Anda di halaman 1dari 11

PANITIA MATEMATIK

Sekolah Kebangsaan Durian Tipus , 72400 Simpang Durian


Negeri Sembilan Darul Khusus.
TEL : 06-4914814
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : 06/04/002-01
Tarikh : 08 Januari 2021
Semua Guru/Ahli Panitia
Matematik SK Durian Tipus

Tuan,

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA , SESI 2021


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Matematik akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 15 JANUARI 2021 (JUMAAT)


Masa : 10.30 PAGI
Tempat : BILIK GERAKAN SKDT

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi
2.2 Ucapan PK Pentadbiran / Kurikulum
2.3 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke-5 , 2021
2.4 Perkara Berbangkit
2.5 Pembentangan Laporan Panitia / Perancangan Strategik , 2021
2.5.1 Dasar-Dasar KPM
2.5.2 Jawatankuasa 2021
2.5.3 Belanjawan Panitia
2.5.4 Headcount dan Target Panitia 2021
2.5.5 Kontrak Guru
2.5.6 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia - MBM / UPSR / Tahun 4 & 5 / Tahap 1 / Transisi/
Pemulihan / LDP – PAK21 , KBAT , iTHINK , PLC.
2.6 Hal-hal lain

3. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..............................................

1.
PANITIA MATEMATIK
Sekolah Kebangsaan Durian Tipus , 72400 Simpang Durian
Negeri Sembilan Darul Khusus.
TEL : 06-4914814

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI PERTAMA SESI 2021

TARIKH : 15 JANUARI 2021 (JUMAAT)


MASA : 10.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SKDT
PENGERUSI : CIK WAN SOLEHAH AKMAR BINTI AHMAD NASUTION
(KETUA PANITIA)
KEHADIRAN :7/7

NAMA YANG HADIR :

1. PN MASRAWATI BINTI MD ALI – GURU BESAR


2. PN MAWAR BINTI ABU SAMAH – PK KURIKULUM
3. CIK WAN SOLEHAH AKMAR BINTI AHMAD NASUTION – KETUA PANITIA
4. PN ZAKIN HASLIZA BINTI ZAKARIA – GURU MT PRASEKOLAH
5. EN MOHD SALIMI BIN UJANG – GURU MT TAHUN 1 DAN TAHUN 3
6. EN KHAIRUL ASRI BIN SHA’ARI – GURU MT TAHUN 4
7. PN NURSYUHADA BINTI HAMDAN – GURU PEMULIHAN

HADIR BERSAMA : GURU-GURU SKDT

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI – PN MASRAWATI BINTI MD ALI - GURU BESAR


1.1. Mengucapkan salam , selamat datang dan terima kasih atas kehadiran semua guru – bacaan doa
oleh Ustaz Amar.
1.2. Bilangan guru 17 orang.
1.3. Tahniah dan syabas atas kejayaan warga sekoalah atas kejayaan cemerlang dalam bidang
Kurikulum / HEM & Kokurikulum sepanjang tahun 2020.
1.5 Harapan agar kerjasama seluruh warga SKDT akan berterusan dan memperoleh kejayaan yang
lebih cemerlang pada tahun 2021.
1.6 Rumusan Pengoperasian Institut Pendidikan di Kawasan PKPB – Rujuk Lampiran 1
1.7 Persediaan kelas dan bilik-bilik khas perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
1.8 Jualan buku pada 18 Januari 2021 – Isnin – patuhi SOP yang telah ditetapkan.
1.9 Kebiasaannya akan ada pemantauan daripada JPNS dan PPDJJ pada hari pertama
persekolahan. Mohon guru-guru bersedia.
1.10 Persediaan bilik darjah – Visi dan Misi , Carta Organisasi , Jadual Waktu.
1.11 Bilangan murid SK Durian Tipus 2021 – 100 orang (termasuk Prasekolah) Rujuk
Lampiran 2.
1.12 Hari pertama persekolahan – guru perlu datang awal – 7.20 pagi. Patuh SOP yang
telah ditetapkan :-

