Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
rata dan pemberian akses pendidikan yang maksimum kepada semua pelajar
tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa mahupun agama. Ini selaras dengan
kenyataan oleh Azad Anuar dan Norsayyidatina Che Rozubi (2010) yang
Kepentingan pendidikan inklusif ini boleh dinilai dari pelbagai aspek. Pertama
sekali adalah daripada aspek kognitif. Pendidikan inklusif ini sebenarnya memberi
berkeperluan khas ini belajar bersama-sama murid tipikal, mereka dapat melatih
kemahiran komunikasi dua hala di mana murid berkeperluan khas akan cuba
berinteraksi bersama rakan-rakan tipikal. Secara tidak langsung mereka akan dapat
perkataan baru daripada rakan tipikal yang lain. Ini selaras dengan kajian oleh
dengan rakan-rakan tipikal semasa aktiviti dan sekaligus menambahkan kosa kata
mereka. Malah, pendidikan inklusif ini akan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan. Pendidikan inklusif ini memberi peluang kepada mereka untuk berada
dalam persekitaran masyarakat yang sebenar dan situasi ini akan membantu mereka
melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak (Zaharah, 2013). Dari
aspek sosial, murid berkeperluan khas akan dapat membina hubungan yang baik
Menurut Mohd Mokhtar et al. (2010), kemahiran sosial akan dapat diwujudkan
melalui kemahiran komunikasi serta kerjasama antara murid berkeperluan khas dengan
murid tipikal. Penempatan murid khas ke dalam kelas inkusif juga membolehkan
membina keyakinan untuk berinteraksi dengan murid tipikal dan rasa diterima
Oleh itu, pendidikan inklusif memberi banyak peluang kepada murid untuk
berkomunikasi setiap hari (Alper, Ryndak & Schloss, 2001). Pendidikan inklusif juga
dapat meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru, dan guru khas
dengan guru mata pelajaran, guru dengan ibu bapa, serta perhubungan dengan
agensi-agensi luar yang lain. Menurut Kamaliah dan Wan Amiman (2010), beliau
menyatakan kewujudan kerjasama antara pihak-pihak ini akan dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid . Kesemua pihak agensi luar ini akan
membincangkan yang mungkin timbul bagi murid berkeperluan khas ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini selaras dengan kajian Amin
Kasbin, Safani Bari, Hanafi Yasin & Mokhtar Tahar, (2010) di mana wujudnya jalinan
kolaborasi yang baik antara guru pendidikan khas, guru aliran perdana, pihak pentadbir
sekolah serta organisasi luar akan dapat membantu murid berkeperluan khas ini untuk