Anda di halaman 1dari 6

Berdasarkan Kurikulum PERMATA [ CITATION Kur13 \l 1033 ], terdapat enam bidang

pembelajaran yang telah dirangka untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Enam


bidang tersebut adalah:
a. Perkembangan emosi, rohani dan sosial
Setelah mengikuti kurikulum PERMATA, kanak-kanak dapat mengawal
emosi mereka, dapat mengikut arahan, menunjukkan kelakuan yang
beradab dan sopan, menghormati orang lain serta harta benda. Kanak-
kanak akan memiliki harga diri (self-esteem) yang tinggi, keyakinan diri
serta berani. Selain itu, kanak-kanak dapat bercampur-gaul dengan kanak-
kanak lain dan guru/pengasuh, berkongsi, bersimpati, berempati serta sifat
tolong-menolong. Kanak-kanak akan dapat menunjukkan sifat beriman
dan menaruh kepercayaan kepada Tuhan.

Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:

0-6 bulan: Pengasuh bercakap secara lembut bagi mewujudkan perasaan


positif dalam diri bayi.

6-12 bulan: Bayi mula memahami arahan dan menunjukkan kemesraan


terhadap orang yang dikenali. Bayi juga boleh menunnjukkan emosi
semasa melalui memek muka.
Contohnya, apabila seseorang melakukan sesuatu yang membuatkan dia
gembira, dia akan ketawa dan menangis apabila ada orang yang
memarahinya.

1-2 tahun: Pada peringkat ini, kanak-kanak mula boleh mengawal emosi
dan memahami reaksi orang lain. Kanak-kanak pada peringkat umur ini
mula melakukan banyak perkara dan mempunyai keyakinan diri.

2-3 tahun: Pada peringkat usia ini, kanak-kanak mula boleh berdikari
sendiri dan mula belajar menghadapi situasi baru dengan berani. Tahap
keyakinan diri juga bertambah. Pada usia ini, mereka mula boleh membaca
doa mudah seperti doa makan. Selain itu, mereka mula boleh ke tandas
dengan sendiri dan bergaul dengan rakan-rakan untuk bermain Bersama.

3-4 tahun: Pada peringkat ini, kanak-kanak juga mempelajari untuk


menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan. Kepelbagaian emosi yang
terdapat dalam diri kanak-kanak juga dapat dilihat pada peringkat ini.
Kanak-kanak mungkin akan mengeluarkan ayat seperti “kasihan kucing ini
sakit” apabila melihat kucing yang sedang kesakitan.

4+ tahun: Kanak-kanak boleh memahami budaya social pada peringkat ini.


Contohnya mengucapkan terima kasih apabila mendapat pujian atau
hadiah serta dapat menyantuni orang yang lebih berusia dari dirinya
sendiri.
b. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
Bidang pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa
dan berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting dalam
membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Setelah mengikuti
kurikulum PERMATA, kanak-kanak dapat berkomunikasi menggunakan
bahasa yang baik dan bersantun. Selain itu, kanak-kanak akan atau
seharusnya berjaya menguasai literasi awal, tahu menggunakan buku
dengan betul, dan mula membaca.

Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:

6-12 bulan: kanak-kanak pada usia ini akan mula menyebut perkataan
mudah seperti “ma” “bu”. Mereka juga menggunakan pergerakan sebagai
respon kepada penutur yang sedang bercakap dengannya dengan
menggunakan anggukan dan senyuman sebagai tanda “ya”.

1-2 tahun: kosa kata sekitar 50-100 patah perkataan. Mula berkomunikasi
dengan orang di sekelilinya dengan kosa kata yang di dengar dari orang
sekelilingnya.

2-3 tahun: Berkomunikasi menggunakan ayat-ayat yang pendek dan telah


mempunyai 200-300 perbendaharaan kata. Mula banyak bertanya
mengenai pelbagai perkara atau situasi yang di alami. Contohnya, apabila
melihat kucing menjilat bulunya, kanak-kanak akan bertanya “kenapa
kucing menjilat badannya sendiri?”.

