RASIONAL
Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi
setiap aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan
memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka.Golongan murid ini wajar diberi
pendedahan asas perkhidmatan menolong serta kemahiran asas kaunseling yang lain.
Kemahiran yang dimiliki itu diharapkan dapat menjadikan diri mereka sebagai
pendengar yang empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya
sekolah.Sejajar dengan falsafah PRS “ Bantu diri untuk membantu orang lain”, wajarlah
PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah potensi diri, membina keyakinan diri dan berusaha
mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan menolong.
MATLAMAT
Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mampunyai
keyakinan diri yang tinggi, mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan
melaksanakan perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya
sekolah yang kondusif dan merangsang pembangunan manusia.
OBJEKTIF
Selepas program murid terpilih ini :
1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling
2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan
bekeupayaan membantu rakan.
3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling, memperluas khidmat melalui
projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi
pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin sekolah.
PENUTUP
Program penubuhan PRS ini dibentuk atas empat objektif besar iaitu membolehkan
murid atau peserta membina kesedaran kendiri, mempraktikkan komunikasi berkesan,
mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling serta maklum balas serta respon yang
fasilatator.Pengendalian penubuhan PRS ini juga diharap dapat mencapai hasrat dan
objektif program.
SEBARAN UNTUK GURU
TUAN/GURU
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan menjalankan program di sekolah
ini.
Program ini merupakan satu program murid yang terlibat dilatih sehingga dapat
membantu diri dan rakan sebaya mereka dalam bidang yang berkaitan dengan
akademik dan sahsiah.Kajian mendapati rakan sebaya lebih berpengaruh dan berkesan
sebagai tempat meluahkan perasaan dan masalah murid. Oleh itu program ini perlu
dilaksanakan bagi membolehkan proses membantu dijalankan secara lebih teratur dan
berkesan.
Murid yang menyertai program ini akan dilatih dengan kemahiran-kemahiran asas
menolong sebelum mereka dibenarkan menjalankan perkhidmatan tersebut. Antara
kemahiran yang dilatih adalah seperti berikut:
Di samping menjadi rakan kepada rakan sebaya mereka, mereka juga boleh menjadi
pembantu kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Antara peranan yang
boleh dimainkan oleh PRS adalah :
Kebanyakan aktiviti di atas telah dijalankan di sekolah secara formal. PRS ditubuhkan
untuk membantu menggerakan aktiviti-aktiviti ini dengan lebih teratur dan bekesan.
Adalah dimaklumkan bahawa Pembimbing Rakan Sebaya tidak boleh sama sekali
mengambil alih tugas-tugas perkhidmatan kaunseling yang telah dipertangungjawabkan
kepada guru bimbingan dan disiplin di sekolah.
…………………………………
( )
Tarikh :
MAKLUMAN KEPADA MURID
Kepada :
Semua murid,
Sekolah Kebangsaan……………………………………….
Sekolah Jenis Kebangsaan………………………………..
Dengan hormatnya, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam program ini. Untuk
keterangan lanjut, sila hubungi guru bimbingan dan kaunseling anda. Keperihatinan
anda didahului dengan ucapan terima kasih.
……………………………………
( )
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Tarikh:……………………....
KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1.0 RASIONAL
Khidmat murid membantu muri merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah.Bilangan murid yang ramai
kadangkala menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak dapat memenuhi
keperluan murid dari sudut perkhidmatan menolong. Pada ketika inilah PRS boleh
memainkan peranan secara berterusan dan berkesan. Walau bagaimanapun
pertolongan tidak akan dapat dilakukan sekiranya PRS tidak dilatih dan dibimbing. Atas
aiasan tersebut kursus ini wajar dijalankan dalam masa para peserta dilatih
meningkatkan kemahiran menjalankan sesi kaunseling.
2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan murid (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
3.0 OBJEKTIF
7 Memahami sifat-sifat murid dan aspirasi merek serta dapat membantu diri
dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
Bendahari : ……………………………….
Kem.Komandan: …………………………........
AJK : Penginapan
Peralatan
Makanan
Riadah
Pengangkutan