Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang menunjukkan pertalian
antara satu idea dengan idea yang lain dalam ucapan atau karangan. Penggunaan
penanda wacana bertujuan menghubungkan ayat dengan ayat, perenggan dengan
perenggan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami teks. Apabila kita
menggunakan penanda wacana, ucapan atau penulisan kita akan menjadi lebih jelas, segar,
dan berkesan. Sebaliknya, tanpa penggunaan penanda wacana yang betul, bahasa kita
kurang bertenaga, tidak jelas, dan sukar difahami.

Penanda Wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan
perenggan dengan perenggan. Selain itu, penanda wacana juga digunakan untuk
mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Aspek
penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan, struktur ayat, pemerenggan, kosa kata,
dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan
sebuah karangan atau ucapan yang baik. Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola
perlu diberikan perhatian juga. Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada
isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Tegasnya, penanda wacana
menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau esei.

Harimurti Kridalaksana (1982) berpendapat bahawa sesuatu wacana yang tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana yang berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Menurut Abdul Rahaman dan Mahsuri
(2006), keutuhan wacana terjelma melalui penggunaan penanada wacana yang
mewujudkan keserasian unsur-unsur linguistic dan kesinambungan buah fikiran atau idea
yang disampaikan

Tambahan pula, menurut tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2011) penanda wacana
didefinisikan sebagai perangaki ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Penanda wacana
digunakan untuk memantapakan lagi keutuhan wacana abagi mengaitkan perenggan
dengan perenggan, Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan
menyebabkan seluruh wacan tidak mempunyai kesatuan dan perpaduan yang lengakap.
Penanda wacana ini akan terbahagi kepada tiga iaitu penanda kronologi, penanada
organisasi dan penanda idea

1
2.0 ANALISIS PENANADA WACANA DALAM RESENSI NOVEL

Saya telah mengkaji sebuah penulisan resesnsi tentang novel yang bertajuk ‘SHIT’ yang
merupakan salah satu karya sasterawan Negara Malaysia, Shahnon Ahmad. Penulis
resensi ini telah dihasilkan oleh Zull Hafiz Ballack. Selepas, saya habis membaca dan
mengkaji penulisan resensi yang dihasilkan oleh beliau, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa penggunaan penanda wacana yang telah dipertengahkan oleh penulis resensi ke
dalam hasilnya.

Sebagai pembuka tirai, dalam novel SHIT, penulis resensi menggunakan penanda
kronologi iaitu ‘Pada tahun 1999’. Penanda kronologi ialah penanda yang memberi
pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. Kronologi ialah susunan peristiwa (kejadian)
menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Sebagai contohnya, dalam petikan ini ayat
sebelum penanda kronologi tersebut menerangakan bahawa penulis novel shit sentiasa
mengimbas kembali tentang sinario politik negara dalam fikirannya. Hal ini demikian, beliau
telah mengaraang satu novel yang bertajuk SHIT sampai mengejutkan dunia penulisan dan
institusi pentadbiran. Dalam sinario ini, penanda kronologi tersebut digunakan oleh penulis
resensi bagi menggambarkan penulis SHIT telah menggemparkan dunia ini pada masa dan
tarikh tersebut.

Tambahan pula, penulis resensi menggunakan penanda organisasi. Penanda


organisasi bermaksud mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang
lain. Sebagai tamsilnya, penanda wacana seperti tegasnya, dalam hal Ini, sebagai
kesimpulan merupakan kelompok penanda organisasi. Dalam sienario ini, penulis resensi
telah menggunakan penanda organisasi iaitu ‘akhir sekali’ bagi menerangkan idea akhir
yang ditulis oleh pengarang novel SHIT. Dalam novel ini, Shahnon jelas mengkritik individu-
individu yang memegang kuasa politik negara tetapi tidak menunjukkan etika-etika yang baik
dalam pentadbiran. Dengan ini kekejaman pihak politik dalam pemerintahan menjelaskan
faktor atau idea terakhir tentang sikap dan etika buruk yang ditunjukkan oleh pihak politik
semasa melakukan pentadbiran.

