْي ِه َتجْ أَر‬2ْ ‫ َو َما ِب ُك ْم مِنْ نِعْ َم ٍة َفمِنْ هَّللا ِ ُث َّم إِ َذا َم َّس ُك‬. maksudnya: Dan apa-apa
nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah darpada Allah S.W.T.; kemudian apabila kamu ditimpa
kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. al-Quran, al-Nahl, 53. Ayat di
atas menerangkan kepada kita bahawa seluruh nikmat adalah daripada Allah S.W.T.
Oleh yang demikian bagi seorang yang sālik hendaklah mengakui hakikat ini dengan penuh
keyakinan tanpa sebarang syak dan ragu. Kerana dengan berbuat demikian akan memudahkan
wusul kepada Allah S.W.T. di samping mendapat nikmat lahir dan batin daripadaNya. Ini telah
dinyatakan oleh Ibn ‘Atā’illah dalam kata-kata hikmatnya, ‫متى رزقك الطاعة والغنى به عنها فاعلم أنه قد اسبغ عليك‬
‫ نعمه ظاهرة وباطنة‬. ,maksudnya: Apabila Allah S.W.T. telah memberikan rezeki kepada kamu berupa
perasaan puas melakukan taat (ibadat) pada lahirmu, dan merasa cukup kaya dengan Allah S.W.T.
dalam hatimu, sehingga benar tidak ada sandaran bagimu kecuali Allah S.W.T. Maka ketahuilah
bahawa Allah S.W.T. telah melimpahkan kepadamu nikmat lahir dan batin. Ibn ‘Ajibah, op,cit., h.
116.

Oleh sebab itu bagi orang-orang sufi, mereka beranggapan memandang Allah S.W.T. dalam
kesenangan lebih sukar daripada memandangNya dalam keadaan penderitaan. Oleh kerana itu
orang sufi yang sudah berani hidup mewah, seperti Hāris al-Muhāsibi, dianggap sudah mencapai
maqām yang tinggi dalam kesufiannya. Lihat al-Tusi, al-Luma‛, op.cit., h. 495. Al-Qur’an sendiri
menjelaskan realiti ini dengan menjelaskan bahawa manusia ketika mereka ditimpakan kesusahan
selalu berdoa kepada Allah S.W.T. dan menyerahkan diri kepadaNya, tetapi setelah mereka
mendapatkan kesenangan ramailah antara mereka yang melanggar perintahNya.

--------------------------------------------------------------------------------

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.

Penal Utama Baitul Muslim

--------------------------------------------------------------------------------

Ummi Munaliza
28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #81 pada: 09 May, 2009, 08:15:46 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

AL-KHAWFal-Khawf membawa maksud: Bimbang berlakunya sesuatu yang tidak disukai atau
bimbang dengan kehilangan sesuatu yang dikasihi. al-Jurjāni, op.cit., h. 54. Manakala al-Ghazāli pula
memberikan makna al-khawf ialah: Suatu keadaan di mana hati merasa dukacita dengan sebab
menduga akan berlakunya sesuatu yang tidak diingini pada masa akan datang. al-Ghazāli, op.cit., jil.
4, h., 155

Manakala maksud al-rajā’ dari sudut bahasa pula ialah harapan. Dari sudut istilah pula ialah
pergantungan hati ke atas sesuatu peristiwa yang disukai di sisi Allah S.W.T. pada masa akan datang.
Lihat al-Jurjāni, op.cit.,h. 58. Manakala menurut al-Ghazāli al-rajā’ itu ialah tenang hati ketika
menanti sesuatu yang disukai di sisi Allah S.W.T. al-Ghazāli, op.cit., jil. 4, h., 142. Khawf dan rajā`
merupakan dua maqām yang bergandingan antara satu dengan yang lain dalam membantu seorang
yang sālik menuju Allah S.W.T. al-Ghazāli menyebutkan tentang khawf dan rajā` ini dengan katanya
yang bermaksud: Maka sesungguhnya khawf dan rajā’, merupakan dua sayap yang terbang
dengannya oleh orang-orang yang muqarrabun untuk menuju ke setiap maqām yang terpuji. Ibid.

Ibn Qayyim seperti yang dinukil oleh al-Sharbasi dalam Akhlāq al-Qur’ān, h., 162 menyatakan
bahawa:(Hati sebagai burung dalam perjalanan menuju Allah S.W.T., sedangkan mahabbah
kepalanya, manakala khawf dan rajā’ merupakan sayapnya. Selagi kepala dan dua sayapnya berada
dalam keadaan yang baik, maka burung akan terbang dengan baik. Apabila terputus kepalanya
maka burung akan mati dan apabila hilang kedua belah kepaknya, maka ia terdedah kepada bahaya
pemburu. Dari sini dapat kita lihat betapa pentingnya khawf dan rajā’ bagi seorang yang sālik dalam
menjalani proses mujāhadah untuk menuju Allah S.W.T.)
Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #82 pada: 09 May, 2009, 08:17:36 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

AL-RIDA' al-Ridā menurut al-Jurjāni, op.cit., h.59, menyebutkan: Menerima dan senang hati dengan
kepahitan qada’. Manakala menurut pandangan Ibn ‘Atā’illah al-ridā ialah menerima dengan penuh
ketenangan terhadap hukum Allah S.W.T. dan taqdir daripadaNya. Lihat al-Taftazāni, op.cit., h. 246.
Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menerangkan tentang al-ridā dan al-tawakkal ini,
antaranya Allah S.W.T. berfirman

َ ِ‫ِين فِي َها أَ َب ًدا َرضِ َي هَّللا ُ َع ْن ُه ْم َو َرضُوا َع ْن ُه َذل‬


‫ك ْال َف ْو ُز ْال َعظِ ي ُم‬ َْ ‫ات َتجْ ري مِنْ َتحْ ِت َها ا‬ َ ‫ هَّللا ُ َه َذا َي ْو ُم َين َف ُع الصَّا ِدق‬.
َ ‫ن َها ُر َخالِد‬2َ‫ْال‬ ِ ٌ ‫ِين صِ ْدقُ ُه ْم لَ ُه ْم َج َّن‬
Maksudnya: Allah berfirman: Ini adalah satu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar
kebenaran mereka. Bagi mereka syurga di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di
dalamnya.Allah S.W.T. reda terhadap mereka dan mereka pun reda terhadap Nya.

Itulah keuntungan yang paling besar. al-Qur’an, al-Ma’idah, 119, al-Tawbah, 100, al-Mujadilah, 22,
al-Bayyinah, 7-8. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan dengan sabdanya yang
bermaksud: Akan merasa kemanisan iman bagi sesiapa yang reda dengan Allah S.W.T. sebagai Rabb,
dan dengan Islam sebagai al-Din dan dengan Muhammad s.a.w. sebagai Rasul. Lihat Muslim, Sahih
Muslim bi Sharh al-Nawawi, jil. 1, h. 2., al-Ghazāli, op.cit., jil., iv, h., 86. Dari maksud ayat al-Quran
dan hadis di atas, al-ridā membawa pengertian ridā kepada uluhiyyah dan rububiyyah Allah S.W.T.
Konsep reda kepada uluhiyyah Allah S.W.T. membawa maksud mahabbat Allah, (kasihkan Allah
S.W.T.) Khawf Allah (takutkan Allah S.W.T), rajā’ (menaruh harapan hanya kepada Allah S.W.T.),
inābat Allah (bertawbat kepada Allah S.W.T), tabattul (penumpuan ibadah) ibadah hanya kepada
Allah S.W.T.

Sedang konsep reda terhadap rububiyyah Allah S.W.T. pula mengandungi makna reda terhadap
tadbir Allah S.W.T., bertawakal serta meminta pertolongan hanya kepada Allah S.W.T., thiqah bi
Allah dan I‛timād (berpegang dan berandar) hanya kepada Allah S.W.T. Menurut al-Palembāni,
seperti yang terdapat dalam kitabnya Siyar al-Sālikin, h. 140, manakala al-Ghazāli, Ihyā’, jil., 4, h. 333,
menyatakan bahawa reda adalah maqām yang tertinggi dan merupakan buah atau hasil daripada
mahabbah.

Reda membawa maksud tidak menyanggah akan segala perbuatan yang dilakukan oleh Allah S.W.T.
ke atasnya dan atas orang yang lain daripadanya, kerana segala perbuatan yang berlaku itu adalah
perbuatanNya dan wajib ia ridā akan perbuatanNya itu. Dalam konteks ini al-Palembāni mengutip
sebuah cerita tentang Rabi‛ah al-‘Adawiyyah pernah ditanya Bilakah seorang hamba Allah S.W.T.
ridā kepadaNya? Jawabnya: Apakah kegembiraannya menerima musibah sama dengan
kegembiraannya ketika menerima nikmat. Dengan demikian ridā itu menggambarkan tentang
puncak ketenangan jiwa seorang yang sālik terhadap qadā’ Allah S.W.T. Jiwanya tidak tergoncang
dengan apa keadaan sekalipun, kerana baginya segala yang terjadi di dalam alam ini adalah
perbuatan Allah S.W.T., lahir daripada qudrat dan irādatNya yang bersifat mutlak. Keadaan ini harus
diterima dengan rasa gembira dan berserah diri kepada Allah S.W.T. Hal ini telah dinyatakan oleh
َ ‫ َو َعلَى هَّللا ِ َف َت َو َّكلُوا إِنْ ُكن ُت ْم م ُْؤ ِمن‬,yang bermaksud: Dan hanya kepada Allah
Allah S.W.T. dalam firmanNya. ‫ِين‬
hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.al-Qur’an, al-Ma’idah,23.
Sebagai seorang yang mukmin, mengerjakan perintah Allah S.W.T. merupakan suatu kewajipan yang
mutlak sifatnya. Ia mestilah dikerjakan dengan penuh keredaan di samping batinnya sentiasa
menyerah dan rida terhadap ketentuan serta kepastian takdir daripada Allah S.W.T.

