Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA

KELAB SISWA BUDAYA


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT,JOHOR.

1. Pengenalan
Penubuhan Kelab Siswa Budaya IPGM Kampus Tun Hussein Onn dibawah Unit Pengajian
Muzik adalah satu kelab yang terdiri daripada pelbagai kelab-kelab kecil iaitu :
 Kelab Live Band
 Kelab Kompang
 Kelab Nasyid
 Kelab Seni Tari
 Kelab Seni Teater
 Kelab Seni Silat Sendeng
Kesemua kelab adalah hasil dari cetusan idea mahasiswa dan mahasiswi yang minat
mendalami aktiviti seni bagi membolehkan mereka merealisasikan kreativiti mereka ke arah
kecemerlangan institut ini.Pendedahan yang diberikan kepada semua guru pelatih ini adalah
bertujuan untuk membentuk insan guru yang berkompetensi tinggi dalam aspek sahsiah, ilmu
pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni dan amalan nilai-nilai
keguruan.Kelab Seni Budaya sentiasa memastikan dapat merealisasikan visi dan misi IPG
Kampus Tun Hussein Onn dalam membentuk insan guru yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2. Objektif
 Memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih mengenai seni dan kebudayaan
secara mendalam.
 Mencorakkan kehidupan kampus dengan aktiviti seni yang berfaedah.
 Melahirkan guru-guru pelatih yang berkebolehan dalam bidang muzik mahupun
seni dan kebudayaan di Malaysia.
 Mencungkil bakat dalam kalangan guru-guru pelatih yang berminat dengan
kesenian dan kebudayaan tempatan.

3.Kehadiran
Mereka yang hadir dalam mesyuarat adalah dalam sekitar 20 orang.Antaranya ialah
penasihat kelab,pengerusi kelab,ahli jawatan kuasa induk dan beberapa ahli kelab
yang lain.

4.Perjalanan Mesyuarat
Sepanjang mesyuarat berlangsung,penasihat kelab iaitu Encik Johar telah
memberikan perangkaan dan perancangan mengenai Kelab Siswa Budaya
ini.Jawatan kuasa kelab dilantik dan dipantau oleh beliau Selain itu,terdapat juga hal-
hal lain yang dibincangkan adalah seperti :
1) Penyediaan takwim aktiviti kelab dari bulan Januari hingga November
2010.(rujuk lampiran 1)
2) Peruntukan sumber kewangan yang akan dibuat melalui kertas kerja
setiap kelab.
3) Rancangan untuk mencari tempat yang bersesuai dengan aktiviti seni
yang akan berjalan.(Balsis atau bilik Muzik)

5.Carta Organisasi Kelab Siswa Budaya


Rujuk lampiran 2 yang disertakan.

Dilaporkan oleh,

----------------------------------------------
(NORAISYAH BINTI NASARUDIN)
Setiausaha
Kelab Siswa Budaya
IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Tarikh : 14 Januari 2010
Lampiran 1

TAKWIM KELAB SISWA BUDAYA BAGI SESI 2010

Bil Tarikh Aktiviti Tempat Sasaran


1 JANUARI Mesyuarat Agong kelab Bilik muzik Ahli-ahli kelab

2 FEBRUARI Aktiviti kesenian Ahli-ahli kelab


-tarian 1) BALSIS
-teater 2) Bilik muzik
-live band 3) Tapak tempat
-kompang letak kereta
-nasyid pensyarah.
4) Masjid
3 MAC Latihan mengikut kelab- *perjumpaan Ahli-ahli kelab
kelab kecil. bergantung pada
AJK kelab masing-
masing.
4 APRIL Malam Seni Budaya Balai Budiman Ahli-ahli kelab

5 MEI Konvokesyen IPGMKTHO Balai Budiman Ahli-ahli kelab

6 JUN Latihan kesenian Bilik muzik Ahli-ahli kelab

7 JULAI Latihan kesenian Bilik muzik Ahli-ahli kelab

8 OGOS Latihan kesenian Bilik muzik Ahli-ahli kelab

9 SEPTEMBER Sambutan Hari Raya Balai Budiman Ahli-ahli kelab


Aidilfitri
10 OKTOBER Jamuan Akhir Tahun Balai Budiman Ahli-ahli kelab
11 NOVEMBER Peperiksaan Akhir

Lampiran 2
CARTA ORGANISASI KELAB SISWA BUDAYA
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT,JOHOR
Penasihat : DR. JOHAR BIN HJ.JONID
(PENSYARAH MUZIK IPGMK TUN HUSSEIN ONN)

Pengerusi : MUNAWWAR ADI PUTRA BIN MUCHTAR


(PISMP SEMESTER 5-PRA)

Naib Pengerusi: RIYAN PROMPRASIT


(PISMP SEMESTER 7-SAINS)

Setiausaha : NORAISYAH BINTI NASARUDIN


(PISMP SEMESTER 1-RBT 2)

Bendahari : FAZLEEN SYAFIKAH BT. MOHAMAD RADZI


(PISMP SEMESTER 7-RBT)

AHLI JAWATAN KUASA :

1. KELAB LIVE BAND-MUHAMMAD ZAWAHIR BIN MUHAMAD RUSLI


(PISMP SEMESTER 3-RBT)

2. KELAB KOMPANG-MOHAMAD AMIR WARDEE BIN KAMIS


(PISMP SEMESTER 1-RBT 2)

3. KELAB NASYID-ABDUL MUNIR BIN ABD.RAHMAN


(PISMP SEMESTER 1-RBT 1)

4. KELAB SENI TARI-NURULAIN HANIS BT. SHAHRUNI


(PISMP SEMESTER 7-SAINS)

5. KELAB SENI TEATER-NORAISYAH BINTI NASARUDIN


(PISMP SEMESTER 1-RBT 2)

6. KELAB SENI SILAT SENDENG-RIYAN PROMPRASIT


(PISMP SEMESTER 7-SAINS)
3. Penutup

Kelab Siswa Budaya diharap akan dapat meningkatkan lagi minat yang mendalam kepada
guru-guru pelatih khususnya untuk menceburi bidang kesenian dan kebudayaan
tempatan.Kegiatan yang dirangka juga dapat memenuhi keperluan institut dalam
pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung di peringkat daerah,negeri,kebangsaan
mahupun dunia dalam aktiviti kesenian ini.

Disediakan oleh:

………………………………………
NORAISYAH BINTI NASARUDIN
Setiausaha
Kelab Siswa Budaya
IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Anda mungkin juga menyukai