Anda di halaman 1dari 1

Karangan Berita

1. Berita ialah karangan berformat


2. Karangan ini memerlukan penjelasan atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti
kemalangan, bencana alam, kebakaran, aktiviti dan sebagainya.
3. Biasanya berita disediakan oleh wartawan atau pemberita yang membuat liputan tentang sesuatu
peristiwa.
4. Untuk menghasilkan sesuatu berita, murid perlu menjawab persoalan seperti apa, bila, siapa,
berapa, di mana, bagaimana dan mengapa.
5. Berita dimulakan dengan menyatakan tempat dan hari atau tarikh kejadian.
6. Bentuk atau format berita perlu dipatuhi.

Contoh karangan berita.

SELANGOR, Ahad - Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa berhampiran
dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Ulu Kelang. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi.

Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya. Pihak
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)melaporkanh bahawa kejadian itu berpunca daripada pergerakan
bawah tanah akibat hujan berterusan sejak seminggu yang lalu.

Menurut pegawai MPAJ yang bertugas di tempat kejadian, seramai 3 orang dikhuatiri meninggal dunia
berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat
SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.

Seramai lebih kurang 6000 penduduk terperangkap kerana jalan yang mengubungkan taman itu
tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-
kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Selangor, menjangkakan jalan
akan boleh digunakan selepas 3 minggu.

Mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Sementara ada juga
mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Selangor menawarkan
pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel De Palma, Ampang.

Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci.
Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit
dihentikan serta merta.

http://roslijuhari.blogspot.com/2009/01/karangan-berita.html

Anda mungkin juga menyukai