Apabila keadaan ini dapat dirasakan pada diri seseorang yang sālik, maka ini merupakan petanda
yang Allah S.W.T. telah mengurniakan nikmat yang besar baginya jika dibandingkan dengan nikmat-
nikmat yang berbentuk lahiriyyah. Kerana nikmat seumpama ini mengandungi makna ‘ubudiyyah
yang bersifat lahir dan batin. Kedua-duanya (lahir dan batin) berjalan senada. Dengan zahirnya
menunaikan segala perintah Allah S.W.T., sedang batinnya pula sentiasa ridā dan tawakkal dengan
ketetapan takdir Allah S.W.T. ke atas dirinya. Ibn ‘Atā’illah ada menyebutkan tentang hal ini dengan
kata-kata hikmahnya,‫ لقهره أعظم المنة عليك‬2‫ تى جعلك فى الظاهرممتثال المره وفى الباطن مستسلما‬. maksudnya:
Apabila Allah S.W.T. menjadikan kamu selalu mengikut perintahNya dan memberi rezeki
(pertolongan) kepadamu pada zahirnya, dan menjadikan kamu menyerah (ridā) terhadap
kepastianNya dalam batinnya, ini bererti bahawa Allah S.W.T. telah memberikan kenikmatan
(kurnia) yang sangat besar terhadap mu.Lihat Ibn ‘Ajibah, op.cit., h., 158.

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #83 pada: 11 May, 2009, 12:12:10 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

BAB II

TARIQAT DAN SULUK

2.1 PENGENALAN
Dalam bab kedua ini, penulis cuba membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan istilah
tariqat, konsep tariqat, kepentingan tariqat serta kedudukannya dalam Islam. Dalam masa yang
sama akan disentuh juga masalah yang berhubung dengan suluk atau khalwat yang menjadi dasar
kepada disiplin ilmu dan amalan tariqat tasawwuf dan hubungannya dengan amalan rābitah.

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #84 pada: 13 May, 2009, 05:48:53 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

2.2.2 Tariqat Menurut Istilah Tasawwuf.

2.2.2 Tariqat Menurut Istilah Tasawwuf.


Setelah kita bincangkan perkataan tariqat dari sudut bahasa di samping penggunaan al-Qur’an
terhadap kalimah tersebut, maka tiba masanya untuk kita membicarakan tentang perkataan tariqat
yang cuba dilihat dari perspektif ilmu dan amalan tasawwuf. Perkataan tariqat menurut disiplin ilmu
ini telah didefinisikan secara berbeza-beza oleh tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dengan
amalan tasawwuf atau oleh para penyelidik ilmu tersebut. Sebagai contoh kita ambil seorang
penyelidik ilmu tasawwuf, iaitu Syeikh Ahmad Khātib bin Abdul Latif telah mendefinisikan tariqat itu
dengan katanya: Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu yang tiga iaitu Tauhid, Fiqh dan
Tasawwuf.

Definisi ini nampaknya begitu umum, malah tidak memberikan gambaran dan realiti yang sebenar
terhadap istilah tariqat dan tasawwuf itu. Ini kerana tasawwuf dan tariqat itu adalah merujuk
kepada ihsān seperti yang terdapat dalam hadis Nabi s.a.w. yang masyhur itu. Tariqat, tasawwuf
dan ihsān itu lebih khusus sifatnya, justeru ia tidak boleh didefinisikan dengan suatu definisi yang
umum. Sedang definisi yang dikemukakan oleh Ahmad Khātib ini lebih bersifat penjelas terhadap
struktur Islam, bukan makna atau takrif tasawwuf dan tariqat secara khusus. Sememangnya kita
menyedari, untuk menjadi manusia yang sempurna, kita mestilah berpegang teguh terhadap Iman,
Islam dan Ihsān. Atau yang disebutkan oleh Syeikh Ahmad Khātib sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan
Ilmu Tasawwuf. Tetapi kita merasakan ini bukan takrif dan definisi kepada tasawwuf dan tariqat
yang sebenar, tetapi hanya sekadar penjelasan terhadap bagaimana cara untuk mengamalkan
syariat Islam yang syumul itu.

Oleh yang demikian kita mesti mencari satu definisi yang lebih tepat dan khusus sifatnya bagi
memperjelaskan lagi makna dan maksud yang terkandung dalam kalimah tariqat tersebut. Adalah
diharapkan dengan pendefinisian itu nanti mengurangkan kesilapan dan kekeliruan terhadap
maksud sebenar yang berhubung dengan kalimah tariqat dan ajaran yang terkandung dalamnya.

Untuk tujuan tersebut kita mengutip keterangan yang diberikan oleh al-Jurjāni (w. 816H) dalam
mendefinisikan perkataan tariqat dalam konteks yang lebih khusus beliau menjelaskan dengan
katanya:

‫الطريقة هى السيرة المختصة بالسالكين الى هللا تعالى من قطع المنازل والترقى فى المقامات‬

Maksudnya:

Tariqat itu ialah perjalanan kerohanian yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah
S.W.T. yang pasti akan mengharungi beberapa rintangan dan melalui peningkatan rohani di dalam
berbagai maqāmāt.
Menurut Syeikh Najm al-Din Kubrā (w. 618H) yang memberikan definisi tariqat itu dengan katanya:

‫الطريقة هى التقوى والتقرب إلى هللا تعالى من قطع المنازل والترقى فى المقامات‬.

Maksudnya:

Adapun tariqat itu ialah melakukan takwa dan perkara-perkara yang dapat mendekat dan
menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. dengan melalui berbagai rintangan dan berbagai maqāmāt.

Dari tiga definisi di atas, kita dapati semua definisi tersebut membawa maksud yang sama, hanya
Syeikh Ahmad Khātib mendefinisikan istilah tariqat itu dengan menyentuh aspek Islam Iman dan
Ihsan secara zahir. Sedang dua orang tokoh yang berikutnya memberikan pendefinisian yang lebih
tepat dan memenuhi kehendak istilah tariqat tersebut. Definisi ini juga menepati makna sebenar
seperti yang terdapat dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf dan tariqat.

Jika kita tinjau selanjutnya, kita akan dapati bahawa Syeikh Najm al-Din Kubrā ada menjelaskan
tentang kedudukan dan hubungan istilah tariqat itu dengan syariah dan haqiqat. Hal ini telah
diterangkan oleh beliau supaya konsep tariqat tersebut lebih jelas dan dapat difahami dengan
mudah di samping tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Beliau berpendapat bahawa syariah
seumpama kapal, tariqat seperti lautan manakala haqiqat pula seperti mutiara. Sesiapa yang
mahukan mutiara itu, ia mesti menaiki kapal kemudian dia belayar mengharungi lautan itu.
Kemudian barulah dia sampai kepada mutiara tersebut. Sesiapa yang meninggalkan urutan
perjalanan ini, maka ia tidak akan sampai ke mutiara itu.

Dari keterangan Syeikh Najm al-Din Kubrā di atas, memperjelaskan lagi kepada kita tentang konsep
serta hubungan antara istilah tariqat dengan syariah dan haqiqat itu. Tidak cukup dengan kenyataan
tersebut, beliau memperjelaskan lagi dengan memberikan beberapa contoh tentang hubungan
tersebut. Antaranya beliau menghuraikan tentang bersuci: Jika dilihat dari sudut ketiga tiga aspek
tersebut (dari aspek syariah, tariqat dan haqiqat) . Menurut beliau bersuci pada tahap syariah ialah
dengan menggunakan air mengikut syarat dan rukun yang tertentu, manakala di tahap tariqat pula
bersuci itu dilihat dari aspek berusaha membuangkan segala dorongan hawa nafsu (takhalli) dan
pada tahap haqiqat pula bersuci itu adalah bersih hati dari apa juga yang selain daripada Allah
S..W.T. (tahalli).
Pandangan Syeikh Najm al-Din itu tadi dapat kita perjelaskan begini: Seseorang yang mahu sampai
kepada hakikat tauhid yang sebenar, baik yang berhubung dengan uluhiyyah mahupun rububiyyah
sehingga memperolehi mushāhadah terhadap hakikat tauhid tersebut, mestilah ia bersih dari apa
juga bentuk najis, hadas kecil mahupun hadas besar, zahir mahupun yang batin. Setelah itu
hendaklah bermujāhadah membersihkan hati dari berbagai sifat tercela (madhmumah) dan
menghiasi hati itu dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah). Setelah kedua-dua aspek itu dapat
dilakukan dengan jayanya barulah orang itu akan sampai ke martabat suci pada haqiqatnya. Benar
kata-kata Ibn ‛Atā`illah yang menyebutkan:

‫ أم كيف يطمع أن يدخل حضرة هللا ولم‬, ‫ أم كيف يرحل إلى هللا وهو مكبل بشهواته‬, ‫كيف يشرق قلب صور األكوان منطبعة فى مرآته‬
‫ أم كيف يرجو أن يفهم دقائق األسرار وهو لم يتب من هفواته‬,‫ يتطهر من جنابة غفالته‬.