2.
– Sambut kehadiran murid – Program Penyayang
– Perhimpunan ringkas – murid dalam kelas masing-masing
- PdPc bermula seawal 8.00 pagi

1.13 Halatuju dan Persediaan Pengurusan 2021 :-


i. Pencapaian UPSR 100% - Rujuk Lampiran 2
ii. TOV Semua A = 31% - 4/13 orang murid menguasai semua A.
iii. Tahun 5 – PAT 2021 – 100% murid menguasai – 16/16
iv. PBD – 100% Tahun 1 – 6 menguasai sekurang-kurangnya Tahap 3
v. HEM – Kehadiran murid – KPI : 96% - Rancang aktiviti yang boleh menarik
minat murid untuk ke sekolah.
vi. Penerapan Budaya – Disiplin Taqwa Harmoni dalam kalangan warga SKDT.
vii. Kokurikulum – 100% penyertaan murid Tahap 2 – Memperkasa PAJSK
viii. Sekolah Berkualiti Kemenjadian Murid – murid lebih maju – semua guru perlu
berubah minda.
ix. Analisis semua Data PBS 2021
x. Psikometrik – Tahun 3 (sekali) Tahun 6 (2 kali) setahun.
xi. Pembelajaran Abad Ke-21 – impak – anak-anak memiliki kemahiran untuk
kehidupan masa hadapan.
xii. Kolaboratif dan KBAT
xiii. Pentaksiran PBD – penetapan Tahap Penguasaan Minimum – merujuk
Pertimbangan Profesional.
xiv. PAJSK – semua murid terlibat
xv. Disiplin – semua guru adalah guru disiplin
xvi. Jadual Waktu – berkuatkuasa pada 20/01/2021 digunapakai sehingga ada
perubahan
xvii. BRP – RPH dihantar pada 19/01/2021 bersama RPT yang diajar
xviii. Maklumat buku BRP perlu dilengkapkan. Setiap hari Jumaat perlu menghantar
BRP secara mingguan.
xix. Senarai tugasan – rujuk Buku Pengurusan Sekolah.
xx. SKPMG2 – eviden dapat dinayatakan dalam 3 fasa –
- Pencerapan – 3 kali setahun - akan diadakan dengan lebih sistematik
- Aspek Pemantauan – 7 Aspek.
xxi. Etika berpakaian – rujuk BPS
xxii. Perhimpunan Rasmi Mingguan – Dilaksanakan secara Dwibahasa – BM/BI @
BM/BA
xxiii. Peperiksaan dan Pentaksiran - Rujuk Buku Pengurusan Sekolah
1.14 SPLKPM – Sistem Pengurusan Latihan KPM – mohon guru membuat kemaskini –
pastikan cukup 42 mata kredit.
1.15 ETOS Kebitaraan Sekolah – Catur – diterapkan kepada semua murid
1.16 Bitara Kurikulum – Bahasa Melayu – mohon kerjasama semua guru yang terlibat.
1.17 Guru-guru perlu mematuhi SOP – semasa mengambil tindakan terhadap murid yang
melakukan kesalahan.
1.18 Tahniah kepada semua guru yang telah melengkapkan markah PBD dan Pentaksiran
Akhir Tahun – disimpan dalam fail PBD.
1.19 Kewangan – gunakan peruntukan sebaik mungkin.
1.20 Sumber Pendidikan – PSS / Bilik Akses / Makmal Komputer – pastikan semua
peralatan berfungsi dengan baik bagi memudahkan PdPc 2021.
1.21 Panitia – Pemerkasaan Panitia Teras – peningkatan akademik murid-murid.
Setiap Panitia perlu ada Anilisis SWOT – Perancangan Jangka Pendek &

3.
Perancangan Jangka Panjang - Pelan Taktikal dan Operasi – Perancangan OPPM – isu
utama
– kelemahan – cara mengatasi (2021 - 2023)
- Agenda Mesyuarat Panitia – Pelan Strategik / PLC / PAK21 / KBAT dalam PdPc -
Kekuatan dan Kelemahan 2021 – Post Mortem / Pengurusan Fail Panitia – kemaskini
2021.
1.22 Harapan – 2021 lebih cemerlang , pencerapan buku tulis - semak buku latihan murid
dengan teliti – tatacara menanda buku latihan yang betul dan diselaraskan , jangan keluar
kelas lebih awal daripada waktu sebenar dan menggunakan ICT semasa PdPc.
1.23 Penetapan hari mengadakan mesyuarat sepanjang 2021 :-
- Isnin - Mesyuarat Kurikulum
- Selasa – Mesyuarat HEM
- Rabu – Mesyuarat Kokurikulum
1.24 Moto PPDJJ – PPDJJ Unggul di Mercu Bersama-sama Maju Sempurna #Up Neghori
1.25 Guru Besar melantik secara rasmi Jawatankuasa Kurikulum yang termaktub dalam
Buku Pengurusan Sekolah mulai 01/01/2021.

TINDAKAN : SEMUA GURU

2. UCAPAN PN MAWAR BT ABU SAMAH – PK PENTADBIRAN


2.1 Mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2.2 Tahniah atas kecemerlangan 2021 – Tahniah atas kerjasama dan berjaya menangani segala
permasalahan dalam menjalankan tugas-tugas rasmi serta menjayakan segala program yang telah
dirancang dengan cemerlang sepanjang tahun 2020.
2.3 Beliau berharap agar semua pengurusan melibatkan Kurikulum bagi tahun 2020 telah
ditangani dengan berkesan dan tidak berulang pada tahun 2021. Berharap dapat kembali
bertugas dengan penuh azam dan kesungguhan bagi sesi persekolahan tahun 2021. Segala
kelemahan dan kekurangan kita seharusnya telah kita kenal pasti. Perlu peningkatan dalam cara
bekerja dari segi sikap, disiplin diri dan komitmen.
2.4 Kejayaan murid adalah kejayaan kita , tanda hasil kerja kita. Ini jelas dapat dirumuskan dengan
berdasarkan analisis PBD 2021. Pelbagai faktor penentu kejayaan/kegagalan sekolah. Muhasabah diri
kita sebagai guru.
2.5 The 10 ‘A’ of Personal Excellence (Perkongsian Ilmu - Motivasi) – Rujuk Lampiran
2.6 Kemenjadian Murid :-
- Program Juara – bermula seawall murid Tahun 4
- Psikologi guru dan murid sentiasa positif
- Memastikan pencapaian murid sentiasa cemerlang bermula Tahun 4 melalui Analisis
Keputusan
- Pentaksiran dan Ujian Sumatif
- Penguasaan asas 3M bagi murid Tahap 1
- Dialog Prestasi – perlu diadakan 4 kali setahun sebelum Hari Pelaporan.
- Melaksanakan intervensi bagi menyelesaikan sesuatu isu.
2.7 Jadual Waktu Penjajaran – Tiada Kurikulum Penjajaran 2021 – PdPc diteruskan seperti biasa.
2.8 KSSR Semakan Tahun 5 – Tahniah kepada guru yang terlibat dalam penataran.
2.9 Program Transisi :-
i. Akan dilaksanakan selama 3 bulan - 20/1/2021 – 28/03/2021
ii. Guru-guru yang terlibat perlu merujuk Kit Modul Transisi – BPK
iii. Guru-guru yang terlibat perlu membuat persediaan – pemantauan oleh JPNS dan
PPDJJ.
2.10 Penerapan pendidikan Sivik dalam B.Melayu/B.Inggeris/Sejarah dan Pendidikan Islam –Minggu
Ke-4 perlu diteruskan (Minggu Pertama – Kasih Sayang)

4.
2.11 Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah Awal Tahun 2021 :-
i. Keperluan Murid - bilik darjah , kerusi murid , meja murid , buku teks , guru layak ABM
dan bilik-bilik khas.
ii. Pemantauan – gunakan lembaran senarai semak e-nazir (muat turun borang pemantauan)
iii. Kemaskini dan keceriaan bilik-bilik khas dan persediaan PdPc.
iv. Jadual Waktu dan Jadual Tugasan di dalam kelas – kemaskini
v. Pengurusan papan kenyataan - dikemaskini

2.12 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


- Pembentangan Jawatankuasa Kurikulum 2021 – Rujuk BPS m/s : 34.
- Takwim / Waktu Persekolahan
- Jadual Tugasan Mingguan
- Perhimpunan Rasmi – wajib hadir , berpakaian kemas , menjadi teladan dan guru bertugas
- laporkan hasil pemantauan - ucapan positif kepada murid.
- Jadual Guru Ganti – masuk seperti ketetapan , peka melalui laman sosial kumpulan.
- Buku Rekod Pengajaran – lengkapkan sebelum akhir Januari ( dihantar pada setiap hari
Jumaat – MEMO akan diberikan sekiranya guru gagal mematuhi arahan)
- Penulisan Buku Rekod Pengajaran – Rujuk : SPI Bil.3/99 (boleh menggunakan tulisan
tangan / dicetak.
- Kehadiran murid – KPI KPM : 96% - Rancang aktiviti yang boleh menarik minat murid
untuk ke sekolah.
- Tanggungjawab guru – Patuh Perintah Am , Arahan Perkhidmatan.
- Pematuhan waktu bertugas – Rasmi PdP : bermula 7.45 pagi setiap hari.
- Mengikut peraturan yang telah ditetapkan – Mencatat waktu kehadiran dan waktu balik.
- Menulis dalam buku rekod keluar masuk jika ada urusan dalam waktu bertugas.
- Cuti Rehat Khas – Rujuk Jadual CRK – sebarang permohonan cuti perlulah memohon
melalui HRMIS.
- Penulisan BRP – perlu tindakan susulan – mengikut standard dan perlu membuat catatan
refleksi.
- Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21 – Perlu ada elemen KBAT , ICT , Flipperd
Classroom dan Pentaksiran.
- Pentaksiran PBD – Perlu rekod transit bagi setiap mata pelajaran dan perlu ditampal
dalam BRP. Intervensi memantapkan amalan PdP Abad Ke-21.
- Pembudayaan ICT – gunakan Makmal Komputer lebih sesuai.
- Intervensi Memantapkan Pelaksanaan PS menjelang 2021 – melaksanakan PLC bagi
membimbing guru untuk menghasilkan PdPc yang berkualiti dan berkesan.
- Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas – Perlu dipatuhi dan akur arahan.
2.13 Persiapan persekolahan 2021 – Keceriaan sekolah , bilik darjah , kantin , bilik-bilik khas –
telah diambil tindakan oleh guru-guru yang terlibat – tahniah dan terima kasih atas usaha dan
kerjasama semua warga SK Durian Tipus.
2.14 Beliau berharap agar pengurusan panitia dapat diuruskan dengan baik dan sistematik bagi
melaksanakan matlamat yang berfokuskan pada Akademik Gemilang Terbilang.(VISI
dan MISI )
TINDAKAN : SEMUA GURU

5.
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.5 , 2020

3.1 Cadangan : Pn Nur Syuhada binti Hamdan


Sokongan : En Salimi bin Ujang

4. PERKARA BERBANGKIT
- TIADA

5. PEMBENTANGAN LAPORAN PANITIA - KERTAS PERANCANGAN STRATEGIK


PANITIA MATEMATIK 2021. ( RUJUK BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 )

5.1 DASAR DAN PEKELILING BERKAITAN KURIKULUM


i. Pengurusan Panitia – Rujuk Surat Pekeliling .
ii. Mesyuarat kali pertama dan keempat wajib dihadiri oleh semua guru kecuali dengan alasan
yang
munasabah. (Kali Ke-2 hingga 4 – atas budi bicara Guru Besar)
iii. Ketua Panitia pengerusikan mesyuarat Panitia. Guru Besar boleh dijemput mengikut
kesesuaian
dan keperluan. Pengurusan Panitia perlu dirujuk Buku Piawaian Kualiti Akademik supaya tidak
tersasar daripada landasan yang telah ditetapkan.
iv. Minit mesyuarat Panitia perlu disediakan oleh S/U Panitia dan serahkan kepada S/U
Kurikulum
untuk dikumpul bersama yang lain dan dibinding.
v. Pengurusan sistem fail panitia yang teratur dan betul mengikut buku panduan pengurusan
panitia.
Sistem pengurusan fail panitia mesti ada tindak ikut dan kemaskini.
vi. Bagi tahun 2021 – Bilangan Mesyuarat Panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
vii. Waktu persekolahan Isnin – Jumaat , waktu PdP bermula 7.45 pagi, tetapi guru-guru
digalakkan
datang lebih awal , 7.20 pagi terutama guru bertugas mingguan untuk pelaksanaan aktiviti panitia
dan kelas bimbingan ”Sinar Pagi”.

TINDAKAN : SEMUA GURU

5.2 Pelantikan AJK Panitia Matematik 2021


( RUJUK BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 )

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

5.2 Belanjawan Panitia


5.2.1 Pengurusan perbelanjaan panitia – Rujuk PCG (Pembantu Tadbir) – Perbelanjaan dibuat
secara berperingkat 3 fasa. (30 % - 40% - 30%) sepanjang tahun.
5.2.2 Semua panitia dinasihatkan melakukan pembelian/kegunaan dalam tempoh 3 bulan sekali
iaitu sebaik-baiknya : Januari – Mac / April – Jun / Julai – September.
5.2.3 Prosedur :- Sediakan nota minta – borang pesanan – invois – baucer bayaran – cek bayaran
– stok – inventori
- Semua perkara berkaitan perbelanjaan dan kewangan akan dirujuk kepada pihak
pentadbir sekolah.

6.
- Guru-guru diingatkan agar memaklumkan kepada Ketua Panitia untuk sebarang
pembelian barangan / peralatan bagi memudahkan urusan pesanan kepada pihak
pembekal.

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

5.3 Headcount - Perancangan Strategik 2021 - 2023


- Pemerkasaan Panitia Teras – peningkatan akademik murid-murid.
Setiap Panitia perlu ada Anilisis SWOT – Perancangan Jangka Pendek &
Perancangan Jangka Panjang - Pelan Taktikal dan Operasi – Perancangan OPPM – isu utama –
kelemahan – cara mengatasi (2021 - 2023) – Rujuk Lampiran
- Agenda Mesyuarat Panitia – Pelan Strategik / PLC / PAK21 / KBAT & iTHINK dalam PdPc /
Transisi / Kekuatan dan Kelemahan 2020 – Post Mortem / Pengurusan Fail Panitia – kemaskini
2021.
- Headcount disediakan oleh Ketua Panitia dengan perbincangan semua guru - analisis berfokus
dengan membuat post-mortem untuk mencapai sasaran.
- Semua guru yang terlibat KSSR perlu berbincang bagi penetapan Tahap Penguasaan (TP) murid
bagi tujuan penyelarasan dan sasaran.
- Meningkatkan pencapaian prestasi murid melalui program peningkatan prestasi akademik secara
menyeluruh dan praktikal.

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

5.4 Target / Pengunjuran Matematik 2021


- Ketua Panitia membentangkan Headcount bagi setiap individu mengikut kelas.

5.5 Analisa Keputusan UPSR Matematik 2019.


- Keputusan UPSR 2019.
Bil.Murid - 14 orang
Menguasai - 14 orang ( 100%)
Tidak Menguasai - tiada

- Target Keputusan UPSR Matematik 2021.