3-4 tahun: Membentuk ayat menggunakan 3-4 patah perkataan, dan telah
mempunyai 500-1000 perbendaharaan kata. Bercerita apa yang dilihat,
memberi cadangan, dan melahirkan perasaan. Kanak-kanak pada peringkat
ini memahami peraturan mudah serta menguasai kemahiran bertanya dan
mengingat. Sebagai contoh, kanak-kanak akan mula mempraktikkan
peraturan seperti membuang sampah ke dalam tong sampah. Dia akan
mula mengingati juga orang sekelilingnya supaya membuang sampah ke
dalam tong sampah.

4+ tahun: Menamakan huruf abjad. Mengaitkan bunyi abjad.


Membunyikan abjad dalam huruf-huruf. Suka meneroka perkataan baru.
Mengaitkan bunyi huruf dengan perkataan mudah.

c. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik


Bidang pembelajaran ini adalah untuk memperkembangkan kemahiran
awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Matlamatnya adalah
untuk membina konsep asas matematik melalui proses mengenal,
membanding, menganggar, menyusun, mengarang dan membeza bentuk
(bentuk, saiz, jarak, ukuran, ruang), membilang dan menggunakan nombor
serta menyelesaikan masalah. Pendidik juga digalakkan merancang aktiviti
sendiri menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran kanak-kanak untuk
meningkatkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik mereka.
Kanak-kanak akan didedahkan dengan bahasa matematik (lebih banyak,
lebih pendek, kurang daripada dan sebagainya) yang dituturkan kepadanya
oleh pendidik.

Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:


0-6 bulan: Membina kebolehan spatial (posisi objek dalam ruang) bayi,
seperti kebolehan mengecam arah bunyi, mengembangkan kebolehan
mengesan arah bunyi, membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang.
Mengembangkan kemahiran mengesan pergerakan.

6-12 bulan: Meningkatkan kebolehan mengecam wajah dan menanggap


kedudukan pelbagai objek dalam ruang. Meningkatkan kebolehan bayi
menghubungkan dirinya dengan orang disekelilingnya dan dirinya dengan
objek.

1-2 tahun: Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran


awal matematik. Meningkatkan penguasaan kemahiran kuantiti,
mengembangkan kebolehan kanak-kanak menyebut nombor dan
mendedahkan kepada kanak-kanak konsep pasangan.

2-3 tahun: Mengetahui susunan nombor secara hafalan. Kanak-kanak


dapat membezakan di antara simbol nombor dari abjad. Mengenal konsep
nombor 1 hingga 5 dan memadankan bilangan objek dengan simbol
nombor.

3-4 tahun: Mengetahui susunan nombor secara hafalan serta memahami


konsep nombor 1 hingga 10. Kanak-kanak juga dapat membanding dan
membezakan dari segi ketinggian, saiz dan kuantiti. Kanak-kanak pada
peringkat usia ini akan dapat melalukan perkiraan mudahh dan juga dapat
mengenal pelbagai bentuk objek.

d. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran


Melalui deria kanak-kanak meneroka alam sekelilingnya dengan lebih
bermakna. Kurikulum PERMATA menekankan supaya kanak-kanak dari
peringkat awal umur lagi didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman
menerokai dan mengalami alam sekitarnya. Pendidik hendaklah
mengetahui cara merangsang perkembangan ke lima-lima deria kanak-
kanak, meningkat daya tumpuan, kemahiran menghubungkait dan
kemahiran berfikir, supaya kanak-kanak dapat mengenali dan memahami
persekitaran mereka melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan
pemahaman sebab-akibat. Skop bidang pembelajaran ini meliputi
penerokaan dalam empat komponen, iaitu alam hidupan, alam bahan, alam
fizikal dan alam semesta. Pendidik dikehendaki menggunakan kaedah 3E
(experiment, explore, experience) di mana kanak-kanak digalakkan
meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri fenomena yang
dipelajari.
Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:

0-6 bulan: Memupuk kemahiran mengenali sesuatu objek. Membina


kebolehan melihat persekitaran dalam cahaya yang tidak terlalu terang
atau gelap bayi membina kebolehan melihat objek atau orang yang
bergerak.