Maksudnya:

Bagaimana hati akan dapat disinari sedangkan gambar- gambar alam maya ini tercap dalam kaca
hatinya. Atau bagaimanakah seseorang boleh berjalan kepada Allah S.W.T., sedangkan ia terikat
dengan syahwat-syahwatnya. Atau bagaimana seseorang berkeinginan kuat untuk masuk ke hadirat
Allah S.W.T., sedangkan ia masih belum suci dari junub kelalaiannya. Atau bagaimana seseorang
mengharapkan agar dapat memahami rahsia rahsia yang halus sedangkan ia belum taubat dari dosa-
dosanya.

Kata-kata hikmah Ibn ‛Atā’illah di atas memberikan satu gambaran tentang betapa pentingnya
peranan seorang insan untuk membersihkan hati sanubari supaya berjaya mencapai martabat wusul
ilā Allah S.W.T. Hanya manusia yang bersih lahir dan batinnya sahaja yang akan berjaya melalui
perjalanan ini. Oleh yang demikian tidak ada sebab mengapa kita harus memisahkan antara amalan
syariat dengan tariqat dan haqiqat seperti yang sering kita dengar tentang tuduhan dan tohmahan
apabila membicarakan tentang tariqat dan tasawwuf.

Manakala bagi Syeikh Mawlana Zakariyya al-Kandahlawi, tariqat itu adalah nama kedua bagi ihsān
seperti yang terkandung dalam hadis Jibril a.s yang telah diriwayatkan oleh ‘Umar al-Khattāb r.a.
Atau menurut beliau lagi, berikanlah apa sahaja nama yang anda sukai terhadap istilah ihsān
tersebut. Menurut beliau perbezaan hanya pada nama sedangkan pada hakikatnya adalah sama.
Hal ini menurut beliau adalah disebabkan tariqat itu adalah jalan yang dengannya membolehkan
seseorang insan mencapai martabat atau sifat ihsān. Ihsān itulah juga yang disebutkan dengan
istilah tasawwuf atau suluk.

Dari beberapa definisi yang telah kita kemukakan di atas tadi, dapat kita menyatakan di sini bahawa
definisi yang telah dikemukakan oleh Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi nampaknya
lebih tepat dan jelas. Hal ini kita katakan demikian kerana definisi yang dikemukakan itu merujuk
langsung kepada ihsān seperti yang dikehendaki dalam hadis tersebut. Sedangkan ihsān itu sangat
dituntut di kalangan umat Islam untuk mempertingkatkannya ke tahap yang paling sempurna
sehingga mencapai martabat muhsin atau dengan kata jamaknya muhsinin. Lantaran dengan sifat
tersebut seorang mukmin itu dekat dengan Allah S.W.T. di samping mendapat kasih dan sayang
daripadaNya.

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #85 pada: 13 May, 2009, 05:51:56 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

2.3 KEPENTINGAN TARIQAT


2.3 KEPENTINGAN TARIQATDari perbincangan terhadap fakta-fakta yang telah dikemukakan
berhubung dengan definisi tariqat dan konsepnya, maka dapatlah bagi kita melihat dengan jelas
kepentingan tariqat dalam kehidupan manusia menuju Allah S.W.T. Untuk lebih jelas lagi
kepentingan tersebut ada baiknya jika kita membuat penelitian semula terhadap hadis Jibril a.s.
mengenai struktur Islam, iaitu Iman, Islam dan Ihsān.

Dari ketiga tiga struktur tersebut, Nabi s.a.w. menyebutkan apabila ditanya tentang pengertian ihsān
dengan sabdanya:

‫ أن تعبد هللا كأنك تراه فان لم تكن تراه فإنه يراك‬.

Maksudnya:

"Ihsān ialah anda beribadat kepada Allah S.W.T. seolah- olah anda melihatNya, jika anda tidak dapat
melihatNya maka sesungguhnya Allah S.W.T. melihat anda. "

Berdasarkan hadis di atas, para ulama Islam telah mengijmakkan bahawa kesempurnaan agama
Islam itu berada dalam tiga strukturnya yang asas iaitu, Iman, Islam dan Ihsān. Apabila kita
memahami tentang ihsān sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. itu, maka
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa ihsān ialah peningkatan iman dan Islam dalam
penghayatan kedua-duanya, sehingga sampai ke tahap atau darjat yang paling sempurna. Apabila
ibadat yang diasaskan kepada Islam dan iman itu sudah sampai ke tingkat ihsān, bererti ibadat itu
telah sampai ke tahap haqiqat. Justeru tariqat dalam konteks ini merupakan wasilah atau jalan yang
boleh menyampaikan iman dan Islam itu ke tingkat ihsān atau haqiqat tersebut.

Dari keterangan tersebut jelas kepada kita kedudukan tariqat secara tepat menurut perspektif Islam
yang syumul itu. Namun agak malang pada zaman yang mutakhir ini disiplin ilmu dan amalan
tasawwuf itu dihambat dan diabaikan malah dianggap sebagai sesat dan tidak sesuai dengan
keadaan zaman moden yang serba mencabar. Gambaran tersebut terjawab kerana al-Qur’an telah
membayangkan bahawa ilmu dan amalan tersebut antara yang mula-mula akan dihapuskan oleh
Allah S.W.T. melalui firmanNya:

‫ت قُلُو ُب ُه ْم‬
ْ ‫ َم ُد َف َق َس‬2َ‫ْال‬ ِ َ ‫ِين أُو ُتوا ْال ِك َت‬
َْ ‫اب مِنْ َق ْب ُل َف َطا َل َعلَيْه ْم ا‬ َ ‫أَلَ ْم َيأْ ِن لِلَّذ‬
َ ‫ِين آ َم ُنوا أَنْ َت ْخ َش َع قُلُو ُب ُه ْم لِذ ِْك ِر هَّللا ِ َو َما َن َز َل مِنْ ْال َح ِّق َوالَ َي ُكو ُنوا َكالَّذ‬
َ ُ‫ َو َكثِي ٌر ِم ْن ُه ْم َفاسِ ق‬.
‫ون‬

Maksudnya:
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka bagi
mengingati Allah S.W.T. dan mematuhi kebenaran al-Qur’an yang diturunkan kepada mereka. Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka,
setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak
antaranya orang-orang yang fasik atau derhaka."

Ayat ayat di atas diturunkan ke atas sebahagian dari umat Islam generasi sahabat di akhir zaman
Rasulullah s.a.w. Mereka mengabaikan amalan zikir kepada Allah S.W.T. dan perintah agama.
Keadaan ini terjadi kerana di akhir zaman Rasulullah s.a.w. negara Madinah telah aman, seluruh
Semenanjung Tanah Arab sudah dapat dikuasai oleh pemerintahan Islam. Dengan demikian,
sebahagian sahabat berpendapat dan merasakan bahawa tugas jihad fi sabilillah di medan perang
sudah tamat dan tidak ada lagi. Lalu mereka mempunyai masa lapang yang agak luas dan lahirlah
idea dan kecenderungan untuk bergiat semula di lapangan perniagaan dan ekonomi seperti dahulu.
Lantas para pedagang mahu berdagang, para petani mahu bersungguh-sungguh untuk
membangunkan ladang-ladang mereka. Justeru persekitaran dan perbualan mereka berkisar di
sekitar perniagaan. Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan kealpaan dan kelalaian mereka
dalam urusan berzikrullah seperti yang mereka telah lakukan secara rutin sebelumnya. Lalu Allah
S.W.T. menegur dengan menurunkan ayat di atas sebagai peringatan agar tidak terjadi ke atas
golongan Yahudi yang Allah S.W.T. turunkan kepada mereka kitab Taurat kepada mereka tetapi
diabaikan sehingga akhirnya mereka menjadi orang yang fasik.

Ayat di atas membayangkan kepada kita bahawa amalan tariqat yang berasaskan kepada khusyuk
hati mengingati Allah S.W.T. itu telah menjadi ilmu dan amalan yang mula mula dihapuskan oleh
Allah S.W.T., kerana ternyata di zaman awal itu pun amalan zikrullah itu telah diabaikan oleh para
sahabat lantas mendapat teguran dari Allah S.W.T. Ilmu khusyuk yang berasaskan kepada amalan
zikrullah adalah ilmu yang mula-mula akan dihapuskan oleh Allah S.W.T. daripada kalangan manusia.
Pada saat itu tidak ada seorangpun yang khusyuk ketika mendirikan solat berjamaah.

