Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pendahuluan……………………………………………………………………………………..1
2.0 Analisis nilai dan pemikiran pengarang melalui lagu rakyat…………………………...1
2.1 Lagu Kurik Kundi oleh Siti Nurhaliza……………………………………………….1
2.1.1 Pemikiran pengarang melalui lagu Kurik Kundi…………………….2
2.1.2 Nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang dari lagu Kurik
Kundi……………………………………………………………………….2
2.1.2.1 Nilai akhlak ( manusia dengan manusia)……………………3
2.1.2.2 Nilai Tauhid (manusia dengan ketuhanan)………………….4
2.1.2.3 Nilai Murni ( manusia dengan kehidupan)…………………..4
3.0 Burung kenek-kenek oleh Roslan Madun’…………………………………………………5
3.1 Pemikiran pengarang melalui lagu burung kenek-kenek………………………6
3.2 Nilai yang ingin disampaikan daripada lagu burung kenek-kenek…………...6
3.2.1 Nilai tauhid (manusia dengan ketuhanan)…………………………...6
3.2.2 Nilai akhlak ( manusia dengan manusia)…………………………….6
4.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………7
1
Menganalisis nilai dan pemikiran pengarang
1.0 Pendahuluan
Lagu rakyat merupakan satu daripada genre sastera Melayu yang digolongkan ke dalam
kategori sastera Melayu klasik. Menurut Aripin Said (1999), lagu rakyat juga dikenali sebagai
nyanyian rakyat Dikir barat iaitu cabang dari lagu rakyat. Lagu rakyat merupakan warisan
yang berharga. Ia telah menjadi kebanggaan masyarakat sejak terun-temurun kerana
mengandungi pelbagai falsafah dan pemikiran Melayu yang unggul yang menjadi teras
pembentukan identiti Melayu. Dalam keseluruhan lagu rakyat Melayu, setiap satunya
menyimpan khazanah pemikiran Melayu yang cukup bernilai. Lagu rakyat bukan sekadar
sebuah lagu yang mempunyai lirik, melodi dan irama untuk dilagukan, tetapi merupakan
estetika pemikiran meliputi semua aspek hidup dan kehidupan. Dalam lagu rakyat,
merangkumi aspek pemikiran yang mencakupi nasihat, nilai, ajaran, agama, sikap,
pegangan hidup, ilmu, adat, budaya, kasih sayang, jenaka dan hiburan Terdapat pelbagai
bentuk lagu rakyat seperti pantun, seloka, syair, gurindam, bahasa berirama serta bentuk-
bentuk bebas yang lain. Lirik yang digunakan biasanya dalam bahasa dialek mengikut
loghat tempat masing-masing. Irama lagu rakyat amat unik kerana mempunyai kaitan
dengan budaya dan alam sekeliling
2
2.1.1 Pemikiran pengarang melalui lagu Kurik Kundi
Antara pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang tentang lagu ini
adalah bahasa melayu mempunyai banyak loghat bukan sahaja di Malaysia,
malah negara-negara di Nusantara turut mempunyai loghat bahasanya yang
tersendiri. Malah loghat-loghat negeri di Malaysia boleh ditemui di Negara
jirannya, Indonesia. Selain daripada itu, pengarang juga berfikir untuk
menggambarkan budaya dan bangsa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
dan bangsa. Lagu turut memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat di
Negara kita. Melaui itu, beliau menyatakan pemikirannya bahawa kita sebagai
rakyat perlu besyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah Negara yang aman
serta mempunyai kenunikannya yang tersendiri. Pengarang lagu ini juga berfikir
untuk meggambarkan keseragaman adat berbahasa dari negeri Malaysia, yang
digambarkan dalam lagu itu “ kalau tinggi untuk jadi bintang, kalau rendah masih
jadi intan”. Melalui itu, beliau ingin mengajarkan kepada pendengarnya,
terutamanya rakyat Malaysia, untuk mencintai keseragaman budaya negerinya
sendiri sekaligus mengajak untuk melestarikan budaya pantun yang merupakan
kebanggaan seluruh masyarakat melayu terdahulu.
2.1.2 Nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang dari lagu Kurik Kundi
Secara umumnya, nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui
kurik kundi adalah kita perlulah mengamalkan sikap berbudi bahasa kerana
tingkah laku (budi) dan pertuturan (bahasa) seseorang itu sentiasa diperhatikan
dan melambangkan kemurnian dirinya. Walaupun seseorang itu mempunyai
paras rupa yang baik, namun sekiranya tingkah laku dan budi bahasanya buruk,
maka akan dipandang hina oleh masyarakat.
Antara nilai akhlak yan ingin disampaikan oleh pengarang dalam lagu ini
adalah hormat-menghormati. Sehubungan dengan itu, nilai tersebut dapat dilihat
pada rangkap keempat lagu tersebut.iaitu:
Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya
3
Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat
Maksudnya, kita yang tergolong antara masyarakat yang menjunjung budi yang
tinggi perlulah menjaga pertuturan seharian sama ada dengan orang lebih tua
dan dengan masyarakat sekeliling. Jadi, sekiranya, mengetahui cara pertuturan
bersama dengan orang sekitar kita sudah tentu dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan memupuk kesepakatan. Bukan itu sahaja, pada pendapat saya
kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu berpegang teguh pada
nilai bertoleransi dan tidak menunjukkan sifat perkauman agar kita dapat hidup
bersatu padu dengan menjunjung amalan perpaduan.
