Anda di halaman 1dari 4

1. A. Jelaskan pengertian epistemologi.

(5 Markah)

Epistomologi berasal daripada gabungan dua suku kata iaitu episteme tentang
pengetahuandan logik pula bermaksud pengetahuan dan apabila digabungkan
menjadikan maksudnya adalah pengetahuan tentang pengetahuan. Isitu kajian
tentang ilmu itu sendiri iaitu tentang sumber ilmu dan kebenaran ilmu
pengetahuan . Iaitu membincangkan tentang hakikat kewujudannya, luas ilmu itu
sendiri, dari mana datangnya ilmu itu dan setakat mana manfaatnya ilmu itu.
Epistimologi ilmu ini juga telah dibincangkan oleh para cendekiawan Yunani pada
suatu ketika dahulu seperti Socrates, Plate, Aristotle dan sebagainya. Ia juga turut
dibahaskan oleh para cendekiawan dalam tamadun Islam, tamadun Cina dan juga
tamadu India.
Terdapat beberapa sumber dalam mendapatkan ilmu itu sendiri iaitu melalui
pencaindera manusia itu sendiri. Terdapat beberapa sumber ilmu iaitu
pancaindera, akal intuisi (ilham) dan juga wahyu. Ilmu juga bersifat empirikal.
Menurut dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, perkataan empirikal berasal
Indonesia Belanda yang bermaksud bergantung kepada pemerhatian sebagai
contohnya melalui uji kaji dan juga pengumpulan data.
Sumber yang pertama adalah pancaindera. Pancaindera merupakan yang
terdapat pada manusia iaitu mata, hidung, mulut, telinga dan juga lidah. Jika ilmu
tidak dapat diambil melalui pancaindera makai ia tidak dikira sebagai memalui
pancaindera. Iaitu memenatingkan pengalaman yang dihadapi oleh pancaindera
sebagai contoh pengalaman mendengar, pengalaman merasa, melihat dan
sebagainya yang berkaitan dengan pancaindera.
Selain itu, ilmu juga dapat diperolehi melalui akal. Ilmu juga dpat diperolehi
melalui proses berfikir atau penalaran tanpa perlu merasai pengalaman secara
induktif dan deduktif. Ia merangkumi sebahagian besar sumber ilmu itu sendiri.
Sumber yang ketiga adalah intuisi (ilham). Iaitu ilmu yang dating secara tiba-
tiba. Kebiasaannya ilmu ini diberikan kepada golongan yang mempunyai hati
yang bersih. Dalam Islam juga membertitahu bahawa ilmu dari sumber ini
diberikan kepada golongan yang soleh dan juga solehah. Contohnya seperti ketika
melakukan aktiviti bersenam dan ilham datang secara tiba-tiba.
Sumber yang terakhir adalah wahyu. Ilmu dari sumber ini melalui adalah
istimewa kerana hanya diberikan kepada golongan erpilih sahaja iaitu Nabi dan
Rasul. Dalam Islam, tahap kebenaran ilmu dari sumber ilmu ini adalah paling
benar menjangkaui semua sumber ilmu.
B. Hubungkan konsep epistemologi dengan bidang pengajian anda
secara kritikal dan analitikal. (10 Markah)

Konsep epistimologi ilmu dapat dihubungkan dengan bidang pengajian saya


isitu dengan cara mendapatkan ilmu itu sendiri. Dalam erti kata lain sumber untuk
saya mendapatkan ilmu. Dalam bidang pengajian saya, hamper kesemua sumber
ilmu yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pengajian saya.
Sumber yang pertama adalah pancaindera. Melalui pancaindera, pelbagai ilmu
dapat diperolehi. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran kokurikulum. saya telah
masuk kokurikulum dalam sukan Pingpong. Di dalam pingpong, pancaindera
digunakan untuk bermain sukan tersebut. Sebagai contoh, ketika hendak
memukul bola, ia menggunakan pancaindera seperti mata, telinga dan tangan
untuk memukul bola itu. Tanpa menggunakan pancaindera, maka ilmu untuk
memukul bola tidak dapat dipelajari.
Dalam bidang pengajian saya juga memerlukan sumber ilmu seperti akal untuk
mendapatkan ilmu. Sumber ilmu ini merangkumi sebahagian besar sumber untuk
mendapatkan ilmu dalam bidang pengajian saya. Sebagai contoh, dalam mata
pelajaran ekonomi, ianya memerlukan akal untuk berfikir tentang bagaimana
ekonomi di dunia ini berfungsi. Akal diperlukan untuk memikirkan konsep yang
penting dalam ekonomi seperti konsep firma, isi rumah, konsep penawaran dan
permintaan dan sebagainya. Dalam mata pelajaran statistik juga memerlukan akal
untuk memperolehi ilmu terutamanya dalam pengiraan. Kesemua pengiraan
memerlukan akal untuk memikirkan jawapannya. Tanpa akal, sebahagian ilmu
dalam bidang pengajian saya tidak dapat diperolehi.
Tanpa sumber ilmu ini maka segala ilmu tidak dapat diperolehi dan saya akan
gagal dalam pengajian saya sendiri. Sumber ilmu ini juga tidak terbatas kepada
bidang pengajian dalam bidang akademik sahaja tetapi merangkumi semua aspek
kehidupan di dunia ini. Contohnya, untuk bermain alat muzik ia memerlukan
gabungan pancaindera dan akal untuk belajar bagaimana untuk mempelajarinya.
2. Huraikan bagaimana kefahaman anda terhadap falsafah ilmu dapat
menambah baik dan menjana ilmu pengetahuan baharu (inovasi) dalam
bidang pengajian yang sedang anda ikuti. Sila nyatakan contoh-contoh yang
relevan untuk mengukuhkan hujah anda. (15 Markah).