Seterusnya, penulis resensi menggunakan penanda Idea yang menjurus kepada


mengembangkan idea iaitu penanda ‘selain itu’. Penanda idea berfungsi untuk
menghubungkan fakta denagn fakta dan idea dan idea. Sebagai contohnya, dalam petikan
penulis resensi mengembangkan idea dengan menceritakan sikap Shahnon yang
menunjukkan sikap kasih sayang dan baik hati terhadap kehidupan rakyat Marhaen di
Malaysia. Sebelum situasi ini, Shahnon lantang mengkritik seorang pemimpin yang
dikatakan gila kuasa dalam urusan pentadbiran. Dengan ini menujukkan Shahnon berasa
marah lalu mengkritik pemimpin tersebut. Hal ini demikian, ayat ini menunjukkan Shahnon

2
mencurahkan kasih sayang terhadap mangsa tersebut melalui mengkritik pemimpian.
Tegasnya, penanda ‘Selain itu’ digunakan oleh penulis resensi untuk mengembangkan idea
tentang sikap Shahnon yang menunjukkan kasih sayang terhadap rakyat Marhaen.

Di samping itu, Penulis resensi menggunakan penanda idea iaitu menghubungkan


idea. Penanda ini digunakan menghubung kait antara satu klausa dengan klausa yang lain
dalam penulisan.Penanda ini juga digunakan untuk menunjukkan munasabah atau kesan
berlakunya sesuatu yang dinyatakan dalam ayat yang sebelumnya. Sebagai tamsilnya,
dalam petikan ini oleh itu merupakan penanda yang menghubungkan idea. Hal ini demikian,
ayat sebelum penanda idea menjelaskan bahawa, ketua pemimpin haruslah mempunyai
kesedaran yang tinggi kerana setiap langkah yang diatur akan diperhatikan oleh rakayat. Hal
ini demikian, ketua pimpinan yang mempunayai kesedaran menunjukkan suatu idea yang
munasabah maka dalam keadaan ini penanda idea ‘oleh itu’ digunakan dengan tepat bagi
mewujudkan suatu wacana yang matang.

Justeru itu, penulis resensi menggunakan penanda idea iaitu pertentangan idea.
Penanda penghubung tentangan iaitu penanda penghubung yang digunakan untuk
menunjukkan pertentangan maklumat antara ayat yang sebelumnya dengan yang
berikutnya, contohnya tetapi, namun begitu, walaupun, walau bagaimanapun, namun
begitu,walaupun demikian, dan sebaliknya. Dalam sinario ini penulis resensi menggunakan
penanda idea (pertentangan) iaitu ‘Begitu sebaliknya. Ayat sebelum penanda idea
menjelaskan bahawa sekiranya pemimpin mengamalkan sikap tanggungjawab maka
sesebuah perjuangan atau organisasi akan mencapai kemajuan yan tinggi dan makmur
tanpa menghadapi sebarang masalah. Tetapi dalam ayat selepas penanda idea
mengatakan bahawa sekiranya pemimpin yang sama mempunyai sikap negatif maka
pimpinan yang dijalankan tidak akan berada pada kedudukan yang strategik. Hal ini
demikian, kedua-dua ayat ini menunjukkan pertentangan idea maka penanda idea
iaitu’begitulah sebaliknya’ amat tepat digunakan oleh penulis resesnsi

Kemudian, penanda wacana ‘kesimpulannya’ menunjukkan penanda oraganisasi.


Penanda organisasi digunakan untuk mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan
bahagian yang lain. Pada masa yang penanda wacana seperti ‘tegasnya, akhir sekali,
sebagai kesimpulan juga dapat dikatogarikan sebagai penanda penghubung kesimpulam.
Penanda wacana ini digunakan untuk menyimpulkan atau merumuskan idea yang telah
disampaikan. Sebagai contohnya,dalam petikan ini penulis resensi menggunakan penanda
wacana ‘kesimpulannya’ untuk merumuskan tentang kepintaran Shanon yang membawa
aliran ceritanya dengan mentransformasikan sesuatu perkara dalam bentuk karya kreatif
terutamanya tentang sikap pihak politik yang tidak mementingkan kehidupan rakyat.