Justeru, kita tidak merasa hairan jika terdapat pada hari ini disiplin ilmu dan amalan tasawwuf dan
tariqat itu telah dilupa dan diabaikan oleh umat Islam. Malahan dengan berdasarkan kepada ayat
al-Qur’an dan kata-kata ‛Ubādah ibn al-Sāmit di atas tadi tidak hairan jika ada di kalangan umat Islam
yang mempersoalkan hakikat kebenaran disiplin ilmu dan amalan tersebut.
Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #86 pada: 13 May, 2009, 05:55:54 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

2.4. SULUK DAN KHALWAH

2.4. SULUK DAN KHALWAH

Menurut Ibn ‛Atā`illah al-Iskandari (w.709H/1309M) khalwah dan suluk itu ialah ‫محادثة السر مع الحق‬
bermaksud perbualan sirr dengan Allah s.w.t. Bagi al-Jurjāni pula khalwah dan suluk itu
didefinisikan ‫ السر مع الحق حيث ال أحد وال ملك محادثة‬bermaksud perbualan sirr dengan Allah S.W.T. tanpa
ada seorang dan malaikat bersamanya. Manakala khalwah dan suluk yang khas beliau definisikan
sebagai: ‫ هى غلق الرجل الباب على منكوحته بال مانع وطء‬bermaksud khalwat dan suluk itu ialah seorang lelaki
menutup pintu biliknya supaya tidak ada gangguan untuk melakukan persetubuhan. Antara tujuan
suluk dan khalwah dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf ialah untuk belajar menetapkan hati
supaya sentiasa berkekalan ingat kepada Allah S.W.T., di samping berpanjangan memperhambakan
diri kepadaNya. Dalam khalwah dan suluk para sālik sentiasa dilatih agar sentiasa murāqabah
terhadap diri dan mengawasi fikirannya dari gangguan dan kesibukan yang bersifat dunyawiyyah.
Berusaha menjaga hati dan lahiriahnya dari bergantung kepada manusia.
Dengan lain perkataan, jika ibadat itu dilakukan kerana hawa nafsu atau kerana selain dari mematuhi
perintah Allah S.W.T., tentulah amalan tersebut tidak diterima oleh Allah S.W.T., seperti yang
dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya:

‫الز َكا َة َو َذل َِك دِينُ ْال َق ِّي َم ِة‬


َّ ‫صالَ َة َوي ُْؤ ُتوا‬ َ ِ‫ َو َما أ ُ ِمرُوا إِالّ لِ َيعْ ُبدُوا هَّللا َ م ُْخلِص‬.
َ ‫ين لَ ُه ال ِّد‬
َّ ‫ين ُح َن َفا َء َو ُيقِيمُوا ال‬

Maksudnya:

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah S.W.T. dengan
mengikhlaskan ibadat kepada Nya, lagi teguh tetap di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. "

Untuk menepati kehendak dari ayat di atas maka disiplin ilmu dan amalan tasawwuf telah memilih
dan menetapkan agar seseorang yang sālik hendaklah melakukan suluk atau khalwah bagi mencapai
maksud tersebut. Tanpa khalwah dan suluk ini, (menurut pengalaman disiplin ilmu dan amalan
tasawwuf) sukar bagi seorang yang sālik mencapai martabat wusul kepada Allah S.W.T. Fakta ini
dijelaskan oleh Muhammad Amin al-Kurdi dengan katanya:

‫ اعلم أنه ال يمكن الوصول إلى معرفة الوصول وتنوير القلوب لمشاهدة المحبوب إال بالخلوة‬.

Maksudnya:

Ketahuilah bahawasanya seseorang itu tidak mungkin akan mencapai martabat wusul ilā ma‛rifat al-
wusul dan menerangkan hati bagi mushāhadat al-Mahbub kecuali dengan melakukan khalwah dan
suluk.

Dari sudut asas, amalan khalwah dan suluk ini sememangnya terdapat dalam ajaran Islam.
Terdapat asas yang kukuh dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya Allah S.W.T.
berfirman:

َ ‫ َو ْاذ ُكرْ اسْ َم َر ِّب‬.


‫ك َو َت َب َّت ْل إِلَ ْي ِه َت ْبتِيال‬

Maksudnya:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhan mu (terus menerus siang dan malam), serta
tumpukanlah (amal ibadat) kepadaya dengan sebulat-bulat tumpuan. "

Ayat di atas mengandungi dua perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada Baginda
Rasulullah s.a.w. Pertama, perintah agar sentiasa ingat kepada Allah S.W.T., manakala perintah
kedua ialah memutuskan hubungan selain daripada Allah S.W.T. bagi tujuan beribadah kepadaNya.
Dalam hal ini, kita diperingatkan oleh Ibn ‛Atā`illah dengan kata-kata hikmahnya:

‫ أم كيف يرحل إلى هللا وهو مكبل بشهواته‬.

Maksudnya:

Bagaimana seseorang itu boleh menuju kepada Allah S.W.T. sedangkan dia diselubungi oleh
syahwatnya.

Sehubungan dengan itu, seseorang yang melaksanakan ibadat haruslah melatih diri dan nafsunya
untuk memutuskan ketergantungan hatinya kepada selain daripada Allah S.W.T., seperti yang telah
dikatakan oleh Ibn ‛Atā`illah di atas tadi. Dalam kata-kata hikmatnya itu beliau menggunakan istilah
‫ يرحل‬yang membawa maksud perpindahan dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Makna
ini jika dilihat dari sudutnya yang zahir, manakala jika mahu dilihat dari sudut maknanya yang batin
boleh diertikan sebagai dari melihat alam benda kepada melihat Pencipta alam kebendaan. Dalam
konteks ini hati mestilah dilatih agar sentiasa melihat Allah S.W.T. dan bergantung hanya kepadaNya.

Khalwah dan suluk dalam bentuk ini sebenarnya dapat membantu membetulkan ‛ubudiyyah
(penghambaan) seorang yang sālik kepada Khāliknya, di samping itu dapat membetulkan ma‛rifah
terhadap Tuhannya. Sebagai contoh Abu Jamrah berpendapat, jika khalwah dan suluk Nabi
Muhammad s.a.w. di Gua Hira` itu membuahkan kurnia Nubuwwah daripada Allah S.W.T., maka
seseorang yang mengikuti jejak langkahnya dengan melakukan khalwah dan suluk itu akan
dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan sifat-sifat kewalian atau wilāyah kepadanya.

Dari keterangan dan fakta di atas maka dapat kita nyatakan di sini bahawa amalan suluk dan
khalwah itu sebenarnya merupakan kerja yang bersifat amali atau latihan (riyādat al-nafs) dalam
melaksanakan disiplin yang telah ditetapkan dalam sesebuah tariqat dan tasawwuf. Dengan latihan
tersebut, memudahkan seseorang yang sālik itu mencapai martabat wusul ilā Allah S.W.T. Hal ini
telah dinyatakan oleh Ibn‛Atā`illah dengan kata kata hikmahnya:

‫ لو ال ميادين النفوس ما تحقق سير السائرين‬.

Maksudnya:

Jikalau tidak adanya lapangan-lapangan melawan hawa nafsu, pastilah tidak akan mantap perjalanan
orang-orang yang menuju kepada Allah S.W.T.

Dari kata-kata hikmah di atas jelas memberikan gambaran kepada kita bahawa kejayaan untuk
mencapai martabat wusul itu mestilah melalui medan atau lapangan perjuangan melawan dan
melatih hawa nafsu, yang disebutkan oleh Ibn‛Atā`illah sebagai mayādin al-nufus. Lapangan dan
medan untuk melawan dan melatih nafsu itu dapat kita ertikan sebagai khalwah dan suluk seperti
yang terdapat dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf. Riyādah yang dilakukan ini jelas termasuk
dalam pengertian amal soleh yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Fakta ini telah
dijelaskan oleh Allah S.W.T. dengan firmanNya:

‫صالِحً ا َوالَ ُي ْش ِركْ ِب ِع َبا َد ِة َر ِّب ِه أَ َح ًدا‬ َ ‫ُوحى إِلَيَّ أَ َّن َما إِلَ ُه ُك ْم إِلَ ٌه َوا ِح ٌد َف َمنْ َك‬
َ ً‫ان َيرْ جُوا لِ َقا َء َر ِّب ِه َف ْل َيعْ َم ْل َع َمال‬ َ ‫ قُ ْل إِ َّن َما أَ َنا َب َش ٌر م ِْثلُ ُك ْم ي‬.

Maksudnya:

"Oleh yang demikian itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya."

Kesimpulan yang dapat dinyatakan di sini bahawa amalan khalwah dan suluk yang terdapat dalam
displin ilmu dan amalan tasawwuf itu merupakan kesinambungan dari amalan para Nabi dan Rasul
yang terdahulu. Amalan tersebut sebenarnya mempunyai kesan yang sangat positif kepada jiwa
seorang sālik ketika menjalani mujāhadat al-nafs.
acit

11.04.09 535

Syukron

Beri: 31 Terima: 121

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #87 pada: 13 May, 2009, 09:41:55 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Untuk lebih jelas lagi kepentingan tersebut ada baiknya jika kita membuat penelitian semula
terhadap hadis Jibril a.s. mengenai struktur Islam, iaitu Iman, Islam dan Ihsān.

