Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

- sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama antara guru dengan murid.


- murid akan menjalankan tugasan secara berkumpulan dan bergilir-gilir.
- murid perlu mengamalkan etika kerja yang selamat dan bersistematik setiap kali sesi amali
dijalankan.
- murid dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan mereka.
- murid dapat didedahkan kepada pengurusan bengkel dan kecanggihan teknologi masa kini.

Struktur organisasi bengkel


- sesi amali diketuai oleh formen dan dibantu oleh penolong formen.
- formen akan memastikan setiap ahlinya menjalankan tugas.
- kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti menyapu lantai dan membuang sampah, membuka,
menutup, serta membersihkan tingkap, menyusun dan memeriksa alatan tangan serta
membersihkan papan tulis.

Guru Kemahiran Hidup Sekolah

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong
Ketua Kumpulan
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
1. Emilia Izanie 1. Syarifah Nor 1. Badrul Hisham 1. Devi Vitra
2. Ibrahim Razak 2. Ramanathan 2. Lau Chee Nee 2. Kavitta Kaur
3. Tracy 3. Lee Tak Tau 3. Kartini Haslam 3. Nur Aleisyah
4. Lim Ban Chau 4. S. Mahadevan 4. Cynthia Liew 4. Tan Boon Hoon
5. Santockh Singh 5. Osman Bahari 5. Suhaili Said 5. Ahmad Shakir Ali

Langkah keselamatan
Amalan 4M
Membersih
- supaya bengkel bersih, kemas, selesa, dan selamat untuk digunakan.
- murid mesti. menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
- berpakaian kemas.
- baju yang berlengan panjang perlu dilipat dan tudung murid perempuan dimasukkan ke
dalam apron.
- memastikan kuku dan rambut sentiasa pendek untuk memudahkan sesuatu kerja dilakukan.
- kebersihan mental - berfikir secara positif dan bersikap bertanggungjawab dalam melakukan
tugas di bengkel.
- murid mesti tahu kepentingan menjaga keselamatan alatan serta bahan yang berbahaya.
- mesti segera melaporkan kemalangan atau kehilangan alatan kepada guru.
- sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja dan tolong-menolong antara satu dengan
yang lain patut diamalkan.mesin penyedut hampagas dan mesin pemampat udara boleh
digunakan, iaitu jenis kering dan jenis kering dan basah.
- Mesin pemampat udara melakukan pembersihan secara semburan dengan menggunakan
tekanan udara yang tinggi.

Menyusun Atur
- murid menggunakan alatan mengikut kegunaannya dan menyimpan alatan di tempat yang
betul.
- bahan mudah terbakar dan bahan beracun mesti disimpan di tempat yang selamat dan
berkunci.
- tempat penyimpanan mempunyai peredaran udara yang baik dan sentiasa diawasi oleh guru.
- peti pertolongan cemas dan alat pemadam api sentiasa berkeadaan baik dan mudah diambil
apabila diperlukan.

Menilai Diri Sendiri dan Tempat Kerja


- bengkel harus mempunyai pencahayaan yang cukup dan peredaran udara yang baik.
- lantai bengkel perlu sentiasa kering dan tidak berminyak.
- murid hendaklah melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab dan mengamalkan peraturan
bengkel.
- murid perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas serta
cara penggunaan alat pemadam api.
- laporkan sebarang kemalangan kepada guru dengan serta-merta.

Kelas Jenis Kegunaan


Memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain, kertas dan
A air
seumpamanya
Memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak, cat, varnis dan
B buih
seumpamanya
Memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis,
B&C karbon dioksida
transformer dan seumpamanya
Memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan
A, B & C serbuk kering
memadamkan api kelas A, B dan C

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api


(a) Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak
(b) Halakan muncung pemancut ke dasar api
(c) Tekan tugs rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan

Mendisiplin
- Murid mesti mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan, dan keselamatan diri.

Keselamatan Am
- Peraturan keselamatan am dikategorikan kepada keselamatan bengkel, keselamatan diri,
keselamatan alatan dan keselamatan penggunaan elektrik.

Keselamatan Bengkel
1. Langkah keselamatan dalam bengkel perlu diamalkan semasa melakukan kerja amali terutama
ketika menggunakan mesin dan peralatan yang tajam.
2. Pastikan lantai tidak licin serta kerusi disusun kemas selepas
digunakan.
3. Tingkap hendaklah dibuka semasa bekerja dan semua suis ditutup
selepas digunakan.
4. Murid hendaklah melaporkan kemalangan atau kecemasan dengan
segera kepada guru yang bertugas.

Keselamatan Diri
1. Sewaktu berada di bengkel murid mesti memakai apron dan kasut getah.
2. Jangan bergurau, bermain atau mengganggu rakan ketika berada di bengkel.
3. Semasa membawa alatan tangan yang tajam, halakan mata alatan ke bawah. Jangan masukkan
alatan ke dalam poket serta jangan berlari.

Keselamatan Alatan
1. Pastikan tangan anda bersih daripada kotoran, minyak dan gris semasa menggunakan perkakas.
2. Gunakan alatan yang betul untuk tugas tertentu, termasuklah kesesuaian saiz alatan tangan serta
mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.
3. Alatan seperti gergaji tangan hendaklah disimpan dengan betul supaya bilahnya tidak
melengkung dan giginya tidak rosak.
4. Elakkan penggunaan pembaris keluli berdekatan dengan litar elektrik, gunakan pembaris kayu
atau plastik.

Keselamatan Penggunaan Elektrik


1. Pastikan tangan tidak basah sebelum alatan dan perkakas elektrik digunakan.
2. Jika berlaku kejutan elektrik, matikan suis dengan segera.
3. Jangan sekali-kali menggunakan alatan elektrik yang rosak.
4. Jangan terlalu membebankan litar elektrik dengan menyambung banyak perkakas elektrik pada
satu soket.
Etika dan budaya kerja
- Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.

Etika kerja termasuk:


(a) Menepati masa
Murid perlu menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
(b) Bertanggungjawab
Alatan hendaklah disimpan selepas digunakan. Kerja pembersihan bengkel dilakukan
mengikut jadual tugasan yang telah disediakan. Keselamatan bengkel, diri, dan rakan perlu
dititikberatkan.
(c) Amanah
Murid perlu bersikap amanah dalam menjaga harta benda di bengkel.
(d) Patuh
Murid perlu mengikut peraturan bengkel dan arahan guru.

- Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesuatu
organisasi.
- Budaya kerja dapat memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
- Jika amalan ini sudah diterapkan dalam diri, maka murid tidak akan mengalami masalah untuk
mendisiplinkan diri sewaktu memasuki alam pekerjaan kelak.
- Pekerja yang beretika dan baik budaya kerjanya merupakan rakyat cemerlang yang mampu
membangunkan negara.

Anda mungkin juga menyukai