Anda di halaman 1dari 5

BIL AGENDA TEKS

PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Mohd
1 Ketibaan DIF Shihabuddin bin Mohd Yazid, Timbalan Pengarah Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Negeri Kelantan diiringi oleh dif-dif
kehormat.

“ Di Tatang-Tatang kiri ke kanan,


DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan.
2 pantun
Selamat Datang Tuan Dan Puan,
Ke Majlis Mesyuarat Agung Tahunan”

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan,


dan salam berkoperasi. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung
tahunan jkali ke 23 Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.

Yang Berusaha En. Mohd Shihabuddin bin Mohd Yazid,


Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri
Kelantan.

Yang Berbahagia, En Ramilan Bin Abd Rahman, Pengurus


Besar Permodalan Kelantan Berhad, merangkap Yang Dipertua
Koperasi Permodalan Kelantan berhad.

Yang berbahagia, En Azly Bin Othman, Pengerusi Koperasi


3 Kata-kata aluan Permodalan Kelantan Berhad,

Mantan-mantan Pengerusi dan Lembaga Pengarah, Barisan Ahli


Lembaga Koperasi, seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan serta
anggota Koperasi Permodalan Kelantan berhad yang di rahmati
ALLAH sekalian.

Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan


Terima Kasih En. Mohd Shihabuddin bin Mohd Yazid
Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita pada
mesyuarat agung tahunan kali ke 23 koperasi PKB pada hari ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-


puan,semua anggota-anggota yang dapat bersama pada
mesyuarat agung tahunan ini.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon keberkatan illahi, agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz
…………………………………………………………… untuk
memimpin bacaan doa.
Al-fatihah &
4
bacaan Doa Dipersilakan.

amin yarabbalalamin…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil


Ustaz …………………………………………………….. atas
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita mendapat
keberkatan hingga penghujungnya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul


Ringan sama dijinjing
5 Puisi Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Kita saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

6 Ucapan kata
aluan Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian,
(Yang Dipertua
KoopPKB) Pergi ke kedai  membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan En


Ramilan Bin Abd Rahman Pengurus Besar Permodalan
Kelantan Berhad merangkap Yang Dipertua Koperasi
Permodalan Kelantan berhad bagi menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada En Ramilan Bin Abd Rahman


diatas ucapan beliau tadi. Diharapkan segala nasihat yang
disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita anggota-
anggota Koperasi PKB untuk memajukan lagi Koperasi kita ini
di masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian,

“ Menjemput Tuan Timbalan Pengarah untuk berdiri,


Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Tuan Timbalan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.”

Dengan ini, majlis menjemput En. Mohd Shihabuddin bin


Mohd Yazid, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi
Ucapan Malaysia Negeri Kelantan bagi menyampaikan ucapan
perasmian seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 23
7 (timb pengarah Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.
SKM)
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan…….

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima


kasih diatas ucapan perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah itu
tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua
untuk bekerja lebih kuat demi masa depan Koperasi kita.
8 Penyampaian
cenderamata Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian,

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan


En Ramilan Bin Abd Rahman, diiringi oleh Pengerusi Koperasi
PKB untuk menyampaikan cenderamata kenang kenangan.
Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Shihabuddin
bin Mohd Yazid, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi
Malaysia.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan timbalan pengarah serta


En Ramilan Abd Rahman di atas Kesudian menyampaikan
cenderamata itu tadi.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan


Koperasi PKB. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Timbalan Pengarah SKM Kelantan dan para jemputan sekalian
atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput tuan Timb pengarah dan para


tetamu jemputan khas diiringi Tuan Yang Dipertua dan
Pengerusi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik
Jamuan. Dipersilakan.

Para anggota-anggota dan hadirin diminta untuk kekal di tempat


duduk sementara pihak urusetia mengagihkan makanan.

Majlis kita berhenti untuk seketika. Majlis akan disambung


selepas jamuan ini. (20 minit)

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Satgi kita jumpa lagi.

Sekian terima Kasih..

assalamualaikum w.b.t

9 SELEPAS
KUDAPAN Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli
Lembaga Koperasi berada di meja hadapan.

Untuk makluman tuan puan korum mesyuarat pada hari ini


adalah seramai …….. org anggota dan telah melebihi 2/3
daripada korum. Mesyuarat kita boleh dimulakan segera.

adalah seramai …….. org anggota dan telah melebihi 1/3


daripada korum yang telah mendapat kelulusan daripada SKM..
Mesyuarat kita boleh dimulakan segera.

Bagi Agenda 1, iaitu pemilihan pengerusi mesyuarat. Untuk


memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi
mesyuarat, jadi saya buka untuk cadangan. Dalam mesyuarat
jawatankuasa ada mencadangkan En Ramilan Abd Rahman tapi
terpulang pada tuan-puan untuk mencadangkan orang lain.
Siapa Setuju ?

Siapa Sokong ?

Dijemput en. ………………………… kehadapan untuk


mempengerusikan mesyuarat agung khas ini.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini saya mewakili
barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf
sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya
majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang
hadir dan sudi memeriahkan majlis.
penutup
10
Bagi memenuhi SOP MKN, kita akan membuat sistem giliran
untuk keluar dewan dgn dimulai dengan barisan belakang
mengikut baris. Dihentikan Selama 1 minit dan diikuti dengan
barisan seterusnya.. diharap tuan pan dapat bersabar.

Terima Kasih daun keladi, AGM nanti jumpa lagi…….wasalam.

Anda mungkin juga menyukai