Anda di halaman 1dari 11

BAB III

Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Terdapat banyak pendekatan yang perlu diambil bagi mencapai objektif


kajian ini. Selain daripada kajian literatur, pemantauan di tapak dan ujian makmal
adalah penting untuk mendapatkan keputusan analisis yang lebih tepat. Metodologi
kajian ini dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
i) Mengumpul data dan maklumat berkaitan kajian;
ii) Membuat pemerhatian terhadap kerja-kerja menampal jalan yang
biasa dilakukan di tapak sebagai panduan bagi menjalankan ujian
skala penuh;
iii) Memantau kerja-kerja tampalan yang telah dijalankan untuk menilai
prestasinya dari masa ke masa;
iv) Menjalankan ujian skala penuh di tapak bagi menentukan hubungan
di antara suhu premix, bilangan laluan pemadat dan tahap pemadatan;
v) Mengambil sampel premix yang digunakan semasa ujian skala penuh
di tapak untuk diuji kualitinya di dalam makmal; dan
vi) Menebuk sampel di tapak untuk diuji bagi menentukan tahap
pemadatan kerja-kerja di tapak.
20

3.2 Pengumpulan Maklumat dan data

Pelbagai data diperlukan untuk kajian ini terutamanya maklumat mengenai


campuran tampalan yang digunakan pada masa kini, spesifikasi dan teknik tampalan
yang betul. Segala data dan maklumat tersebut boleh didapati daripada pihak yang
terlibat dalam kerja-kerja penampalan jalan antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR),
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Institut Kerja Raya (IKRAM), kuari-kuari di
sekitar Johor Bahru, dan pihak kontraktor terlibat dalam kajian ini iaitu Infra Desa
(Johor).

Rujukan juga telah dilakukan di pusat sumber dan perpustakaan untuk


mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian, manakala bagi
mendapatkan maklumat terkini data juga didapati dengan cara melayari internet.

3.3 Pemerhatian dan Pemantauan di Tapak

Menurut maklumat yang diperolehi daripada pihak kontraktor yang terlibat


dalam kerja-kerja tampalan jalan, kebiasaannya sesebatang jalan akan ditampal
apabila terdapat jumlah kerosakan yang besar pada jalan tersebut. Contoh kerja
tampalan yang biasa dilakukan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di
bawah.

Jalan

T2 Tn
T1
A B

Jalan rosak yang ditampal

Rajah 3.1: Contoh kerja tampalan jalan


21

Berdasarkan rajah tersebut, kontraktor biasanya menggunakan premix yang


tiba dengan lori yang sama untuk menyudahkan kerja tampalan sepanjang jalan A ke
B. Kerja-kerja tampalan pada T1 mungkin dapat dipadatkan pada suhu yang
sepatutnya untuk mendapat tahap pemadatan yang dikehendaki. Namun begitu,
untuk T2 hingga ke tampalan terakhir, Tn, premix tersebut akan menjadi semakin
sejuk dan ini akan mempengaruhi kerja-kerja pemadatan dan menyebabkan tahap
pemadatan yang dikehendaki gagal dicapai.

Pemerhatian kerja tampalan di tapak sangat penting kerana untuk kajian ini,
beberapa maklumat berkenaan proses penampalan jalan diperlukan untuk dijadikan
panduan bagi ujian-ujian yang akan dijalankan. Antaranya maklumat utama yang
diperlukan adalah:
 Suhu campuran yang digunakan dari awal tampalan sehingga ke tampalan
terakhir;
 Bilangan larian pemadat pada setiap tampalan;
 Jenis dan berat pemadat yang digunakan; dan
 Jenis premix yang digunakan.

Tebal lapisan tampalan dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk sesuatu
kerja tampalan juga boleh dicatatkan sebagai data tambahan.

Pemantauan yang berterusan juga dilakukan terhadap kerja-kerja tampalan


yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor untuk menilai prestasi tampalan dari
masa ke masa dan bagi mengetahui tempoh sesuatu tampalan mula mengalami
kegagalan dan memerlukan tampalan semula atau kaedah penyelenggaraan lain yang
lebih berkesan.

