Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI

MORAL :
Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang
membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka
satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk
kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.
Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu
apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat
teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala
etika adalah ilmu yang mengkajinya.

ETIKA :
Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan
bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika
merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan  menentukan
perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika
adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi
membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi
perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang
dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin
ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul.

AKHLAK :
Akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah
sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya
sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari
manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan
sifat yang ada dalam jiwanya. Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah
laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti
kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai
murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu.
NILAI :
Kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi untuk
bertindak mengikuti pemilihan yang berdasarkan nilai-nilai utama masyarakat. Nilai
juga merupakan satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap
atau kelakuan individu.