Dari ketiga tiga struktur tersebut, Nabi s.a.w. menyebutkan apabila ditanya tentang pengertian ihsān
dengan sabdanya:

‫ أن تعبد هللا كأنك تراه فان لم تكن تراه فإنه يراك‬.

Maksudnya:

"Ihsān ialah anda beribadat kepada Allah S.W.T. seolah- olah anda melihatNya, jika anda tidak dapat
melihatNya maka sesungguhnya Allah S.W.T. melihat anda. "
Ramai orang mencari muslim dan mukmin ; tetapi tidak ramai yang mencari mukhsin .

--------------------------------------------------------------------------------

"Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah

hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam

intizhar

04.03.09 522

Syukron

Beri: 677 Terima: 162

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #88 pada: 13 May, 2009, 06:26:16 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

Quote from: acit on 13 May, 2009, 09:41:55 AM

Ramai orang mencari muslim dan mukmin ; tetapi tidak ramai yang mencari mukhsin .
di Atas IzinNya dan RahmatNya...

Kok memang benarrr ya Tuan Acit, dan " Ihsan " itu adalah Ruh bagi setiap peribadatan..dan tidak
semata-mata memperhatikan persoalan fisik akan tetapi lebih dalam lagi kerana ia mempunyai
kekuatan serta keyakinan dari psikologis dimana ia mengaitkan nilai perilakunya kerana Allah swt
sehingga kita mengerti setiap pergerakan dan peribadatan itu di Atas IzinNya dan RahmatNya..bagi
mendapatkan KeredhaanNya.

« Last Edit: 13 May, 2009, 06:27:48 PM oleh Munaliza Ismail »

--------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #89 pada: 13 May, 2009, 06:31:49 PM »

--------------------------------------------------------------------------------
3.1 PENGENALAN

AL-RABITAH

Dalam bab yang ketiga ini akan dibincangkan latarbelakang yang berkaitan dengan al-rābitah secara
ringkas. Dengan penjelasan itu nanti akan memudahkan untuk kita memberikan pandangan dan
ulasan khususnya yang berkaitan dengan definisi, konsep dan apa juga yang ada kaitan dengan
perbahasan ini. Dalam bab ini juga akan dibincangkan peranan seorang syeikh dalam mengasuh dan
mendidik seseorang murid, begitu juga akan dibincangkan peranan seseorang murid terhadap
gurunya. Tujuan perbincangan ini adalah untuk melihat dengan secara mendalam bagaimana
hubungan di antara syeikh dengan murid itu akan menimbulkan satu konsep yang tersendiri di
dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf iaitu al-rābitah.

Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #90 pada: 13 May, 2009, 06:33:23 PM »

--------------------------------------------------------------------------------
3.2 DEFINISI AL-RĀBITAH.

3.2.1 Al-Rābitah dari sudut bahasa.

Al-Rābitah dari sudut bahasaIstilah al-rābitah jika ditinjau dari sudut bahasa, ia diambil dari
perkataan ‫الربط‬. Perkataan ini berasal dari katakerja ‫ ربيط‬, ‫ مربوط‬, ‫ ربطا‬, ‫ يربط‬, ‫ ربط‬. Sedang kata
jamaknya pula ialah ‫ ربط‬. Istilah al-rābitah ini biasanya digunakan mengikut kesesuaian yang
berdasar kepada berbagai bentuk , sama ada dilihat dari sudut perbezaan wazannya atau pun dari
sudut perbezaan dalam konteks penggunaan dan pemakaiannya. Sebagai contoh apabila dikatakan :

1- ‫ربط الشيىء ربطا فهو مربوط وربيط‬

Ayat di atas membawa maksud memeperkemaskan sesuatu ikatan.

2- ‫رباط الشيىء‬

Ungkapan di atas membawa kepada beberapa maksud antaranya :

a) Ayat di atas membawa maksud sesuatu yang diikat . Dalam ertikata lain ia juga dikatakan
sebagai ‫ تشد به القربة‬yang membawa maksud mengikat dengannya akan tempat air.

b) Ayat di atas juga membawa maksud : ‫ مواظبة على األمر‬yang bererti: sentiasa berterusan di dalam
membuat sesuatu urusan.

c) Seterusnya ia membawa kepada makna : ‫ مالزمة ثغر العدو كا لمواظبة‬yang bererti: sentiasa
berwaspada terhadap musuh.

3- Sedang kalimah al-murābitah pula pada asalnya membawa maksud setiap satu kumpulan
mempunyai tempat khas untuk menambat kuda-kuda mereka. Dari sini dinamakan tempat
menambat kuda itu dengan nama ‫ رباطا‬.

Dalam al-Qur’an Allah S.W.T berfirman:

ُ ‫ص ِابرُوا َو َر ِاب‬
َ ‫طوا َوا َّتقُوا هَّللا َ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِح‬
‫ُون‬ َ ‫ َياأَ ُّي َها الَّذ‬.
َ ‫ِين آ َم ُنوا اصْ ِبرُوا َو‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari
kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T., supaya kamu berjaya (mencapai
kemenangan).

Dalam firman Allah S.W.T di atas tadi, terdapat tiga kata kerja suruh (fi‘l al-amr) di antaranya:

‫ اصبروا‬: Membawa maksud bersabar di atas segala kesukaran dan kesusahan yang dihadapi ketika
akan, sedang dan selepas melaksanakan ibadah dan musibah.

‫وصابروا‬: Membawa maksud perangilah musuh-musuh Allah S.W.T. dengan penuh kesabaran ketika
dalam peperangan. Demikian juga ketika memerangi musuh al-nafs, al-hawā dan syaitan.

‫ورابطوا‬: Membawa maksud kuatkan semangat jihad ke atas musuh-musuh kamu semasa peperangan
di samping kuatkan persediaan untuk hari peperangan tersebut. Perkataan rābitu dengan kata
jamak itu juga terkadang membawa maksud muhāfazah iaitu menjaga, memelihara,mengawasi dan
berhati-hati dengan waktu solat. Perkataan ini digunakan juga kepada maksud muwāzabah iaitu
pengawasan, penelitian dan penjagaan ke atas solat.

4- Kadangkala digunakan perkataan al-ribāt kepada makna intizār iaitu menunggu dari satu waktu
solat ke waktu solat yang lain. Ini dapat kita lihat dengan jelas dari sabda Rasulullah s.a.w:

‫ قالوا بلى يا رسول هللا قال اسبغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطأ إلى‬, ‫أال أدلكم على ما يمحو هللا به الخطايا ويرفع به الدرجات‬
‫ وانتظار الصالة بعد الصالة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط‬, ‫ المساجد‬.

Maksudnya:

Adakah tidak mahu aku tunjukkan kepada kamu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan
kesalahan-kesalahan di samping mengangkat darjat kamu? Mereka menjawab: Bahkan wahai
Rasulullah. Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya: Sempurnakanlah wuduk walaupun dalam
keadaan susah (di waktu sakit dan sejuk) dan perbanyakkanlah langkah untuk menuju ke masjid, dan
menanti waktu solat selepas waktu solat. Demikian itulah al-ribāt, demikian itulah al-ribāt, demikian
itulah al-ribāt.

Dalam hadis yang tersebut di atas jelas segala amal-amal soleh itu diumpamakan dengan perkataan
al-ribāt yang membawa maksud lazamtu. Ayat di atas membawa maksud melazimkan atau
membiasakan diri ke atas amal-amal soleh. Oleh yang demikian perkataan al-ribāt di sini sebenarnya
mengandungi maksud lazamtu yang melambangkan kepada ikatan di antara dua hubungan. Sebagai
contoh: Menyempurnakan wuduk, pergi ke masjid dan sebagainya akan mengikat pelakunya dari
melakukan maksiat dan memelihara dari beberapa perkara yang diharamkan.

5- Perkataan al-rābitah juga membawa makna ‫ العلقة‬dan ‫الوصلة‬. Yang membawa maksud
ketergantungan dan kesampaian. Seterusnya kita dapat lihat dari keterangan yang dikemukakan
oleh al-Qur’an tentang perkataan al-ribāt yang membawa maksud demikian seperti di dalam
firmanNya:

ْ‫ين مِنْ دُون ِِه ْم الَ َتعْ َلمُو َن ُه ْم هَّللا ُ َيعْ لَ ُم ُه ْم َو َما ُتن ِفقُوا مِن‬ َ ‫َوأَعِ دُّوا لَ ُه ْم َما اسْ َت َطعْ ُت ْم مِنْ قُوَّ ٍة َومِنْ ِربَاطِ ْال َخي ِْل ُترْ ِهب‬
َ ‫ُون ِب ِه َعد َُّو هَّللا ِ َو َع ُدوَّ ُك ْم َو‬
َ ‫آخ ِر‬
َ ‫يل هَّللا ِ ي َُوفَّ إِلَ ْي ُك ْم َوأَ ْن ُت ْم الَ ُت ْظلَم‬
‫ُون‬ ِ ‫ َشيْ ٍء فِي َس ِب‬.

