Anda di halaman 1dari 11

SK Haji Bujang Sebangan

d/a Pejabat Pelajaran Daerah


94800 Simunjan
SIMUNJAN

Tel: 083648233

KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011

Februari 2011

KERTAS KERJA: PERTANDINGAN KEBERSIHAN SEKOLAH 2011

AM

1. Sekolah merupakan sebuah institusi tempat kemaenjadian murid. Oleh itu,


suasana yang kondusif dan selesa perlu diwujudkan supaya dapat memangkinkan
pembelajaran dan pengajaran (P&P).

2. Sehubungan itu, kebersihan persekitaran P&P perlu dipertingkatkan pada


sebilangan masa ianya dijalankan.

TUJUAN

3. Kertas konsep ini bertujuan untuk mencari jalan bagaimana pertandingan ini
dapat dijalankan dengan mengambil kira impak perbelanjaan dan sumber kewangan
untuk menjayakannya sepanjang tahun 2011 dan seterusnya ke tahun-tahun yang
mendatang.

OBJEKTIF

4. Pertandingan Kebersihan Kelas ini akan dapat mencapai objektif seperti berikut:

a. meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.

b. menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang


kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.

c. menanam dalam diri murid semangat bertanding untuk menang dalam


suasana yang sihat dan adil.

d. menyemai semangat bekerjasama atau semangat kekitaan di kalangan


warga kelas untuk bersama-sama mencapai visi dan misi kelas.

e. membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan


dan benci kepada kekotoran.

PELAKSANAAN

5. Pertandingan ini akan dijalankan berterusan sepanjang tahun dan dibahagikan


kepada beberapa fasa:
a. Fasa Persediaan

b. Fasa Pertandingan

c. Fasa Selepas

6. Fasa Persediaan

a. Pembentukan Jawatankuasa Induk (Lihat lampiran A) dan Jawatankuasa


Kerja Pertandingan.

i. membincangkan peraturan-peraturan pertandingan

ii. membincangkan kriteria/aspek yang dipertandingkan

iii. membina instrumen pemantauan

iv. insentif, hadiah dan galakan

v. peranan PIBG

b. Penghebahan

i. Penghebahan dan Publisiti. Tempoh masa untuk fasa ini


ditentukan dalam mesyuarat JKP.

ii. Gotong Royong Perdana. Bertujuan untuk membersih seluruh


kawasan sekolah supaya semua pihak bertanding dalam “same level of
playing field”.

iii. Persiapan kelas. Tempoh persiapan tertakluk kepada terma dan


syarat yang dikeluarkan oleh JKP. Guru-guru kelas akan membuat
pengumuman kepada anak didik masing-masing setelah pengumuman
rasmi dibuat melalui sebaran-sebaran yang difikirkan sesuai untuk
mempertingkatkan kesedaran dan semangat.

7. Fasa Pertandingan

a. Pertandingan akan dilancarkan oleh Guru Besar bersama YDP PIBG


pada suatu hari yang difikirkan sesuai. Tarikh akan dipersetujui bersama oleh
kedua-dua pihak dalam suatu mesyuarat kelak.

b. Urusetia Pertandingan akan menentukan kebersediaan jentera


pertandingan bagi melicinkan perjalanan pertandingan tersebut.

c. Penangguhan. Akan dibuat pada suatu hari yang sesuai sebelum Hari
Penyampaian Hadiah dan Sijil Peringkat Sekolah berlangsung. Pemenang
Keseluruhan pertandingan akan diumumkan pada hari tersebut.
8. Fasa Selepas.

a. Jawatankuasa Pertandingan akan membuat laporan pertandingan untuk


dimajukan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

b. Menilai pencapaian objektif yang telah dimasukkan.

c. Mencadang dan menambah baik program yang sedia ada untuk


kelangsungan di masa hadapan.

Kewangan

9. Impak kewangan

a. Hadiah

i. Mingguan

ii. Bulanan

iii. Johan Keseluruhan

iv. Naib Johan Keseluruhan

b. Jamuan Pelancaran

c. Jamuan Gotong Royong

d. Alat tulis

10. Bantuan dan Sumber Kewangan Yang Dicadang

a. Denda. Setiap kelas yang mencapai markah di bawah paras TOV yang
ditetapkan akan dikenakan denda dalam bentuk mata wang. Nilai denda akan
dibincangkan di dalam mesyuarat JKP.

b. Sumbangan wajib daripada guru-guru dan semua staf sokongan. Nilai


seperti di dalam perenggan 10. a. di atas.

c. Sumbangan dari Tabung Kebajikan Guru atas permintaan JKP dan


persetujuan Tabung.

d. Sumbangan dari PIBG sekolah atas permintaan JKP dan persetujuan


YDP.

e. Sumbangan daripada Yang Berhormat melalui kertas kerja.

f. Sumbangan daripada ibu bapa / penjaga secara ikhlas melalui surat.

g. Sumbangan dari Tabung Wang Tidak Dituntut atas permintaan dan


persetujuan penjaga tabung tersebut.
Bantuan Logistik

11. Keperluan asas dalam bentuk berikut perlu diadakan oleh pihak sekolah sebelum
pertandingan dimulakan:

a. Tong sampah

b. Penyapu

c. Penceduk sampah

d. Pemadam papan tulis

e. Penyapu bulu ayam (feather duster)

f. Meja dan kerusi murid yang mencukupi

Jawatankuasa Pertandingan

12. Suatu Jawatankuasa Kerja Pertandingan akan diwujudkan. Lihat Lampiran B

13. Urusetia Pertandingan. Lihat Lampiran.

Penutup

14. Diharap dengan adanya kertas kerja ini, pertandingan kebersihan sekolah akan
dapat dijalankan secara sitematik dan berkesan. Apa yang diharapkan ialah
kesungguhan dan iltizam semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak
langsung dapat akan menjadi suatu tabiat yang boleh memanfaatkan sekolah khasnya
dan negara amnya.

FREDDY ALBAN INGGOL


Pegerusi
Biro Keceriaan Sekolah
SK Haji Bujang Sebangan
Simunjan

FAI/2Feb2011...
LAMPIRAN

A. JAWATANKUASA INDUK

B. JAWATANKUASA KERJA

C. URUSETIA PERTANDINGAN

D. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

E. INSTRUMEN PENILAIAN

Edaran:

Dalam

Tindakan:

Puan Satiah Bt Kamel – SU


En Japaruddin B Mohamad – LS
Tn Haji Zaini B Bujang – KK
En Abg Norazmi Abg Husaini
Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

Maklumat:

Guru Besar
Penolong Kanan 1
Penolong Kanan HEM
PK KoKurikulum
LAMPIRAN A KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

ENCIK MOHD. RAMLAN BIN BOHRI


Guru Besar

PENGERUSI
ENCIK JUNAIDI BIN BERAHIM
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
ENCIK FREDDY ALBAN INGGOL
Pengerusi Biro Keceriaan Sekolah

AHLI
Pn Satiah Bt Kamel
En Japaruddin B Mohamad
Tn Haji Zaini B Bujang
En Abg Norazmi Abg Husaini
Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

A-1
LAMPIRAN B KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT

ENCIK JUNAIDI BIN BERAHIM


Penolong Kanan Kokurikulum

PENGERUSI

ENCIK FREDDY ALBAN INGGOL


Pengerusi Biro Keceriaan Sekolah

SETIAUSAHA
Pn Satiah Bt Kamel

AHLI
En Japaruddin B Mohamad
Tn Haji Zaini B Bujang
En Abg Norazmi Abg Husaini
Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

B-1
LAMPIRAN C KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

URUSETIA PERTANDINGAN

Pn Satiah Bt Kamel

KETUA URUSETIA

AHLI

En Japaruddin B Mohamad
Tn Haji Zaini B Bujang
En Abg Norazmi Abg Husaini
Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

C-1
LAMPIRAN D KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Semua kelas dan tahap diwajibkan mengambil bahagian di dalam pertandingan


kebersihan ini. Kelas-kelas yang dikecualikan adalah kelas pemulihan, Kelas KAFA dan
Fardhu Ain. Pra sekolah tidak diwajibkan bertanding tetapi jika ingin menyertai, bolehlah
mengemukakan secara bertulis penyertaan.