- Target UPSR 2021.
Bil.Murid - 13 orang
Menguasai - 13 orang ( 100%)
Tidak Menguasai - tiada

5.6 SASARAN TARGET PENTAKSIRAN 2021 - MATEMATIK


Jumlah murid Tahun 2021 - 86 orang
UPSR - 100% menguasai
PBD - 100% menguasai

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

5.7 KONTRAK GURU


Rancangan Tahunan
- Mesyuarat guru telah pun bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru sama ada menulis
atau pun memfotostat sukatan pelajaran.
- Format bagi penulisan sukatan pelajaran adalah selaras bagi semua guru Bahasa Melayu dan
berpandukan sukatan terkini KSSR Tahun 1 – 6.

7.
- Penulisan RPT dan RPH mestilah mengikut format yang ditetapkan dalam mesyuarat panitia dan
diselaraskan – menggunakan buku / fail

5.8 RANCANGAN HARIAN


- Penyediaan Buku Rekod mengajar adalah tertakluk kepada SPI Bil 3 / 1999
- Penulisan RPT dan RPH mestilah mengikut format yang ditetapkan dalam mesyuarat panitia dan
diselaraskan - boleh ditulis atau ditaip.
- Buku Rekod Mengajar – Rancangan Tahunan & DSKP pastikan disertakan bersama bagi
memudahkan urusan PdPc.
- Cara penulisan Buku Rekod Mengajar – mengikut persetujuan ahli panitia dalam Mesyuarat
Panitia Kali Pertama. Bagi yang berkursus – jika sehari perlu ditulis dan salin semula untuk PdP
berikutnya. Jika lebih daripada tiga hari – perlu tampal surat arahan berkursus dan ditandatangani
oleh Guru Besar untuk pengesahan.(bagi memudahkan urusan penggantian guru). Guru yang
berkursus hendaklah meninggalkan latihan bertulis kepada murid bagi kelas yang diajar pada hari
berkursus.
- Pastikan penulisan impak dibuat selepas PdPc dan perkara ini adalah diwajibkan,
Maklumat Buku Rekod Mengajar hendaklah lengkap dan perlu dihantar setiap hari Jumaat untuk
semakan GB. Penghantaran Buku Rekod Mengajar akan direkodkan
setiap minggu.
- Butir-butir yang perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Harian adalah mengikut kolum yang
disediakan dalam buku rekod terkini yang dibekalkan oleh MGB.
- Latihan bertulis – dicatatkan jumlah latihan yang diberikan
- Ruangan impak perlu dicatatkan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan PdPc pada hari
berikutnya.Tulis bilangan pelajar yang menguasai dan tidak menguasai.

5.9 BUKU TEKS , BUKU KERJA / LATIHAN TAMBAHAN.


- Buku teks telah diagihkan dan mencukupi untuk semua murid termasuk buku aktiviti
Matematik untuk tahap 1.
- Buku latihan - tahap 1 menggunakan dua buku – Tahap 2 menggunakan dua atau tiga buku
latihan
- Setiap muka surat hadapan akan ditampal semakan topik yang diajar oleh guru
- Buku kerja boleh digunakan dan guru-guru yang menggunakan buku kerja perlu menyemak
setiap latihan yang telah diberikan.

5.10 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


- Guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah PdPc – memastikan objektif tercapai –
memulakan PdPc dengan set induksi – pemeringkatan PdPc (SKPMG Standard 4) – Penutup
– Refleksi ditulis dalam bentuk bilangan – gunakan iThink /PAK21/KBAT dalam PdPc.
- Buku SPBT wajib digunakan oleh guru sewaktu PdPc.
- Buku Aktiviti yang dibekalkan juga wajib digunakan dan perlu disemak.
- Rekodkan semakan buku aktiviti/latihan murid dalam Buku Rekod Mengajar.
- Bilik-bilik khas perlu digunakan mengikut jadual yang telah disediakan dan pastikan guru ada
bersama murid.
- PdPc boleh dimulakan dengan semakan bacaan sifir murid atau diteruskan dengan PdPc topik
yang hendak diajar oleh guru
- Perlu menggunakan buku latihan sepenuhnya diikuti buku aktiviti
- Telefon lama – boleh dipinjamkan kepada murid untuk melaksanakan PdPc di kelas

