Titik Rahayu-Sistem Amalan P Sains - Edit Syafrimen.1 PDF
Titik Rahayu-Sistem Amalan P Sains - Edit Syafrimen.1 PDF
1
Titik Rahayu, 2 Syafrimen Syafril, 3 Kamisah Bt. Osman, 4Lilia Bt. Halim, 5Sharifah Zarina
Binti Syed Zakaria, 6Cik Tuan Mastura Binti Tuan Soh, 7Nova Erlina Yaumas
1, 3, 4, 5, 6
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1, 7 Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indonesia
Email: 1p91583@siswa.ukm.edu.my, 2syafrimen@radenintan.ac.id, 3kamisah@ukm.edu.my,
4
lilia@ukm.edu.my, 7novaerlina@radenintan.ac.id
Abstrak
A. PENGENALAN
Guru memiliki tanggungjawab yang besar bagi menjayakan pencapaian murid
dalam bilik darjah (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Untuk
memenuhi tanggungjawab tersebut guru perlu sentiasa bersedia melengkapkan
diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan seperti melakukan
penambahbaikan kaedah pengajaran, menguasai teknologi yang diperlukan,
membina suasana yang harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan
murid secara mesra selama proses pembelajaran (Syafrimen, 2010). Untuk
menjayakannya guru mesti memiliki keyakinan diri (Han Chen 2017), hal tersebut
dapat membantu guru dan murid untuk mewujudkan objektif pembelajaran. Untuk
itu guru perlu memotivasi dan merangsang minat belajar murid . Supaya murid
dapat termotivasi untuk terus membangun pengetahuannya secara mandiri serta
terlibat aktif dalam proses pembelajaran di kelas (Amornsinlaphachai, 2012;
Atherton, 2013; Isiaka, 2015). Selari dengan kajian Karacop (2016) keterlibatan
murid dalam pembelajaran dapat meningkatkan keberhasilan murid, membangun
lingkungan belajar yang tepat, dan memaksimumkan pencapaian murid. Justeru,
kemahiran dan kecekapan yang dimiliki guru dapat membawa kepada
penyampaian pembelajaran secara berkesan dan pada akhirnya dapat
memaksimumkan pencapaian murid.
STEM adalah elemen penting dalam kemahiran sains abad ke-21 (Ceylan &
Ozdilek, 2015). STEM merupakan pendekatan pengajaran yang menyepadukan
empat disiplin ilmu secara bersamaan iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, dan
matematik. Pembelajaran STEM di sekolah mesti di ajarkan secara bersepadu
(Menurut Bybee 2010), ini kerana STEM merupakan (i) pengetahuan saintifik,
teknologi, kejuruteraan, dan matematik, (ii) bentuk usaha manusia, (iii) bentuk
dunia material, intelektual, dan kebudayaan, dan (iv) STEM sebagai pemikiran
rakyat yang sentimental dan menyumbang dalam pendidikan (Bybee, 2010).
Untuk mewujudkan usaha tersebut guru mesti memiliki kemahiran dalam
meningkatkan pengalaman pembelajaran yang relavan dan praktikal dalam
pengajaran STEM. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, cabaran utama pembelajaran abad ke-21 adalah cara guru-guru
menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif, berkualiti, dan relevan
dengan perkembangan semasa. Satu pendekatan yang boleh dikongsikan di
sekolah bagi menghadapi cabaran tersebut adalah melalui STEM (Sains,
Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).
