Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Saya Vikneshwaran a/l Bashkar bersyukur kepada Tuhan kerana dengan


limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan jayanya.
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana memberi peluang kepada saya
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Wan Roslina binti Wan
Ismail, pensyarah kursus Wacana Penulisan saya, yang telah memberi banyak
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu
juga, saya mengucakan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan
kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus
ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan
juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertangungjawab bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu juga,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri terutamanya serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan
luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran
malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.
TUGASAN
1
PENGENALAN

Pendidikan adalah pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan


sekelompok orang yang diamalkan dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui
pengajaran, pelatihan, atau penelitian. Pendidikan juga didefinisikan sebagai satu proses
yang menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan merupakan kunci domain dalam
sesebuah negara bagi kemajuan ekonomi dan pembangunan negara yang drastik.Pada era
transisi pascaglobalisasi dan pascamodenisasi ini, pendidikan sebagai tulang belakang
negara banyak memberi sumbangan dan impak yang positif dan proaktif bagi pembangunan
sesebuah negara.Hal ini dapat diinterprestasikan dengan fakta bahawa kejayaan kemajuan
sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi
yang dimiliki oleh penduduknya.Oleh itu, tidak hairan jika sesebuah negara yang memiliki
rakyat berpendidikan berpeluang menikmati kehidupan materialistik.

Selain itu, pendidikan juga berperanan bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ yang
diwar-warkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa melahirkan
rakyat yang bekerjasama.Pendidikan dapat membina negara bangsa dan mengukuhkan
perpaduan antara rakyat pluralistik.Pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup seseorang
dari pelbagai latar belakang, agama, dan kaum dengan menjadikannya ahli masyarakat
yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.Mereka dapat
belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, serta berkongsi pengalaman
dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Pendidikan jugamerupakan pencetus
kreativiti dan penjana inovasi yang dapat membentuk generasi muda yang berkebolehan
untuk bersaing dalam bidang pekerjaan mayapada dan menjadi akar umbi bagi
perkembangan dan kemajuan dalam bidang ekonomi negara.Jelaslah bahawa pendidikan
menjalankan peranan sebagai asas bagi pembangunan sesebuah negara.

Menurut “Kamus Dewan dan Pustaka” profesion keguruan dapat didefinisikan


sebagai pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi yang melaksanakan
tugas dan tanggungjawab (kerjaya) guru. Profesion keguruan merupakan bidang terpenting
dalam membina tamadun bangsa kerana ia menitik beratkan konsep memanusiakan
manusia. Profesion keguruan ini juga kunci utama menerapkan ilmu pengetahuan kepada
masyarakat. Profesion ini berperanan bagi membina bangsa, menyertakan rakyat dan
mengagihkan nilai-nilai masyarakat. Jelasnya, profesion keguruan merupakan satu saluran
utama yang menyampaikan pendidikan kepada rakyat.
Tambahan pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah digubal oleh
kementerian selepas memperolehi input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti
pendidik, ahli akademik, ibu bapa, dan murid tentang keperluan untuk menjayakan aspirasi
ssistem pendidikan negara. Kerangka pembangunan yang menyeluruh disediakan oleh
pelan ini bagi melahirkan transformasi sistem pendidikan secara efektif dan proaktif
sehinnga menjelang tahun 2025. Bidang Keberhasilan Utama Negara mengatakan bahawa
pelan ini mampu membawa transformasi yang lebih ketara.

Pelan ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembelajaran pada Oktober 2011 iaitu,
dalam tempoh 11 bulan daripada kajian pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia,
OECD dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini juga dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhiddin Yassin pada 6 September 2013. Kajian ini juga melibatkan pemimipin sekolah,
guru, ibu bapa, orang awam dan murid di seluruh negara.Kementerian telah mengenal pasti
11 anjakan yang perlu dilakukan bagi anjakan paradigma yang dihasratkan oleh semua
rakyat Malaysia. Setiap anjakan ini harus memberi ironi kesekurang-kurangnya satu
daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.Pelan ini juga bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai enam ciri
utama seperti pengetahuan, kemahiran berfikiran, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional.