8.
5.11 JUMLAH LATIHAN DAN PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID
- Bilangan buku latihan Tahap 1 – ( 2 buah buku ) – Buku Matemtik 1 dan Buku Matematik 2
Tahap 2 – ( 2 atau 3 buah buku )
- Bilangan latihan hendaklah mengikut tahap dan mesti diberi setiap hari.
- Minima 20 soalan bagi topik asas – Minima 20 soalan penyelesaian masalah
- Pemeriksaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.Tatacara menanda
buku latihan hendaklah secara teliti dan diselaraskan untuk semua guru.
- Pastikan murid membuat pembetulan dan disemak oleh guru.
- Buku latihan murid hendaklah dicap untuk semakan penjaga.
- Digalakkan agar guru-guru meninggalkan ruangan di muka hadapan buku latihan murid-
murid bagi memudahkan menyemak jumlah latihan yang telah diberikan sepanjang sesi
persekolahan.

5.12 ABM / BBM


- Selaras dengan Amalan PdP Abad Ke-21 / KBAT / iTHINK - Peralatan ICT perlu digunakan
sekerap yang boleh oleh guru sewaktu PdPc.
- Penggunaan BBM dan peralatan ICT dalam PdPc perlu diperluaskan. Masalah LCD yang
tidak mencukupi – digunakan secara beredar dengan bantuan juruteknik
- Televisyen diletakkan di dalam kelas Tahun 1 dan Tahun 5 bagi memudahkan guru.
Komputer – LCD boleh digunakan di PSS , Makmal Komputer dan Makmal Sains.
- Pastikan rekod pinjaman / pulang alatan dicatat setiap kali menggunakannya.

5.13 PENCERAPAN
- Memantapkan sistem dan instrumen pemantauan dan pencerapan secara berkala dan
komprehensif.
- Pencerapan guru akan dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun. Jadual Pencerapan – Rujuk
Buku Pengurusan Sekolah.
- Pemantauan buku latihan murid dan buku aktiviti 3 kali setahun - Rujuk Buku Pengurusan
Sekolah.
- Jadual akan disediakan untuk rujukan guru dan akan dipamerkan di bilik guru / papan
kenyataan.
- Guru juga digalakkan untuk berbincang bersama rakan sejawat dalam mendapatkan
pandangan tentang kaedah penyampaian PdPc yang akan dijalankan (PLC).
- Untuk mendapat maklumat yang jelas tentang pencerapan PdPc guru boleh merujuk panduan
SKPM bahagian standard 4.Hal ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan pengisian e-
prestasi, LNPT dan SKPM.

5.14 PENILAIAN / PEPERIKSAAN / PBD – 2021


- Tarikh Peperiksaan Tahap 2 – Rujuk BPS
- Soalan mestilah mengikut format terkini – digalakkan guru-guru membina soalan sendiri.
- Ujian selaras bagi murid Tahun 4 - 6 iaitu PKBS 1 , PKBS 2, Pentaksiran Pertengahan Tahun
dan Pentaksiran Akhir Tahun, Ujian Bulanan, Pra-UPSR.
- Kerja kursus / projek / folio bagi mata pelajaran elektif perlu dipantau dan dibimbing oleh
guru.
- Analisis keputusan peperiksaan akhir tahun hendaklah dibentang dalam Mesyuarat Panitia
Kali Pertama.
- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menjalankan pentaksiran sebanyak 4 kali setahun.
(Mac , Mei (Pentaksiran Pertengahan Tahun), September dan Oktober (Pentaksiran Akhir
Tahun)

9.
- Bagi PBD - pentaksiran akan diadakan secara berterusan – borang perekodan (ofline) bagi
Tahap 1 & Tahap 2 diselaraskan – Rujuk Lampiran
- Setiap guru dikehendaki menyediakan JSU , Analisa , Post-Mortem , Dialog Prestasi ,
Unjuran kelas dan Rekod Ujian Individu
- JSU – semua guru perlu ada panduan sebelum menyediakan soalan ujian dan peperiksaan
- Pentaksiran – perlu direkod dalam Rekod Transit bagi setiap mata pelajaran dan perlu
diletakkan di dalam BRP.