Maksudnya:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala kekuatan yang
dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia untuk
menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh-musuh Allah S.W.T. dan musuh kamu dan orang-
orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah S.W.T. mengetahuinya.

Perkataan al-ribāt yang terdapat dalam ayat di atas jelas membawa maksud berwaspada dan
bersedia. Ayat ini juga memperlihatkan kepada kita adanya hubungan di antara dua aspek, iaitu
hubungan di antara kekuatan tentera dan pasukan berkuda dengan kejayaan dan kesampaian (al-
wuslah). Hubungan tersebut jelas akibat dari penggunaan perkataan al-ribāt seperti yang terdapat
dalam ayat di atas.

Ummi Munaliza
28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #91 pada: 13 May, 2009, 06:36:12 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

3.2.2 Al-Rābitah Dari Sudut Istilah

Al-Rabitah Dari Sudut Istilah

Menurut pandangan Syeikh ‘Abd al-Ghāni al-Nāblusi, perkataan al-rābitah dari sudut istilah al-
sufiyyah ialah:

‫ربط المريد قلبه بالشيخ الكامل الذى وصل بروحه وقلبه إلى مقام المشاهدة وتحقق في نفسه بالصفات الذاتية المنسوبة إلى ذات هللا‬
‫ تعالى من غير كيف وال كيفية على التنزيه المطلق‬.

Maksudnya:

Murid itu menambat atau menggantungkan hatinya dengan seorang syeikh yang kāmil (sempurna
atau telah wusul kepada Allah S.W.T.) iaitu syeikh yang roh dan hatinya telah mencapai maqām
mushāhadah dan tahqiq (benar-benar ada) di dalam dirinya (diri batinnya) berbagai sifat zat yang
dinisbahkan kepada zat Allah Ta’ala, tanpa rupa dan keadaanya, didasarkan kepada kesucian yang
mutlak.
Ungkapan beliau di atas jelas menunjukkan makna dan maksud al-rābitah. Perkataan al-rābitah di
sini menggambarkan satu keadaan di mana wujudnya cetusan rasa kasih sayang dan perasaan cinta
yang mendalam terhadap seorang yang bergelar syeikh atau guru itu. Untuk memperjelaskan lagi
hubungan kasih dan sayang di antara keduanya (syeikh dan al-sālik) marilah kita lihat apa yang telah
dinyatakan oleh Ustaz Abdullah Abdul Talib seperti yang telah beliau ceritakan kepada Zulkarnain
Zakaria seperti berikut:

Kita ni kalau menuntut ilmu, kita mesti beramal. Kerana berkatnya ilmu itu, mesti kita nampak guru
kita tu masa kita beramal. Begitulah istimewanya Allahyarham di mata saya. Sehingga sekarang bila
saya angkat saja tangan untuk takbir bagi memulakan sembahyang dan kemudian masuk niat, saya
mesti terbayangkan wajah Allahyarham. Setiap kali saya hadap tikar sembahyang, seperti dia ada di
sebelah. Bila pegang tasbih, nampak muka arwah. Belum pernah satu hari pun saya terlupakan dia
(menangis).

Syeikh Husayn Ahmad al-Dawsuri memberikan definisi al-rābitah tersebut dengan katanya:

‫ فمهما تذكره تخيل صورته‬, ‫أن من جالس شخصا سيما إذا كان الجلوس على طريق المحبة واالعتقاد ال بد أن ترسم صورته فى ذهنه‬
‫فإن كان الشخص من أحبأ هللا فتخيل صورته يدعوا إلى محبته و الشوق اليه ومحبته مطلوبة والشوق إليه محبوب فتخيل صورته‬
, ‫محبوب إذ من تصور موصوفا تصور صفاته فإذا كان صفاته محبوبة عند هللا فتصوره الموجب لتصور صفاته المحبوبة محبوب‬
‫ وال معنى للرابطة سوى هذا‬.

Maksudnya:

Sesungguhnya sesiapa yang berhubung rapat dengan seseorang, terutamanya jika perhubungan itu
dalam suasana kasih sayang dan iktikad (yang baik), sudah pastilah rupa orang itu akan tergambar di
dalam ingatannya. Bila ia ingatkan orang itu maka tergambarlah rupanya. Jika orang yang tersebut
dari kalangan orang-orang yang dicintai Allah S.W.T. , maka menggambarkan rupanya (dalam
ingatan) itu akan mendorongkan untuk mencintai Allah S.W.T. dan rindukanNya. Mencintai Allah
S.W.T. itu sememangnya dituntut dan rindu kepada Allah S.W.T. itu adalah (merupakan sifat) yang
dikasihi. Oleh itu menggambarkan orang yang tersebut itu juga adalah (merupakan sifat) yang
dikasihi juga kerana sesiapa yang menggambarkan (rupa) seseorang maka akan tergambarlah sifat-
sifatnya. Jika sifat-sifat orang itu dikasihi di sisi Allah S.W.T. maka menggambarkan rupanya yang
boleh memestikan tercapainya gambaran sifat-sifatnya itu adalah merupakan (perbuatan) yang
dikasihi (oleh Allah S.W.T.) juga. Tidaklah ada makna rābitah itu kecuali (yang tersebut) ini.

Terdapat sebahagian daripada ulama tasawwuf memberikan definisi al-rābitah.

‫تعلق قلب المريد بشيخه على وجه المحبة‬


Maksudnya:

Menggantungkan hati murid dengan syeikhnya di atas dasar kasih dan sayang.

Apabila seorang al-sālik tidak berada di samping syeikhnya, kerana berjauhan atau kematian tentu
sahaja dia akan teringatkan syeikhnya itu. Apabila ingatan itu terjadi yang pastinya rupa syeikhnya
itu juga akan terbayang dalam ingatan atau khayalannya. Jika seorang itu telah jatuh kasih
sayangnya (jatuh cinta) dengan seorang perempuan, tentu sahaja ia akan terbayang-bayang dan
teringatkan orang yang dikasihi itu, sedang yang diharapkan hanyalah tubuh badannya sahaja. Oleh
yang demikian apatah lagi bagi seorang yang al-sālik itu yang menaruh harapan sepenuhnya
terhadap asuhan, didikan dan bimbingan daripada syeikhnya yang bakal dapat menyempurnakan
kehidupan rohaniahnya sudah tentulah keadaan ini lebih hebat jika dibandingkan dengan cinta
kepada seorang perempuan itu. Kalau kita lihat dan teliti segala peristiwa ini tentu dapat kita
menukilkan beberapa peristiwa yang berlaku di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang
menggambarkan hubungan kasih dan sayang ini, di antaranya ialah satu peristiwa yang berlaku
kepada Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang dilaporkan kepada kita oleh Imam al-Bukhāri:

‫إن أبا بكر الصديق اشتكى إلى النبى صلى هللا عليه وسلم عدم انفكاكه عنه حتى كأنه يراه فى بيت الخأل‬.

Maksudnya:

Sesungguhnya Abu Bakr al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang (pengalamannya yang
mana beliau) terasa tidak bercerai daripada Nabi sehingga di dalam bilik air pun dia masih seolah-
olahnya melihat wajah Nabi itu.

Manakala menurut pandangan Syeikh Muhammad ibn ‘Abdillah al-Khāni al-Khālidi dalam kitabnya
antara lain menyatakan:

‫ الرابطة وهي طريقة مستقلة للوصول وعبارة عن ربط القلب بالشيخ الواصل إلى مقام المشاهدة التى تحقق بالصفات‬: ‫الطريقة الثانية‬
‫ الذاتية وحفظ صورته فى الخيال ولو بغيبته فرؤيته بمقتض " الذين إذا رؤا ذكر هللا‬.

Maksudnya:

Jalan yang kedua:

al-Rābitah merupakan satu jalan yang tersendiri untuk mencapai tahap al-wusul. Suatu keadaan di
mana seorang al-sālik menambatkan hatinya dengan syeikhnya yang telah mencapai maqām al-
mushāhadah. Dan tahqiq (benar-benar adanya) di dalam dirinya (diri batinnya) dengan sifat al-
dhātiyyah. Dan hendaklah murid itu mengingati rupa gurunya (syeikhnya) di dalam khayalannya
sekalipun pada waktu ketiadaannya (syeikhnya) Melihat dan menggambarkan ini adalah sesuai
dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w: Mereka yang dipandang maka orang yang memandang itu
akan ingat kepada Allah S.W.T.

Menurut pandangan ‘Abd al-Mājid bin Muhammad al-Khāni pula, al-rābitah itu seperti yang beliau
nyatakan sebagai:

‫ وهى أن يستحضر المريد صورة شيخه الكامل المشهود بالوصول إلى مقام الفنأ والبقأ االتمين مستمدا من روحانيته وأنواره‬.

Maksudnya:

Al-Rābitah itu ialah seorang yang al-sālik menghadirkan atau membayangkan rupa guru syeikhnya
yang kāmil yang telah wusul ke maqām al-fanā` dan al-baqā` dengan berpegang kepada rohaniah
dan cahayanya.

