Anda di halaman 1dari 1

Sebagai bakal guru, saya akan mengkategorikan sifat wajib tersebut dengan

menjadikannya dalam bentuk lagu kanak-kanak yang sedang popular pada masa ini.
Oleh hal yang demikian, mereka akan lebih cepat menghafal dan mengenal sifat-sifat
wajib bagi Allah tersebut kerana sudah terbiasa dengan rentak lagu tersebut. Selain itu,
saya akan mencetak sifat-sifat wajib tersebut dengan cantik dan menggantungnya di
dalam kelas supaya pelajar boleh mengingatnya pada bila-bila masa sahaja. Dalam
masa yang sama, ia juga boleh dijadikan sebagai dekorasi yang berilmu di dalam kelas.

Kemudian, saya akan terangkan kepada murid sekolah rendah bahawa Allah itu Maha
Sempurna dan mempunyai sifat wajib sebanyak 20 sifat. Yang mana, sebagai umat
Islam, kita wajib mempercayai bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Pada
mulanya, saya akan menekankan syahadah dan keimanan kepada Allah SWT.
Disebabkan soal aqidah ini tidak boleh dilihat dan ditunjukkan melalui pancaindera, oleh
itu, saya akan mengaitkan iman kepada Allah itu dengan benda-benda yang dilalui dan
dirasai oleh pelajar seperti makanan, pokok-pokok, anggota badannya, dan
seumpamanya. Menurut Dr Abdullah Nasih Ulwan, sejak anak itu mula mumayyiz,
mereka sudah boleh didedahkan dengan kebesaran Allah yang mencipta alam yang
menakjubkan. Saya akan minta mereka fikirkan betapa hebatnya Allah mencipta
manusia, binatang, tumbuhan, bumi dan langit serta menjelaskan betapa semuanya ini
tidak mampu dibuat oleh manusia yang banyak kelemahan.

Anda mungkin juga menyukai