Chang & Park (2014) mengemukakan bahwa terdapat empat hal yang dapat
meningkatkan pengalaman pembelajaran yang relavan dan praktikal dalam
pembelajaran STEM, iaitu (i) gaya mengajar, metode, atau strategi pengajaran
yang mantap, (ii) pengetahuan dan persiapan guru dalam penyampaian pengajaran
yang matang, (iii) sikap guru terhadap pengajaran, subjek, dan murid secara
mesra, dan (iv) beban kerja guru mesti sesuai. Akyildiz (2014) menyakatan bahwa
pendidikan STEM dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang relevan
sekaligus praktikal untuk murid. Selain itu penggunaan STEM dapat
meningkatkan minat dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas (Corlu, Capraro,
& Capraro, 2014). Disokong Yildirim dan Altun (2015) STEM dapat menyatukan
disiplin ilmu, membawa kepada pembelajaran berkesan dan berkualiti,
menyatukan pengamalan dalam kehidupan nyata, serta merangsang individu untuk
berfikir kritis.
Selain manfaat bagi guru STEM juga memberi kesan positif terhadap proses
persiapan bakal guru. Menurut Yildirim & Sevi (2016) penyepaduan STEM
dalam pengajaran di kelas lebih menyeronokkan bagi bakal guru, memungkinkan
dan melakukan praktik pembelajaran lebih hidup, dapat mengembangkan
kemahiran imajinasi, produktiviti, dan psikomotor. Dikukuhkan oleh Kasza &
Slater (2017) bahawa STEM dapat meningkatkan daya imaginasi, kemahiran
tangan, kemahiran pemerhatian, kemahiran rekabentuk, kemahiran kejuruteraan,
dan kemahiran pemikiran peringkat tinggi bagi bakal guru. STEM juga dapat
membantu pemprosesan pengetahuan secara berkesinambungan dengah konteks
nyata, lebih produktif dalam meningkatkan minat dalam pelajaran, serta dapat
membantu untuk mengembangkan keupayaan bakal guru untuk merekabentuk
projek untuk keperluan pembelajaran.
STEM akan lebih berkesan apabila disepadukan dengan kualiti guru (Moore,
Johnson, & Peters-Burton 2015). Beberapa pakar menyatakan bahwa penyebab
kurangnya keberkesanan STEM dalam pengajaran adalah kurangnya kualiti dan
rasa percaya diri guru dalam mengajar area STEM, akhirnya menimbulkan
hambatan dalam penyediaan kualiti dan pengalaman belajar STEM yang
bermakna selama pendidikan awal (Dobbs-Oates & Robinson, 2012; Atiles,
Jones, & Anderson, 2013; Maier, Greenfield, & Bulotsky-Shearer, 2013; Bagiati
& Evangelou, 2015). Berdasarkan kajian-kajian tersebut disimpulkan bahawa
pendidikan saat ini mesti lebih menggalakkan kepada pencapaian kualiti guru dan
pembelajaran STEM, kerana pendidikan memerlukan guru bahkan bakal guru
yang siap menghadapi cabaran pembelajaran STEM kedepannya. Salah satu
langkah agar pembelajaran STEM berkesan adalah dengan menyepadukan
Jika kualiti guru dalam menyepadukan STEM dapat berjaya maka pengajaran dan
pembelajaran dilakukan akan berjalan lebih berkesan dan bermakna. Dewan Riset
Nasional (NRC, 2003) menekankan kepada pendidikan sarjana harus
bertanggungjawab melatih pemimpin masa hadapan dalam skop pengajaran dan
pembelajaran STEM. Dalam NRC (2003) pula 5 karakteristik dapat
diartikulasikan kepada pusat pengajian tinggi yang efektif dalam pengajaran dan
pembelajaran STEM, iaitu memiliki pengetahuan tentang bahan pelajaran yang
tinggi, menggunakan keterampilan, pengalaman, dan kreativiti pedagogi dan
teknologi secara tepat, berinteraksi secara profesional bersama murid di dalam dan
di luar kelas, serta berkonstribusi melibatkan profesyen lain untuk meningkatkan
pengajaran di kelas.
