Anda di halaman 1dari 46

1.

Standard prestasi merupakan dokumen piawaian keberhasilan,kompetensi teras dan

profesional yang perlu dicapai oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Jelaskan kepentingan dokumen piawaian tersebut.

Jawapan :

Standard prestasi merupakan dokumen piawaian keberhasilan, kompetensi teras dan

progesional yang perlu dicapai oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Jelaskan kepentingan dokumen piawaian tersebut.

Standard prestasi dapat membantu pegawai yang dinilai, iaitu PPP mengenal pasti
tahap pencapaian yang diharapkan. Di sini bermaksud PPP boleh memilih salah satu laluan
kerjaya daripada ketiga-tiga laluan kerjaya yang mempunyai enam domain kompetensi umum
dengan tambahan dua atau tiga domain khusus mengikut laluan kerjaya yang dipilih.
Contohnya, kalau PPP hendak memilih laluan kepimpinan, maka beliau perlulah mencapai
Domain 1 sehingga Domain 9 iaitu Pengetahuan Profesional, Kemahiran Profesional, Nilai
Profesional, Kreativiti dan Inovasi, Permuafakatan Strategik, Komunikasi, Domain 7, Domain
8 dan Domain 9.

Standard prestasi dapat memandu pegawai penilai dalam membuat penilaian prestasi
PPP secara objektif, adil dan telus. Pegawai penilai boleh menilai prestasi PPP dengan
menjadikan standard prestasi sebagai panduan atau rujukan mengikut kriteria-kriteria yang
ditetapkan.

Selain itu, standard prestasi yang ditetapkan pada awal tahun dapat menjamin kualiti
kerja dan komitmen PPP tersebut. Standard prestasi ini membolehkan PPP mengikut kriteria-
kriteria yang ditetapkan dengan sentiasa memantau kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
Contohnya, PPP kalau hendak mencapai Domain 2 Kemahiran Profesional, jadi beliau
hendaklah menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti kursus Pembelajaran abad
ke-21 untuk menguasai kemahiran pembelajaran abad ke-21 dan mengaplikasikannya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

1
2. Guru yang berpuas hati mempamerkan tahap komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan
dan kurang berisiko meningggalkan profesionnya. Bincangkan implikasi kepada sistem
pendidikan negara jika guru-guru meninggalkan profesionnya disebabkan ketidak
puasaan kerja. Apakah pendapat pelajar-pelajar sekalian.

Jawapan :

Kepuasan kerja guru diertikan sebagai tindak balas afektif yang akan membawa
kepada tafsiran kepuasan atau ketidakpuasan terhadap peranan dan tugas-tugas
keguruannya. Apabila wujudnya kepuasan kerja, guru-guru lebih bermotivasi, seterusnya
akan mempengaruhi produktiviti dan prestasi kerjanya yang mempunyai hubungan dengan
kualiti pembelajaran dan prestasi murid. Banyak kajian menunjukkan bahawa jika tugas-tugas
yang dilaksanakan memberikan kepuasan kepada seseorang, beliau berkecenderungan
untuk berkekalan di tempat kerja mereka.

Setiap tahun, organisasi/syarikat termasuklah institusi pendidikan mengalami kerugian

akibat daripada ketidakpuasan kerja pekerja-pekerjanya. Antara petanda ketidakpuasan kerja
ialah isu ketidakhadiran di tempat kerja seperti cuti sakit, cuti rehat, ponteng kerja, sikap malas,
sikap tidak bejerha sama, konflik di tempat kerja yang mungkin membawa kepada produktiviti
yang rendah atau terganggunya pengoperasian sesebuah sekolah. ketidakpuasan kerja
dalam kalangan guru akan mengakibatkan kerugian kepada sistem pendidikan negara yang
mempunyai implikasi kepada seluruh masyarakat dan masa depan negara.

Jika guru-guru yang berpengalaman meninggalkan profesion keguruan, kemungkinan

sistem sekolah akan mengalami kekurangan guru mentor yang mahir dalam penggunaan
metodologi dan pedagogi PdP berkesan demi mengoptimumkan pembelajaran murid.
Tambahan, khidmat kepakaran golongan guru ini amat diperlukan dalam pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional. Sekolah mengalami kekurangan guru, beban kerja guru
pula akan meningkat sehingga menyebabkan guru mengalami tekanan kerja. Maka lebih
ramai guru akan bersara awal. hal ini merupakan viscious cycle yang perlu ditangani sebelum
menjadi parah.

2
3. Pada pendapat anda kenapakah ketidakpuasan kerja ini berlaku dalam kalangan guru-
guru sekolah ?

Jawapan :

Hal ini mungkin disebabkan inovasi dan perubahan kurikulum dalam pendidikan merupakan
penyebab utama yang telah menjadikan bebanan tugas semakin berat sehinggalah
menyebabkan ketidakpuasan kerja dalam kalangan guru. Contohnya, Pentaksiran Bilik
Darjah yang dijalankan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi KSSR telah
membebankan guru. Hal ini kerana setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBD
dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan,
pembinaan item, instrumen pentaksiran, bermula dari aspek perancangan, pembinaan item,
instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan pelaporannya. Tugas
pelaksanaan PBD yang pelbagai telah menimbulkan suasana yang negatif kepada guru dan
mereka merasakan tugas penilaian PBD memerlukan masa pelaksanaan yang lama dan
kemahiran yang tinggi untuk dilaksanakan.

3
4. Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang
guru menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Terangkan lima peringkat
perkembangan tersebut beserta contoh yang sesuai.

Jawapan :

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)

 mula mempelajari cara mengajar
 mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
 masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru
 dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru
profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)

 menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
 pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri
 bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru
novis lanjutan

Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)

 memiliki kelayakan ikhtisas
 lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
 memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga
situasi yang khusus
 memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut
keperluan pelajar yang berbeza

Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)

 Mahir dalam bidangnya
 Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
 gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan
berdasarkan intuisi
 kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat
yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

4
Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
 guru yang gemilang dan terbilang
 dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih
mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
 orang yang berautoriti dalam profesionnya
 idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di
bilik darjah.

IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR

kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan:

I. isi kandungan
II. pedagogi am
III. kurikulum
IV. kandungan pedagogi
V. tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar
VI. tentang konteks pendidikan
VII. tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk

menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah
pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam
pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru novis dan guru pakar:

Guru Novis
 pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara diskret/berasingan
 tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian
pengetahuan dan prestasi pengajaran

5
Guru Pakar
 pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan
konteks yang berbeza secara bersepadu
 tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai
 mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina
konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya
 memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh
mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian
dengan keperluan konteks.

6
5. Enam Peringkat Perkembangan Guru (KPM) boleh melonjakkan kegemilangan
pendidikan di negara kita. Bincangkan.

Jawapan :

I. pelaksana (DG41) - memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan

penyeliaan dan bimbingan.
II. penggerak (DG44) -sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah.
III. pembimbing dan mentor (DG48) - berpengalaman luas, mampu menyelia dan
membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi
yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan.
IV. peneraju perubahan (DG52) - menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta
berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam
bidang-bidang tertentu.
V. pemikir strategik (DG54) - memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus
perubahan secara cekap dan berkesan.
VI. pemikir holistik (Gred Khas) - memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi
pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan latihan
yang tepat untuk memastikan sesebuah organisasi.

7
6. Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah usaha untuk melengkapi
pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan
profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah.
Bincangkan impak pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) terhadap
perkembangan profesionalisme guru.

Jawapan 1 :

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) ditakrifkan sebagai pengalaman pembelajaran guru

dan pemimpin sekolah melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang
kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang
berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 (Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM Edisi 2014). Antara objektif PPB ialah meningkatkan kualiti guru
dan kepimpinan pendidikan secara berterusan Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve),
menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc), keberhasilan serta kemenjadian murid.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) telah menyatakan peranan dan tanggungjawab guru dan
pemimpin sekolah. Pembahagian peranan dan tanggungjawab dapat membantu para guru mengenal pasti
amanah yang perlu dilaksanakan. Keadaan ini juga mengelakkan berlakunya kekeliruan terhadap tanggungjawab
guru masing-masing. Sekiranya setiap orang guru mengetahui tanggungjawab masing-masing, maka guru dapat
melaksanakan tugasnya dengan efisien dan baik. Ini bertepatan dengan profesionalisme guru yang menyeru guru
sentiasa melakukan profesionnya dengan mementingkan mutu perkhidmatan dan mempunyai tatasusila. Oleh itu,
PPB seharusnya diwujudkan untuk membantu guru-guru mengambangkan profesionalismenya.

Jawapan 2 :

Salah satu implikasinya adalah para guru dapat sentiasa bekerjasama dan bertukar pendapat untuk
meningkatkan kemahiran sendiri seperti pedagogi guru untuk meningkatkan lagi kesan pembelajaran dan
pemudahcaraan terhadap murid. Hal ini kerana setiap guru mesti mempunyai kaedah sendiri untuk mengajar dan
membimbing anak murid mereka. Melalui medan ini, semua guru mendapat manfaat yang banyak.