3
Akhirnya, penulis resensi menggunakan penanda idea yang menjurus hubungan idea iaitu
‘hal ini jelas membuktikan’ Hal ini demikian, Kepintaran Shanon Ahamd semasa menulis
novel yang kreatif membuktikan beliau sebagai seorang sasterawan yang mempunyai ciri-
ciri unggul dalam menjelaskan sesuatu topik. Dengan penanda wacana iaitu ‘Hal ini jelas
membuktikan’ amat sesuai untuk menghubungkan kepintaran Shahnon Ahamad dengan ciri-
ciri unggul yang ada pada dirinya. Disebabkan kepintaran yang ada pada Shahnon Ahamad
maka beliau dapat menujukkan ciri-ciri unggul yang ada pada dirinya.

4
Akhirullkalam, penggunaan penanda wacana merupakan aspek yang tidak boleh diabaikan
oleh masyarakat Malaysia bagi mewujudkan keutuhan dalam penulisan novel atau resensi.
Hal ini demikian kerana penanda wacana memainkan peranan yang penting dalam
mengembangkan serta memperluaskan pengetahuan wacana. Dengan ini masyarakat
Malaysia dapat memahami sesuatu hubungan Bahasa dengan alam di luar Bahasa dengan
lebih mendalam. Melalui analisis dan penilaian penggunaan penanda wacana seperti
penanda organisasi, penanda kronologi dan penanda idea terhadap resensi novel ‘SHIT’
karya Shanon Ahmad, kita boleh memahami keistimewaan dan penarikan wacana atau
pertuturan. Bertitik tolak daripada itu, kita perlulah menyebarkan penggunaan dan
pengaplikasikan penanada wacana yang betul dan tepat kepada generasi baru terutamanya
pelajar sekolah sehingga peringkat tinggi. Kita mestilah segera bertindak sebelum nasi
menjadi bubur dengan menyebarkannya melalui saluran serta berfikir secara global dan
bertindak secara glokal.

Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara ialah
saya dapat mengaplikasi dan menganalisis jenis penanda wacana semasa membut tugasan
ini. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, saya
juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Rabhayah untuk
peperiksaan akhir padahujung semesta nanti. Saya juga dapat mempelajari bagaimana
untuk mengkaji sebuah resensi bagi membuktikan penggunaan penanda wacana.
Padamulanya saya dan berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk
ajar oleh Pn Rabhaya dan rakan-rakan, saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan
tersebut.

Perpustakaan juga merupakan sebahagian sumber yang sangat membantu say bagi
mencari maklumat tentang tugasan saya. Hal ini kerana perpustakaan merupakan gedung
ilmu yang memang membantu pelajar untuk menyiapakan kerja atau tugasan yang diberikan
oleh pensyarah. Selain penggunaan internet juga memainkan peranan yang penting semasa
membuat tugasan ini. Dengan ini, saya dapat melayari internet untuk memperoleh maklumat
tambahan bagi menjadikan tugasan saya menarik berbanding orang lain. Saya
menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan teknologi masa
kini yang telah maju dan canggih.
5
3.0 RUJUKAN

Tatabahasa Kamus Dewan Edisi Ketiga . ( 2011). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Arney Alias. (14 Februari, 2011). keutuhan wacana. Retrieved from academia:
https://www.academia.edu/4369481/KEUTUHAN_WACANA

Dr, Faridah Nazir, Dr. Hjh Hashimah ibrahim, Norhiza Mohd Salleh, Zairinah Mohd Shukor.
(2018). Wacana Penulisan. Selangor Darul Ehsan: Sasbadu Sdn.Bhd.

Harimurthi Kridalaksana. (1992). Kamus Linguistik. Shah Alam: Gramedia Pustaka Utama.

yi ying. (11 Februari, 2016). Jenis-jenis Penanda Wacana , Kronologi dan idea. Retrieved
from Scribe: https://www.scribd.com/document/291791323/Jenis-Jenis-Penanda-
Wacana-Kronologi-Idea
4.0 LAMPIRAN

Nama sasterawan ini cukup gah pada individu-individu yang cakna terhadap karya-karya
sastera di Malaysia. Sasterawan negara ini merupakan seorang insan yang sangat berani
dalam melemparkan kritikan-kritikan terhadap ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu
perkara. Sebuah perkara yang kerap bermain di fikirannya adalah mengenai senario politik
negara. Pada tahun 1999, sasterawan negara ini telah menggemparkan dunia penulisan dan
institusi pentadbiran negara apabila beliau melancarkan novel hangatnya yang bertajuk
‘SHIT’.