4
Ada O ada E
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate
Selembut tarian hoi
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan Kuala
Cakap tidak serupe
Jadi, dengan ini pada pendapat saya pengarang menyatakan bahawa sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang kaum kita perlulah menunjukkan kesederhanaan
dan berbudi dengan orang tanpa mengira darjat atau status seseorang dalam
rangkap,
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
5
mengetahui perkara yang kita lakukan, kita hendaklah pantas merebut peluang
yang sedia ada dalam arus kemajuan yang kian pesat, memilih kawan yang baik,
tidak sombong dan bertolak ansur antara satu sama lain, menjadi insan yang
mulia, berbudi bahasa dan berakhlak mulia, patuh dan taat kepada ajaran agama
masing-masing dan patuh, taat kepada orang tua.
Melalui lagu ini pengarang telah sampaikan bahawa sebagai seorang insan yang mulia
perlulah sentiasa bersujud pada tuhan dan meminta kurniaannya untuk hidup sejahtera. Hal
ini berkait rapat dengan konteks ibadat yang menjadi fokus utama bagi melaksanakan
tanggungjawab manusia sebagai khalifah atau hamba-Nya di muka bumi ini. Aspek ini dapat
dilihat menerusi pemaparan bait-bait terakhir lirik lagu Burung Kenek-Kenek ini yang
mengetengahkan amalan dan nilai tanggungjawab manusia kepada Tuhan seperti bersolat
dan menyembah tuhan. Pada pendapat saya melalui dengan itu, kita dapat menghindarkan
manusia daripada melakukan dosa dengan tidak melibatkan diri dalam gejala-gejala negatif.
Justeru, nilai tauhid ini dapat dilihat pada rangkap
Burung kenek-kenek
Pengarang lagu ini juga tidak lupa untuk menyelitkan nilai akhlak dalam lagunya itu.
Melalui itu, pada pendapat saya pengarang telah menyatakan agar patuh kepada kedua ibu
bapa kita yang telah bersusah payah melindungi dan mendidik dan membesarkan kita
menjadi insan yang mulia. Jadi, dengan ini seseorang anak itu hendaklah sentiasa menjaga
adab dan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa mereka. Antara adab yang perlu
seseorang anak itu laksanakan ialah jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana
derhaka kepada kedua ibu bapa adalah suatu dosa besar. Oleh itu, melalui lirik lagu Burung
Kenek-Kenek ini dengan jelas pengarang memaparkan nilai akhlak iaitu sebagai nasihat
agar patuh kepada kedua orang tua. Berikut adalah contoh bait-bait lirik lagu yang
memperlihatkan falsafah dan pemikiran tersebut,iaitu:
6
Burung kenek-kenek
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memahami bahawa nyanyian
rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh masyarakat tradisional masa lalu
yang rata-ratannya bukan sekadar untuk menghibur, tetapi untuk mendidik masyarakat.
Lagu rakyat merupakan warisan yang berharga. Ia menjadi kebanggaan sejak turun
temurun kerana menghadapi pelbagai falsafah dan pemikiran melayu yang unggul yang
menjadi teras pembentukan identiti melayu. Jadi, ia menjadi tanggungjawab rakyat
Malaysia bagi menjaga dan menghayati lagu-lagu rakyat supaya tidak ditelan zaman.
7
BIBILIOGRAFI
Abdullah Hassan. (2011). Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan
Dilan Tuah (2016). Bahasa Melayu dalam Transformasi Pendidikan Negara. Majalah
Dewan Bahasa, Februari 2016. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Haji Abdul Karim (2012). Motivasi dan Hala Tuju Bahasa Melayu. Persidangan
Nik Safirah Karim.(2004). (Bahasa Melayu Sedekad lalu Kuala Lumpur: Dewan
Mahzan Arshad, Idris Mohd Radzi, & Nafii Mat. (2012). Memartabatkan bahasa Melayu:
Mohamed Anwar. (2011). Asal-usul orang Melayu: Menulis semula sejarahnya. Jurnal
Mohd. Rashid Md. Idris. (2012). Teori Falsafah Bahasa. Tanjung Malim:
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8
Lirik lagu kurik kundi
Akar kehidupannya
Chorus
(Pulau Pinang)
9
Lagu tu lagu mana
Mai kita
Ulang *
(Perak)
Ada O ada E
Tutur bahasanya
10
Di lubuk yang mana
Makin dibongkar
Di sini ibunya
Aduhai indahnya
(Negeri Sembilan)
Disambungkan
Minta dikerat
Yo sungguh yo bonar
Muafakat ya tuan
11
Ibu adat di ondeh tidak dilupa
Tak boghodat
Tak bobudi
Tak boghodat
Tak bobudi
Ulang Chorus
(Terengganu)
( Kelantan )
12
Luar napok come
(Sabah)
Membubutlah bayu
Tari sesuku
(Sarawak)
Ulang *
Ulang Chorus
13
Lagu burung kenek-kenek (Roslan Madun)
Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah pada Tuhan
Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama
Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah
Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesan datuk nenek
Bangun pagi-pagi
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab
Lenggang-Ienggang kangkung
Kangkung di tengah rimba
Berair berair kabung
Budak nak makan gula
14
Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung di tepi pagar
Berair berair kabung
Budak nak makan sakar
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong
Burung kenek-kenek
Hinggap pohon kelapa
Pesan datuk nenek
Patuh ibu bapa
15