Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma,
gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia
sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja,
tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi
peperiksaan.
Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di
seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama
yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit
kanser, juga AIDS.
Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal,
menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat
rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi
peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan
untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta
fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh
pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan
untuk merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh
kaum primitif untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil
kajian yang diperolehi dari para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa
peranan muzik dalam pembentukkan budi pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini
berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme terjadinya perilaku
(pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal dan
mental individu serta watak masyarakat.
Secara amnya peranan muzik dalam pembentukan perilaku adalah
sebagai basic character building atau dengan kata lain muzik berperanan
sebagai "asas" dalam pembentukan budi pekerti,
pembentuk perasaan moral dan pembentuk perilaku keadilan, cinta kasih dan
kelemah-lembutan. Muzik dan budi pekerti mempunyai perkaitan yang
kuat dalam prinsip keindahan, prinsip harmoni, dan prinsip saiz dan perkadaran.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.
“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana
sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk
menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan
gangguan emosi seseorang.”
3.Faedah serta kepentingan terapi Muzik
Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan
kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan
Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan
penting dalam kehidupan.
Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan
Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi
dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga
membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan
untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.
Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa
banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.
Selain itu kami juga memperolehi maklumat mengenai terapi muzik melalui satu
artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di
sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di dalam artikel ini penulis
menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-
kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan
mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka
penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya
begitu menggalakkan.
Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga
nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong
Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle,
twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati
rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu
minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”.
Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa
yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh
menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza
untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak
memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama
akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan
bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan
kanak-kanak tersebut.