Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Sekolah Rendah/ Sekolah


Menengah (SR/ SM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 15 jam
pembelajaran bagi setiap 1 jam kredit. Bagi kursus PDPM SR/ SM yang dilaksanakan
dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% jumlah Pembelajaran Pelajar
adalah bersemuka manakala 40% adalah jumlah Pembelajaran Pelajar secara
bermodul.

v
SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Penyelidikan
4. Pengalaman
5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis
ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.

vi

Anda mungkin juga menyukai