Anda di halaman 1dari 3

KESUKARELAWAN

HNS2032

KUIZ

NAMA : MUHAMAD FARIS BIN MAT JURIT


NO MATRIK : D20171077971
KUMPULAN :A
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD FIRDAUS BIN MD
HAMSIL
Soalan 1

Kes atau isu yang berlaku dan perlu diberikan perhatian ialah kes pembungan sampah
di laut yang berlaku di seluruh dunia. Kes yang berlu ini sudah lama dan sampai hari
ini ia belum dapat diselesaikan.Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis menyeru
supaya kes ini diberi perhatian serius oleh semua pihak. Kira-kira 13 juta tan plastik
dibuang di laut pada setiap tahun.

Soalan 2

Antara faktor yang mengakibatkan pembuangan sampah di laut berlaku ialah sikap
tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sampah ke dalam
laut. Selain itu, orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu
bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah. Kurang pendidikan juga merupakan
antara faktor berlakunya pembuangan sampah ini kerana masih ramai yang belum faham dan
tahu tentang betapapentingnya alam sekitar kepada kehidupan laut. Masyarakat juga tidak
tahu tentang kesan dan akibat dari pembuatan mereka. Selain itu,penguatkuasaan undang-
undang yang lemah dan juga penguatkuasa yang mudah disuap dangan wangdan demi
kekayaan.

Soalan 3

Pada pendapat saya, antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah
meminimumkan penghasilan sampah sarap. Hal ini boleh dilakukan dengan kempen 3R
(Reduce, Reuse, dan Recycle) merupakan pengurusan sampah sisa. Selain itu, pendidikan dan
kesedaran dalam bidang sisa sampah sarap semakin penting dalam menangani masalah ini.
Masyarakat perlu diasuh dari bangku sekolah lagi dan perlu diterapkan dengan jati diri yang
pembersih dan hal ini seterusnya akan mewujudkan persekitaran yang bersih di semua
tempat.

Soalan 4

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi ialah kekurangan ahli sukarelawan dalam
menjayakan program ini. Masyarakat luar memandang enteng terhadap aktiviti sukarelawan
dan. Aktiviti pembersihan sampah memerlukan ramai ahli dan kami terpaksa melakukan
dengan ahli yang sedikit. Walaubagaimanapun, kami tetap berjaya melaksankannya dengan
jayanya. Antara solusi untuk mengatasi hal ini ialah melalui kempem kesedaran. Sebagai
contohnya memberi ceramah dan juga melalui iklan-iklan. Selain itu, boleh jugak terus pergi
ke rumah masyarakat untuk mempelawa masuk program kemasyarakatan yang dianjurkan.

Anda mungkin juga menyukai