2. Semua pihak yang bertanding perlu mengisi dan menandatangani perjanjian


pertandingan dan mempamerkan perjanjian tersebut di dalam kelas masing-masing
sebagai ingatan dan rangsangan untuk lebih komited dalam program ini.

3. Semua pihak bersetuju bahawa denda berupa wang (pengiraan ia alah 10 sen x
bilangan murid yang didaftar untuk kelas tersebut, pada tahun semasa). Denda
dikenakan jika markah pencapaian pada hari tersebut tidak melepasi TOV yang
ditetapkan oleh pihak pengajur.

4. Kategori-kategori yang dipertandingan dan hadiah-hadiah yang disediakan


adalah seperti berikut:

a. Juara Mingguan

b. Juara Bulanan

c. Juara Keseluruhan – diisytiharkan pada penghujung penggal kedua

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada hari Perhimpunan Sekolah oleh


Pengerusi Pertandingan atau mana-mana ahli JKP.

5. Guru-guru kelas harus menggalakkan kreativiti murid dalam aspek keceriaan


bilik darjah. Tidak dibenarkan mana-mana kelas mengubah bentuk asas bangunan atau
bilik darjah namun inovasi terhadap susun atur dan tadbiran di dalam bilik darjah adalah
terpulang kepada ahli-ahli dan guru kelas masing-masing. Konsep dan tema hiasan
dalaman harus menjurus kepada penggalakan Pembelajaran dan Pengajaran.

6. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang dana kepada mana-mana pihak


yang bertanding.

7. Setiap keputusan hakim yang dilantik adalah muktamad. Segala bantahan harus
dikemukan kepada Pengerusi JKP sehari selepas keputusan diumumkan. Setiap
bantahan harus disertai wang RM50.00 (tidak dikembalikan) di dalam sampul bertulis
BANTAHAN. Semua bantahan akan diberi pertimbangan yang wajar, adil dan tanpa
prejudis.

D-1
LAMPIRAN E KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

INSTRUMEN PENILAIAN- HARIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI BUJANG SEBANGAN


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN
94800 SIMUNJAN

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS


SIRI 1/2011

Nama Pemeriksa: ......................................................... Tarikh:..........................2011

Tong /
Hiasan Jumlah Markah
BIL KELAS Lantai bakul Tingkap Beranda Lain-lain
Dalaman (TOV= )
sampah

1 Tahun 1

2 Tahun 2

3 Tahun 3

4 Tahun 4

5 Tahun 5

6 Tahun 6

Tandatangan Pemeriksa:.......................................................................................

Ingatan:

Borang ini hendaklah diserahkan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya pada pukul 0800 pagi
pada hari berikutnya.

E-1
LAMPIRAN E KEPADA
KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011
Bertarikh Februari 2011

INSTRUMEN PENILAIAN - INDUK

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI BUJANG SEBANGAN


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN
94800 SIMUNJAN

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS


SIRI 1/2011

MINGGU KE-............... Mulai :..........................2011 Hingga ............................2011

Tong /
Hiasan Jumlah Markah
BIL KELAS Lantai bakul Tingkap Beranda Lain-lain
Dalaman (TOV= )
sampah

1 Tahun 1

2 Tahun 2

3 Tahun 3

4 Tahun 4

5 Tahun 5

6 Tahun 6

Diisi oleh:

Nama: ................................................................ Tandatangan:....................................................


COP
SEKOLAH

Diaudit oleh:

Nama: ................................................................ Tandatangan:....................................................

Disahkan oleh:

Nama: ................................................................ Tandatangan:....................................................

E-2