Jadi, sebanyak 11 anjakan dicadang dan dilaksanakan, namun anjakan keempat


iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan telah difokuskan sebagai
anjakan yang penting dan domain oleh kerajaan.Kita dapat merumuskan bahawa dalam
anjakan ini guru adalah insan dan pihak yang memainkan peranan penting bagi menjayakan
anjakan ini.Persoalannya adalah bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion
pilihan dapat direalisasikan menerusi pelan pendidikan ini?
PERBINCANGAN

Terdapat beberapa pragmatik dalam anjakan keempat ini bagi


menjayakannya.Antara langkah pertama ialah mengetatkan syarat kelayakan kemasukan
guru.Kementerian telah membuat keputusan bagi memilih guru yang terdiri daripada
kalangan graduan tiga puluh peratus(30%) teratas. Hal ini kerana,tahun-tahun sebelum ini
syarat kemasukan adalah longgar sehingga calon yang tidak berkualiti dipilih sebagai
guru.Guru-guru yang tidak berkualiti ini menjejaskan pencapaian dan kecemerlangan murid
dalam pendidikan.Oleh sebab itu, calon terbaik dipilih bagi mengikuti latihan perguruan yang
disediakan. Calon ini akan diberi latihan yang sebaik mungkin bagi membentuk guru yang
berkaliber dan berpersonaliti unggul. Kementerian juga telah menaik taraf dan meningkatkan
syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang
mengikuti setiap latihan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.Melalui proses ini,
calon terbaik dan berbakat untuk menjadi seorang guru yang cemarlang pada masa
hadapan dapat dipilih dengan mudah. Kementerian telah membuat kata putus untuk
menyelaraskan standard pengajian dalam program latihan perguruan di institusi pengajian
tinggi awam dan swasta agar dapat meningkatkan kualiti guru pada masa hadapan.Hal ini
kerana, hanya 50% guru sahaja yang dapat mengajar dengan berkesan dalam sistem
pendidikan sebelum ini.Selebihnya hanya mengajar dengan tidak memberi keutamaan
kepada pemahaman mendalam dan kemahiran berfikir aras tinggi.Kualiti kurikulum dan
pensyarah ditingkatkan bagi melahirkan guru yang berkualiti.Kualiti kurikulum dapat
membantu membentuk guru yang berpengetahuan awam dan mempunyai kemahiran
berfikir secara teliti dan mendalam.Peningkatan kualiti pensyarah yang berkaliber, dedikasi,
berpengetahuan, mahir dapat menerapkan nilai-nilai keguruan dalam setiap guru
pelatih.Melalui pengenalan keperluan kelulusan yang lebih ketat, hanya pelatih terbaik akan
lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam. Hal ini kerana, guru ada tulang belakang
pendidikan.Setiap sekolah dan murid memerlukan guru yang berkualiti dan berkelayakan
untuk menyampaikan pendidikan dengan teratur dan betul.

Langkah seterusnya adalah merombak Institut Pendidikan Guru (IPG).


Kementerian telah membuat keputusan untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru
bertaraf dunia (IPTA) menjelang 2020.Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa, bagi memastikan guru cukup bersedia dan mahir untuk mengajar
kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid serta mencapai hasrat untuk merombak institut
pendidikan di Malaysia. Mereka telah pun merancang beberapa cara untuk mencapai
hasrat. Pelbagai jawatankuasa ditubuh bagi menyelesaikan masalah dalam institut
pendidikan seperti mengubahsuai kurikulum dan praperkhidmatan guru.Usaha ini dapat
dijayakan dengan idea untuk menambah peratusan masa praktikum kepada 40% untuk
semua program. Institusi Pendidikan Guru menawarkan pelbagai program seperti diploma,
ijazah pertama dan ijazah lanjutan. Program-program ini ditawarkan bagi memenuhi
keperluan calon dengan berbagai-bagai tahap pengalaman seperti lulusan baru dan mereka
yang bertukar kerjaya.Pelantikan pensyarah baru diketatkan dan kemahiran pensyarah
sedia ada ditingkatkan.Hal ini kerana, pensyarah berkualiti merupakan akar umbi bagi
pembentukan seorang guru atau pendidik yang berkaliber dan pakar bagi masa depan.
Perombakan IPG ini banyak memberi implikasi positif kepada semua pihak supaya
berkualiti.

Di samping itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga dapat merealisasikan


transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dengan meningkatkan kualiti program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013. Lebih sokongan akan diberi
kepada guru bagi mencapai potensi penuh. Guru juga akan diberi latihan CPD individu
daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion ini. Latihan komponen teras dan
elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing merupakan latihan dalam
program CPD. Kebanyakan program ini akan dilangsungkan di peringkat sekolah kerana
latihan berasaskan sekolah terinterprestasi bahawa sangat berkesan dan bagus sebagai
salah satu cara CPD. Program ini akan menggunakan jaringan rakan sekerja termasuk
pemimbing guru, guru kanan, dan pengetua ataupun guru besar untuk menyebar luas
amalan terbaik. Guru dapat terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan
kecekapan yang diharapkan daripada seseorang guru melalui penglibatan diri dalam latihan
ini. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang bertanggungjawab menyediakan CPD ini banyak
membantu dalam proses dan matlamat melahirkan guru yang berpotensi dan berkemahiran
untuk berjasa pada masa hadapan.