Peran kualiti guru dalam pengajaran STEM juga penting bagi pendidikan
anak pra-sekolah, ini dibuktikan oleh hasil kajian Jale & Hengameh (2016)
bahawa murid dapat mencapai tingkat pemahaman yang lebih tinggi pada STEM
ketika murid secara khusus di dukung oleh kualiti guru dalam merencanakan
kegiatan yang boleh merangsang perkembangan murid. Pelbagai faktor yang
menjadi punca lemahnya pembelajaran STEM pada anak prasekolah, iaitu rasio
guru dan murid, praktikal kurikulum, reka bentuk lingkungan belajar, konstribusi
terhadap kualiti pengalaman yang akan diterima murid dalam program pra-
sekolah.
Kajian Seyide Eroglu (2016) mendapati bahawa guru masih lemah dalam
menyepadukan STEM kerana disebabkan masa dan bahan pengajaran STEM.
Faktor ini tentu berdampak kepada kualiti guru dalam menyampaikan STEM di
kelas. Menurut Radloff (2015) apabila mata pelajaran sains dan matematika
disampaikan secara terpisah tanpa menyepadukan konsep STEM dan dunia nyata,
maka akan menurunkan minat belajar murid. Aktiviti berasaskan STEM perlu
ditingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (seyide eroglu, 2016).
Namun pada faktanya tidak semua pelajar sekolah menengah diberi peluang untuk
terlibat, belajar, dan mencapai dalam STEM (Moreno et al, 2016). Sememangnya
dalam kajian Pearson dan Pearson (2017) mendapati masih sedikit penyelidikan
tentang teknik dan kaedah yang tepat dalam STEM sehingga pembelajaran kurang
berkesan bagi murid. Bagi bakal guru praktik pendidikan STEM sangat penting
kerana hal tersebut dapat membangun pengetahuan yang berkelanjutan (Erdogan
and Ayse Ciftci, 2017). Secara rinci untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran STEM diperlukan kualiti guru dan pembelajaran STEM bersepadu
supaya pembelajaran yang diterima murid menjadi lebih bermakna. Penyepaduan
STEM iaitu menghubungkan disiplin ilmu sains, teknologi, kejuruteraan, dan
matematik (Seyide Eroglu, 2016).
Telah disentuh sebelum ini bahawa kualiti guru menduduki peringkat tertinggi
dalam pengajaran, untuk itu perlu dilakukan pelatihan profesional guru secara
konsisten, supaya membentuk kualiti guru yang mantap. Salah satu cabaran yang
mesti dilakukan guru adalah menekankan penyepaduan STEM dalam pengajaran
dan pembelajaran (Radloff dan Guzey, 2015). Beliau juga menyatakan terdapat
satu cabaran pada kemahiran abad ke-21, iaitu cara membuat pembelajaran secara
berkesan melalui penyepaduan STEM. Disokong kajian Pryor, Pryor, & Kang
(2015), mengintegrasikan kontent STEM dalam pengajaran dan pembelajaran
sosial, dapat membentuk niat guru dalam menyiasat kepercayaan dalam STEM.
Manakala Erdogan & Ayse Ciftci (2017) telah memberi kepentingan kepada
pembangunan kemahiran abad ke-21 dalam setiap aspek kehidupan. Dengan
demikian kualiti guru dalam STEM menjadi salah satu cabaran yang mesti
dihadapi dalam mengatur lingkungan belajar dengan sewajarnya.
Merujuk Data Badan Pusat Statistik 2010 pada kajian Nuryani (2016)
Sumber Daya Manusia (SDM) Indonesia yang berjumlah 88 juta masih dikuasai
guru yang kurang mahir dalam bidangnya, dan diramalkan tahun 2020 akan
terdapat 50% kekurangan guru untuk mengisi lowongan jabatan dalam
pengajaran. Selain itu kemahiran dalam penyampaian kandungan pengetahuan
pembelajaran tidak kalah penting dalam STEM. Kajian Jedege (2007) mendapati
murid kurang dapat memahami kandungan sains (khususnya fizik) secara mandiri,
kerana guru mengajar dengan kaedah yang kurang baik, dan kurang kemahiran
menyelesaikan masalah. Diperkuat pada kajian Pearson & Pearson (2017) satu
faktor yang membatasi kepada keberkesanan guru ialah pengetahuan kandungan
guru dalam mata pelajaran yang diajar, guru STEM namun berasal dari kawasan
selain STEM. Kajian Serafin (2016) pula mendapati hanya 15% murid merasa
puas dengan kualiti guru dalam menyampaikan pengajaran sains dan hampir 60%
melaporkan pengajaran mata pelajaran sains di sekolah tidak cukup menarik.