            Shahnon pernah bertanding dalam pilihan raya umum dan secara tidak langsung
melibatkan diri dalam dunia politik tanah air. Beliau yang juga merupakan novelis politik
tanah air banyak menimbulkan gerakan sastera politik yang begitu komited dengan
menzahirkan setiap aturan politik yang digambarkan secara zahir mahupun abstrak.
Pemimpin politik merupakan watak penting dalam menggerakkan cerita berunsur politik
mengikut kesesuaiannya. Pemimpin politik itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
tertentu dalam menggerakkan sesebuah organisasi. Mereka inilah penguasa negara yang akan
menjadi ketua dalam perjuangan parti, hala tuju masyarakat dan negara. Sekiranya pemimpin
itu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sesebuah perjuangan atau organisasi itu
akan maju dan makmur tanpa sebarang masalah. Begitulah sebaliknya sekiranya pemimpin
politik itu bersikap negatif, pimpinan yang dijalankan itu tidak akan berada pada kedudukan
yang sepatutnya yakni berlaku permainan politik yang berunsur negatif. Pemimpin politik ini
merupakan individu utama dalam aspek pemerintahan. Berjaya atau tidak sesebuah organisasi
itu adalah bermula daripada sikap dan tanggungjawab pemimpin politik dalam menggerakkan
pemerintahan yang diamanahkan dalam mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan rakyat
yang dipimpinnya.

            Melalui novel ‘SHIT’, Shahnon jelas mengkritik individu-individu yang memegang
kuasa politik negara tetapi tidak menunjukkan etika-etika yang baik dalam pentadbiran.
Watak PukiMak atau PM merupakan pemimpin politik yang mempunyai sikap negatif. PM
tidak menunjukkan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Dia
digambarkan sebagai ketua yang mempunyai kuasa yang dominan tanpa sesiapa yang berani
bersuara. Hal ini dapat dilihat melalui pelukisan watak yang digambarkan oleh Shahnon
dalam novel tersebut.

“Nama ku sebenarnya bukan Shit. Juga bukan PukiMak. Kedua-duanya adalah nama marga
ku, entah dari mana marga ku itu, aku sendiri kurang teliti sejarahnya. Tahu-tahu aku sudah
wujud dan dipanggil Shit dan mempunyai sejarah kewujudan yang agak panjang. Kewujudan
entah bagaimana, ahli sejarah menggelar ku sebagai PukiMak. Tentu saja panggilan itu
bernada jerkahan dalam perasaan panas baran tapi aku tidak ambil kisah sangat. Dalam
seruan kemarahan itulah aku terkenal dengan nama julukan Shit! Aku terkenal dengan nama
julukan PukiMak! Lebih terkenal lagi dengan nama kependekan nama jilikan pm!”
                                                                                                                             (Shahnon
Ahmad 1999: 31)

            Jika diperhatikan, petikan di atas menunjukkan kepada pengenalan watak pemimpin
dalam novel ini. Menerusi pengenalan ini telah dilihat bagaimana pengarang membuat
imbasan awal sikap pemimpin melalui pengenalan namanya. Nama yang diperkenalkan itu
sudah menggambarkan watak negatif yang dimainkan oleh pemimpin dalam novel tersebut.

            Seterusnya, Shahnon juga lantang mengkritik seorang pemimpin yang dikatakan gila
kuasa dalam urusan pentadbiran. Mengambil satu contoh petikan iaitu,

“…pm boleh mencurahkan seberapa banyak kekenyangan kepada ketulan sesiapa saja tapi
bukan menyerah kekuasaan. Malah setitik kekuasaan pun tak akan dimiliki bersama. pm
tidak dapat berbincang aspek kuasa itu. pm tidak nampak dan tidak terasa bahawa ketulan
lain boleh dan berhak dalam bidang memiliki kuasa ini…”                                                    
(Shahnon Ahmad 1999:158)

            Petikan ini menunjukkan watak PM bagaikan tidak mahu bercakap mengenai
kekuasaan dengan sesiapapun kerana dia merasakan dirinya sahaja yang berhak memegang
kekuasaan itu. Oleh itu, PM sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat mempertahankan
kekuasaannya. Dengan adanya kuasa, PM dapat memerintah mengikut kemahuannya tanpa
mengendahkan kepentingan pihak lain terutamanya rakyat di bawah pimpinannya. Watak PM
dalam novel ini begitu mementingkan kuasa yang dimiliki sehingga tidak mengendahkan
perkara yang berlaku asalkan kuasanya dapat dipertahankan. Baginya, tiada siapa dan apa
yang dapat menandingi kekuasaan yang dimilikinya.