6-12 bulan: Meningkatkan kebolehan melihat dan mengecam pelbagai


warna. Meningkatkan kepekaan deria pendengaran – mendengar pelbagai
bunyi dan dari jarak berbeza. Bayi mula meningkatkan kepekaan deria
menghidu dan deria merasa/sentuhan pelbagai tektur objek dan alat
mainan.

1-2 tahun: Meningkatkan kemahiran melihat dan mengenali pelbagai


warna, bentuk, saiz objek. Meningkatkan kemahiran mendengar –
membezakan dan menghasilkan bunyi. Kanak-kanak meningkatkan
kemahiran merasa/menyentuh dan menerangkan tekstur pasir, batu, kayu,
kain, tepung, dan sebagainya. Meningkatkan kemahiran menghidu dan
merasa makanan. Mereka juga mula mengenali anggota badan dan
fungisnya serta mengenali benda-benda hidup dan bukan hidup.

2-3 tahun: Meningkatkan kemahiran meneliti, memerhati, mendengar,


menyentuh, merasa, dan menghidu, serta boleh membeza, mengelas,
menyusun objek-objek mengikut kumpulan. Kanak-kanak juga mula
memahami kejadian-kejadian sehari-hari dalam dunia persekitaran.
Kemahiran berfikir kanak-kanak mula meningkat selaras dengan
kemahiran proses saintifik. Meningkatkan daya kreativiti, imaginasi dan
pemikiran logic serta membina sifat ingin tahu dan suka meneroka dan
menyelesaikan masalah.

3-4 tahun: Meningkatkan kemahiran memerhati, mendengar, merasa,


menghidu, sentuhan, dengan lebih teliti dari pengalaman dengan pelbagai
objek yang berbeza. Mempertingkat kemahiran menumpukan perhatian
dan pengamatan. Mempertingkatkan konsep-konsep awal sains seperti
pemahaman tentang kejadian alam seperti cahaya dan bayang-bayang.

e. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri:


Bidang pembelajaran ini adalah bertujuan mengembangkan kemahiran
fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0-4 tahun untuk membolehkan mereka
mengawal anggota tuhub badan dengan lebih berkesan. Kemahiran fizikal
merangkumi pertumbuhan dan pembesaran tubuh badan kanak-kanak,
kekuatan dan kecergasan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran
PERMATA. Setelah mengikuti program PERMATA, kanak-kanak
menguasai kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus mengikut
tahap perkembangan masing-masing. Kanak-kanak akan dapat mengurus
diri seperti makan, gosok gigi, mandi dan ke tandas. Selain itu, kanak-
kanak akan dapat mengemas barang dan peralatan mereka sendiri.
Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:

0-6 bulan: bayi boleh mencapai objek depan mata. Bayi mengangkat dagu
dan dada apabila meniarap dan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan.
Apabila terdapat ransangan bunyi, bayi mula memusingkan kepala ke arah
bunyi tersebut.

6-12 bulan: duduk bersendirian tanpa bantuan, kemudian boleh


mengangkat badan untuk merangkak, kemudian berdiri dengan bantuan,
dan akhirnya berjalan tanpa bantuan. Bayi mula memegang objek besar
(botol susu) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (cubitan).

1-2 tahun: mengawal keseimbangan badan dan berjalan mengikut garisan


lurus. Berjalan perlahan, laju dan berhenti, berlari, menaiki dan menuruni
tangga (dengan pengawasan), melompat dengan dua kaki, menyepak dan
menendang. Kanak-kanak meningkatkan lebih banyak kemahiran motor
halus seperti memungut objek yang terjatuh, memegang sudu, cawan,
krayon, mencakar dan menconteng, membalikkan muka surat pada buku,
menggunting dan melekatkan gambar, mewarna dan melukis.

