Anda di halaman 1dari 8

1.

0 REFLEKSI

Pada 28 Ogos 2018 (Isnin) yang lalu, saya telah membuat kajian soal selidik bagi kerja kursus
GSA 1072 melalui perisian Google Form. Soal selidik ini mengandungi tentang kajian berat
badan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Pada pendapat saya Google
Form merupakan salah satu perisiandengan menggunakan aplikasi TMK untuk membina soal
selidik bagi sesuatu kajian bagi mendapat jumlah responden daripada kajian yang dibuat. Pada
masa yang sama Google form juga digunakan oleh para pelajar dan para mahasiswa untuk
tujuan membina borang undian, menguruskan kehadiran, mengumpulkan hasil dapatan
responden kajian, membina Instrumen soal selidik, menghasilkan analisis dapatan data,
menghasilkan soalan kuiz dan sebagainya.

Saya amat bangga kerana telah meyelesaikan tugasan kursus Statistik Asas (GSA 1072)
dengan usaha diri dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang menjalankan tugasan kerja
kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pada permulaan mengumpulkan
data, saya mencuba untuk membuat satu borang soal selidik dengan Google Form supaya
pelajar dapat menjawab secara ‘online’. Dengan ini, saya dapati kebanyakan pelajar 2PPISMP
tidak biasa menggunakan emel pendidik guru yang disediakan kerana untuk mengisi borang
soal selidik ini perlu ‘log in’ dengan emel pendidik guru. Jadi, saya terpaksa memilih cara lain
untuk mengumpulkan data dengan mengedar borang soal selidik kepada pelajar untuk isikan.

. Tambahan pula untuk menghasilkan graf ogif dan histogram yang cantik saya haruslah
memerlukan kemahiran asas untuk menggunakannya. Dalam hal ahli saya tidak mempunyai
pengetahuan asas untuk membuat graf yang dilengkapi dengan symbol-simbol. Apabila saya
membuka perisian Excel saya tidak dapat memahamikan aplikasi-aplikasi Ogif dan Histogram
yang terdapat di perisian Excel tersebut. Dengan ini saya meluangkan masa untuk mempelajari
tentang cara penggunaan Excel di ‘youtube’, laman sesawang dan sebagainya. Selepas
memahami perkara-perkara tersebut saya mendapat pemahaman yang jelas. Dengan ini
kefahaman saya mengenai jenis dan istilah-istilah penting dalam statistik asas teleh meningkat.
Saya dapat mengumpul, menyusun, mempersembahkan data dengan Teknologi, Multimedia
dan Komunikasi (TMK) seperti Microsoft Excel, dan menterjemah serta membuat kesimpulan
daripada perwakilan data. Saya juga dapat membuat pengiraan ukuran kecenderungan
memusat, serakan dan perihalan data berdasarkan tinjauan isu saya.

Dalam tugasan ini, saya membuat penggumpulan data tentang berat badan pelajar IPGKPT
berdasarkan data tak terkumpul dan data terkumpul. Data terkumpul merupakan satu set
data mentah yang tidak terkumpul dalam kelas. Nilai cerapan dalam data tak terkumpul
muncul secara individu. Data terkumpul ialah data yang terdiri daripada data yang banyak

1
dengan nilai-nilai berbeza dan dikumpulkan ke dalam beberapa kumpulan atau kelas
tertentu. Biasanya, data ini disusun dalam jadual untuk menunjukkan taburan kekerapan.

Tamabahn pula, daripada kajian yang saya buat, mendapati sebilangan pelajar
mempunyai berat badan yang tinggi melalui tinjauan saya iaitu antara lingkungan (63-67),
(68-72). Berat badan yang tidak normal akan memberi kesan negatif kepada kesihatan dan
menurunkan prestasi pelajar kerana mereka senang menghilangkan tumpuan semasa
belajar. Hal ini juga menyebabkan mereka merasa bosan atau mengantuk semasa P&P.
Namun, terdapat pelajar yang menyatakan bahawa pensyarah yang mengajar itu kurang
ceria semasa mengajar yang menyebabkan mereka merasa bosan atau mengantuk semasa
P&P. Dari sudut lain jika pelajar IPGKPT tidak mengawal berat badan berekemungkinan
mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan
HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Tekanan darah yang tinggi
boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah
menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat. Situasi ini menyebabkan pelajar-pelajar
gagal menumpu perhatain terhadap peperikasaan malah tidak dapat mengambil bahagian
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPGKPT.

Di samping itu, saya juga mendapati pelajar tidak aktif dalam menyertai kokurikulum
di IPGKPT. Hal ini kerana berat badan yang tinggi menyebakan mereka malas dan akhirnya
tidak mempunyai semangat untuk melibatkan dalam aktiviti luaran. Pelajar gemar
menggunakan masa untuk membuat kerka kursus di dalam bilik berbanding menyertai
kokurikulum. Hal ini menunjukkan IPG perlu berusaha lagi untuk melibatkan pelajar dalam
kokurikulum institut supaya dapat melahirkan seorang guru yang bukan sahaja terlibat
dalam kurikulum tetapi juga terlibat dalam kokurikulum sekolah.

Akhirnya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan


sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Saya juga bersedar bahawa sebagai seorang guru bukan satu kerja yang senang hati.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada saya.
2

2.0 RUJUKAN

Chin, S.W., Khoo, E.S. dan Khor, S.C. (2014). STPM Text Mathematics (M).
Malaysia: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Othman Zainal. (1979). Statistik Permulaan. Kuala Lumpur: Nan Yang Muda Sdn.
Bhd.

Palani Murugappan. (2015). Statistical and advanced functions for decision making.
Kuala Lumpur: Venton Publishing Sdn. Bhd.

Pumadevi Sivasubramaniam, Shahhida Abu Bakar dan Fatimah Rozihan Wan


Muhammad. (2015). Statistik Asas. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Tan Chong Eng. (1992). Matematik STPM Mekanik dan Statistik. Kuala Lumpur: Vivar
Printing Sdn. Bhd.
BIODATA DIRI

NAMA : SHAARMINI A/P ARUMUGAM


NO.ANGKA GILIRAN : 201816231070
NO. KAD PENGENALAN : 000625-10-0678
KUMPULAN/UNIT : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
KURSUS/ SEMESTER : PPISMP- SEMESTER 2

AMBILAN : JUN 2018

ALAMAT E-MEL : shaarmini25@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 35, JLN INDAH 3, TAMAN DESA INDAH,

NILAI, NEGERI SEMBILAN.

NO. TELEFON : 017-2307224


Halaman Judul

STATISTIK ASAS

UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________

Nama : SHAARMINI A/P ARUMUGAM

Tarikh : 8 / 03 / 2019
PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa yang
ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu Pn Norehan atas segala panduan dan penerangan yang teliti telah diberikan oleh beliau
supaya saya dapat menjalankan tugasan projek ini dengan baik dan sempurna. Dengan
adanya penerangan yang jelas dan teliti, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lebih
baik.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkannya ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai semua kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan projek ini.

Sekian, terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Biodata diri i

Halaman judul ii

Halaman Pengakuan iii

Penghargaan iv

Senarai kandungan v

1.0 Refleksi 1–2

2.0 Rujukan VI

Anda mungkin juga menyukai