Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan, komunikasi ialah satu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Melalui komunikasi, masyarakat akan menerima pelbagai
maklumat penting sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Komunikasi
yang betul dan jelas dapat memudahkan proses penghantaran maklumat
kepada seseorang individu atau sesebuah masyarakat itu. Hal ini kerana, kemahiran
berkomunikasi adalah meliputi kemahiran berbicara, mendengar dan
sebagainya. Tanpa komunikasi, perhubungan antara individu ataupun
masyarakat akan mustahil untuk berjalan secara normal dan lancar.

2.0 Konsep Komunikasi

Ronald L. Applbaum menyatakan bahawa komunikasi yang berlangsung dalam


kehidupan seseorang meliputi kegiatan berbicara dengan diri sendiri dan
mengamati serta memberikan makna kepada lingkungan persekitaran kita. Jadi,
perkara ini jelas menunjukkan bahawa komunikasi ini terdapat beberapa bidang
di dalamnya antaranya, komunikasi intrapersonal iaitu komunikasi yang berlaku
secara dalaman dan melibatkan diri sendiri, komunikasi interpersonal iaitu
komunikasi yang melibatkan interaksi dengan masyarakat dan individu lain, dan
banyak lagi bidang-bidang lain dalam kemahiran komunikasi ini.

Di dalam komunikasi, terdapat enam elemen yang boleh dilihat untuk


menjadikan sesebuah komunikasi itu berkesan. Antaranya, penyampai, penerima,
mesej, maklum balas, saluran dan gangguan. Semua elemen-elemen ini perlu
hadir ketika berkomunikasi, kerana tanpa elemen-elemen ini, tidak akan wujud
komunikasi yang berkesan antara individu dengan individu lain. Sekiranya
salah satu sahaja daripada elemen-elemen tersebut tidak wujud dalam suatu
komunikasi, contohnya, elemen maklum malas tidak wujud dalam komunikasi
tersebut, maka komunikasi tersebut tetap tidak akan dianggap sebagai
komunikasi yang berkesan.

2.1 Komunikasi Bertulis

Komunikasi bukan sahaja datang dalam bentuk lisan, malah komunikasi


jugaboleh datang dalam bentuk bertulis. Komunikasi bertulis boleh ditakrifkan
sebagai proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah

1
fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau
grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

Antara contoh-contoh komunikasi bertulis yang selalu digunakan ialah surat


rasmi, memo, minit mesyuarat, berita, skrip pengacara dan rencana.
Contoh komunikasi secara bertulis yang akan dikupas secara kritis di dalam
kerja kursus ini ialah rencana.

3.0 Konsep Rencana

Rencana dapat didefinisikan sebagai karangan atau cerita tentang sesuatu


perkara yang dapat berdiri sendiri. Rencana ini boleh ditemui di dalam surat
khabar, majalah, jurnal, laman web dan pada papan kenyataan. Rencana
haruslah mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu
perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta yang sebenar. Fakta-fakta yang
dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang
dilakukan oleh penulis itu sendiri.

3.1 Format Rencana

Rencana perlulah didahului dengan tajuk rencana tersebut, kemudian diikuti


dengan nama penulis recana di bawah tajuk tersebut. Selepas itu, barulah
masuk kepada pengisian rencana yang mana didahului dengan
pendahuluan, kemudian isi-isi penting dan diakhiri dengan penutup untuk
menyimpulkan rencana tersebut.

4.0 Rencana Tentang Konsep Pendidikan dari Perspektif Islam dan Barat

Pendidikan Mengikut Pandangan Islam dan Barat


Oleh : Nurulain Najwa binti Azmi

Pendidikan merupakan aspek yang paling penting dalam kemajuan


sesebuah negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan
kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan negara. Kepentingan
pendidikan kepada pembangunan negara dapat dilihat dari peruntukan
perbelanjaan negara yang besar kepada sistem pendidikan yang diperlukan oleh

2
masyarakat di negara kita ini. Pendidikan secara umumnya ialah aktiviti yang
diberikan atau dipelajari, yang berkait dengan pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Kita juga boleh melihat
konsep pendidikan ini dari perspektif Islam dan Barat.

