Disebabkan itu,
sistem pendidikan berlaku perubahan selaras dengan perkembangan globalisasi dan
pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru pada masa kini. Justeru teori perkembangan
yang dibincang oleh pakar-pakar amat penting bagi memberi gambaran atau
persediaan yang perlu guru hadapi apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar.
Antara teori yang boleh dijadikan rujukan kepada seseorang guru bagi menjalani
perjalanan hidup sebagai kerjaya guru adalah teori perkembangan oleh Fuller.
Seterusnya, guru lebih bertumpu dan prihatin kepada tugas mereka, iaitu
Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas. Pada peringkat ini, guru akan lebih memberi
perhatian terhadap cara-cara untuk melaksanakan pembelajaran dengan lebih baik dan
berkesan. Apabila guru dapat memahami peringkat ini, seseorang guru tidak lagi
memikirkan tentang kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan jayanya. Mereka tidak lagi mempersoalkan
persepsi atau penerimaan murid terhadap diri mereka sebagai seorang guru. Pada
peringkat ini juga guru sudah mempunyai keyakinan untuk mengawal kelas dan apa
jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru-guru lain. Guru memberi
perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas
pengajarannya dengan baik. Perancangan pengajaran lebih berfokuskan
kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran dan juga terhadap
penguasaan isi kandungan mata pelajaran. Guru yang berada pada peringkat
keprihatinan terhadap tugas ini adalah seorang guru yang sudah stabil dari
segi emosinya terhadap persepsi luar seperti murid, guru-guru lain dan juga
pihak ibu bapa mengenai kemampuannya untuk mengawal kelas. Guru ini
lebih menumpukan fokusnya kepada ilmu pengetahuan tentang pengajarannya di
dalam kelas. Guru yang sampai ke peringkat perkembangan ini sudah mula mempunyai
keyakinan untuk menangani tugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah
disiplin di dalam bilik darjah.
Pada peringkat ketiga pula adalah peringkat impak yang lebih berfokus kepada
impak pengajarannya kepada muridnya. Pada peringkat ini, guru tidak lagi bimbang
tentang kemampuan dirinya untuk mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan
penyampaian pengajaran. Antara persoalan yang timbul ialah bagaimana cara saya
memotivasikan murid saya, apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam
kalangan pelajar saya, adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi dan
sebagainya. Namun, jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk mengatasi
keadaan ini adalah tidak sama.