Anda di halaman 1dari 1

Pada pandangan saya, terdapat banyak cara bagi mengelakkan peristiwa seperti ini

berulang serta mengekalkan keamanan dan menjaga hubungan antara etnik dalam negara
ini. Pertama sekali, kita mestilah mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain lebih-
lebih lagi antara etnik. Hal ini kerana, tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan
pergaduhan dan rusuhan. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan isu secara
berhemah sangat penting di mana kita sepatutya berbincang dan bukan untuk mencari siapa
pemenang. Berbincanglah secara baik kerana bak kata perumpamaan, kata-kata yang
lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar
dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Seterusya, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup, kita
seharusnya patuh terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara. Kita perlu
bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan kepercayaan
mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita hendaklah menunjukkan bahawa
kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk
diri kita. Kita juga harus cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan
hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas atau membelakangkan hak yang
sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita juga akan harus sentiasa bersedia untuk
berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan
prinsip undang-undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai sikap toleransi
dan patuh kepada peraturan, undang-undang dan rukun negara demi memastikan peristiwa
seperti rusuhan di Low Yat dan juga peristiwa 13 Mei dapat dielakkan daripada berlaku lagi
pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai