Anda di halaman 1dari 18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


Sukatan Pelajaran

SAINS
Tahap II
2002
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-


cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

iv
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni


dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Sains ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran
ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam
bidang sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik
dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi kajian tentang Alam
Kehidupan, Alam Fizikal, Alam Bahan, Bumi dan Alam Semesta serta Dunia
Teknologi.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

(DATO’ SERI Dr. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

v
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan
seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya
membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status


negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu,
saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga
berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara opti-
mum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu
membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang
mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan,


kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen
ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai
satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka.

Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah


inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan

1
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran


berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu
pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara
saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid
memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan
keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada
pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil
pembelajaran.

Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat
mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains
untuk sekolah rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-
mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas.
Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains
Tambahan.

Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah


menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas
sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan
mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk
sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang
celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi
diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala
mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan
murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang
sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi

2
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi


sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahap II merupakan satu pro-


gram yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Ia bertujuan untuk
membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar
mereka melalui pengalaman seharian mereka dan juga penyiasatan.
Program ini memberi asas yang kukuh kepada murid dalam
pengetahuan sains, kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan nilai
murni untuk menyediakan mereka mempelajari sains di sekolah
menengah. Melalui program in murid dapat menghubungkan fakta
dengan konsep, membuat pengitlakan dan menghubungkaitkan
pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan


Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP
menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan
kurikulum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut
tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif
kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir

3
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

MATLAMAT

Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap II adalah untuk menyemai


minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik,
kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi
membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam
sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan. Murid di peringkat ini
mendapat asas sains yang kukuh bagi membantu mereka bagi
pembelajaran sains di peringkat sekolah menengah. Murid ini juga
akan menjadi individu yang dapat memberi sumbangan ke arah
pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat
ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling
dan mengagumi penciptaan alam.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah rendah tahap II membolehkan


murid:
1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat
menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam
dan pengalaman harian.

2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi


membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

4. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi dengan


bijak dan berkesan.

4
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

5. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran saintifik dan


kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berasaskan sikap
saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah.

6. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan


dan pengurusan alam untuk kesinambungan hidup manusia
sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap


pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains


adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk
memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraa
hidup manusia sejagat.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap II disusun atur mengikut


tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran.
Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil
pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang
pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan
kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang
mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta
penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
5
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil


pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran
mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid
berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses
pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan
sains dan teknologi.

Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan


seperti inkuiri, konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran
yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian
masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran
dan pembelajaran sains juga digalakkan.

Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada


pelabagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini.
Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber
elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat
digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.

6
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kemahiran Saintifik

Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji


dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah
serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik
terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sitematik.
Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan
pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir
secara berkesan.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam


kurikulum sains adalah:
• Memerhatikan
• Mengelaskan
• Mengukur dan menggunakan nombor
• Membuat inferens
• Meramal
• Berkomunikasi
• Menggunakan perhubungan ruang dan masa
• Mentafsirkan data
• Mendefinisikan secara operasi
• Mengawal pemboleh ubah
• Membuat hipotesis
• Mengeksperimen

7
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam


penyiasatan sains yang membolehkan murid:
• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
• Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran Berfikir

Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang


baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir
murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan
penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran
Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan
kreatif.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Pengalaman pembelajaran sains sekolah rendah tahap II boleh


memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap
saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran
dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam
kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini dijadikan
Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai
objektif pembelajaran ini dicadangkan.

8
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kandungan Pengetahuan

Kandungan kurikulum ini diolah dalam lima tema iaitu:

• Menyiasat Alam Kehidupan.


• Menyiasat Alam Fizikal.
• Menyiasat Alam Bahan
• Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.
• Menyiasat Dunia Teknologi.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema.

A. Menyiasat Alam Kehidupan

Tema ini bertujuan memberikan kefahaman asas tentang


kepelbagaian hidupan, proses hidup, interaksi antara hidupan dan
bagaimana hidupan memastikan kemandirian spesiesnya bagi
mengekalkan keseimbangan alam secara semula jadi. Tema ini juga
memberi tumpuan tentang proses hidup yang berlaku pada manusia
bagi membolehkan murid memahami diri mereka sendiri dan juga
memahami bahawa manusia mempunyai keistimewaan yang
membezakannya daripada hidupan lain.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Kepelbagaian hidupan dalam alam.


