Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK (C) Sungai Way Kod Sekolah: BBC8408

1. Nama Guru NGUI KOE FUEY

2. Judul Guru Sebagai Pendorong Dalam 3. Bidang: Kaunseling


Darjah
4. Penulis Buku Ainon Mohd, Abdullah Hassan 5. Bahasa Buku: BM

6. Muka Surat Buku


84 muka surat
7. Sinopsis

Terdapat banyak teori yang cuba menerangkan faktor-faktor yang mendorongkan sikap,tabiat dan
tingkah laku manusia.Teori-teori dapat dikelompokkan kepada teori pembelajaran dan
pengukuhan ,teori proses,teori perbandingan sosial.Pada dasarnya tiap-taip teori motivasi
mendakwa ganjaran besar pengaruhnya ke atas tingkah laku manusia.Teori keperluan
menyatakan manusia biasa ,individu itu melakukan apa yang dilakukan disebab dia hendak
memenuhi keperluan-keperluannya baik keperluan jasmani ,emosi,mahupun rohani. Teori
pengukuhan pula mengatakan manusia melakukan apa yang dilakukan kerana mengharapkan
ganjaran.Teori pengukuhan bagi mendorong perubahan tingkah laku menggunakan ganjaran
sebagai pengukuhan positif.Sesuatu pengukuhan itu disebut pengukuhan positif apabila ia
menyebabkan sesuatu tingkah laku diulang lagi pada masa depan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini membantu guru memahami ,teori motivasi dan teknik menggunakannya dalam bilik
darjah,teori pengukuhan dan teori konsep diri bagi mendorong tingkah laku,faktor-faktor dalaman
yang menyekat kejayaan,konsep kepintaran,perkaitan kreativiti dengan kejayaan dan teknologi
belajar. Penulis menerangkan strategi ,motivasi yang mudah diamalkan oleh guru-guru di dalam
bilik darjah. Buku ini juga memberi gambaran sebenar kepada guru-guru tentang perkaitan di
antara IQ dengan kejayaan,serta tentang perkaitan di antara kecemerlangan akademik pada
perigkat sekolah dengan kecemerlangan dalam kerjaya.Selepas membaca buku ini ,guru-guru
akan bersikap lebih positif pada murid-murid yang dikategorikan sebagai murid sederhana di
dalam darjah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Huraian daripada kandungan buku ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sekolah supaya
mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalani tugas mendorong dan mengajar.Peranan guru
yang paling penting adalah sebagai pendorong kepada muridnya.Sebelum memulakan sesi
mengajar,dorong murid supaya mereka hendak belajar. Memahami ilmu pedagogi,dapat
membantu dalam memilih stail dan cara yang betul mengajar murid,terutamanya kemahiran
menggunakan teori-teori dan strategi motivasi bagi mendorong murid belajar adalah penting.
Teknik-teknik yang disarankan seperti teknik meningkatkan daya ingatan,menjawab soalan
objektif,mendengar guru mengajar dan teknik membaca dapat diaplikasikan untuk meningkatkan
prestasi atau pencapaian murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NGUI KOE FUEY ) ( NG YOKE PING )

Anda mungkin juga menyukai