Bukan itu sahaja, guru yang diwajibkan perlu membuat refleksi selepas satu waktu pengajaran juga dapat
meningkatkan amalan profesional mereka kerana ini membolehkan langkah penambahbaikan dibuat pada kelas
yang seterusnya. Ini membolehkan murid mendapat pendidikan yang berkualiti tetapi juga memartabatkan
profesionalisme guru sebagai satu profesionalisme yang bertaraf tinggi.

Selain itu, guru juga dapat bersikap seperti penyelidik kerana mereka juga perlu mengenal pasti masalah,
membuat perancangan, membuat tinjauan dan bacaan dan menyeleasaikan masalah yang timbul. Penyelasaian
masalah sebegini dapat meningkatkan kapasiti pembelajran kendiri dan mereka telah mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat yang bukan sahaja dapat memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri malahan kepada
profesionalisme keguruan secara keseluruhannya.

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Pembangunan Profesionalisme Berterusan membolehkan guru

sentiasa membangunkan diri dalam prosfesion mereka dari segi potensi, bakat, komitmen dan kualiti dan ini
membolehkan keciciran antara guru dikurangkan kerana mereka mempunyai panduan atau rujukan terhadap tugas
dan peranan mereka. Mereka tidak akan keliru tentang tugas yang dipertanggungjawabkan.

8
7. Pelan PPB dibangunkan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme keguruan. Hal
tersebut sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Sejauh manakah Pelan PPB KPM yang
dibangunkan mampu memenuhi Pekeliling tersebut? Bincangkan.

Jawapan 1 :

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha

memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. Pelan ini merupakan strategi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti
sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan
dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan pilihan utama.
Persoalannya, sejauh manakah Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan
(PIPPK) yang dibangunkan mampu memenuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun
2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam?

Melihat kepada pekeliling tersebut, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan
sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui
program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan
kompetensi dan pembelajaran berterusan. Ini bertepatan dengan domain utama
pembangunan profesionalisme dalam PIPPK. Dalam domain ini, setiap PPP perlu jelas
tentang peranan, tugas dan tanggungjawab mereka serta mencapai standard kompetensi dan
prestasi yang diharapkan. KPM membangunkan laluan kerjaya baharu melalui pembinaan
deskripsi tugas, kompetensi, standard prestasi dan Penilaian Bersepadu PPP, serta kenaikan
gred dan pertukaran laluan untuk digunakan sebagai kerangka rujukan dalam menentukan
PPB. Oleh itu, PPP haruslah memastikan laluan kerjaya yang sesuai (laluan pengajaran dan
pembelajaran, laluan kepimpinan dan laluan kepakaran pendidikan) berdasarkan PIPPK agar
dapat meningkatkan profesionalisme diri dengan berkesan di samping memenuhi Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005.

9
Jawapan 2 :

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu
melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang
bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan
pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Objektif PPB adalah meningkatkan kualiti atau standard Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan dengan memastikan PPP memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi
dan berkongsi pengalaman dengan PPP lain. Sehubungan dengan itu, PPB telah
menggalakkan ppp mengikuti latihan yang bersistematik dan teratur seperti menyertai latihan
dalam perkhidmatan (menyertai kursus Google Classroom, kursus Pentaksiran Bilik Darjah,
kursus Frog VLE dan sebagainya). Kesemua kursus ini memerlukan PPP untuk melibatkan
diri dalam pelbagai peringkat iaitu dari peringkat individu, peringkat sekolah sehingga
peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bagi kursus ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeneraikan kursus yang
bersesuaian dengan gred dan jawatan PPP supaya ia lebih memudahkan PPP dan pihak
sekolah untuk melibatkan diri dalam PPB seterusnya boleh mencapai hasrat dan objektif PPB.
Sebagai contohnya seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berperanan
sebagai C-Partners telah dihantar ke sekolah untuk memberikan bantuan kepada pihak guru.
Menurut Mohd Suhaimin Isnen (2017), SISC+ adalah pembimbing guru yang berdedikasi dan
komited untuk mempertingkat kualiti PdPc sekolah. Pegawai PPD dapat membimbing ketua
panita Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik berkaitan dengan tiga kursus seperti
Pembelajaran Abad ke-21, Professional Learning Comunity serta Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi.

10
8. Bincangkan kerasionalan Pembangunan profesionalisme diberi perhatian oleh pihak
sekolah dan KPM.

Jawapan :

Pada pendapat saya, membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam
membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat
sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20
tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lamadalam mengajar. Guru-guru yang telah
lama mengajar lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan
kurang memberi fokus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian
masalah dalam subjek tersebut. Kedua-dua fokus ini sebenarnya dapat diperolehi dengan
memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan murid dalam membina,
mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk pengajaran matematik
misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik,lebih
komunikasi antara guru matematik dengan murid dan mencari hubungkait antara idea
matematik dan aplikasi. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana institut pendidikan
guru malaysia, ahli jabatan di universiti perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti
pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmu dan kerajaan negeri mestilah berusaha
keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan
profesionalisme para guru.

Perkembangan profesionalisme juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta

latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam
pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik murid sehingga murid mampu berdepan
denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya
nanti pada tahap yang membanggakan. Perkembangan profesionalisme guru juga boleh
dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai
kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat. Mogana
(1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesionaisme guru dapat dilihat dalam
proses membaiki pembelajaran dan pemudahcaraan.

11
9. Apakah yang dimaksudkan dengan PLC dan nyatakan objektif utama PLC diadakan?

Jawapan :

Secara amnya, “Professional Learning Community” (PLC) merujuk kepada koleksi aktiviti
akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan
memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada
perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti,
merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi
kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan
berkualiti di masa hadapan. Prinsip PLC adalah berdasarkan kepada tiga idea utama iaitu
memastikan pembelajara murid, budaya kolaboratif dan fokus kepada pencapaian.

Berikut merupakan objektif-objektif PLC:

 Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan
NKRA.
 Menzahirkan komitmen KPM menjayakan NKRA melalui perancangan dan tindakan
khusus secara menyeluruh yang bersepadu.
 Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru.
 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama
dalam kalangan guru.
 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
 Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan
memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain – coaching
partnership
 Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai
pemimpin instruksional.
 Mempopularkan dan membudaya PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam
perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia.

12
10. Nyatakan strategi-strategi PLC yang boleh dilaksanakan di sekolah.

Jawapan :

Pertama sekali, strategi PLC yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah Lesson
Study. Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di
Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007). Pada amnya, Lesson
Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru.
Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah
unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak
atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah
paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini,
guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan
penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi
kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson
Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk
percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH
secara bersama.

Seterusnya, strategi PLC yang boleh dijalankan di sekolah ialah Bimbingan Rakan
Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) merujuk
kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan
menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching (PC)
ialah salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik
dan kemampuan guru dalam pembelajaran (Hasbrouck, 1997). Bimbingan rakan sebaya ialah
satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk
mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu,
berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau
menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Strategi PLC yang ketiga ialah Teacher Sharing Session. Sesi perkongsian (Sharing
Session) merujuk kepada sekumpulan guru (dari institusi yang sama atau yang berbeza)
bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, dan amalan pedagogi yang terbaik. Amalan ini tidak mengehadkan bilangan
guru dalam sesuatu kumpulan tetapi memadai dengan hanya dua orang guru yang berkongsi
pengalaman sesame sendiri. Perkongsian dalam kalangan ahli yang lebih ramai akan
memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman
dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai.

Kesimpulannya, guru-guru di sekolah boleh mengamalkan pelbagai strategi PLC agar

dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru di samping meningkatkan kualiti bidang
pendidikan di Malaysia.

13
11. Kepemimpinan boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dalam kepuasan individu
yang berada dalam organisasi tersebut. Banding bezakan kepemimpinan transaksi dan
kepimpinan tranformasi dalam sesebuah organisasi pendidikan (Nyatakan jawapan
secara terperinci)

Jawapan :

Kepimpinan merupakan salah satu elemen yang paling signifikan dalam mana-mana
organisasi. Kepimpinan bukan hanya semata-mata merujuk kepada kualiti peribadi seorang
pemimpin tetapi juga peranan yang dimainkan oleh pemimpin tersebut yang meliouti haya
pengkhususan, hubungannnya dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta
pendekatan dalam proses melaksanakan perubahan (Ishak, 2001). Dengan ini, kita melihat
kepada perbandingan antara gaya kepemimpinan transaksional dengan gaya kepemimpinan
transformasional.