• Hidupan dan bukan hidupan.
• Pengelasan hidupan.
• Hidupan melindungi diri daripada musuh.
• Hidupan menyesuaikan diri dengan iklim dan
perubahan musim.

9
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Hidupan dan Proses Hidup


• Keperluan asas hidupan.
• Proses hidup.

3. Kemandirian Hidupan
• Kemandirian spesies.
• Hubungan makanan antara hidupan.

4. Interaksi Antara Hidupan


• Persaingan sebagai satu bentuk interaksi antara
hidupan.

B. Menyiasat Alam Fizikal

Tema ini membincangkan kuantiti asas fizik di mana murid


didedahkan dengan prinsip pengukuran, kegunaan unit piawai dan
kepentingan unit piawai. Dalam tema ini juga termasuk fenomena
cahaya, haba, bunyi, daya, gerakan, elektrik, magnet dan tenaga.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Kuantiti Fizik
• Panjang.
• Luas.
• Isipadu.
• Masa.
• Jisim.

10
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Kemagnetan
• Tindakan magnet.

3. Elektrik
• Litar elektrik.
• Konduktor dan penebat.

4. Haba
• Haba dan suhu.
• Kesan haba ke atas bahan.

5. Cahaya
• Kebolehan cahaya bergerak melalui bahan.
• Sifat cahaya.

6. Bunyi
• Penghasilan bunyi.

7. Tenaga
• Sumber tenaga.
• Perubahan bentuk tenaga.

8. Daya dan Gerakan


• Kesan daya.
• Daya geseran.
• Kelajuan.

11
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

C. Menyiasat Alam Bahan

Tema ini membolehkan murid menyiasat bahan asli dan bahan


buatan. Murid menggunakan pengetahuan mereka tentang sifat bahan
dan mengaitkannya dengan kegunaan bahan tersebut. Selain dari
itu murid juga dapat memahami bagaimana kejadian awan dan hujan
dari segi sains. Bahan berasid, beralkali dan bahan neutral juga
diperkenalkan. Tema ini juga membolehkan murid memahami kejadian
di sekeliling mereka, pengaratan dan bagaimana makanan di awet.
Pendedahan tentang isu pengendalian bahan buangan bertujuan
untuk memberi kesedaran bahawa manusia perlu bertanggung jawab
untuk mengurus alam dengan bijaksana. Kandungan pengetahuan
tema ini adalah seperti berikut:

1. Bahan asli dan bahan sintetik


• Bahan asli dan bahan sintetik yang digunakan untuk
membuat objek.
• Kegunaan bahan berdasarkan sifat fizikalnya.

2. Pepejal, Cecair dan Gas


• Tiga keadaan bahan.
• Perubahan keadaan bahan.
• Pembentukan awan dan hujan.

3. Asid dan Alkali


• Sifat keasidan bahan makanan dan bahan keperluan
rumah.
• Kesan asid, alkali dan neutral ke atas kertas litmus.

12
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

4. Pengaratan
• Bahan yang boleh berkarat.
• Faktor yang menyebabkan pengaratan.
• Pencegahan pengaratan.

5. Pengawetan Bahan Makanan


• Tindakan kulat dan bakteria pada makanan.
• Kaedah pengawetan bahan makanan.

6. Pengendalian Bahan Buangan


• Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak
terancang.
• Kitar semula dan guna semula bahan buangan.

D. Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Tema ini memberi peluang kepada murid memahami tentang Bumi,


Bulan, Matahari serta Sistem Suria secara keseluruhan. Murid juga
berpeluang memahami kesan pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari
dan bagaimana pergerakan ini memberi manfaat kepada manusia.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Bumi, Bulan dan Matahari


• Ciri Bumi.
• Ciri Bulan.
• Anggaran jarak dari Bumi ke Bulan.
• Ciri Matahari.
• Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari.

13
sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Fenomena Alam
• Fenomena yang berlaku di lapisan Bumi.
• Kejadian siang dan malam.
• Fasa bulan.
• Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari.

3. Astronomi
• Sistem Suria.
• Buruj.

E. Menyiasat Dunia Teknologi

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menyiasat sejarah


perkembangan teknologi dan juga teknologi semasa yang digunakan
dalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan pembinaan.
Selain dari itu murid juga berpeluang mereka cipta alat dengan
menggunakan prinsip sains yang mereka pelajari.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Perkembangan teknologi
• Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang.

2. Struktur Binaan
• Kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan.

3. Mesin
• Mesin ringkas dan mesin kompleks.
• Reka cipta model.

14