Model penglibatan ibu bapa, sekolah dan guru sangat penting dan dapat mempengaruhi
pencapaian anak di sekolah.
Ibu bapa adalah pendidik yang paling dekat dan rapat kepada kanak-kanak.
Proses pengajaran dan pembelajaran bermakna akan lebih mantap sekiranya kanak-kanak
turut menerima pengaruh menerusi role model yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Pada
kebiasaannya kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang ‘cakna’ akan mudah menerima
pengajaran guru dengan membuat hubung kait pengalaman pembelajaran yang diberi oleh
ibu bapa dan mereka kebanyakkannya mempamerkan sikap yang positif berada di sekolah.