Kepemimpinan Transaksional Gaya Gaya Kepemimpinan Transformasional

Kepemimpinan

Menurut Bycio dkk. (1995) serta Koh dkk. Pengertian Burns (1978) telah memperkenalkan
(1995), kepemimpinan transaksional adalah kepimpinan transormasi sebagai satu proses
gaya kepemimpinan di mana seorang pemimpin yang mana pemimpin dan subordinat saling
menfokuskan perhatiannya pada transaksi membangunakan satu sama lain kea rah
interpersonal antara pemimpin dengan meningkatkan tahap moral dan motivasi ke
karyawan yang melibatkan hubungan tahap yang lebih tinggi.
pertukaran. Pertukaran tersebut didasarkan
pada kesepakatan mengenai klasifikasi sasaran,
standar kerja, penugasan kerja, dan
penghargaan.

Pemimpin meletakkan penekanan pada Konsep Pemimpin meletakkan penekanan pada nilai-
hubungannya dengan pengikutnya. nilai, cita-cita, moral dan keperluan para
pengikut.

Pertukaran ganjaran dan hukuman. Kaedah Motivasi Pemimpin membangun hubungan dengan
pekerja dengan memberi galakan dan
Ganjaran boleh mengambil bentuk bonus,
kepercayaan kepada pekerja.
insentif, dan pujian dari pemimpin. Sebaliknya,
penurunan harga, penangguhan bonus dan lain- Di samping itu, pemimpin membina pasukan
lain boleh digunakan sebagai hukuman oleh melalui kerjasama dan motivasi bawahan.
pemimpin.

Mengamalkan pengurusan berkecuali dengan Kepemimpinan Menumpukan terhadap motivasi berinspirasi

memastikan segala urusan di sekolah dapat Guru Besar dengan menetapkan jangkaan yang tinggi dari
dilaksanakan mengikut jadual dan prosedur segi prestasi terhadap guru melalui
yang ditetapkan sekiranya tiada keperluan untuk penampilan pemimpin yang dinamik dan
mengubah apa-apa. berkeyakinan. Pada masa yang sama, guru
besar perlulah menyediakan perangsang
kepada guru seperti membentuk slogan dan
menghasilkan poster untuk menggalakkan
motivasi guru untuk mencapai jangkaan yang
ditetapkan.

14
12. Pemimpin guru perlu memiliki kemahiran profesional disamping ilmu pengetahuan dan sahsiah
yang baik untuk diteladani oleh warga sekolah untuk menentukan kecemerlangan sekolah dan
pencapaian murid. Sejauh manakah kemahiran-kemahiran kepepimpinan guru membantu rakan
guru meningkatkan kualiti guru.

Jawapan :

Guru atau pendidik perlu mempunyai kemahiran profesional, ilmu pengetahuan dan sahsiah yang baik
untuk diteladani oleh semua warga sekolah. Guru-guru seharusnya memiliki kemahiran-kemahiran
kepemimpinan guru supaya dapat membantu rakan guru yang lain untuk meningkatkan kualiti guru.
Terdapat tujuh kemahiran kepemimpinan yang perlu ada dalam diri guru.

Pertama, kemahiran komunikasi. Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi supaya

berkebolehan menyampaikan sesuatu idea dengan jelas, berkesan dan penuh berkeyakinan secara
lisan dan bertulis kepada rakan guru yang lain. Kebolehan berinteraksi dengan baik, menjaga tingkah
laku dan peraturan, mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas dapat
membantu rakan guru yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja dari segi merancang Rancangan
Pengajaran Harian (RPH), pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan pentaksiran
kemajuan pembelajaran murid-murid.

Kedua, kemahiran kepemimpinan. Kepemimpinan guru ditonjolkan apabila guru diberikan

tanggungjawab sebagai guru mentor, penggubal dan penyemak kurikulum, ketua panitia mata
pelajaran, ketua bidang, jurulatih utama bidang khusus dan seumpamanya. Peranan terbaharu dan
inovatif guru ialah penglibatan mereka sebagai penyelidik dalam menjalankan kajian tindakan dan
komuniti pembelajaran profesional atau dikenali sebagai “Professional Learning Community” (PLC).
Antara aktiviti PLC yang boleh dijalankan ialah pengajaran secara bersama (team teaching), tunjuk
cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system)
dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini, guru
dapat membantu rakan guru yang lain untuk meningkatkan kualiti dari segi pengajaran.

Ketiga, kemahiran kerja berpasukan. Guru-guru perlu memahami konsep “collaborative learning”
dalam menyelesaikan sesuatu masalah sama ada dalam pengajaran atau di luar pengajaran. Misalnya,
semasa persiapan Program Bulan Kemerdekaan, semua guru perlu berbincang bersama-sama dalam
menjayakan program tersebut. Semua guru perlu terlibat secara aktif dalam perbincangan tersebut.
Secara tidak langsung, idea-idea yang diutarakan oleh guru-guru dapat menghasilkan sesuatu impak
atau hasil yang baik. Pada masa yang sama, guru-guru boleh saling mempelajari sesuatu antara satu
sama lain dalam menjayakan program yang akan dijalankan.

Keempat, kemahiran merancang pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk

meningkatkan kualiti rakan guru yang lain, guru-guru perlu menjalin kerjasama antara satu sama lain.
Misalnya, guru boleh berkongsi idea pengajaran kepada seseorang guru novis atau guru baharu yang
baru ditempatkan di sekolah. Berdasarkan pengalaman guru yang lebih mahir, kemahiran merancang
PdPc rakan guru yang lain dapat dipertingkatkan. Pada masa yang sama, guru boleh berkongsi Bahan

15
Bantu Mengajar (BBM) kepada rakan guru yang lain. Hal ini secara tidak langsung membantu guru
untuk mendapatkan sesuatu idea pengajaran bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid-muridnya.

Kelima, kemahiran pedagogi. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, fasilitator dan
pemberi rangsangan kepada rakan guru dalam bilik darjah dalam usaha mengembangkan potensi
murid secara menyeluruh. Guru-guru yang memiliki kemahiran pedagogi dapat menyampaikan
kandungan mata pelajaran melalui langkah PdPc yang berkesan. Seterusnya, guru-guru yang lebih
berpengalaman juga boleh berkongsi jenis-jenis kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah
dengan rakan-rakan guru yang lain. Misalnya, kaedah pembelajaran koperatif, kaedah belajar sambil
bermain, kaedah bercerita, kaedah pembelajaran berasaskan projek dengan berintegrasikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses PdPc untuk meningkatkan hasil pembelajaran.

Keenam, kemahiran pentaksiran kemajuan pembelajaran murid. Semua guru seharusnya

mengetahui cara menjalankan pentaksiran kemajuan pembelajaran murid khususnya terhadap murid-
murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Guru perlu menghadirkan diri ke kursus pentaksiran kemajuan
pembelajaran murid supaya mengetahui prosedur dan pelaksanaan menjalankan pentaksiran terhadap
murid-murid. Hal ini penting supaya guru dapat mencatat pembelajaran murid dengan baik. Pada masa
yang sama, guru-guru perlu sentiasa berkolaborasi dalam menjalani pentaksiran kemajuan
pembelajaran murid. Contohnya, guru boleh bersama-sama menjalankan pentaksiran terhadap murid
berdasarkan prestasi dan respons semasa PdPc dijalankan. Dengan itu, kualiti rakan guru lain juga
dapat dipertingkatkan.

Ketujuh, kemahiran menjalankan penyelidikan dan penulisan ilmiah. Dalam Pembangunan

Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dibangunkan, guru harus melengkapkan ciri pendidikan
profesional abad ke-21. Penyelidikan seperti kajian tindakan secara tidak langsung membantu guru
mengenal pasti kekuatan dan kekurangan PdPc yang dikendalikannya di samping meningkatkan
keupayaan guru dalam pedagogi dan kandungan pelajaran. Untuk membantu rakan guru lain untuk
meningkatkan kualiti guru, guru berkemahiran seharusnya menggalakkan guru tersebut untuk
menjalani suatu kajian tindakan. Pada masa yang sama, guru boleh berkongsi pengalaman dan
perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjalani penyelidikan dan penulisan ilmiah
yang berkenaan.

Konklusinya, guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan seperti di atas

supaya menjadi seorang guru yang profesional di samping meningkatkan kualiti kerja guru sesuai
dengan kemahiran dan pembelajaran abad ke-21.

16
13. Senaraikan 2 fungsi setiap jabatan utama di KPM.

Jawapan :

Jabatan Fungsi

Jabatan Pendidikan Sekolah  Bahagian Sekolah (BS) melaksanakan dasar

pendidikan melalui perancangan, penggubalan,
penyelarasan, pemantauan terhadap pelbagai program
persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan
pelajar.
 Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan
pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan
mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah
Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah
Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT
mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks
di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula
buku teks.

Jabatan Pendidikan Teknikal  Merancang, melaksana, memantau dan menilai

pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan
vokasional.
 Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan
pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
 Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan
menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan
dan keperluan pengoperasian sekolah

Jabatan Pendidikan Islam  Mengurus dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
dan Moral dalam sistem pendidikan kebangsaan.
 Bertanggungjawab dalam merancang, membangun
dan menyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan
Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras
dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

Jabatan Pendidikan Swasta  Menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk

memastikan dasar dan peruntukan perundangan
dipatuhi.
 Menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis
institusi pendidikan swasta (IPS).

Jabatan Pendidikan Khas  Membuat perancangan dan melaksanakan pengurusan

dasar, kurikulum, kokurikulum dan murid.
 Membuat penyelenggaraan dan perolehan serta
membekalkan latihan terhadap perkembangan staf

17
14. Banding bezakan peranan JPN dan PPD dalam meningkatkan mutu pendidikan di
Malaysia.

Jawapan :

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan dibantu oleh
seorang Timbalan Pengarah serta sepuluh orang Ketua Sektor. Terdapat 16 Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) di seluruh negara. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terdiri daripada Pejabat Pendidikan Daerah
(Semenanjung) dan Pejabat Pendidikan Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak). Ia bertindak
sebagai agen kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM dari segi pelaksanaan dasar, program dan
aktiviti di peringkat daerah.

Berikut merupakan bandingbeza antara peranan JPN dengan PPD:

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran
menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jabatan di peringkat daerah.
kurikulum, sukatan pelajaran, kokurikulum, pinjaman
buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis
sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan,
pembangunan, penempatan, guru serta pencalonan
guru untuk latihan dan pelbagai kursus.
Dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT di peringkat Memberi khidmat nasihat kepada Pengetua / Guru
negeri, JPN berkuasa untuk merancang, melaksanakan Besar.
dan menguruskan SPBT di negeri masing-masing.
Merancang, menguruskan dan mengawal perbelanjaan Bertanggungjawab mengenai perjalanan pentadbiran
peruntukan SPBT yang diterima daripada BBT. sekolah peringkat daerah.
Merancang dan menguruskan pembangunan Membantu sekolah berkaitan perkembangan
pelaksanaan dan pengurusan SPBT peringkat negeri. kurikulum.
Mendapatkan dan memproses maklumat tentang Memberi maklumat kepada JPN berkaitan dengan
keperluan buku teks daripada sekolah. pembelajaran dan pemudaharaan (PdPc).
Mengawal keperluan buku teks yang dipohon oleh Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan
sekolah. penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan
perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan
Guru Ganti.
Menguruskan taklimat penentuan keperluan buku teks Mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri
kepada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan kursus.
Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru SPBT.
Memesan buku teks yang diperlukan oleh sekolah di Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan
negeri masing-masing daripada penerbit peperiksaan.
Menyediakan maklumat tentang keperluan buku teks di Bertanggungjawab mengenai pertukaran,
sekolah dengan tepat dan benar. penempatan murid-murid sekolah dan pertukaran
murid di dalam daerah.
Melaporkan perbelanjaan peruntukan SPBT peringkat Memantau semua kegiatan kurikulum dan
negeri kepada BBT. kokurikulum di peringkat daerah.
Menyelia pengurusan SPBT disekolah bersama-sama
PPB/PPD.
Menguruskan pelupusan buku teks di negeri masing-
masing.

18
15. Sekolah Berkesan berkait rapat dengan struktur pentadbiran dan pengurusan di sekolah.
Pemimpin utama harus memiliki karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan kebolehan
untuk pemimpin,membimbing dan membawa warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu
kecemerlangan pendidikan. Bincangkan ciri-ciri Sekolah Berkesan.

Jawapan :

Sekolah berkesan adalah sekolah yang menitikberatkan kecemerlangan dalam

pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim
sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, mengurangkan masalahh disiplin
pelajar serta kepimpinan yang mampan. Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dalam
sistem pendidikan untuk menerahui sistem pendidikan ke arah kecemerlangan. Persoalannya,
apakah ciri-ciri sekolah berkesan?

Pertama sekali, ciri sekolah berkesan boleh dilihat dalam aspek kepimpinan sekolah
(Wong et. al, 2013). Pemimpin di sekolah merujuk kepada pengetua atau guru besar.
Pemimpin sekolah haruslah mengamalkan kepemimpinan transformasi. Sebagai contohnya,
strategi yang boleh diamalkan ialah menggalakan penglibatan seluruh kakitangan sekolah
dalam menentukan matlamat sekolah, kepercayaan dan visi pada setiap awal tahun.
Tindakan tersebut dapat membantu para kakitangan sekolah melibatkan diri dalam
pentadbiran sekolah. Dengan ini, mereka jelas tentang matlamat yang perlu dicapai dan
berusaha untuk mencapaikannya.

Seterusnya, ciri sekolah berkesan ialah guru mempunyai kemahiran-kemahiran

sebagai seorang pemimpin. Sebagai contohnya, guru perlu memiliki kemahiran kerja
berpasukan. Semasa bekerja dalam pasukan, guru perlu menguasai kemahiran membina
hubungan baik, berinteraksi dengan ahli kumpulan dan bekerjasama dengan rakan guru untuk
mencapai matlamat organisasi (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
2019). Semangat berpasukan amat penting untuk membantu guru-guru dalam menyumbang
idea, ilmu dan pengalaman yang berharga dengan rakan sekerjanya. Misalnya, seseorang
guru menyumbang idea kepada pelaksanaan aktiviti kumpulan dan berjaya mendapat
kepercayaan daripada ahli kumpulan untuk menerima idea kumpulan melalui keterangannya.
Dengan ini, kita dapat melihat bahawa guru tersebut mempunyai kemahiran kerja berpasukan
kerana guru tersebut dapat menyumbang idea dan mendapat kepercayaan daripada ahli
kumpulannya.

Di samping itu, ciri sekolah berkesan ialah mempunyai struktur organisasi sekolah
yang sistematik dan terancang (Noriati Abd Rashid, Boon dan Wong, 2010). Dalam struktur
organisasi sekolah, jawatan-jawatan guru perlu dinyatakan dengan jelas dalam bentuk carta

19
organisasi. Sebagai contohnya, jawatan guru besar, penolong-penolong kanan, guru disiplin,
ketua panitia dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tugas dan tanggungjawab setiap jawatan
perlu dinyatakan dengan jelas seperti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
bertanggungjawab menguruskan perkara yang berkaitan dengan murid-murid. Dengan ini,
semua jawatan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan jelas serta tidak bercanggah
dengan tugas guru lain. Implikasinya, tugas setiap orang guru dapat dijalankan secara efisien.

Selanjutnya, ciri sekolah berkesan ialah guru-guru mengamalkan pelbagai strategi

abad ke-21 seperti “Professional Learning Community” (PLC) untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Antara strategi PLC yang boleh dilaksanakan di
sekolah ialah Lesson Study. Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru
yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Amin Senin, 2008). Pada amnya,
Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme
guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study
adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan
pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah
paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat (Amin Senin, 2008).
Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan
kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru
(Kathleen dan Jean, 2013). Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan
perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea
serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama. Dengan
menggunakan strategi ini, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri dan
membuat penambahbaikan terhadap kelamahan sendiri. Hasilnya, profesionalisme guru telah
ditingkatkan.

Pada masa yang sama, ciri sekolah berkesan ialah pelaksanaan inovasi dalam
pendidikan (Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri, 2013). Perkembangan teknologi
maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan
khususnya, pengaplikasian teknologi telah memberikan anjakan baru dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru sekolah haruslah melakukan inovasi dengan
menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdPc. Sebagai
contohnya, guru menggunakan PowerPoint Interaktif untuk mengajar. Dengan ini, murid-
murid lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar.

20
Kesimpulannya, ciri-ciri sekolah berkesan merangkumi pelbagai aspek seperti
kepimpinan sekolah, kemahiran pemimpin seorang guru, struktur organisasi sekolah,
pengamalan pelbagai strategi abad ke-21, pengamalan inovasi dalam pendidikan dan
sebagainya. Dengan adanya semua aspek ini, sekolah dapat beroperasi dengan lebih
berkesan, maka kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Akhir kata, semua pihak haruslah
menjalankan tugas dan peranan masing-masing bagi menzahirkan sekolah berkesan.

Rujukan:
Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. (2019). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Sungai Petani: Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim.

Kathleen, A. F. & Jean, M. H. (2013). Professional Learning Communities: An Implementation

Guide and Toolkit. New York: Routledge.

Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri. (2013). Modul Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesionalsime Guru. Pulau Pinang: Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Noriati Abd Rashid, Boon, P. Y. & Wong, K. W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Siri Pendidikan Guru: Perkembangan Kanak-kanak.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sd. Bhd.

21
16. Tugas dan tanggungjawab guru bukan setakat dalam bilik darjah sahaja tetapi ia juga
merangkumi pendidikan di luar bilik darjah. Bincangkan sejauh mana guru berkesan dapat
membentuk intelektual dan sahsiah cemerlang dalam kalangan murid.

Jawapan :

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara proses
pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di
sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan terhadap
bidang pendidikan membawa satu kesan dan impak yang besar terhadap profesion perguruan
yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia
mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif
dan inovatif. Oleh yang demikian, seorang guru yang berkesan dapat membentuk intelektual
dan sahsiah cemerlang dalam kalangan murid.

Pertama sekali, guru berkesan haruslah mempunyai pelbagai kemahiran

kepemimpinan untuk membantu murid membentuk intelektual dan sahsiah cemerlang.
Tamsilnya, kemahiran kepemimpinan yang perlu ada pada guru ialah kemahiran
berkomunikasi. Guru haruslah mempunyai kebolehan menyampaikan idea dengan jelas,
berkesan dan berkeyakinan secara lisan ataupun bertulis (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim, 2019). Ini dapat membantu guru berinteraksi dengan orang yang
lain dengan baik dan berkesan. Pada masa yang sama, guru juga perlu memiliki kebolehan
membuat pembentangan secara jelas dan penuh keyakinan serta bersesuaian dengan tahap
pendengar. Sebagai contohnya, guru perlu menggunakan kata-kata yang lebih mudah agar
murid-murid dapat memahami pengajaran guru. Guru juga boleh menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) untuk membantu guru menyampaikan maklumat dengan
cara yang lebih menarik. Dengan ini, murid-murid lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar.

Selain itu, seorang guru yang berkesan juga perlu melaksanakan inovasi dalam
pendidikan (Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri, 2013). Perkembangan teknologi
maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan
khususnya, pengaplikasian teknologi telah memberikan anjakan baru dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru sekolah haruslah melakukan inovasi dengan
menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdPc. Sebagai
contohnya, guru menggunakan PowerPoint Interaktif untuk mengajar. Dengan ini, murid-
murid lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar. Hal ini demikian kerana penggunaan TMK
mempunyai banyak unsur yang menarik termasuklah audio, video, gambar rajah, animasi dan
sebagainya. Semua unsur tersebut dapat merangsang deria murid seperti penglihatan dan

22
pendengaran murid. Hasilnya, murid-murid dapat mempelajari dan mengingati ilmu
pengetahuan secara mendalam.

Pada masa yang sama, pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) perlu diamalkan oleh guru supaya PdPc berjalan dengan berkesan.
Misalnya, guru mengamalkan pembelajaran koperatif dalam PdPc. Pembelajaran koperatif
melalui pelbagai strategi dapat membantu murid mempunyai nilai bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri dan guru berperanan sebagai fasilitator. Strategi pembelajaran
koperatif yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid tertumpu kepada
pembelajaran (Zamri Mahamod, Ruslin Amir dan Mohamed Amin Embi, 2015). Sebagai
contohnya, guru menjalankan perbincangan kumpulan yang mana murid-murid bekerjasama
antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah
berkaitan pembelajaran. Lantaran itu, murid-murid dapat berkongsi idea, ilmu dan
pengalaman dengan rakannya. Secara langsungnya, murid-murid dapat membentuk
intelektual dan sahsiah cemerlang melalui perkongsian ilmu dan interaksi dengan rakan-
rakannya.

Sehubungan dengan itu, guru yang berkesan patut memiliki ciri dedikasi. Guru yang
dedikasi sentiasa ikhlas dan sabar ketika mengajar terutamanya kepada murid-murid yang
lemah tanpa mengabaikan murid yang cerdas (Wong et. al., 2013). Misalnya, guru
menyediakan nota ringkas ataupun menganjurkan kelas tambahan atau pemulihan kepada
murid-murid yang lebih lemah. Tindakan tersebut dapat membantu murid-murid yang lemah
untuk belajar mengikuti jejak murid-murid yang lain tanpa ketinggalan. Lebih-lebih lagi, guru
yang dedikasi juga amat bertanggungjawab terhadap tugasnya misalnya membeli dan
menyediakan BBM, mengadakan hiasan kelas seperti bunga, alas meja dan langsir,
menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Hal
ini demikian kerana kelas yang kondusif dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
Pokoknya, guru yang berdedikasi dapat membentuk intelektual dan sahsiah cemerlang murid-
murid dengan sentiasa prihatin terhadap murid-muridnya.

Pada masa yang sama, guru haruslah mempunyai kemahiran pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul
Halim, 2019). Sebagai seorang guru, pastinya akan menghadapi pelbagai masalah dalam
aspek pendidikan seperti murid-murid tidak menghantar buku latihan atau lembaran kerja.
Dengan ini, guru perlu menguasai kebolehan untuk mengenal pasti dan menganalisis
masalah pendidikan dalam pelbagai situasi kompleks. Selepas mengenal pasti punca
masalah, guru haruslah berkebolehan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian.
Sebagai contohnya, guru menggunakan masa lapang untuk membimbing murid-murid

23
melengkapkan buku latihan sekiranya murid tersebut tidak dapat menjawab soalan dalam
buku latihan. Pengajaran ini dapat membantu murid belajar dengan lebih jelas dan murid
dapat mengetahui kasih sayang guru terhadapnya. Implikasinya, murid tersebut lebih rajin
dan berusaha untuk belajar agar tidak mengecewakan gurunya.

Di samping itu, guru berkesan juga haruslah mematuhi kod etika keguruan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan kod etika keguruan iaitu satu
peraturan kepada para guru di Malaysia untuk membantu guru yang profesional dalam
mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion (Wong, Noriati A.
Rashid dan Boon, 2018). Antara kod etika keguruan ialah tanggungjawab terhadap murid.
Guru sepatutnya menjadi seorang role model kepada murid-murid seperti yang terangkum
dalam kod etika keguruan iaitu menjaga cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik.
Hal ini lantaran murid-murid mudah belajar tingkah laku guru yang tidak baik kerana melihat
guru sebagai teladan yang dicontohi. Kenyataan ini adalah selaras dengan dengan teori
pembelajaran sosial Albert Bandura (1925) yang mengemukakan bahawa murid-murid belajar
daripada proses pemerhatian dan peniruan iaitu meniru tingkah laku seseorang secara
langsung (Wong et. al., 2013). Sekiranya guru mematuhi kod etika keguruan, maka guru dapat
menampilkan imej seorang guru yang baik. Secara langsungnya, murid dapat membentuk
sahsiah yang cemerlang di bawah pengaruh guru yang baik dan beretika.

Konklusinya, guru berkesan haruslah mempunyai kemahiran berkomunikasi,

pelaksanaan inovasi dalam pendidikan, mengamalkan pelbagai kaedah dan teknik PdPc,
memiliki ciri dedikasi, mempunyai kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah serta mematuhi kod etika keguruan untuk membentuk intelektual dan sahsiah
cemerlang dalam kalangan murid. Maka, kualiti pendidikan dan profesionalisme guru dapat
ditingkatkan dan membawa dunia pendidikan di Malaysia ke taraf antarabangsa.

Rujukan:

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. (2019). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Sungai Petani: Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim.

Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri. (2013). Modul Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesionalsime Guru. Pulau Pinang: Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Wong, K. W., Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Siri Pendidikan Guru: Perkembangan Kanak-kanak.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sd. Bhd.

24
Wong, K. W., Noriati A. Rashid dan Boon, P. Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

25
17. Cikgu Rizwan menggunakan e-pebelajaran sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran. Beliau menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan murid-muridnya
melalui blok,Facebook,Twitter, edmodo dan padlet. Berdasarkan situasi di atas, huraikan
kekuatan dan kelemahan medium pengajaran yang digunakan oleh Cikgu Rizwan.

Jawapan :

E-pembelajaran (e-learning) dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang

menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi
untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad,
2006). E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih
dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-
pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping
berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks,
animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Persoalannya, apakah kekuatan dan
kelemahan e-pembelajaran?

Pertama sekali, kekuatan e-pembelajaran ialah dapat berkomunikasi dengan ramai

individu yang mana ia menawarkan interaksi secara satu-ke-satu, satu-ke-ramai dan ramai-
ramai (Holmes dan Gardner, 2006). Melihat kepada medium pengajaran Cikgu Rizwan, ia
telah menepati aspek ini. Sebagai buktinya, aplikasi Facebook dapat membentuk satu “group
chat”, ini membolehkan guru dan murid berinteraksi dalam group tersebut. Sekiranya terdapat
murid yang lebih lemah, guru juga boleh membimbing murid melalui personal. Dengan ini,
murid yang lebih lemah dapat menjalankan aktiviti pemulihan. Kesannya, guru dapat
membimbing murid-murid dengan baik.

Seterusnya, kekuatan e-pembelajaran ialah memudahkan pengajar atau pensyarah

memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka (Ahmad Zaki Amiruddin
et. al., 2015). Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat
pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Tindakan tersebut
memastikan semua pelajar dapat menerima pengumuman secara jelas. Hal ini demikian
kerana sekiranya pengumuman dilakukan secara lisan, mungkin terdapat murid yang tidak
dapat menerima mesej dengan sepenuhnya. Sebagai contohnya, Cikgu Rizwan boleh
menggunakan aplikasi Padlet untuk memberi pengumuman ataupun nota-nota kuliah. Secara
tidak langsungnya, e-pembelajaran juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu
teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Ini
bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21 yang diseru oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

26
Selanjutnya, kekuatan e-pembelajaran ialah pengajar dan para pelajar mempunyai
masa yang lebih fleksibel untuk penyampaian dan pemahaman sesuatu pelajaran (Ahmad
Zaki Amiruddin et. al., 2015). Hal ini demikian kerana penggunaan aplikasi e-pembelajaran
hanya bergantung kepada capaian internet. Sekiranya pengajar dan para pelajar mempunyai
capaian internet, maka pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat dilaksanakan.
Misalnya, Cikgu Rizwan boleh menggunakan aplikasi Twitter untuk menjalankan PdPc. Dalam
Twitter, Cikgu Rizwan boleh mengemukakan soalan dan para pelajar dapat menyumbang
idea atau pendapat terhadap soalan yang dikemukakan. Lebih-lebih lagi, aplikasi Twitter
dapat digunakan dalam smart phone. Ini membolehkan semua pelajar dapat mengakses
Twitter dengan lebih mudah dan senang.

Selain daripada itu, kelemahan e-pembelajaran ialah memerlukan capaian internet

yang bagus (Ahmad Zaki Amiruddin et. al., 2015). Hal ini demikian kerana kebergantungan
kepada aplikasi e-pembelajaran untuk proses PdPc adalah memerlukan capaian internet.
Sekiranya seseorang pelajar tiada data internet ataupun mengalami kekangan untuk
mencapai internet, maka pelajar tersebut tidak dapat menjalankan PdPc. Dengan ini,
kestabilan infrastruktur sokongan kepada e-pembelajaran, seperti; capaian internet, alatan
yang baik dan latihan kemahiran penggunaan adalah sepatutnya diberi keutamaan supaya
pembudayaan e-pembelajaran secara berperingkat dapat direalisasikan tanpa sebarang
masalah. Hasilnya, e-pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, kelemahan e-pembelajaran ialah pelajar mudah diganggu

oleh persekitarannya dan menyebabkannya kurang fokus terhadap e-pembelajaran (Pollard
dan Hillage, 2001). Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang berada di rumah mempunyai
banyak gangguan seperti televisyen, telefon bimbit, ahli keluarga dan sebagainya. Kesemua
ini menyebabkan pelajar sukar untuk memfokus dalam pembelajaran. Pengajar tidak dapat
memantau pergerakan pelajar melalui e-pembelajaran, ini telah memberi peluang kepada
pelajar untuk tidak fokus terhadap PdPc. Oleh itu, e-pembelajaran kurang berkesan terhadap
pelajar yang kurang fokus terhadap PdPc.

Konklusinya, e-pembelajaran mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan. Antara

kekuatan ialah berkomunikasi dengan ramai individu, memudahkan pengajar atau pensyarah
memuat baik bahan pembelajaran dan mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk
penyampaian dan pemahaman sesuatu pelajaran. Manakala kelemahannya ialah
memerlukan capaian internet yang bagus dan pelajar mudah diganggu oleh persekitarannya.
Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan baik agar e-
pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan.

27
Rujukan

Ahmad Zaki Amiruddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmed Thalal Hassan, … et. al., Qaziah
Fatihah Berhanuddin. (2015). Aplikasi E-Pembelajaran Untuk Proses Pembelajaran
dan Pengajaran Bahasa: Fungsi dan Kelebihan. Seminar Antarabangsa Pendidikan
Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015). Langkawi: 12-14 Oktober.

Holmes, B. &Gardner, J. (2006). E-Learning: Concepts and Practice. London: SAGE

Publications.

Kamaludin Ahmad. (2006). “ICT Penjana Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran”

Peringkat Wilayah Persekutuan Labuah Tahuan 2006. Johor Bahru: Institut Perguruan
Temenggong Ibarhim.

Pollard, E., & Hillage, J. (2001). Exploring E-Learning. The Institute for Emploment Studies.
Report No. 376. United Kingdom: Brighton.

28
18. "Flipped Classroom" merupakan kaedah pedagogi baharu yang mempraktikkan
pengajaran berbantukan video yang selari dengan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah
seperti seperti kerja rumah, aktiviti kumpulan dan aktiviti penyelesaian masalah.
Perincikan satu contoh kaedah PdP dengan Flipped Classroom dan halangan-halangan
yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan kaedah ini.

Jawapan :

“Flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas
dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah
melalui klip video dan bacaan. Flipped classroom merupakan satu kaedah pembelajaran abad
ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum
pembelajaran dalam kelas berlangsung (Azlina A. Rahman, 2017). Maka waktu kelas
digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara
individu. Persoalannya, apakah cara pelaksanaan flipped classroom dan halangan-halangan
yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan kaedah ini?

Terdapat tiga peringkat untuk melaksanakan flipped classroom. Dalam Peringkat

pertama ialah concept exploration. Murid akan mempelajari sesuatu topik pembelajaran itu
secara kendiri atau berkumpulan. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan sesi kuliah
yang telah dirakam dan meminta murid menontonnya di rumah atau meminta pelajar untuk
membuat pencarian maklumat melalui pembacaan di buku atau menggunakan internet. Pada
peringkat ini, pelajar seharusnya diberikan kebebasan untuk mencari apa sahaja maklumat
yang berkaitan mengikut tajuk atau isi kandungan pembelajaran yang telah diberi. Dengan ini,
murid-murid dapat mempelajari teknik untuk mengakses maklumat.

Seterusnya, peringkat kedua ialah ialah meaning making. Dalam peringkat ini, guru
akan membantu murid untuk lebih memahami dan menguasai akan maklumat yang telah
mereka perolehi. Semasa proses ini, guru boleh melaksanakan pelbagai pendekatan.
Antaranya, murid boleh diminta untuk membuat refleksi terhadap maklumat yang telah
mereka perolehi. Keadaan ini akan mewujudkan keadaan yang mana proses pembelajaran
akan lebih bermakna dan berkesan. Guru akan membimbing murid seandainya berlaku salah
pemahaman atau kekeliruan. Selain itu, guru juga boleh mengadakan kuiz sebagai kaedah
untuk menguji tahap pengetahuan murid. Dengan ini, guru boleh mengenal pasti tahap
penguasaan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran.

Selanjutnya, peringkat yang ketiga ialah demostration atau application. Melalui

peringkat ini, murid akan membuat aplikasi terhadap input yang telah mereka kuasai dan
fahami. Guru akan menyediakan tugasan yang memerlukan pelajar menggunakan
pengetahuan yang sedia ada dalam menyelesaikan masalah, membuat eksperimen,

29
membuat pembentangan atau seumpamanya. Sebaiknya, guru mengambil peluang untuk
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di peringkat ini. Oleh itu, guru-guru hendaklah
memastikan bahawa murid akan mendapat peluang untuk membuat analisis, menilai dan juga
mencipta. Impaknya, murid-murid dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam
melengkapkan tugasan yang diberi oleh guru.

Selain daripada itu, antara halangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan
kaedah ini ialah ketiadaan akses komputer di rumah atau di luar sekolah menyukarkan murid
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan
Abdul Halim, 2019). Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua murid dari keluarga yang
kaya, ada yang dari keluarga yang miskin. Maka, keluarga tersebut mungkin tidak berupaya
untuk menampung sebuah komputer. Dengan ini, flipped classroom tidak dapat dijalankan
oleh murid tersebut. Maka, kestabilan infrastruktur perlu dipastikan oleh guru sebelum
menjalankan flipped classroom agar ia dapat memastikan PdPc berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Sehubungan dengan itu, halangan seterusnya yang mungkin dihadapi dalam

pelaksanaan kaedah ini ialah perasaan malu menghalang penglibatan murid dalam
perbincangan (Wong et. al., 2013). Dengan menggunakan flipped classroom, guru tidak dapat
memantau tugasan kumpulan secara langsung dan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, guru
juga sukar untuk membimbing murid yang lebih lemah dalam melibatkan diri dalam
perbincangan kumpulan. Hal ini demikian kerana guru tidak dapat berinteraksi secara
bersemuka dengan murid-murid. Maka, guru tidak dapat memastikan penglibatan murid
semasa perbincangan kumpulan. Murid yang kurang melibatkan diri dalam perbincangan
kumpulan akan menyebabkannya kurang melakukan penganalisisan terhadap sesuatu topik
kerana tidak perlu menyumbang idea dalam perbincangan. Implikasinya, flipped classroom
kurang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Secara keseluruhannya, kaedah flipped classroom dapat dilaksanakan melalui

pelbagai cara dan dapat membantu murid-murid menimba ilmu dengan mengakses maklumat
atas usaha sendiri. Namun, ia juga berkemungkinan menghadapi halangan seperti ketiadaan
akses komputer di rumah dan murid berasa malu untuk melibatkan diri dalam perbincangan
kumpulan. Oleh yang demikian, guru haruslah memastikan kebolehtadbiran flipped classroom
sebelum menggunakan kaedah ini agar kaedah ini memanfaatkan semua pelajar.

30
Rujukan
Azlina A. Rahman. (2017). Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran
Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar. Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. (2019). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Sungai Petani: Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Siri Pendidikan Guru: Perkembangan Kanak-kanak.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sd. Bhd.

31
19. Pembelajaran Berasaskan Projek dikatakan suatu pendekatan yang boleh
mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif murid. Buktikan bagaimana Pembelajaran
Berasaskan Projek mampu mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam
kalangan murid.

Jawapan :

Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21,
kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pendekatan
pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan kaedah instruktional yangmembenarkan
murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu dalam menghasilkan hasil projek
akhir secara koperatif dengan teknik ‘hands-on’ dan ‘minds- on’ (Kaldi, Filipatou dan
Govaris, 2011). Secara ringkasnya, Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan
berfokuskan murid meneroka sendiri. Persoalannya, bagaimana Pembelajaran Berasaskan
Projek mampu mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan murid?

Antara langkah pelaksanaan PBL ialah murid-murid membentuk kumpulan. Setiap

kumpulan perlu memulakan tugasan dengan menimbulkan isu untuk menghasilkan sesuatu
produk, objek atau sesuatu cara yang baharu (Wong, Noriati A. Rashid dan Boon, 2018).
Selepas itu, setiap kumpulan perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan
menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Dalam proses
mengenalpasti masalah, ia melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang
ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan
surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini
akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada
penyelesaian masalah tersebut. Hasilnya, pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan murid
dapat dicetus Melalui proses mengenalpasti masalah.

Seterusnya, langkah yang kedua ialah murid-murid perlu mengenal pasti masalah lalu
mencari jalan penyelesaian (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 2019).
Masalah dianalisis melalui perbincangan dan mencari kaedah. Menurut Kirby et al. (2002),
sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui.
Oleh itu, murid-murid perlu menganalisis masalah sehingga menemui punca masalah. Pada
peringkat ini, murid-murid akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses
penyelesaian masalah tersebut. Murid-murid perlu mengenalpasti apakah yang perlu
dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah
serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah

32
tersebut. Selanjutnya, murid akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan. Maka, kita dapat lihat bahawa murid-murid perlu mempunyai
pemikiran yang kreatif dan inovatif supaya dapat menjana idea untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Lebih-lebih lagi, murid-murid juga perlu memiliki pemikiran yang kritis untuk
menjana idea untuk cara penyelesaian masalah.

Di samping itu, langkah ketiga dalam pelaksanaan PBL ialah penerokaan dan
perbincangan masalah (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 2019).
Pada peringkat ini, murid akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan
dan logik dengan masalah yang diberikan. Murid meneroka masalah secara kolektif setelah
maklumat dikumpulkan melalui rujukan, bacaan dan kajian. Maklumat terdiri daripada
beberapa kategori seperti data, idea, isu pembelajaran serta tindakan. Di samping itu, punca-
punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada internet (Balakrishnan
Muniandy et al., 2009). Murid akan mula berkongsi maklumat dengan murid yang lain dan
mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya, murid akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat
penerangan terhadap penyelesaian yang diambil. Dengan ini, murid dapat mengembangkan
pemikiran kreatif dan inovatif dalam proses penerokaan dan perbincangan masalah. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid perlu kreatif dalam pengumpulan maklumat atau informasi
berkaitan dengan masalah yang dihadapi agar maklumat yang diperoleh adalah banyak dan
tepat. Dalam perbincangan pula, murid-murid perlu bersikap inovatif supaya dapat berkongsi
maklumat secara ringkas dan tepat dengan murid yang lain.

Sehubungan dengan itu, langkah keempat dalam pelaksanaan PBL ialah membuat
rumusan, perbandingan dan mencari jalan penyelesaian (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim, 2019). Dalam langkah ini, murid-murid berkumpul semula untuk
membuat rumusan dan perbandingan. Selepas itu, murid membuat perkaitan antara
permasalahan baharu yang serupa dan memilih jalan penyelesaian. Melalui proses ini, murid-
murid perlu berfikir secara kritis, kraetif dan inovatif untuk membina rumusan berkaitan dengan
maklumat yang diperoleh agar maklumat tersebut berguna dalam mengatasi masalah yang
dihadapi. Kemudian itu, murid juga perlu mengamalkan kreatif dan imovatif dalam membuat
perbandingan maklumat supaya dapat menganalisis maklumat yang diperoleh dari pelbagai
aspek. Oleh yang demikian, dapatlah kita lihat bahawa PBL dapat mengembangkan pemikiran
kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.

Selain itu, langkah kelima dalam pelaksanaan PBL ialah membuat refleksi (Wong,
Noriati A. Rashid dan Boon, 2018). Murid perlu membuat refleksi tentang proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc). Pada peringkat ini, murid akan memberi tindak balas terhadap

33
kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga
peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-
masing. Dalam proses ini, pemikiran kreatif dan inovatif murid-murid telah dikembangkan
kerana murid-murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam menyelesaikan
masalah apabila melakukan refleksi kendiri dan murid akan berusaha untuk mengatasi
kelemahan yang didapati. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan
ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Sekiranya tanpa pengetahuan dan kemahiran
penyelesaian masalah, murid sukar untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL
dengan sempurna dan cekap.

Secara keseluruhannya, PBL mampu mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif

dalam kalangan murid. Terdapat lima langkah dalam PBL untuk membantu murid
mengembangkan kreatif dan inovatif iaitu menimbulkan permasalahan, mengenal pasti
masalah dan jalan penyelesaian, penerokaan dan perbincangan masalah, rumusan,
perbandingan dan jalan penyelesaian serta membuat refleksi. Oleh itu, guru diseru supaya
mengamalkan PBL dalam PdPc supaya dapat menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan dan bermakna di samping mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif
dalam kalangan murid.

34
Rujukan
Balakrishnan Muniandy, Rossafri Mohamad, Fong, S. F. & Rozhan Mohammed Idrus. (2009).
Technology Application in Project-based Learning. Journal of Communication and
Computer. 6(12): 74-84.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. (2019). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Sungai Petani: Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim.

Kaldi, S., Filipatou, D. & Govaris, C. (2011). Project Based Learning in Primary Schools
Effectson Pupils’ Learning and Studies. Education. 39(1): 35-47.

Kirby, Gary, R., Goodpaster & Jeffery, R. (2002). “Thinking”. USA: Prentice Hall.

Wong, K. W., Noriati A. Rashid dan Boon, P. Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

35
20. Guru seharusnya menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan dalam alaf
baru. Mereka perlu menyiapkan diri untuk menyahut cabaran dunia pendidikan
yang berkembang pesat. Sebagai seorang guru huraikan bagaimana anda dapat
memainkan peranan sebagai agen perubahan sekolah anda.

Jawapan :

Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini,

dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi telah memberikan anjakan
baru dalam teknik pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PdPc yang berinovasi
merupakan ciri penting untuk dibudayakan kerana ciri ini merupakan bidang tugas utama
sebagai seorang guru (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Kenyataan ini disokong oleh Yahya Buntat
dan Lailinanita Ahamad (2012) yang menyatakan bahawa inovasi dalam PdPc merupakan
suatu pembaharuan kreatif di mana kaedah atau cara yang baru digunakan bagi seseorang
guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Persoalannya, bagaimanakah saya
dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan di sekolah saya?

Pertama sekali, saya haruslah sentiasa melakukan inovasi dalam bidang pendidikan.
Sebagai contohnya, saya melakukan inovasi terhadap bahan bantu mengajar (BBM) dengan
menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengintegrasian TMK
dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian
dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia di samping bahan
pengajaran yang sedia ada (Thulasimani Munohsamy, 2014). Terdapat banyak aplikasi atas
talian yang dapat membantu guru untuk menjalankan PdPc dengan lebiih berkesan dan
menarik. Misalnya, aplikasi atas talian “Quizlet” iaitu murid-murid dapat mempelajari isi
kandungan dengan menggunakan flashcards. Dalam aplikasi tersebut, murid-murid juga
dapat menjalankan aktiviti soal jawab dengan cara permainan. Ini dapat meningkatkan
motivasi dan minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Lebih-lebih lagi, penggunaan aplikasi atas talian ini membolehkan saya berkongsi BBM ini
dengan rakan sejawat yang lain dengan mudah. Sekiranya mempunyai keperluan, mereka
dapat mengedit BBM tersebut untuk menyesuaikannya dengan tahap kognitif muridnya.
Pokoknya, peranan saya ialah melakukan inovasi terhadap BBM dan berkongsi dengan rakan
sejawat supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan di sekolah saya.

Seterusnya, peranan saya ialah menjalankan e-pembelajaran bersama murid saya. E-

pembelajaran (e-learning) dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang
menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi
untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad,

36
2006). Antara kelebihan menggunakan e-pembelajaran ialah dapat berkomunikasi dengan
ramai individu yang mana ia menawarkan interaksi secara satu-ke-satu, satu-ke-ramai dan
ramai-ramai (Holmes dan Gardner, 2006). Dengan ini, saya dapat membekalkan bimbingan
dan pemulihan atau pengayaan kepada murid tanpa mengira masa, jarak dan tempat.
Penggunaan aplikasi e-pembelajaran hanya bergantung kepada capaian internet. Contoh
aplikasi e-pembelajaran ialah Blog, Facebook, Twitter, Edmodo, Padlet dan sebagainya.
Sekiranya pengajar dan para murid mempunyai capaian internet, maka pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dapat dilaksanakan. Maka, dengan menggunakan e-pembelajaran,
guru dapat memuat naik nota-nota, latihan-latihan ringkas dan sebagainya untuk membimbing
murid-murid dalam pembelajaran (Ahmad Zaki Amiruddin et. al., 2015). Ringkasnya, saya
sebagai agen perubahan sekolah haruslah sentiasa prihatin terhadap semua murid dan
memberi bimbingan kepada murid dengan menggunaka aplikasi e-pembelajaran.

Di samping itu, sebagai agen perubahan di alaf baru, saya seharusnya dapat
mewujudkan kolaborasi bersama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Tamsilnya, saya mengamalkan “Professional Learning Community”
(PLC) bersama dengan guru yang lain. Antara strategi PLC yang boleh dilaksanakan di
sekolah ialah Lesson Study. Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru
yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Zuraidah binti Ahmad,
Nurulzamrina Ahmad dan Noor Darliza Mohammad Zamri, 2019). Pada amnya, Lesson Study
menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru.
Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah
unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak
atasan.

Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah

paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini,
guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan
penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi
kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru (Tan, Oii dan Teh, 2016).
Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan
guru mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam
proses pembinaan RPH secara bersama. Dengan ini, saya dapat berkongsi idea dan
pengalaman dengan guru yang lain di samping menimba ilmu dari guru yang lain melalui
perbincangan yang dilakukan. Secara langsungnya, kualiti pendidikan dapat ditingkatkan di
samping meningkatkan profesionalisme guru.

37
Pada masa yang sama, peranan saya sebagai agen perubahan di sekolah ialah
membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pada zaman globalisasi ini, kebanyakan sekolah
mempunyai murid yang pelbagai kaum di sekolah seperti murid yang berkaum Melayu, Cina,
India dan sebagainya. Maka, guru haruslah sebagai pelaksana sosialisasi dalam membentuk
perpaduan kaum di sekolah, sentiasa menyemaikan ilmu perpaduan kepada murid. Proses
sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah boleh diterangkan menerusi tiga
cara, iaitu imitasi, arahan dan motivasi (Yong et. al., 2018). Mekanisme imitasi merupakan
proses interaksi sosial seseorang atau sekelompok manusia meniru atau mengikuti perilaku
orang lain di persekitarannya. Segala tingkah laku yang dilakukan oleh guru mudah diikuti
oleh pelajar di sekolah dan berupaya mempengaruhi sikap dan pembelajaran murid. Oleh itu,
guru haruslah menunjukkan kemesraan semasa berinteraksi dengan orang lain tanpa
mengira kaum dan latar belakang, maka murid-murid juga akan belajar daripada guru dengan
bergaul mesra dengan semua orang.

Selanjutnya, mekanisme arahan pula ditekankan dalam pendidikan formal untuk

mengukuhkan proses sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Misalnya,
guru boleh menyemaikan ilmu perpaduan menerusi pendidikan Sejarah dan Pendidikan Moral
di dalam kelas. Kaedah pengajaran yang melibatkan percampuran murid daripada pelbagai
kaum yang pelbagai serta sokongan berterusan daripada guru amat penting dalam
memastikan ilmu perpaduan terus diamalkan oleh murid di sekolah dan seterusnya sehingga
dewasa. Seterusnya, mekanisme motivasi akan berlaku dengan secara tidak langsung
semasa menjalani program perpaduan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan Sejarah dan pendidikan Moral di dalam kelas. Menerusi mekanisme motivasi,
murid akan belajar apa sahaja berdasarkan pengalamannya serta membandingkan pendapat
dan tingkah laku sendiri dengan tingkah laku orang lain atas bimbingan dan nasihat guru. Oleh
yang demikian, saya haruslah membentuk perpaduan kaum di sekolah dengan berpandukan
ketiga-tiga mekanisme tersebut agar mewujudkan kesejahteraan di sekolah.

Selain daripada itu, peranan saya sebagai agen perubahan di sekolah ialah
membimbing rakan-rakan sejawat agar dapat menyediakan sumber pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang mampu membimbing murid-murid ke arah berfikir secara kritis
serta dapat menyelesaikan masalah. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan
dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Kepakaran guru amat diperlukan
dalam menentukan strategi PdPc. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan murid. Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar
belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan
berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Chew

38
dan Shashipriya Nadaraja, 2014). Oleh itu, saya akan membimbing rakan sejawat saya
menggunakan kaedah flipped classroom. Flipped classroom merupakan satu kaedah
pembelajaran abad ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu
topik sebelum pembelajaran dalam kelas berlangsung (Azlina A. Rahman, 2017).

Terdapat tiga peringkat untuk melaksanakan flipped classroom. Dalam Peringkat

pertama ialah concept exploration. Murid akan mempelajari sesuatu topik pembelajaran itu
secara kendiri atau berkumpulan. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan sesi kuliah
yang telah dirakam dan meminta murid menontonnya di rumah atau meminta pelajar untuk
membuat pencarian maklumat melalui pembacaan di buku atau menggunakan internet.
Seterusnya, peringkat kedua ialah ialah meaning making. Dalam peringkat ini, guru akan
membantu murid untuk lebih memahami dan menguasai akan maklumat yang telah mereka
perolehi. Selanjutnya, peringkat yang ketiga ialah demostration atau application. Melalui
peringkat ini, murid akan membuat aplikasi terhadap input yang telah mereka kuasai dan
fahami. Secara ringkasnya, kaedah flipped classroom dapat dilaksanakan melalui pelbagai
cara dan dapat membantu murid-murid menimba ilmu dengan mengakses maklumat atas
usaha sendiri. Dengan menggunakan kaedah ini, saya mempercayai bahawa guru-guru
menjalankan PdPc dengan lebih menarik dan berkesan.

Kesimpulannya, saya dapat menjalankan banyak peranan sebagai agen perubahan

sekolah seperti dengan melakukan inovasi dalam bidang pendidikan, menjalankan e-
pembelajaran, mewujudkan kolaborasi bersama dengan rakan sejawat, membentuk
perpaduan kaum di sekolah dan membimbing rakan-rakan sejawat agar dapat menyediakan
sumber pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang mampu membimbing murid-murid ke
arah berfikir secara kritis serta dapat menyelesaikan masalah. Maka, jelaslah bahawa guru
memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah di
samping meningkatkan profesionalisme sebagai seorang guru. Oleh itu, saya menyarankan
bahawa guru sentiasa memajukan diri supaya dapat menyumbang perubahan yang positif
kepada sekolah dan bidang pendidikan di Malaysia. Dengan ini, pendidikan di Malaysia dapat
lebih maju dan setanding dengan tahap pendidikan di dunia globalisasi ini.

39
Rujukan

Ahmad Zaki Amiruddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmed Thalal Hassan, … et. al., Qaziah
Fatihah Berhanuddin. (2015). Aplikasi E-Pembelajaran Untuk Proses Pembelajaran
dan Pengajaran Bahasa: Fungsi dan Kelebihan. Seminar Antarabangsa Pendidikan
Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015). Langkawi: 12-14 Oktober.

Azlina A. Rahman. (2017). Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran

Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar. Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Chew, F. P. & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan
Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 4(2): 10-24.

Holmes, B. &Gardner, J. (2006). E-Learning: Concepts and Practice. London: SAGE

Publications.

Kamaludin Ahmad. (2006). “ICT Penjana Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran”

Peringkat Wilayah Persekutuan Labuah Tahuan 2006. Johor Bahru: Institut Perguruan
Temenggong Ibarhim.

Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Tan, A. L., Ooi, S. Y., The, H. L. (2016). Lesson Study: Amalan Berkolaborasi Untuk
Pembelajaran Berkesan Di Institut Pendidikan Guru. International Seminar on
Generating Knowledge Through Research. Universiti Utara Malaysia: 25-27 Oktober.

Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam

Pendidikan. Brunei: Universiti Teknologi Brunei.

Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan
Kaum di Sekolah. Akademika. 88(2): 95-108.

Zuraidah binti Ahmad, Nurulzamrina Ahmad & Noor Darliza Mohammad Zamri. (2019).
Meningkatkan Kecemerlangan Pengajaran Melalui Lesson Study. Polytechnic &
College Community Research of Intellectual Seminars 2019 (PolyCCRISE2019).
Politeknik Nilai: Ogos.

40

41

42

43

44

45
46

Anda mungkin juga menyukai