Rasa kasih sayang, hormat, taat, sangat memerlukan bimbingan dan asuhan daripada syeikhnya itu
antara sebab yang mendorong seorang yang sālik sentiasa teringat dan terbayang-bayang rupa
wajah syeikhnya. Semua keadaan tersebut adalah konsep paling asas yang menjadi dasar kepada
amalan al-rābitah yang dianggap sebagai ciri penting dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf.
Disiplin ini telah diakui dan ditegaskan kepentingannya oleh para ulamak tasawwuf sendiri.

Dari beberapa definisi al-rābitah yang telah disebutkan di atas tadi memperlihatkan dengan jelas
kepada kita tentang hakikat daripada hadis Baginda Rasulullah s.a.w tentang ihsān seperti yang
disabdakannya:

‫ أن تعبد هللا كأنك تراه‬.

Maksudnya:

Jika kamu menyembah Allah S.W.T., maka sembahlahlah seolah-olah kamu melihatNya.

Hadis di atas memerintahkan kepada kita agar setiap pengabdian itu hendaklah dilakukan seolah-
olah kita berhadapan dan melihat Allah S.W.T. Kenyataan ini lebih jelas dengan penggunaan kalimah
‫ كأنك‬yang melambangkan maksud seolah-olah atau seakan-akan. Dari kenyataan tersebut tentu
dapat membantu kita dalam memahami kalimah ‫ كأنك تراه‬. Kerana apa yang cuba digambarkan dalam
hadis tersebut ialah satu suasana atau keadaan di mana rohaniah seseorang itu merasakan seolah-
olah atau seakan-akan melihat Allah S.W.T., bukan dalam erti berhubung yang membawa maksud
ittisāl, atau apa jua yang melibatkan perhubungan yang bersifat jasmaniyyah, namun apa yang cuba
dikemukakan di sini ialah rohaniah yang menjadi hakikat kemanusiaan itu sebenarnya boleh
mencapai ke tahap kesempurnaan sehingga mencapai ke maqām ihsān itu. Justeru kerana itu,
amalan al-rābitah ini ialah satu amalan yang cuba menjelaskan tentang konsep ‫ كأنك تراه‬yang
tersebut dalam hadis itu tadi. Dengan konsep al-rābitah itu juga seorang yang al-sālik akan dapat
merasa-rasakan melihat Allah S.W.T. dengan penglihatan batin yang bersifat al-shuhudiyyah seperti
yang dikehendaki oleh hadis Rasulullah s.a.w itu tadi.

Oleh itu para ulamak tariqat dan tasawwuf telah menjelaskan kepada kita tentang apa yang
dimaksudkan dengan al-rābitah itu dengan kata mereka:

‫فالرابطة عند أهل الطريقة هى الخال الحميدة واآلداب الشريفة التي تربط قلب العبد على الحضور فى حضؤر الحق تعالى بما ينبغى له‬
‫ أو حضرة الرسول صلى هللا عليه وسلم أو حضرة ورثته الكامل المرشدين ( الذين إذا رؤوا ذكر‬.‫من كمال المحبة والتقديس والتنزيه‬
) ‫هللا تعالى‬

Maksudnya:

Al-Rābitah yang diamalkan di kalangan ahli tariqat itu ialah sifat yang terpuji dan sebahagian dari
adab-adab al-syari’at. Amalan ini boleh mengikat hati seorang al-sālik agar hudur dengan hadirat
Allah S.W.T dengan sesuatu yang sesuai dengan sifat Allah S.W.T seperti kesempurnaan mahabbah,
taqdis dan tanzih. Atau hudur ke hadirat Rasul s.a.w atau hudur dengan para pewaris Rasulullah
s.a.w yang bersifat dengan sifat kesempurnaan dan yang memberikan petunjuk: Mereka yang
dipandang maka orang yang memandang itu akan ingat kepada Allah S.W.T.

Ummi Munaliza
28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #92 pada: 13 May, 2009, 06:37:14 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

Al-Rabitah Dari Sudut Istilah

Dari beberapa buah definisi al-rābitah yang telah dikemukakan di atas, dapatlah kita membuat
beberapa kesimpulan tentang bentuk dan ciri-ciri penting yang membentuk konsep al-rābitah
tersebut. Antara ciri-ciri penting itu ialah:

1- Rasa kasih sayang yang mendalam daripada seorang sālik atau murid terhadap guru/syeikhnya.

2- Kesan daripada hubungan yang mendalam tersebut menyebabkan hati sālik atau murid tersebut
sentiasa ingatkan guru atau syeikhnya.

3- Apabila seorang yang sālik atau murid sentiasa ingatkan kepada guru atau syeikhnya, maka pada
saat itu akan terbayanglah rupa gurunya dalam khayalan atau ingatannya.

4- Syeikh yang dijadikan tempat pergantungan itu adalah di kalangan mereka yang telah sampai ke
maqām mushāhadah dan bersifat dengan sifat al-kāmil dari sudut ma‘rifah dan takwanya.

5- Antara maksud dan tujuan kasih dan sayang seorang murid atau sālik terhadap guru atau syeikh
tersebut ialah agar dia (sālik) turut dikasihi oleh Allah S.W.T disebabkan dia (sālik) mengasihi orang
yang dicintai dan dikasihi oleh Allah S.W.T.

Dari berbagai fakta yang telah dihuraikan di atas tadi, maka dapatlah kita menyimpulkan di sini
bahawa al-rābitah itu merupakan satu amalan di mana seorang yang sālik sentiasa membayangkan
rupa guru atau syeikhnya dalam semua situasi seperti yang telah disebutkan oleh al-Khāni dengan
katanya:

‫فالواجب عليه أن يشهد شيخه ويصور صورته حتى يمد من هللا تعالى بسبب تعظيم صورة شيخه الممد منه تعالى ويبقى على ذلك حتى‬
‫ يحصل له الفتح‬.

Maksudnya:

Maka menjadi satu kewajipan bagi seorang yang sālik itu menyaksikan syeikhnya dan
membayangkan rupanya sehingga Allah S.W.T. melimpahkan kurniaNya kepada kamu dengan sebab
kebesaran dan kemuliaan yang Allah S.W.T. telah kurniakan kepada rupa guru itu. Maka hendaklah
mengekalkan perbuatan tersebut (menggambarkan rupa syeikh itu) sehingga Allah S.W.T.
membukakan kepadanya dengan berbagai limpahan yang bersifat Ilahi.

Amalan ini (rābitah) merupakan wasilah bagi memudahkan seorang yang sālik atau murid itu
menerima limpahan nur hidāyah dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Amalan ini khas bagi
seorang sālik atau murid yang sukar untuk mendapatkan limpahan nur hidāyah dan kecintaan
daripada Allah S.W.T. kecuali dengan melakukan al-rābitah. Namun bagi mereka yang tidak
memerlukan amalan rābitah bagi tujuan untuk mendapatkan limpahan nur hidāyah dan kasih sayang
daripada Allah S.W.T., maka tidaklah perlu baginya untuk berbuat demikian. Malahan wajib bagi
sālik atau murid itu meninggalkan amalan tersebut bagi mengelakkan dirinya berada pada maqām
al-nuzul dari maqām al-taraqqi. Hal ini telah diterangkan oleh Syeikh Muhammad ibn ‘Abdillah al-
Khāni dengan katanya:

‫اعلم أن المريد إنما يحتاج الى الرابطة إن لم يقدر على االستفاضة من هللا تعالى‬n ‫من غير واسطة فان قدر عليها يجب عليه ان يترك‬
‫الرابطة ألن االشتغال بالرابطة حينئذ اعتبار التنزل عن التراقى وترجيح مرتبة الحجاب على مقام الشهود وذلك اعراض عن هللا‬
‫ تعالى‬.

Maksudnya:

Ketahuilah bahawasanya seorang murid itu memerlukan amalan rābitah jika sekiranya murid itu
tidak boleh mendapatkan limpahan (rahmat dan hidayat) daripada Allah S.W.T. tanpa wāsitah
(perantaraan). Maka sekiranya murid itu boleh mendapatkan limpahan tersebut tanpa wāsitah,
maka wajiblah ke atasnya meninggalkan amalan rābitah itu, kerana penumpuan terhadap rābitah
pada ketika itu dianggap sebagai proses menurun dari proses menaik dan juga sebagai perbuatan
melebihkan martabat hijāb dari maqām shuhud. Yang demikian itu adalah merupakan perbuatan
berpaling daripada Allah S.W.T.
Dalam perbincangan ini perlu rasanya penulis mengingatkan bahawa ketika melakukan amalan
rābitah tersebut, seorang murid atau sālik janganlah ada niat di dalam hatinya untuk meminta
pertolongan apa-apa daripada syeikhnya itu, atau meyakini apa juga keyakinan yang menganggap
bahawa guru atau syeikhnya itu berupaya memberikan sesuatu yang dihajatinya. Namun apa yang
perlu dilakukan di sini ialah seorang yang sālik itu hanya berharap kepada Allah S.W.T. semata-mata
dengan keberkatan daripada syeikhnya itu, ia juga akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
dengan dikasihi Nya di samping mendapat limpahan rahmat daripadaNya. Dalam konteks ini agak
mudah untuk kita jelaskan bahawa terdapat banyak dalil daripada al-Qur’an tentang amalan
mendapatkan keberkatan itu seperti yang telah dilakukan oleh orang yang terdahulu. Antaranya
Allah S.W.T merakamkan dengan berfirman:

َ ‫ت بَصِ يرً ا َو ْأ ُتونِي ِبأَهْ لِ ُك ْم أَجْ َمع‬


‫ِين‬ ِ ْ‫ ْاذ َهبُوا ِب َقمِيصِ ي َه َذا َفأ َ ْلقُوهُ َعلَى َوجْ ِه أَ ِبي َيأ‬.

