Anda di halaman 1dari 2

KRITERIA PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep Asas Pemilihan Media Pengajaran

Norasiah dan rakan-rakan (2009), konsep pemilihan media pengajaran adalah dapat dinyatakan
seperti berikut:

Kriteria Pemilihan Media Pengajaran


Norasiah (2009) menggariskan terdapat lima kriteria pemilihan media pengajaran.

1) Kesesuaian

Keberkesanan hasil pembelajaran bergantung kepada faktor kesesuaian media


pengajaran.

Aspek kesesuaian yang perlu diteliti :

 Keterangan isi kandungan menepati sukatan pelajaran.


 Penyampaian isi tidak membosankan murid.
 Penggunaan media pengajaran sesuai untuk aktiviti pdp bagi individu atau
kumpulan.
 Perbendaharaan kata dan bahasa yang senang difahami murid.

2) Kewibawaan, Kredibiliti & Kemas Kini

 Fakta-fakta dikemukakan secara tepat.


 Fakta-fakta dikemukakan tidak berat sebelah.
 Maklumat yang terbaharu dan dikemas kini.
 Perkembangan isi pelajaran mengikut topik.

3) Aspek-aspek Kualiti Teknikal

 Kualiti audio, visual,warna dan fotografi jelas, mudah difahami dan bersesuaian
dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.

 Penggunaan imej dan audio dihubungkan dengan kaedah semula jadi atau sebenar
sesuatu peristiwa atau objek.

4) Ciri-ciri Praktikal

 Bahan itu efektif dari segi kos, masa dan tenaga.

 Mudah untuk diperoleh, diselenggara dan disimpan.

 Bahan mesra pengguna dan tidak perlukan latihan tambahan.

5) Penggabungjalinan

 Isi kandungan boleh digabung jalin dengan mata pelajaran lain.

 Media yang digunakan merupakan cara yang paling baik menyampaikan sesuatu konsep.