Anda di halaman 1dari 4

DOA HARI WUKUF ARAFAH

1. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, dosa-


dosa seluruh kaum keluargaku serta dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat
sekalian.

2. Ya Allah selamatkan kami semua dari azab api neraka dan masukkanlah kami ke
dalam Syurga FirdausMu tanpa perlu di hitung dan di hisab.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang


menerima kitab amalan kami di tangan kanan kami. Permudahkan kami melalui
titian siratulmustakim sepantas kilat.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku


mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.
Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan


para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan


mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku
sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada


kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku.
Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu
untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan
tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan,
ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat


pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan
selain dari Arash Mu.

12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada


keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan
Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat
keredhaanmu.

16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku
dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh,
sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Ya Allah Ya Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan
pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh
kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud
padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-
penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami
mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di
akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang
memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji
sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari
perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka
menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga
aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari
(Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam
waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang.

Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita sama-sama berdoa. Moga Allah
angkat doa kita semua.

Aamiiin.

Anda mungkin juga menyukai