Dari persepektif Islam, pendidikan ditakrifkan sebagai proses secara formal


atau tidak formal untuk memupuk seluruh kebolehan dan keupayaan atau
potensi semula jadi individu dari segi intelektual (aqliyyah), fizikal (jasmaniyyah),
akhlak (akhlakiyyah) dan rohani (rohaniyyah) secara bersepadu dan seimbang
menuju kepada pembentukan insan soleh yang sekali gus beriman kepada
Allah. Islam melihat orang yang berilmu pengetahuan ini ialah orang yang
memiliki segala ilmu yang dapat membawa kebaikan bukan sahaja di dunia,
tetapi juga kepada kehidupan selepas mati di akhirat.

Hal ini berbeza dengan pandangan Barat dalam pendidikan yang mana
pendidikan mereka tidak berlandaskan kepada agama. Syed Naquib al-Attas
berpendapat bahawa ilmu dalam peradaban pendidikan di Barat tidak
dibangunkan atas wahyu dan kepercayaan agama, tetapi dibina atas tradisi
budaya yang disokong oleh spekulasi falsafahnya yang berkait dengan
kehidupan sekular. Pendidikan barat hanya berkisarkan pada manusia sebagai
makhluk rasional. Oleh itu, ilmu pengetahuan serta nilai-nilai etika dan moral
yang dibuat atas rasional manusia akan sentiasa berubah-ubah dan hal ini akan
melahirkan individu yang hanya memahami ilmu-ilmu sekular sahaja.

Tetapi, kedua-dua perspektif ini iaitu perspektif Islam dan Barat mempunyai
pandangan yang sama mengenai pendidikan mampu mengubah negara kepada
tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial dan
sebagainya. Kedua-dua perspektif ini juga berpendapat bahawa pendidikan
merupakan asas yang penting bagi setiap individu. Hal ini dapat dibuktikan
melalui firman Allah di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud,
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan”. Falsafah barat, John Dewey pula
berpendapat bahawa pendidikan perlu menjadi sebuah proses pembaharuan
yang berterusan demi kelangsungan masyarakat dan anggotanya. Jadi, dengan
bukti-bukti ini, jelas menunjukkan bahawa perspektif Islam dan Barat sangat
mengambil berat dalam penekanan pendidikan terhadap setiap individu tanpa
mengira darjat, rupa dan sebagainya.

3
Kesimpulannya, pendidikan dari perspektif Islam dan perspektif Barat ini
mempunyai beberapa perbezaan dan persamaan antara satu sama lain. Kita
perlulah hormat akan pendapat dan pandangan dari orang lain supaya tidak
berlaku sebarang salah faham yang boleh menyebabkan ketenteraman negara
kita terancam. Walaupun pendidikan barat tidak berlandaskan kepada agama,
tetapi kita sebagai umat Islam perlulah akur dan patuh dengan pandangan dan
ajaran agama Islam ini supaya hidup sentiasa diberkati dan ilmu yang dipelajari
tidak hanya berlandaskan kepada keduniaan sahaja.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kita hendaklah menulis rencana dengan baik supaya maklumat
yang hendak disampaikan di dalam rencana itu jelas dan mudah difahami.
Penulisan rencana mestilah logik dan teratur kerana penulisan yang baik akan
mempamerkan personaliti yang baik bagi seseorang penulis itu. Selain
komunikasi secara bertulis, komunikasi secara lisan juga perlu diperkukuhkan
kerana setiap manusia tidak boleh lari dari berkomunikasi antara satu sama lain.
Ke mana sahaja kita pergi, pasti komunikasi akan berlaku. Oleh itu, masyarakat
Malaysia perlulah mengambil cakna akan hal komunikasi yang berkesan ini
supaya maklumat mudah untuk disampaikan dan negara Malaysia akan
bertambah maju dengan adanya rakyat yang cekap dan pandai berkomunikasi.

Anda mungkin juga menyukai