Dalam mata pelajaran falsafah ilmu, saya dapat memahami banyak berkaitan
banyak perkara. Sebagai contoh dalam falsafah ilmu telah dibincangkan tentang
epistimologi ilmu. Dalam epistimologi ilmu, ia diajar untuk mengetahui
kebenaran sesuatu ilmu. Ia juga mengajar kita tentang sumber ilmu dan
bagaimana kita memperolehi ilmu dalam semua perkara. Dalam falsafah ilmu
juga kita diajarkan tentang hukum ilmu. Iaitu dalam hukum ilmu diberitahu
bahawa ianya bersifat kekal dan sama.
Berdasarkan kefahaman saya terhadap falsafah ilmu. Saya dapat menambah
baik dan mejana ilmu pengetahuan baharu (inovasi) dalam bidang pengajian yang
sedang saya ikuti adalah dengan cara menambah baik struktur islam dalam bidang
pengajian saya. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran modal Islam diceritakan
tentang pelbagai ilmu berkaitan pasaran modal, saham dan segala yang berkaitan
dengan pasaram saham. Ia juga termasuk tentang perbankan islam. dengan
kefahaman saya berkaitan dengan falsafah ilmu, saya boleh menggunakannya
untuk menambah baik struktur institusi kewangan Islam dengan mengetatkan
penggunaan undang-undang Syariah terhadap kewangan serta pinjaman terutama
di Malaysia. Kerana pada masa kini terdaoat beberapa masalah iaitu sistem
kewangan islam dan konvensional tidak lah begitu ketara perbezaannya. Malah
ada yang hanya membezakan mereka adalah nama sahaja.
Selain itu, dengan kefahaman saya dalam falsafah ilmu mendorong saya
untuk berfikir lebih kedepan dengan menambah baik ilmu sedia ada seperti dalam
mata pelajaran enteprais baru iaitu mata pelajaran yang mengisahkan tentang
pasaran perniagaan baru. Dengan menggunakan kefahaman saya dalam falsafah
ilmu ini dapat menambah kefahaman saya berkaitan mata pelajaran tersebut dan
dapat menambah baik dengan cara banyak berfikir secara logik dengan
menggunakan rasionalisme dalam setiap apa yang dipelajari. Dengan cara in ilmu
yang dipelajari akan lebih berkesan disamping dapat inovasikan ilmu yang sedia
ada. Dengan menggunakan konsep rasionalisme ini dapat mencapai kebenarakn
sesuatu ilmu dengan mengujinya dengan kriteria tertentu. Dalam mata pelajran
tersebut mengajar untuk teknik pemasaran bagi sesebuah perniagaan. Jadi dengan
menguji teknik itu di luar kelas menguji sama ada teknik itu menemui kebenaran
ataupun kegagalan. Sebagai contoh, antara teknik pemasaran yang bagus yang
diajarkan oleh subjek tersebut adalah dengan meletakkan nama produk yang
bagus. Jadi dengan menggunakan konsep rationalisme jika teknik menemui
keggagalan maka tidak perlu ikut dan boleh untuk menambah baik teknik
tersebut.
Oleh itu, dengan adanya kefahaman yang mendalam berkaitan falsafah ilmu
ini, ia dapat diterapkan dalam bidang pengajian saya seterusnya dapat menambah
baik dan menginovasikannya untuk menjadikkan lebih baik dan lebih memahami
bidang pengajian saya dengan lebih mendalam.

Anda mungkin juga menyukai