            Selain itu, novel ini memaparkan sikap Shahnon yang sangat peka terhadap kehidupan
rakyat marhaen di Malaysia. Dalam novel ini, terdapat petikan yang jelas menyampaikan
mesej bahawa pemimpin merupakan nadi kepada rakyat. Sebagai pemimpin, mereka
mempunyai tanggungjawab kepada rakyat yang dipimpinnya. Mereka mempunyai peranan
dan harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri mereka. Sebagai
pemimpin juga, mereka harus membangunkan negara yang dipimpinnya dengan
melaksanakan dasar-dasar negara dan bukannya mementingkan diri mereka sahaja. Berikut
adalah petikan tersebut.

“…pm tahu yang mana satu anggukan yang sahih, yang mana satu anggukan yang palsu.
Kelak bila tiba masanya pm akan menentukan ajal dan tuah mereka. Dia akan membuat
keputusan dengan mendadak dan benar-benar di luar duga supaya tidak siapa lagi yang
berani bersuara meminta pm keluar melalui lubang keramat itu. “

                                                                                                                             (Shahnon
Ahmad 1999:38)

            Sikap mementingkan diri ini akan menjadikan rakyat merasa tidak selesa dengan
pemimpin mereka sendiri sedangkan pemimpin perlu sentiasa dekat dengan rakyat di bawah
pimpinannya. Setelah mereka dipilih sebagai ketua pemimpin dalam tampuk pemerintahan,
mereka harus sedar bahawa setiap langkah yang diatur diperhatikan oleh rakyat. Oleh itu,
pemimpin harus mempunyai sikap yang baik bersesuaian dengan status dirinya sebagai
pemimpin.

            Pemikiran yang lain adalah novel ini memaparkan sikap Shahnon yang sangat patuh
akan perintah agama. Beliau menjunjung tinggi prinsip Islam dan mengkritik individu-
individu yang tidak mengamalkan ajaran berteraskan Islam. Dalam novel Shit, PM
merupakan pemimpin yang beragama Islam. Sebagai insan yang beragama Islam, banyak
nilai-nilai murni yang diterapkan dalam ajaran Islam tetapi telah dipandang rendah oleh PM.
PM sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam demi menjaga
kepentingannya seperti tidak bertanggungjawab, menindas rakyat, tidak amanah dengan hak
rakyat, dan mementingkan kuasa. Pengarang memasukkan unsur ini agar menjadi teladan
kepada pemimpin di luar sana agar meletakkan agama di tangga teratas dalam sistem
pemerintahan terutamanya bagi pemimpin yang beragama Islam. Berikut adalah petikan yang
menggambarkan sikap pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran Islam dalam urusan
pentadbiran.

“pm tidak akan bermesra dengan sistem akaliah atau sistem aqliah yang berpaksikan cahaya
itu kerana pm tidak pernah yakin dengan sistem itu. Tak pernah pun pm memikirkan tentang
kewujudan cahaya seumpama itu. Sejarahnya dan sejarah asal usulnya memang
bergelumang dengan taik yang busuk dan membusukkan. pm hanya megah dengan
kebusukan. Ahli sejarah pun pernah menegaskan bahawa warisan warga PukiMak itu pun
memang bertonggakkan kebusukan taik juga…”

                                                                                                                             (Shahnon
Ahmad 1999:74)

Akhir sekali, Shahnon menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap pemimpin yang kejam
dalam pemerintahan. Rakyat akan menggambarkan pemimpin sebagai individu yang mulia
dan prihatin akan kebajikan rakyat. Walau bagaimanapun, sesiapa pun tidak akan mengetahui
niat sebenar di sebalik pimpinan mereka. Ada pemimpin yang bersikap positif dan ada juga
yang bersikap negatif. Pemimpin yang bersifat kejam akan menyebabkan rakyat menderita
walaupun bukan dari segi fizikal. Merujuk kepada satu petikan dalam novel ini, petikan
tersebut jelas menunjukkan sikap pemimpin yang kejam dalam pentadbiran.