Malahan, anjakan keempat dapat dijayakan dengan memastikan guru memberi


tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.Usaha ini membolehkan guru
menikmati pengurangan beban tanggungjawab dan tugas pentadbiran agar mereka dapat
menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran. Apabila
guru bertumpu pada teras pengajaran, pendidikan atau ilmu dapat disampaikan kepada
murid dengan sepenuhnya tanpa ada sebarang kekurangan dan mudah. Usaha
memperkemas dan mempermudah proses pengumpulan dan pengurusan data sedia ada
dapat membantu untuk mencapai matlamat di atas. Pusat perkhidmatan terpusat atau guru
pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah akan diberikan tugas-tugas pentadbiran ini.
Cara ini dapat melicinkan dan menguruskan pentadbiran dengan teratur dan cekap.
Di samping itu, laluan kerjaya guru berasaskan kompentensi dan prestasi akan
dilaksanakan menjelang 2016. Pengetua atau guru besar akan menilai guru secara
tahunan dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat. Penilaian
ini dipraktikkan dengan penggunaan instrumen penilaian baru yang memberi perhatian
kepada kebolehan guru untuk menyampaikan pengajaran secara lebih efektif di dalam dan
luar bilik darjah. Contoh pengajaran yang boleh dilakukan adalah permainan berasaskan
aras pemikiran, pengetahuan dan kemahiran. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tugas
utama guru adalah bagi membantu pembelajaran murid. Jadi, guru yang dikatakan tonggak
perdana dalam merealisasikan PPPM patut mahir dalam semua aspek bagi melahirkan
modal insan yang berfikiran aras tinggi dan cemerlang. Guru berprestasi tinggi dan
cemerlang akan menikmati kemajuan profesion yang lebih pantas dan hebat. Purata tempoh
kenaikan pangkat semasa adalah kurang 25 tahun. Guru yang cemerlang mungkin akan
dinaikkan pangkat pada gred DG41 ke DG54 dalam masa singkat ini. Bimbingan tambahan
akan diberi kepada guru yang menghadapi kekangan dalam mencapai tahap kualiti bagi
membantu mereka berada pada landasan yang betuldan tepat serta tidak ketinggalan idea
atau maklumat. Terdapat juga guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum,
walaubagaimanapun telah diberi bimbingan dan dorongan tambahan. Guru-guru ini akan
diberi tugas semula bagi menjalankan fungsi berpandukan sekolah yang lain seperti
membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum. Dari semasa ke
semasa, Kementerian akan mengurangkan saiz kohort guru secara berperingkat dengan
menambahbaik produktiviti dan penggunaan masa guru secara berfaedah.

Justeru itu, pelan ini dapat dibantu dengan memperluas laluan guru untuk
peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang
2016.Para guru boleh memilih laluan profesion yang menarik dan menggagumkan
berdasarkan prestasi, kebolehan dan minat mereka.Misalnya, mereka dapat memilih untuk
menjalankan kewajipan kepimpinan di peringkat sekolah, PPD, JPN atau Kementerian.Guru
juga berpeluang memilih untuk menjadi mahir dalam bidang tertentu seperti pembangunan
kurikulum, pentaksiran, dan program latihan bagi sistem yang labih luas dan
sistematik.Mereka turut boleh menjalankan tanggungjawabsebagai seorang guru pakar yang
berkemahiran, berpengalaman dan berkualiti di sekolah.Kerjasama melabur dalam
pembangunan guru dan persekitaran kebertanggungjawapan professional akan diteruskan
dalam semua perjalanan pekerjaan ini tanpa mengiranya.

Lantaran itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat direalisasikan dengan


mengamalkan langkah terakhir dalam anjakan keempat, iaitu membudayakan
kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai
2025.Pihak kementerian akan memberikan perhatian kepada inisiatif bagi memastikan
semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan dan kemudahan yang diberikan dalam
isu profesional berhubungan dengan penjadualan kurikulum, penyusunan pengajian,
pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Aktiviti CPD yang dilaksanakan
banyak membantu guru bagi mendorong sesama lain. Aktiviti ini juga dapat membangunkan
dan menyebarkan amalan terbaik secara luas serta membolehkan guru bekerjasama
menjalankan tanggungjawab bagi mencapai standard profesional. Kementerian juga akan
mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru sebagai
tambahan kepada sistem kemajuan berasaskan kompetensi. Kementerian akan memberi
komitmen dengan wakil guru bagi mencapai matlamat di atas.

