Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK,

WILAYAH MIRI,
BLOK 1, MCLD,JALAN SHELL,
LUTONG,98000 MIRI,SARAWAK

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE


PROGRAM’S CODE & NAME INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C05 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
COMPETENCY UNIT NO. TROUBLESHOOTING
AND TITLE

1. IDENTIFY THE ELECTRONIC APPLIANCE TO BE


INSPECTED
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND 3. PERFORM TROUBLESHOOTING ON EQUIPMENT
STATEMENT
4. REPORT EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
ACTIVITIES
Muka surat/Page : 1
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(3/3)
Drpd/of : 6

TAJUK/TITLE : LAPORAN AKTIVITI KESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang format dan kandungan
laporan serta prosedur menghantar laporan tersebut.

PENERANGAN/INFORMATION :
EE-021-2:2012-C05/P(3/3) Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO.
Drpd / of : 6

A. PENGENALAN

Laporan adalah satu penyataan lengkap mengenai proses baikpulih dari mula pelaporan kerosakan,

mengesan kerosakan sehingga kerosakan telah dibaiki dan pemberitahuan kepada pihak berkenaan.

Antara kepentingan penyediaan laporan :

I. Dapat menyatakan sejarah baikpulih

II. Merupakan proses pelaporan yang sistematik

III. Ia akan menentukan status/keadaan bagi sesebuah mesin/peralatan yang diselenggara.

IV. Sebagai analisa kepada keupayaan peralatan dalam menjalankan sesuatu kerja

V. Memudahkan pemantauan kerja kepada pekerja yang dipertanggungjawabkan.

VI. Boleh dijadikan sebagai rujukan bagi penyelenggaraan seterusnya.

Setiap laporan hendaklah mengandungi data-data penting antaranya:

I. Senarai langkah kerja yang dilakukan

II. Senarai peralatan yang digunakan semasa melakukan kerja

III. Analisa keupayaan bagi sesebuah peralatan dalam satu masa

IV. Tarikh, masa, spesifikasi peralatan, manpower dan maklumat berkaitan kerja tersebut.

Kesilapan yang sering dilakukan semasa membuat laporan troubleshooting adalah ;

I. Tidak melampirkan data-data penting seperti yang dikehendaki

II. Laporan tidak mengikut prosedur yang betul

III. Menyembunyikan fakta sebenar

Setiap laporan yang dibuat mestilah mendapat pengesahan daripada penyelia terlebih dahulu. Penyelia

akan membuat semakan laporan yang dibuat dan seterusnya akan membuat pemeriksaan pada

mesin/peralatan berkenaan jika perlu.

B. FORMAT PENULISAN LAPORAN

Seperti format penulisan yang lain, struktur laporan juga dimulakan dengan bahagian
pengenalan, diikuti dengan bahagian pertengahan dan diakhiri dengan bahagian penutup

STRUKTUR UTAMA KANDUNGAN


√ Header
√ Tajuk
PENGENALAN
√ Maklumat bahan kerja
PERTENGAHAN √ Langkah kerja serta maklumat berkaitan
√ Kesimpulan/conclusion
√ Cadangan/recommendation (jika perlu)
PENUTUP
√ Nama dan tangan tangan
EE-021-2:2012-C05/P(3/3) Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO.
Drpd / of : 6

C. ISI KANDUNGAN LAPORAN


1. Bahagian Pengenalan:
a. Header
 Header bagi sesuatu format laporan mengandungi nama, logo serta alamat syarikat
b. Tajuk
 Tajuk bagi kerja penyelenggaraan yang dibuat
c. Spesifikasi Benda Kerja
 Mengandungi maklumat-maklumat mengenai peralatan yang disenggara

atau mengandungi maklumat mengenai kerja yang dilakukan

 Contoh maklumat kerja:

I. Tarikh kerja dibuat

II. Masa kerja dibuat


 Contoh maklumat mesin/peralatan:
I. Jenis peralatan/mesin berserta no sirinya
II. Nama syarikat pengeluar
III. Spesifikasi elektrik peralatan
2. Bahagian Pertengahan:
a. Langkah / prosedur kerja

 Mengandungi gambaran kaedah atau tatacara kerja yang dibuat.

b. Catatan / Nota

 Untuk catatan contohnya peralatan/tool yang digunakan semasa kerja dilakukan

c. Kesimpulan / Conclusion

 Mengandungi maklumat tentang status keadaan peralatan atau status kerja yang
dilakukan

d. Cadangan / recommendation

 Cadangan untuk menambah baik aktiviti kerja yang seterusnya

3. Bahagian penutup:
 Mengandungi tandatangan, nama dan jawatan penyedia laporan
 Juga mengandungi tandatangan, nama dan jawatan pengesah laporan

D. KATEGORI KEROSAKAN DAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL

Borang kerosakan peralatan dan pengesahan baikpulih yang lengkap mempunyai kategori
kerosakan dan keputusan yang akan diambil. Terdapat 5 jenis kategori kerosakan dan keputusan
tersebut iaitu:
i. Boleh dibaiki terus
ii. Boleh dibaiki tetapi perlukan alat ganti
iii. Masih dalam tempoh jaminan
EE-021-2:2012-C05/P(3/3) Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO.
Drpd / of : 6

iv. Perlu dibaiki oleh pembekal


v. Tidak ekonomikal untuk dibaiki

E. CONTOH LAPORAN KESAN KEROSAKAN (troubleshooting report)

GENERAL REPAIRS SDN BHD


Lot B6, Blok B, Kompleks Kilang SME Bank, No. 15, Jalan
Tahana, Kawasan Perindustrian Tampoi,
80350 Johor Bahru.

Date: 12 MAC 2011


EE-021-2:2012-C05/P(3/3) Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO.
Drpd / of : 6

LAPORAN KEROSAKAN: _______________________________________________

Nama Peralatan:
Jenama:
Spesifikasi: Voltan:
Arus:
Kuasa:
Fasa:

Bil Langkah-langkah kerja Keputusan / Kesimpulan

SIMPTOM

Komponen rosak dan jenis kerosakan Kesimpulan

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh

______________________ ______________________
NAMA PENYEDIA LAPORAN NAMA PENGESAH LAPORAN
Jawatan Jawatan

SOALAN / QUESTIONS:

1. Mengapa pentingnya laporan penyelenggaraan?

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
EE-021-2:2012-C05/P(3/3) Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO.
Drpd / of : 6

2. Nyatakan 4 kriteria yang perlu ada dalam format sesuatu laporan?


a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
d. _______________________________________________________________

RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti Hamzah,
Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory, Sixth Edition.
Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai