Anda di halaman 1dari 10

Assalamualaikum.

Kepada semua rakan rakan dan kenalan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan
Brunei Darussalam.

Adalah saya, Samsuri Bin Talip, yang menggunakan nama sammar1967 didalam
4shared ini, dengan ini memaklumkan bahawa saya akan memadamkan semua
buku yg bukan milik saya dari halaman 4 shared ini. Kulit buku ini sengaja saya
tuliskan dengan nama Tafsir Ibnu Katsir Jilid 20 supaya kalian semua berminat utk
mendownloadnya seterusnya membaca tulisan saya ini.

Buku-buku yang di sebarkan disini, kebanyakannya adalah hasil kerja dari


kampungsunnah.org. Saya membeli buku-buku yg saya downloadkan ini daripada
syarikat mereka tetapi lama kelamaan saya rasa macam ada yang tak kena jadi saya
menghantar email kepada syarikat penerbit asal iaitu Syarikat Sinar Baru
Algensindo (Indonesia), Syarikat Pustaka Azzam (Indonesia) bertanyakan adakah
benar Syarikat kampungsunnah.org mendapat izin dari mereka utk menerbitkan
buku mereka dlm format pdf atau Djvu . Ternyata jawapan mereka sangat
menghampakan. Syarikat pustaka Azzam iaitu penerbit buku Tafsir Ibnu Katsir
dan Kitab Fathul Baari, tidak pernah memberi kebenaran kepada kampungsunnah
utk menerbit , mengedar atau menjual buku mereka dlm format Pdf atau Djvu juga
utk dikongsi secara berleluasa di internet.

Dengan kata lain, Syarikat Kampungsunnah.org telah menciplak atau mencetak


rompak (Bahasa Malaysia) hasil kerja Pustaka Azzam dan mendapat untung secara
percuma hasil kerja orang lain..bagi saya, ini sangat tidak beretika..bayangkanlah
kalau dompet kita di curi orang…samalah hukumnya.

Saya telah menghantar email kepada Syarikat Pusta Azzam (kerana saya turut
membeli buku terbitan mereka dari kampungsunnah) dan Alhamdulillah mereka
memaafkan saya dan saya menyeru kepada semua, bahawa ilmu kalau hendak
dapatkan hasilnya, hendak dapatkan pahalanya disisi Allah swt, maka bukan
dengan merompak hasil usaha pehak lain.. jadi belilah buku yg Aslinya dari
syarikat yang sebenarnya, bukan dari mereka yg mencetak rompak hasil usaha
orang lain.sila lawati laman web syarikat tersebut iaitu di
http://www.pustakaazzam.com dan juga www.griyailmu.com dan dapatkan buku
yag asli dari mereka kerana merekalah yg bersusah payah menerbit buku tersebut
dan jangan beli dari syarikat cetak rompak.

Saya menulis ini bukan kerana saya bekerja dgn Pustaka Azzam atau saya merasa
iri hati dengan keuntungan yg diperolahi oleh syarikat Kampungsunnah, tetapi
semuanya diatas rasa tanggungjawab utk menegakkan yang benar dan atas dasar
dakwah sesama islam.

Sekian, wassalam.

Samsuri Bin Talip


Sammar1967
Melaka, Malaysia.
Antara kitab-kitab yang seharusnya dibaca serta difahami oleh setiap orang muslim ialah

Semestinya kitab Al-Quran dan kemudian itu adalah

1. Kitab Tafsir Al-Quran.


Pilihan kegemaran saya ada 2 iaitu kitab Tafsir Ibnu Katsir dan Kitab Tafsir Al-Munir
keran kedua-dua kitab ini, kurang didapati hadith-hadith daif didalam penafsirannya
apatah lagi hadith mau’dhu, mauquf dll.
2. Kitab Fathul Baari- ianya adalah kitab hadith Shahih Bukhari yang disyarahkan semula
oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-As Qolaani yang merupakan salah seorang ulama fekah
bermazhab Syafi’e. Saya tidak menekankan sangat mazhabnya kerana sama sahaja
apakah dia bermazhab Syafi’e, Maliki, hambali atau Hanafi asalkan ianya sejalan dengan
kaedah Ahli Sunnah Wal Jamaah (disebut juga Salafi) dan bersandar kepada hadith-
hadith sahih, maka bolehlah kita amalkan.
3. Kitab Al-Umm.
Kitab ini adalah kitab fekah yg ditulis tangan oleh Imam Syafie sendiri. Hari ini, kita
mengaku mengikut Mazhab Syafie tetapi kita tidak pernah membaca apa-apa kitab
tulisan tangan beliau sendiri.
4. Kitab Aslu Sifat Solat Nabi.
Kitab ini ditulis oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Bani yang merupakan salah
seorang ulama hadith pada zaman mutakhir ini.Kalau diteliti dengan cermat akan kitab
ini, ianya mengandungi kajian yg mendalam oleh seorang ulama hadith tentang cara-cara
Rasulullah saw sembahyang kerana Baginda bersabda dlm satu hadith “ solatlah kamu
sebagaimana kamu melihat aku solat” maka seolah-olah kita melihat baginda solat
dengan kupasan hadith-hadith sahih dalam kitab ini.
5. Kitab Al-Ibanah.

Kitab ini ditulis oleh Imam Abul Hassan Al-Asy’ari dan ianya membantah fahaman Muktazilah
dan Kulabiyyah iaitu aliran Al-Asy’ariah dlm mazhab tersebut.Beliau telah bertaubat dari
mazhab tersebut dan buku Al-Ibanah ini serta Al-Lumak adalah 2 hasil tulis beliau ygmembantah
Aliran Muktazillah dan Kullabiyyah.
Seandainya kita dapat memiliki serta menghayati lebih-lebih lagi mengamalkan kandungan yang
terdapat dalam semua kitab diatas, insyallah kita semua berada dijalan yang lurus. Kalau
mahukan yg lebih lagi, mungkin perlu bertanya kepada alim ulama yg dipercayai agar dapat
membimbing kita semua ke jalan yg lurus.

Amin.