Untuk merealisasikan visi Wawasan 2020, transformasi keguruan mesti dilaksanakan


supaya dapat membanggakan negara kita dalam semua bidang. Pada tahun 2005, terdapat
lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolah rendah dan 41.8 peratus di
sekolah menengah. Antara mereka terdapat juga guru yang tidak memiliki ijazah dan hal ini
telah memberikan cabaran yang besar kepada kerajaan untuk meningkatkan kelayakan guru
dengan sasaran sebanyak 50% guru sekolah dan 100% guru sekolah menengah memiliki
ijazah mereka menjelang tahun 2010. Dengan ini pelbagai usaha diambil untuk
memartabatkan profesion perguruan di kalangan masyarakat yang bertanggapan buruk
tentang keguruan. KPM telah mencipta sejarah yang baru dengan menaikkan taraf maktab
perguruan kepada Institut Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalm Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 13 Julai 2005. Peranan IPG juga telah diperkembangkan dalam pengambilan
guru pelatih dengan mengetatkan syarat kelayakan supaya dapat mewujudkan guru
bergraduan demi keberhasilan murid yang cemerlang dan berpengetahuan tinggi. Pelbagai
cabaran akan ditempuhi oleh calon yang bermohon untuk menuntut di IPG. Sebagai
contohnya, peperiksaan UKCG dan ujian fizikal telah dijalankan pada tarikh yang ditetapkan
supaya dapat menapiskan calon yang berlayak untuk meneruskan pembelajaran di
IPG.Seterusnya, temujanji pula dijalankan untuk menguji sikap keterbukaan, keyakinan diri
dan kemahiran berkomunikasi supaya dapat melahirkan barisan guru yang berkualiti dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid mereka. Seterusnya, surat tawaran
akan dipos ke rumah sekiranya calon dipilh untuk menuntut ilmu di IPG. Kini, kita dapat
melihat kebanyakan program seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed
TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa dilaksanakan oleh KPM untuk
meningkatkan profesion perguruan.Program-program seperti ini dapat membantu guru
pelatih yang menuntut pendidikan di IPG untuk memperkembangkan kelemahan yang ada
pada diri mereka supaya dapat berfungsi sebagai guru yang cemerlang dalam semua
aspek.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memartabatkan profesion
perguruan dengan menggubal Kurikulum dan mendapat kelulusan daripada Majlis Kurikulum
Pendidikan Guru untuk meningkatkan taraf pendidikan negara kita. Pembangunan
infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran,
Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System telah
membawa perubahan dalam pendidikan guru. Pembangunan seperti itu membantu guru
untuk meningkatkan kebolehan mereka dalam profesion ini.KPM juga boleh memantapkan
profesionalisme keguruan menerusi latihan dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT dan
sebagainya.Dengan ini, barisan guru dapat memperoleh kemahiran yang lengkap dan jelas
tentang kaedah pengajaran secara berkesan dalam kalangan pelajar supaya dapat
menjadikan sukatan pembelajaran yang ditujukan kepada anak murid kita lebih menarik dan
kreatif. Untuk menarik perhatian pelajar , guru haruslah menggunakan pedagogi yang kreatif
dan ABM yang menarik supaya pelajar dapat berfokus dalam kelas tanpa sebarang
gangguan. Selain itu, guru juga perlulah mahir dalam penggunaan teknologi iaitu ICT
supaya tidak membosankan para pelajar hanya dengan penggunaan satu kaedah sahaja
dalam kelas.Pembentangan video dan permainan atas talian dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dengan berefektif. Oleh yang demikian, peranan guru dalam menyampaikan
ilmu amat diperlukan. Seterusnya, para guru haruslah didedahkan dalam bidang tertentu
iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas. Hal ini kerana sebagai
seorang guru yang cemerlang dan berkualiti, mereka haruslah memiliki kemahiran dalam
semua bidang untuk menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada para pelajar.Seseorang
guru perlulah menyediakan diri mereka dengan menambahkan ilmu pengetahuan dalam
semua bidang supaya dapat menonjolkan diri mereka sebagai guru yang cemerlang pada
masa yang akan datang.

Deduksinya, anjakan keempat dalam merealisasikan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia ini merupakan usaha yang efektif.Melalui anjakan ini, iaitu
mentransformasi keguruan, Malaysia dapat terus maju dan membangun dalam bidang
pendidikan di persada dunia.Guru merupakan tonggak perdana dalam menjayakan langkah-
langkah dalam anjakan ini. Guru berperanan bagi membentuk modal insan yang
berpengetahuan, khususnya untuk memastikan mereka menguasai kemahiran literasi dan
numerasi, berfikiran dengan kritikal dan aras tinggi, cemerlang dan kreatif bagi memimpin
negara pada masa hadapan. Hal ini kerana, papatah Melayu berkata bahawa “pemuda tiang
negara, pemudi harapan bangsa”.Negara memerlukan guru yang berkualiti, berkaliber,
berkemahiran, berpengetahuan, berperibadi mulia, berpengalaman dan berkelayakan bagi
melahirkan murid seperti di atas.Jelaslah bahawa transformasi keguruan dapat memberi
impak kepada negara serta kualiti masyarakat.Semua pihak patut menggembleng tenaga
bagi menjayakan pelan ini serta mencapai hasrat negara.
TUGASAN
2
TUGASAN
3

Anda mungkin juga menyukai