Maksudnya:

Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkan dia ke wajah ayahku, nanti ia akan
melihat kembali. Dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya.

Selanjutnya Allah S.W.T. berfirman:

َ ‫ َفلَمَّا أَنْ َجا َء ْالبَشِ ي ُر أَ ْل َقاهُ َعلَى َوجْ ِه ِه َفارْ َت َّد بَصِ يرً ا َقا َل أَلَ ْم أَقُ ْل لَ ُك ْم إِ ِّني أَعْ لَ ُم مِنْ هَّللا ِ َما الَ َتعْ لَم‬.
‫ُون‬

Maksudnya:

Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamis itu ke wajah Ya‘qub,
lalu kembalilah penglihatannya .

Ayat di atas menunjukkan tentang keharusan melakukan tabarruk, yang jelas dalam ayat tersebut
bahawa pulihnya penglihatan Nabi Ya‘qub a.s. itu adalah urusan daripada Allah S.W.T., Dialah yang
memilik sifat ‫ مؤثر‬terhadap sesuatu, sedang bertabarruk dengan baju Yusuf a.s. itu hanyalah
sebahagian dari bentuk wasilah untuk mencapai maksud pemulihan tersebut.

Amalan rābitah adalah disandarkan kepada sumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
Perasaan kasih sayang, hormat, taat, memerlukan bimbingan dan asuhan daripada syeikhnya dan
sebagainya, adalah antara sebab yang mendorong seorang yang sālik atau murid itu sentiasa teringat
dan terbayangkan syeikhnya. Itulah asas yang membina konsep amalan al-rābitah yang dianggap
sebagai satu ciri terpenting dalam amalan tasawwuf dan tariqat. Hal ini telah diperakukan oleh para
ulama tasawwuf itu sendiri. Malahan ulama tasawwuf mengakui bahawa amalan al-rābitah itu
adalah amalan yang sah di sisi syariat dan bukannya amalan bidaah seperti yang telah didakwa.

acit

11.04.09 535

Syukron

Beri: 31 Terima: 121

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #93 pada: 13 May, 2009, 10:04:04 PM »

--------------------------------------------------------------------------------

Rabitah dalam perkataan yang mudah ialah sesuatu yang kita pandang atau ingat atau yang kita
bayangkan ; akan terus atau serta merta membawa ingatan hati kita pada Allah Taala.
Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #94 pada: 14 May, 2009, 05:47:45 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Quote from: acit on 13 May, 2009, 10:04:04 PM

Rabitah dalam perkataan yang mudah ialah sesuatu yang kita pandang atau ingat atau yang kita
bayangkan ;

akan terus atau serta merta membawa ingatan hati kita pada Allah Taala.

Alhamdulilah saudara acit telah merengkaskan makna Rabitah. Panjang huraian di atas adalah
kerana

ini review buku dan apa yang dipost adalah sebahagian isi kandungan buku. Tujuannya,adalah
supaya

sesiapa yang tidak memiliki buku 'Pengantar Ilmu Tasawuf' dapat membaca di sini. Ini lah
sumbangan penulis
kepada manusia sejagat, yang tidak memiliki buku tersebut.

« Last Edit: 14 May, 2009, 09:51:14 AM oleh Munaliza Ismail »

acit

11.04.09 535

Syukron

Beri: 31 Terima: 121

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #95 pada: 14 May, 2009, 09:47:30 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Ummi bawalah buku tu untuk dijual masa gath. nanti ; bawa penulisnya sekali......
Ummi Munaliza

28.01.09 9647

Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #96 pada: 14 May, 2009, 09:50:32 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Quote from: acit on 14 May, 2009, 09:47:30 AM

Ummi bawalah buku tu untuk dijual masa gath. nanti ; bawa penulisnya sekali......

InsyaAllah, ummi bawa buku tu. Penulisnya? Acit kenal ke dengan penulisnya?

Acit tahu ke hubungannya dengan ummi?

acit
11.04.09 535

Syukron

Beri: 31 Terima: 121

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #97 pada: 14 May, 2009, 09:54:08 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

kenal kat UTM masa program dulu...rakaman panelis prog. tu pun masih ada disimpan dalam
komputer.Tau cikit2..

Ummi Munaliza

28.01.09 9647
Syukron

Beri: 591 Terima: 1368

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #98 pada: 14 May, 2009, 10:04:07 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Quote from: acit on 14 May, 2009, 09:54:08 AM

kenal kat UTM masa program dulu...rakaman panelis prog. tu pun masih ada disimpan dalam
komputer.Tau cikit2..

Masa pergi suluk di Dong, Raub atau tempat lain tak pernah jumpa ke? Dengan ummi pernah
jumpa?

acit

11.04.09 535
Syukron

Beri: 31 Terima: 121

Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

« Jawab #99 pada: 14 May, 2009, 10:12:58 AM »

--------------------------------------------------------------------------------

Tidak bersuluk di Dong , pergi ziarah aje.Ziarah rumah suluk,maqam Imam Ishak dan Syeikh Umar.

Bersuluk dgn Syeikh ana di JB @ Ktn.

Halaman: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 ATAS Tanda Buku | Cetak

Pindah ke: Pilih Destinasi: ----------------------------- Halaqah Raudhah ----------------------------- => Bicara
HQ ===> Info HQ ===> Aktiviti HQ ===> Usrah =====> Wilayah Persekutuan =====> Selangor =====>
Kedah =====> Perak =====> Perlis =====> Pulau Pinang =====> Kelantan =====> Terengganu
=====> Pahang =====> Johor =====> Melaka =====> N.Sembilan =====> Sabah =====> Sarawak
=====> Indonesia =====> Singapura ===> Halaqah TV9 ===> 3 H ===> Penawar Hati ===>
Pentadbiran => Halaqah Kasturi ===> Al-Quran =====> Tajweed ONLINE ===> Al-Hadeeth ===>
Aqeedah ===> Feqah Islam =====> Ibadah =====> Feqh Perundangan ===> Usul Feqh ===> Akhlaq
===> Sirah ===> B. Arab ===> As-Siasah ===> Artikel Agama ===> Fatwa ===> Khas Ramadhan =>
Khazanah Ilmiah ===> SOAL JAWAB ===> Mutiara Kata ===> Tamaddun Islam ===> Halaqah Do'a
===> Ad-Da'wah =====> KHAS Syawwal =====> Halaqah Ramadhan =====> Khas Halaqah ===>
'Amal Jamaa'ie ===> Khutbah =====> Muharram =====> Sofar =====> Rabi'ul Awwal =====> Rabi'ul
Akhir =====> Jamaadil Awwal =====> Jamaadil Akhir =====> Rejab =====> Sya'baan =====>
Ramadhan =====> Syawwal =====> Dzulqa'dah =====> Dzulhijjah ===> Ulama' & Tokoh ===> Ar-
Raheequl Makhtuum ===> Kisah ===> Cerpen ===> Review Buku => Dunia Halaqian ===> Muslim
===> Muslimah ===> Keluarga Mithali =====> Anak-anak ===> Bait Muslim =====> Borang BM
=====> Munakahat =====> Walimatul Urus ===> Siswa & Siswi ===> Pendidikan ===> Dunia Islam
===> Isu Semasa ===> Teknologi ===> Kerjaya ===> Komputer & IT ===> Luahan Hati => Santai HQ
===> Hebahan ===> Ekonomi ===> Kaunseling ===> Kesihatan ===> Ilmiah~Lucu ===> Petua ===>
Makan Angin ===> Resepi ===> Hiburan ===> Fotografi ===> Borak Sukan ===> Sajak & Puisi ===> Uji
IQ ===> WEBFRAME ===> Remaja ===> Bazaar HQ => IPTA/S ===> UM ===> USM ===> UKM ===>
IIUM ===> UPM ===> UTM ===> UITM ===> UUM ===> UPSI ===> USIM ===> UMS ===> UNIMAS
===> UTEM ===> UMT ===> UMP ===> UMK ===> UDM ===> UTHM ===> UNIMAP ===> UPNM ===>
Politeknik

Related Topics

Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir

Allah Sumber Bahagia Sajak & Puisi ain 1 802 31 October, 2009, 11:32:00 PM

oleh halawah

SUMBER ILMU SEORANG ULAMAK... Ulama' & Tokoh kanjeng 26 1802 6 ‫ سنن‬July, 2009,
11:00:01 AM

oleh kundangseri

Cintakan Allah Sebagai Sumber Kekuatan Artikel Agama ahmad_siddiqui 1 365 27 June, 2009,
05:01:56 PM

oleh Dol_Bendol

Powered By SMF© ~TinyPortal©

Sila tunggu sementara muaturun selesai...

Anda mungkin juga menyukai