Berdasarkan kajian-kajian di atas terlihat bahawa kualiti guru dan pembelajaran
STEM saat ini belum tercapai secara maksimum.
D. CADANGAN
Salah satu langkah menghadapi cabaran kemahiran sains abad ke-21 adalah
meningkatkan kualiti guru dan pembelajaran dalam STEM. Menurut Kyriakides,
Creemers, dan Antoniou (2009) secara konsisten faktor yang signifikan untuk
mengurangi masalah tingkah laku murid dan meningkatkan keupayaan akademik
murid adalah melalui pembangunan dan peningkatan kualiti guru dalam bilik
darjah. Guru yang berkualiti akan sentiasa menyalurkan ilmu secara konsisten dan
menarik bagi murid, kerana guru mampu memberikan kaedah pengajaran secara
tepat kepada murid dalam STEM. Untuk itu guru perlu sentiasa meningkatkan
pengetahuan, keterampilan, serta menjadi pemimpin yang berkesan pada masa
hadapan dalam STEM (Chang dan Park, 2014). Dalam hal ini pemerintah perlu
menggalakkan kurikulum yang berkesan demi tercapainya pendidikan STEM di
sekolah, satu amalan kurikulum yang berkesan adalah membentuk STEM secara
terpadu. STEM terpadu ialah menyepadukan keempat-empat disiplin ilmu iaitu
sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dalam pembelajaran (Radloff,
2017).
Cabaran pendidikan dalam kemahiran abad ke-21 saat ini, menjadikan sekolah
perlu berfikir secara maju dan global supaya tidak ketinggalan jauh dengan negara
lain. Cabaran tersebut menggalakkan guru supaya meningkatkan kualiti dalam
pengajaran dan pembelajaran STEM. Berdasarkan kajian-kajian lepas dapat
disimpulkan bahawa kualiti guru terhadap pengajaran STEM saat ini perlu
ditingkatkan, salah satunya adalah memahirkan pengajaran STEM secara
bersepadu. Selain itu pemerintah harus memperhatikan dan memberikan sokongan
secara berterusan supaya kurikulum penyepaduan STEM dapat berjalan sesuai
harapan, sehingga dapat mencipta generasi penerus bangsa yang bertanggung
jawab memajukan matlamat dalam pendidikan. Dalam memenuhi kualiti guru
dalam pembelajaran STEM perlu dilakukan pembangunan kurikulum yang lebih
baik, akses pembentukan guru berkualiti, metode atau strategi pengajaran di kelas,
perolehan program rutin secara komitmen di sekolah, serta pembangunan
sokongan bagi bakal-bakal guru dalam mempersiapkan pembelajaran STEM.
RUJUKAN
Atiles, J. T., Jones, J. L., & Anderson, J. A. 2013. More than a read-aloud:
Preparing and inspiring early childhood teachers to develop our future
scientists. Teacher Education and Practice, 26(2), 285–299.
Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. 2015. A longitudinal study of
induction on the acceleration of growth in teaching quality of beginning
teachers through the eyes of their students. Teaching and Teacher Education,
51, 225–245. https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.07.003.
Nolan, A., & Molla, T. 2017. Teacher confidence and professional capital.
Teaching and Teacher Education, 62, 10–18.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2016.11.004.
Pearson, G., & Pearson, G. 2017. National academies piece on integrated STEM
National academies piece on integrated STEM. The Journal of Educational
Research, 110(3), 224–226.
https://doi.org/10.1080/00220671.2017.1289781.