2-3 tahun: Meningkatkan kemahiran keseimbangan badan, memanjat naik


dan turun tangga dengan yakin, mengayuh basikal roda tiga dengan lebih
cekap, boleh berlari perlahan, laju dan berhenti, boleh melompat halangan
yang kecil, menendang bola dan berenang. Meningkatkan koordinasi mata-
tangan dan motor halus seperti memakaikan baju sendiri, memungut
sampah dan sebagainya.

3-4 tahun: Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta
koordinasi mata dan tangan. Sebagai contohnya, kanak-kanak mula
dapat membaling bola kepada rakannya ketika bermain dan pandai
membuka muka surat buku dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

f. Perkembangan daya kreativiti dan estetika


Bidang pembelajaran Kreativiti dan Estetika bagi kanak-kanak 0-4 tahun
bermatlamat mengembangkan keupayaan mereka mengimaginasi dan
memproses maklumat, bahan dan sumber untuk menghasilkan sesuatu
yang baru. Dalam bidang pembelajaran ini, kanak-kanak juga belajar
kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, awal matematik dan awal sains
juga nilai-nilai murni dan moral yang baik. Semasa menjalankan aktiviti
kreatif, kanak-kanak belajar bersosial, menghormati idea orang lain, dan
memberi penghargaan terhadap seni-budaya serta berkebolehan orang lain
dalam pelbagai peranan. Bidang kreativiti dan estetika merangkumi seni
lukis, capan, kraftangan, kolaj, seni muzik, nyanyian, sajak, cerita
berirama, tarian dan pergerakan kreatif, lakonan, drama, main peranan,
boneka, permainan imaginatif dan penghayatan keindahan.

Hasil pembelajaran mengikut peringkat usia:


0-6 bulan: Merasa selesa apabila dimainkan muzik yang lembut, atau
dinyanyikan lagu-lagu nursery rhymes atau zikir

6-12 bulan: Boleh membuat bunyi-bunyian dengan mulutnya, atau


memukul alat-alat untuk menghasilkan bunyi, misalnya kerincing,
gendang, marakas, atau sudu dan pinggan atau menekan hon kereta
mainan, dan sebagainya.

1-2 tahun: Meningkatkan kebolehan meneroka dan mencuba pelbagai


contengan menggunakan krayon besar, cap jari/tapak tangan, kolaj,
permainan blok besar berwarna-warni. Kanak-kanak mula meningkatkan
minat meneroka dan bermain dengan air dan pasir dan menghasilkan
pelbagai bentuk imaginative dan sangat suka bermain dengan doh untuk
membuat bentuk-bentuk kreatif.

2-3 tahun: Meningkatkan kebolehan menerokai warna, mencampur warna


dan menghasilkan pelbagai warna baru pada lukisan atau capan.
Kebolehan merekacipta cerita fantasi/imaginatif dan kreatif meningkat
dengan cepat Semakin kreatif menggunakan bahasa dalam berkomunikasi
dan bijak mengeluarkan pelbagai ekspresi wajah dan gerak badan.

3-4 tahun: kemahiran kreatif meningkat, misalnya kemahiran melukis


bentuk-bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. Kemahiran
merekacipta semakin meningkatkan dan lebih baik dari segi memilih alat,
bahan, dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu ciptaan. Dapat
menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula untuk digubah kraf
tangan,
contohnya kulit kerang, daun getah, tempurung, buluh, dan lain-lain.
Mengukuhkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk gambar dan
meningkatkan keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan
gambar. Kanak-kanak juga dapat emnceritakan semula berkenaan apa-apa
gambar atau objek yang dihasilkakn olehnya.

Anda mungkin juga menyukai