3.4 Menjalankan Ujian Skala Penuh Di Tapak

Ujian skala penuh di tapak ini dijalankan untuk mendapatkan garis panduan
tentang bilangan larian pemadat (roller passes) yang diperlukan untuk suhu
campuran tertentu bagi menghasilkan tahap pemadatan yang dikehendaki agar jalan
22

yang telah ditampal dapat bertahan lebih lama. Bagi ujian ini, julat suhu yang akan
digunakan dianggarkan melalui pemerhatian yang telah dibuat semasa kerja-kerja
menampal jalan dilakukan di tapak.

Untuk ujian ini, satu kawasan jalan yang rosak akan ditampal dan dipadatkan
pada suhu-suhu tertentu dengan menggunakan jumlah larian pemadat yang berbeza-
beza. Ini kerana, seperti yang diterangkan sebelum ini, bagi campuran panas, kerja
menampal beberapa kawasan kerosakan akan dilakukan dengan menggunakan
campuran yang sama dan biasanya campuran ini akan menjadi semakin sejuk apabila
sampai kepada kerja-kerja penampalan yang seterusnya.

Jadi, ujian ini akan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada tahap
pemadatan yang diperlukan akan dicapai sekiranya jumlah larian pemadat
ditambahkan bagi suhu campuran yang lebih rendah. Bagi setiap suhu pemadatan,
beberapa bilangan larian pemadat akan dilakukan dan tahap pemadatan akan dikenal
pasti. Dengan itu, jumlah larian pemadat yang diperlukan untuk mendapat tahap
pemadatan yang dikehendaki bagi setiap julat suhu akan dicapai. Prosedur ringkas
ujian ini akan diterangkan pada seksyen yang berikutnya.

3.4.1 Alat Radas/Peralatan

i) Termometer;
ii) Pemadat plat (Plate Compactor) seperti dalam Rajah 3.2;
iii) Pemadat dram (Drum Compactor) seperti dalam Rajah 3.3;
iv) Premix;
v) Bitumen emulsi untuk salut perdana; dan
vi) Peralatan merata dan membersih.
23

Rajah 3.2: Pemadat Plat

Rajah 3.3: Pemadat Dram


24

3.4.2 Bilangan Pekerja

Lebih kurang lima orang pekerja diperlukan untuk ujian ini. Dua orang
pekerja diperlukan untuk meratakan premix, dua orang lagi untuk memadatkan
premix dan seorang untuk memeriksa suhu.

3.4.3 Prosedur

i) Jalan akan dikorek sepanjang beberapa meter dan dibahagikan kepada


beberapa bahagian seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4
di bawah.

Petunjuk:
Suhu yang
A = TKerja memadat premix menggunakan
T drum penggelek
berikutnya
a b
B = Kerja memadat premix menggunakan plat pemadat
A P3 P4 P5 P3 P4 P P6
Ta , Tb ...Tn = Kerja memadat premix pada5 suhu tertentu
P3, P4, P5, P6..Pn = Bilangan larian pemadat (P3= 3 larian, P4= 4 larian dan
B seterusnya)

Panjang jalan yang akan dikorek


Rajah 3.4: Ujian dan ditampal
skala penuh di tapak

ii) Kerja pemadatan akan dilakukan serentak untuk bahagian A dan B.


Namun bagi bahagian A, pemadatan dilakukan menggunakan
pemadat dram manakala untuk bahagian B pemadat plat akan
digunakan.
25

iii) Pada suhu premix tertentu contohnya Ta, beberapa set larian pemadat
akan dilakukan untuk kerja pemadatan iaitu P3, P4, dan P5.
iv) Langkah di atas akan diulang untuk suhu premix Tb hingga seterusnya,
Tn, (mengikut suhu yang telah ditetapkan) dengan larian pemadat akan
ditambah mengikut bilangan yang dikehendaki.
v) Setelah kerja tampalan selesai, sampel premix akan dibawa balik pada
kuantiti yang secukupnya untuk diuji di makmal.
vi) Selepas 24 jam, semua bahagian tampalan akan ditebuk (core) di
beberapa tempat untuk diuji ketumpatannya di makmal.

Data daripada ujian makmal akan dianalisis untuk mendapatkan garis


panduan tampalan yang dikehendaki.

3.5 Ujian Makmal

Sampel yang digunakan di tapak akan diuji di makmal bagi memastikan


campuran yang digunakan memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh
JKR/SPJ/1988. Ujian makmal akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
i) Mengenal pasti kualiti campuran yang digunakan di tapak; dan
ii) Menentukan ketumpatan pukal premix (kawalan) dengan mengenakan
bilangan hentakan pemadat tertentu.

Untuk tujuan ini, sampel yang diambil dari tapak dan sampel tebukan akan
diuji dengan menjalankan ujian-ujian tersebut:
i) Ujian Pemadatan;
ii) Pengekstrakan campuran bitumen; dan
iii) Analisis ayakan bagi aggregat yang telah diekstrak.
26

3.5.1 Ujian Pemadatan (AASHTO T 245-82)

3.5.1.1 Penyediaan Sampel

Sampel premix yang di ambil di tapak akan dipanaskan pada suhu pemadatan
yang diperlukan dan jumlah sampel adalah mencukupi bagi menyediakan sekurang-
kurangnya tiga spesimen.

3.5.1.2 Radas

i) Acuan spesimen (Specimen Mold Assembly);


ii) Tukul pemadat (Compaction Hammer);
iii) Tapak pemadat (Compaction Pedestal);
iv) Pemegang acuan spesimen (Specimen Mold Holder);
v) Kepala pemecah (Breaking Head);
vi) Ketuhar (Oven);
vii) Termometer;
viii) Loading Jack;
ix) Ring Dynamometer Assembly;
x) Meter aliran (Flowmeter);
xi) Bekas rendaman (Water Bath);
xii) Bekas (Containers);
xiii) Mesin penimbang (Balance); dan
xiv) Sarung tangan (Glove).

3.5.1.3 Prosedur

Campuran yang telah dipanaskan dan mencapai suhu pemadatan yang


diperlukan akan dimasukkan ke dalam acuan dan dipadatkan sebelum ujian-ujian
seterusnya dijalankan. Prosedur pemadatan bagi spesimen adalah seperti berikut:
27

i) Bersihkan acuan dan permukaan penukul dan panaskan radas-radas


tersebut sama ada di dalam air mendidih, di atas plat panas atau di
dalam ketuhar pada suhu di antara 93.3C – 148.9C.
ii) Sapu acuan yang telah dipanaskan dengan gris dan kemudian letak
kertas turas ke dalam acuan.
iii) Masukkan campuran ke dalam acuan, kacau dengan spatula bersih
dan letakkan di atas tapak pemadat. Bagi ujian ini, mesin pemadat
automatik digunakan.
iv) Tusuk bahagian keliling campuran sebanyak 15 kali dan bahagian
tengah acuan 10 kali dengan spatula atau trowel.
v) Tanggalkan leher acuan dan ratakan permukaan campuran serta ambil
bacaan suhu campuran bagi memastikan suhu pemadatan dicapai.
vi) Pasang semula leher acuan bersama-sama tapak pemadat dan
pemegangnya.
vii) Lakukan pemadatan dengan bilangan hentakan jatuhan bebas setinggi
± 500mm daripada tapak acuan dengan menggunakan tukul pemadat.
viii) Tanggal leher sambungan dan tapak pemadat, terbalikkan acuan, dan
dipadatkan seperti bahagian atas.
ix) Setelah selesai proses pemadatan, leher sambungan diangkat dengan
berhati-hati dan kertas turas pada permukaan atas dan bawah
spesimen ditanggal sebelum spesimen sejuk.
x) Keluarkan spesimen dari acuan setelah kedua-duanya sejuk dengan
menggunakan jek seperti dalam Rajah 3.5.
xi) Proses i-x di atas diulang untuk spesimen-spesimen yang seterusnya.
xii) Akhir sekali, spesimen ditinggalkan semalaman, dan kemudiannya
ditimbang untuk dijalankan ujian seterusnya. Lampiran B1
menunjukkan prosedur ujian ini dijalankan.

Nota: Dua set usaha pemadatan digunakan iaitu 75 dan 50 hentakan pemadat pada
setiap permukaan.
28

Rajah 3.5: Jek bagi mengeluarkan spesimen

3.5.2 Ujian Graviti Tentu Pukal (AASHTO T 166-83)

3.4.2.1 Skop

Ujian ini dijalankan untuk menentukan nilai graviti tentu pukal bagi spesimen
campuran berbitumen. Kaedah ini boleh dilakukan ke atas spesimen yang
mengandungi liang atau boleh menyerap lembapan kurang dua peratus daripada
isipadunya. Nilai graviti tentu pukal ini boleh digunakan untuk mengira berat tentu
campuran.
29

Anda mungkin juga menyukai