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

5.15 RANCANGAN TAHUNAN PANITIA / AKTIVITI PANITIA


- Perlu merancang program / aktiviti berdasarkan isu semasa berpandukan TOV murid –
berpandukan Pentaksiran Akhir Tahun 2020 untuk ETR.
- Program peningkatan prestasi akademik pelajar perlu dibuat secara terancang , berfokus dan
sistematik.
- Lakukan pemantauan secara berterusan – melibatkan aktiviti penggayaan , pengukuhan dan
pemulihan.
- Bagi tujuan peningkatan panitia, mesyuarat telah merancang beberapa program sepanjang
tahun ini.
- Panitia bersedia menerima pandangan daripada sesiapa sahaja untuk meningkatkan lagi
prestasi Matematik

5.16 Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :


i. Kelas bimbingan UPSR – Penyediaan latih tubi soalan Matematik – Latihan
berbentuk UPSR perlu diperbanyakkan oleh guru
ii. Bulan Matematik (April) – Menganjurkan aktiviti dan pertandingan – Aktiviti
setiap hari selasa – Pertandingan Bijak Sifir (13 April 2021)
iii. Program Sifirthon – Penyediaan borang sifir kepada murid – Semakan oleh guru
iv. Sudut Mendarab – Memberi peluang kepada murid untuk membaca sifir di suatu
sudut bersama rakan – Rakan boleh menyemak tahap sifir pasangan
v. Ujian Diagnostik – Mengesan kelemahan murid – sebagai panduan kepada guru
untuk menyediakan latihan berdasarkan tahap murid
vi. Klinik Matematik – Penyediaan soalan pengukuhan operasi asas Matematik
-Boleh dilaksanakan di hujung waktu PdPc
vii. Program anak angkat ( mentor mentee) – semua murid boleh berjumpa dengan
mentor Matematik masing-masing

**** Rujuk Carta Gantt

TINDAKAN : SEMUA GURU MATEMATIK

6. HAL-HAL LAIN.
6.1 PdPc Google Classroom – boleh digunakan untuk PdPc.
6.2 Pn Zakin Hasliza – Kurang 10 orang murid yang boleh menguasai kemahiran asas Matematik
6.3 Ketua Panitia – Semua BBM dan ABM ada – Penambahan belian alat timbang mini dan bahan
untuk pemulihan
6.4 Penyediaan Sudut Mendarab
Sudut mendarab disertakan dengan penerangan cara pengumpulan darab untuk menambah
kefahaman murid

TINDAKAN : SEMUA GURU

10.
7. PENANGGUHAN MESYUARAT
- Harapan - agar semua guru memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Mestilah akur dengan ketetapan disiplin kerja, kekalkan kerja berpasukan. Anak didik adalah
keutamaan kita.
- Cara kita bekerja melambangkan kesungguhan kita untuk meningkatkan prestasi dan imej
sekolah.
- Keseronokan bekerja dan sayang akan sekolah secara tidak langsung akan melahirkan
suasana dan persekitaran sekolah yang selesa untuk guru mengajar dan murid belajar.
- Bersama-sama kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik
mungkin ke arah kecemerlangan bagi Sesi Persekolahan 2021.
- Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan semua guru.
- Beliau berharap agar semua guru dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas dengan ikhlas
dan penuh tanggungjawab serta dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang pada tahun
2021.
- Tahniah dan syabas kepada semua guru. Selamat bekerja.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh ,

……………………………
(EN KHAIRUL ASRI BIN SHA’ARI)
SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK
SK DURIAN TIPUS

Disemak oleh ,

..............................

11.

Anda mungkin juga menyukai