“…Dia boleh perintah apa saja yang terkeluar dari mulutnya. Atau pun boleh jadi pm
sendiri hulur lubang keramatnya dan dia perintah aku memasuki lubang keramatnya. Setiap
perintah dari pm wajib dipatuhi kerana kalau tidak, akan ditangkap, digari, ditumbuk
sampai bengkak-bengkak…”

                                                                                                                             (Shahnon
Ahmad 1999:64)

 Hal ini boleh menimbulkan kemudaratan seperti kecederaan dan kematian. Perkara ini juga
boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Pemimpin politik boleh mengeluarkan
perintah kepada pengikut-pengikutnya tetapi mesti bersesuaian dan tidak bertentangan
dengan mana mana undang-undang. Jika sampai memukul dan mencederakan apabila
perintah tidak dituruti, hal ini boleh menimbulkan banyak masalah. Seperti yang sedia
maklum, rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai sifat yang baik dan bukannya bersifat
kejam sedemikian. Itulah pemikiran yang cuba diketengahkan oleh pengarang Shahnon
Ahmad dengan menggambarkan pemimpin yang kejam dengan membuat perkara yang tidak
sepatutnya sekiranya perintah mereka tidak dipatuhi seperti menangkap dan memukul. Setiap
masalah boleh diselesaikan dengan cara rundingan dan bukannya dengan cara yang kejam.

            Kesimpulannya, kekuatan Shanon Ahmad dalam penulisannya terletak pada


kepintaran beliau mentransformasikan sesuatu perkara ke dalam bentuk karya kreatif
terutamanya perihal politik dan masyarakat sekitarnya. Hal ini jelas membuktikan bahawa
beliau merupakan seorang sasterawan yang mempunyai ciri-ciri unggul dalam menghuraikan
sesuatu topik yang dibincangkan. Karya satira politik yang bermutu ini perlu dimanfaatkan
oleh masyarakat kerana beliau menterjemah sendiri pengalamannya yang pernah melibatkan
diri dalam politik tanah air ke dalam bentuk tulisan. Karya yang dihasilkan oleh beliau juga
mempunyai makna tertentu kepada masyarakat terutamanya golongan pemimpin. Hal ini
dilihat berdasarkan novel beliau yang membincangkan tentang pemikiran politik serta kesan
buruk yang dialami oleh masyarakat atau rakyat akibat daripada sikap buruk yang
ditunjukkan oleh pemimpin dalam pemerintahannya.
BIODATA DIRI

NAMA : SHAARMINI A/P ARUMUGAM


NO.ANGKA GILIRAN : 201816231070
NO. KAD PENGENALAN : 000625-10-0678
KUMPULAN/UNIT : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
KURSUS/ SEMESTER : PPISMP- SEMESTER 2

AMBILAN : JUN 2018

ALAMAT E-MEL : shaarmini25@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 35, JLN INDAH 3, TAMAN DESA INDAH,

NILAI, NEGERI SEMBILAN.

NO. TELEFON : 017-2307224


Halaman Judul

RBT ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________

Nama : SHAARMINI A/P ARUMUGAM

Tarikh : 1 / 03 / 2019
PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa yang
ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu En cho Keng Boonke atas segala panduan dan penerangan yang teliti telah diberikan
oleh beliau supaya saya dapat menjalankan tugasan projek ini dengan baik dan sempurna.
Dengan adanya penerangan yang jelas dan teliti, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan lebih baik.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkannya ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai semua kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan projek ini.

Sekian, terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Biodata diri i

Halaman judul ii

Halaman Pengakuan iii

Penghargaan iv

Senarai kandungan v

1.0 Pengenalan 1–2

2.0 Hukum Ohm 3–6

2.1 Graf Hukum Ohm 3

3.0 Kuasa dalam litar 7

4.0 Hukum Kirchhoff 9 – 11

4.1 Hukum Kirchhoff arus

4.2 Hukum Kirchhoff voltan

5.0 Perintang dalam litar AT 11 – 16

5.1 Litar siri

5.2 Litar selari

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai