Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Profesionalisme Guru
BAB 4
Kualiti Guru
Hasil Pembelajaran
Pengenalan
Standard Guru
Malaysia
KUALITI
Standard Kualiti
GURU Pendidikan di
Malaysia
Kepuasan
Kerja
Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju, fungsi warga pendidik
sebagai pemangkin perubahan masyarakat tidak dapat dinafikan. Guru sebagai
arkitek sosial harus melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi
melahirkan pelajar berjati diri luhur, berilmu dan bertaqwa. Justeru, guru
mestilah berjiwa besar dan berilmu kerana tugas “memanusiakan manusia”
sangat kompleks dan mencabar.
Guru berkualiti yang ditugaskan di sekolah harus memastikan keberkesanan
sistem pendidikan kita. Ciri-ciri kualiti seperti berfikiran positif, kemahiran
berkomunikasi, mudah didekati, komited, penyayang dan fleksibel adalah
beberapa kualiti yang wajar dimiliki agar menjadi guru yang berkesan.
Guru berkualiti mesti sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam FPN iaitu dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Selain itu, guru harus memiliki akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas agar
segala tanggungjawab dapat ditunaikan dengan penuh amanah.
Guru berkualiti dapat mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang
menjadi pemangkin ke arah kejayaan agenda pembangunan modal insan dan
pemupukan minda warganegara kelas pertama.
Maka, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pelbagai
inisiatif untuk meningkatkan kualiti guru. Antaranya ialah membangunkan
Standard Guru Malaysia (SGM).
4.2.2 Rasional
Standard Guru Malaysia (SGM) ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional
dengan berkesan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas
dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses
latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi
institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
SGM menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian
Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am
pendidikan tinggi.
4.2.3 Tujuan
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran,
mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi
pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan
perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
(A) Guru
i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri
Misi Nasional
B. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Penentuan Falsafah Pendidikan Guru Guru Modal
Tatasusila Profesion Keguruan Unggul
Standard & Insan
Etika Kerja Kementerian Pendidikan
Keperluan Malaysia
A. Standard
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-
nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif
dan inovatif.
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap
alam sekitar.
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
C. Keperluan
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan
dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan
arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan
penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai
tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang
berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
K3.3
permainan
Organisasi sekolah diurus dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf,
kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah
dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Bagi mencapai maksud ini :
a. Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah,
b. Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan
keselamatan warga sekolah,
c. Kewangan dan aset alih kerajaan diurus untuk memastikan setiap
perbelanjaan memberi pulangan yang optimum,
d. Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan,
e. Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diurus
bagi menyokong peningkatan kualiti pembelajaran,
f. Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan
kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab,
g. Permuafakatan diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan
pelbagai pihak bagi manfaat sekolah, dan
h. Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan
perkembangan sahsiah murid.
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan Hal Ehwal Murid (HEM) diurus
dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi
pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
a. Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, sukan dan HEM,
b. Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran,
c. Program peningkatan akademik murid diurus untuk menyokong
peningkatan prestasi murid,
d. Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan dengan teratur,
e. Peperiksaan awam dan pentaksiran berasaskan sekolah diurus untuk
mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid,
f. Kelab dan persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah,
g. Badan beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan
murid dari segi fizikal, mental dan emosi,
h. Program sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid
secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan,
kemahiran dan pembangunan sahsiah murid,
i. Program sukan untuk kecemerlangan sekolah diurus untuk mengesan dan
memperkembangkan bakat serta potensi murid ke arah peningkatan
pencapaian sukan sekolah,
j. Penilaian diurus untuk mengesan pencapaian murid dalam kokurikulum dan
sukan,
k. Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid,
l. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disediakan untuk membantu dan
membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya
murid, dan
Pada akhir peringkat sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan potensi,
murid hendaklah:
a. Menguasai bahasa Malaysia
b. Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
c. Menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk
berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
Cina atau bahasa Tamil
d. Membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi
pemikiran rasional, kreatif dan kritis
e. Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan
seharian
f. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir
g. Membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri
h. Menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia
i. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
j. Memahami dan menghargai budaya
k. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi
l. Mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri
m. Menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti
Standard 1 Kepemimpinan
Standard 2 Pengurusan Organisasi
Standard Standard 3 3.1 Pengurusan Kurikulum
Pengoperasian
3.2 Pengurusan Kokurikulum
3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Standard
Kemenjadian 5.1 Kemenjadian Akademik
Standard 5 5.2 Kemenjadian Kokurikulum
5.3 Kemenjadian Sahsiah
STANDARD ASPEK
Standard 1: 1.1 PGB sebagai Peneraju
Kepemimpinan 1.2 PGB sebagai Pembimbing
1.3 PGB sebagai Pendorong
Standard 2: 2.1 Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Organisasi 2.2 Pengurusan Aset
2.3 Pengurusan Kewangan
2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan
2.5 Iklim
2.6 Pengurusan Perpaduan
2.7 Permuafakatan Strategik
Standard 3:
Pengurusan Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal
Murid
3.1 Pengurusan Kurikulum 3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran
3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional
3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid
3.2 Pengurusan Kokurikulum 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
3.2.2 Pengurusan Kelab/Persatuan
3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform
3.2.4 Pengurusan Sukan/Permainan
3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan
Kokurikulum
3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua
3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
3.3 Pengurusan Hal Ehwal 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Murid 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid
3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid
3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
Standard 4: 4.1 Guru sebagai Perancang
Pembelajaran dan 4.2 Guru sebagai Pengawal
Pemudahcaraan (PdPC) 4.3 Guru sebagai Pembimbing
4.4 Guru sebagai Pendorong
4.5 Guru sebagai Penilai
4.6 Murid sebagai Pembelajar Aktif
Standard 5: 5.1 Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid 5.2 Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
5.3 Kemenjadian Sahsiah Murid
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan
keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk
meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.
2.1.1: Sumber manusia diurus secara Buku Panduan Tugas Guru dan Anggota
sistematik dan terancang. Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahunan
Carta Organisasi Induk
Surat perlantikan tugas staf
Buku Pengurusan Sekolah Tahun
Rekod Prestasi Kerja Guru dan AKP
ASPEK 2.2: PENGURUSAN ASET Buku Panduan Pengurusan Aset & Stor
Rekod / laporan verifikasi aset dan stor
2.5.2: Suasana yang selesa dan Buku Peraturan dan panduan staf/ murid
harmoni diwujudkan secara sistematik Program peningkatan keakraban/
dan terancang. semangat kesepunyaan
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan
berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap
berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan
pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Kepuasan kerja ialah keadaan emosi yang positif disebabkan oleh penghargaan
seseorang pekerja terhadap pengalaman berkaitan kerjanya (Demirtas, 2010).
Dalam bidang pendidikan, kepuasan kerja boleh ditakrifkan sebagai sikap dan
emosi guru terhadap persekitaran kerja guru dan jangkaan serta pegangan nilai
mereka terhadap profesion itu.
Para guru wajar memahami faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja
mereka disebabkan tugas guru yang semakin kompleks dan mencabar serta
Bagi majikan: Majikan ingin mendapat yang terbaik daripada para pekerja
kerana perkerja yang berpuas hati akan menyumbang lebih lagi kepada
organisasi dan membantu pertumbuhan organisasi.
Saya suka/tidak
Penilaian
suka kerja saya
Tugas saya
Kepuasan Kognitif mencabar dan
Kerja menarik
Saya boleh
Perlakuan diharapkan dan
gigih
Berpuas hati
Tidak berpuas hati Berpuas hati
tetapi tidak
dan demotivasi dan bermotivasi
bermotivasi
Dasar syarikat
Kualiti penyeliaan Pencapaian
Hubungan Kemajuan kerjaya
interpersonal Pertumbuhan peribadi
Kehidupan peribadi Minat kerja
Kadar gaji Pengiktirafan
Keselamatan kerja Tanggungjawab
Persekitaran kerja
Faktor motivator dan hygiene tidak bersandaran antara satu sama lain. Pekerja
berpuas hati jika wujud motivator yang merangsang rasa pencapaian dan sikap
positif terhadap kerja. Namun, ketiadaan faktor ini tidak semestinya menyebabkan
pekerja tidak berpuas hati kerana faktor ini hanya menghasilkan sikap neutral.
Penunaian
Ketidakpuasan Kepuasan
Komitmen
Pekerja Pekerja
Keterlibatan
Jika faktor di sebelah kiri dipenuhi, ketidakpuasan kerja dapat diatasi namun,
pekerja tidak semestinya berpuas hati kerana mereka berada di tengah-tengah
skala dan bersikap neutral.
Tahap kepuasan kerja semakin meningkat jika faktor di sebelah kanan dipenuhi.
Kemajuan
Kerjaya
Gaji Keseimbangan
Lumayan
Kepuasan
Kerja
Kestabilan
Cabaran
Kerja
Pengiktirafan
Kepuasan kerja penting bagi guru untuk memastikan pengekalan mereka dalam
profesion ini. Jika kepuasan kerja wujud, guru lebih bermotivasi memberi
pembelajaran berkualiti kepada murid.
Bagi Ostorf (1992), sebuah organisasi akademik dengan kakitangan yang berpuas
hati adalah lebih efektif berbanding dengan yang mempunyai kurang kakitangan
sedemikian. Menurutnya, kepuasan kerja guru berkait secara signifikan dengan
pencapaian akademik pelajar.
Namun, jika berlaku ketidakpuasan kerja maka stress dan penarikan diri seperti
ponteng kerja, leka dan kekerapan cuti sakit akan kerap terjadi (Rane, 2011).
Dalam profesion keguruan, realitinya setiap penjawat awam harus akur dengan
setiap pekeliling daripada pihak atasan yang sering berubah mengikut keperluan
semasa (Yusof, Aminuddin & Cheng Chuan, Chun, 2011). Perubahan ini
mempengaruhi guru secara negatif seperti yang diakui sendiri oleh Mc Cormick &
Solman (1992) bahawa autoriti birokrasi menyebabkan tekanan yang amat tinggi
kepada guru. Kajian mereka mendapati 31% guru menghadapi tekanan akibat
urusan berkaitan organisasi sekolah.
Faktor-faktor kepuasan kerja guru sama ada intrinsik atau ekstrinsik dapat
dirumuskan kepada kategori-kategori berikut;
a) Keseronokan mengajar
Tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan guru merupakan pengaruh
intrinsik penting. Jika hasil daripada pelaksanaan tugas memberikan kepuasan
kepada guru, maka bidang kerja itu sendiri menjadi ganjaran terbaik kepada
guru.
Faktor intrinsik seperti pengiktirafan oleh pihak sekolah, kejayaan murid dan
penglibatan guru dalam penentuan keputusan pengurusan sekolah adalah
faktor motivator kepuasan kerja guru. Apabila guru merasakan tugas
pengajaran mereka adalah menarik, diiktiraf dan dihargai pihak atasan,
produktiviti sering kali meningkat.
Segala pengumpulan dan perolehan data sekolah, guru dan murid hendaklah
diambil daripada sumber data sedia ada yang terdapat di dalam sistem-sistem
yang diperaku dan digunapakai oleh semua pihak di KPM.
Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod
kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual
Kedatangan Murid.
Bagi sekolah yang tiada kemudahan capaian internet, kehadiran murid boleh
direkod secara manual dalam Jadual Kedatangan Murid.
Pihak sekolah mesti mengenal pasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran
untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta
menyediakan intervensi (pemulihan) yang bersesuaian di peringkat sekolah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 di sekolah
rendah termasuk Murid Keperluan Khas (MBK) digantikan dengan pentaksiran
yang lebih objektif dengan melihat kepada perkembangan murid secara lebih
menyeluruh dan berterusan termasuk amalan nilai-nilai murni yang berbentuk
rutin harian.
Guru yang berkualiti dan berkompetensi dalam pelaksanaan kerja buat mereka
dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan negara.
KPM beriltizam tinggi dengan pengenalan Standard Guru dan Standard Kualiti
Pendidikan supaya matlamat tersebut tercapai.
Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard
Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat
memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Namun, isu berkaitan kepuasan atau ketidakpuasan kerja guru juga harus dititik
beratkan agar pengekalan guru berkualiti tinggi dan berkemahiran dalam sistem
pendidikan negara akan dapat dipastikan.
Cadangan Aktiviti :
1 Perbincangan:
Standard 4 dalam Dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia menyebut
tentang kepentingan merancang pengajaran untuk memperkembang potensi
pelajar ke peringkat yang optimum.
Bincangkan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seorang guru dalam
merancang pengajarannya.
2 Standard kualiti guru dibentuk dan didokumenkan berdasarkan beberapa
faktor dan seharusnya menepati kehendak pelanggan. Berdasarkan cadangan
rujukan yang dikemukakan, nyatakan persamaan dan perbezaan antara
kedua-dua standard yang dikemukakan.
Rujukan:
i. https://www.thecommonwealth-educationhub.net/wp-
content/uploads/2016/06/Quality-Standards-in-Education-Summary-June-
2016.pdf
ii. http://vbr.i9e.co/wp-content/uploads/sites/31/2016/03/VSBoE-Education-
Quality-Standards.pdf
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 2019 147
3 Perbincangan:
“ Ehsan seorang murid Tahun 6 didapati seringkali ponteng sekolah. Anda
sebagai guru kelas Ehsan telah merujuk kepada kaunselor dan Penolong
Kanan HEM tentang Ehsan. Hasil lawatan kaunselor mendapati kehidupan
mereka sekeluarga sangat daif. kedua ibubapa Ehsan sakit dan tidak dapat
mencari nafkah. Sebagai anak lelaki sulung, Ehsan terpaksa bekerja untuk
menyara ibu bapa dan adik-adiknya yang masih kecil. Ehsan bekerja dengan
mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan berhampiran rumahnya. Ibu
bapa Ehsan berpendapat bagi keluarga ini memenuhi keperluan asas lebih
penting dari pendidikan”. Ehsan juga menyatakan hasratnya untuk berhenti
dari sekolah.
b) Sebagai seorang guru yang prihatin dan sedar akan ikrar guru dalam
Tatasusila Profession Keguruan iaitu “i. tanggungjawab terhadap pelajar”,
ii. tanggungjawab terhadap ibubapa, iii) tanggungjawab terhadap negara.
Cadangkan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang
dapat anda ambil untuk membantu Ehsan.
Soalan i-THINK:
4 Aktiviti Berkumpulan: Bentukkan sekumpulan 3-4 orang, bincang dan
terangkan kepada kelas perkara berikut dengan menggunakan Peta i-THINK
yang sesuai.
Standard Guru Malaysia adalah dokumen yang diguna pakai dari masa ke
semasa dalam menentukan tahap profesionalisme guru seperti yang
termaktub dalam buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2012).
2 Teori Dua-Faktor Herzberg et al. (1957) mempunyai dua konstruk iaitu motivator
dan hygiene.
Terangkan faktor motivator dalam teori ini.
Jawapan:
Teori Dua-faktor Herzberg et al. (1957) mempunyai dua konstruk iaitu motivator
(faktor intrinsik) dan hygiene (faktor ekstrinsik). Persepsi pekerja bahawa kerja
mereka menyeronokkan adalah satu bentuk kepuasan kerja intrinsik yang
memberi makna bahawa bidang kerja itu sendiri memberikan kepuasan dan satu
ganjaran terbaik kepada mereka. Misalnya, jika pengajaran guru mampu
merangsang minda pelajar serta membina perwatakan positif pelajar, rasa
kejayaan ini memberi kepuasan kerja kepada guru berkenaan. Cabaran tugas
dan ganjaran yang terhasil menjadi katalis kepada rasa pencapaian dan sikap
positif guru terhadap kerjaya mereka.
2 Guru yang mendapat kepuasan kerja akan menzahirkan iltizam tinggi ke arah
kecemerlangan kerjaya dan berkecenderungan kekal dalam profesionnya.
Huraikan kesan-kesan yang mungkin dihadapi oleh sistem pendidikan negara jika
para guru memilih untuk keluar daripada kerjaya ini berikutan ketidakpuasan
kerja.
Jawapan:
Kepuasan kerja guru bermaksud sikap individu tentang persekitaran kerja serta
pegangan nilai dan jangkaannya terhadap kerja itu. Dengan terjelmanya
kepuasan di tempat kerja, para guru lebih terangsang, berlakunya peningkatan
produktiviti dan prestasi kerjanya yang seterusnya meningkatkan kualiti
pembelajaran dan prestasi murid. Banyak kajian menunjukkan bahawa jika
tugas-tugas yang dilaksanakan memberikan kepuasan, mereka
berkemungkinan besar akan berkekalan dalam profesion mereka.
Abdul Ghani Abdullah. (2011). Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abdul Ghani, How Lee Chan, K.Shoba & Bazrulzaman Baharom (2005). Konsep dan
perlaksanaan sekolah bestari di Malaysia dalam Seminar Pendidikan 2005. Skudai: Fakulti
Pendidikan UTM.
Abdul Ghani Kanesan Abdullah & K. Ananda Kuppan (2009). Pengaruh kepemimpinan
transformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16.
Abdul Kudus Abu Bakar. (2000). Kepimpinan transformasi: Hubungannya dengan kepuasan kerja
dan motivasi guru. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Amin Senin. (2018). Melangkah Ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses daripada
https://www.moe.gov.my/images/KPM/BPG/Sumber/Penerbitan/Melangkah%20ke%20Hadapan%20
pdf.pdf
Bahari Mat (1997). Kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di FELDA
JENGKA. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Barnett, K. & McCormick. 2003. Vision, Relationships, And Teacher Motivation: A Case Study.
Journal of Educational Administration. Vol. 41, Iss. l,pg. 55,19pgs
Bass, B. M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: The Free Press.
Bass, B. M., & Bass, R. (2008). The Bass handbook of Leadership: theory, research, and
managerial applications. New York: Free Press.
Brooks, J.G. & Brooks, M.G.(1993). In Search of Understanding: the Case for Constructivist.
Classrooms, Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Cooper H, Good T. (1983). Pygmalion grows up: Studies in the expectation communication
process. New York: Longman.
Demirtas Z. (2010). Teacher's job satisfaction levels. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9,
pp. 1069-1073. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/publication/251713327_Teachers'_job_satisfaction_levels
Dick, W. & Carey, L. (1996). The systematice design of instruction, 4 Ed., Harper Collins. New
York.
Dr. Katie Amaral & John Shank.(2010), Enhancing Student Learning and Retention with
Blended Learning Class Guides. Educause Review, 33, no.4.
Fazura Mohd Noor. (2011). Faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guru-guru : kajian di
sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur. Tesis sarjana, Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Flipped Learning Network (FLN). (2014). The Four Pillars of F.L.I.P. Diakses daripada
www.flippedlearning.org/definition
Fullan.M. (2007). Educational Leadership. (2nd ed.). San Francisco: John Wiley & Sons, Inc.
Frost, D., & Durrant, J. (2002). Teachers as leaders: Exploring the impact of teacher-led
development work. School Leadership and Management, 22(2), 143-161.
Herzberg, F., Mausner, B., Peterson, R.O., & Capwell, D. F. (1957). Job attitudes: Review of
Research and Opinion. Pittsburgh, PA: Psychological Service of Pittsburgh.
Holmes, B. & Gardner, J.(2006). E-learning: Concepts and practice. London : SAGE
Publications.
Inc Alma, Buchari.(2005). Pemasaran Stratejik Jasa Pendidikan. Bandung: Alfabeta Brubacher.
International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) (2012), Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS).
Ishak, Mohamad & Sabilan, Sapie & Mohamed Lip, Suhana. (2012). Kepuasan Kerja Guru-Guru
Agama Sekolah Rendah Agama (Sra) Jabatan Agama Islam Selangor. Jurnal Pendidikan dan
Pengajian Islam 2231-8291. 1. 184 - 218. Diakses daripada
http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-content/uploads/2013/12/JPPPI_v1_7.pdf
John S. (1977). On The Philosophy Of Higher Education. San Francisco: Jossey Bass, Publisher.
Stanton, William J, et.al. 2002. Fundamentals of Marketing, 10-Edition, Singapore: Mc
Graw-Hill International.
Kamaruzaman Jusof & Khairul Azhar Mat Daud (2010). Motivating Students
Using Project Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. World Applied Science
Journal. 8(9),1086-1092
Khair bin Mohamad Yusof. (2007). Latihan berorientasikan pertumbuhan untuk pemimpin
pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Kizlik, R.J., (2011). Education Information for New and Future Teachers; Tips on Becoming a
Teacher. Diakses daripada
http://www.adprima.com/tipson.htm
Kotler, & Gery Armstrong (2004). Marketing An Introduction. Third Edition. New Jesrey:
Prentice-Hall,
Lia Indah Ahmad & Ruslin Amir (2018) Tekanan dan Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru
Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Kemanusiaan PASAK3 2018 Gombak: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Lim, T.S. (1995). Kepuasan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
di negeri Kelantan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Malakolunthu. (1994). A study of teacher stress and its correlates. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Maszlee Malik.(2019). Kerana guru bukan kerani. Portal Malaysiakini (Diterbitkan 15 Jan 2019).
Diakses daripada
https://www.malaysiakini.com/columns/460262
McCormick, J. and Solman, R. (1992). The externalised nature of teachers' occupational stress and
it's association with job satisfaction, Work & Stress, 6, 1, 33-44.
McEwan, E.K., (2002). 10 Traits of Highly Effective Teachers: How to Hire, Coach and Mentor
Successful Teachers. Thousand Oaks, CA:Carwan Press.
Mackie, J.L.(1977). Ethics: Inventing Right and Wrong. New York: Penguin Books.
Mohamad Muda.(1998). Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan menghadapi Alaf Baru. Kuala
Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf
Mohd. Majid K., et al. (2012). Penilaian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sistem
Pendidikan Negara. Kumpulan Penyelidik Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Mohd Salleh Lebar. (1998). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan. Batu
Caves: Thinker’s Library.
Jacques.M. (2003). Importance of Teaching Profession. Policy Research Working Paper Series
3023. IDEAS.
Mortimore, P. (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Kertas kerja Seminar Sekolah
Efektif. Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Norhazwani Hassan & Jamalullail Abdul Wahab.(2017). Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru di
Sekolah Menengah Zon Bangsar. Seminar Serantau ke-8 Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia
Office of the National Education Commission. (2004). Monitoring report on school-based training
for in-service teacher development. Bangkok: Ministry of Education. Diakses daripada
http://backoffice.onec.go.th/uploaded/Category/EngBook/StrategyforSuccessofThaiLearning-04-03-
2011.pdf
Partnership for 21st Century Skills. (2007). Learning for the 21st Century: A Report and Mile
Guide for 21st Century Skills. Diakses daripada http://www.p21.org/downloads/P21_Report.pdf
Pengumuman PPSR, termasuk keputusan UPSR 2017 Khamis ini. (2017, November 11).
ISMAWeb. Diakses daripada:
https://www.ismaweb.net/2017/11/21/pengumuman-ppsr-termasuk-keputusan-upsr-2017-khamis-ini/
Rane, D.B. (2011). Employee job satisfaction: An essence of organization. Diakses daripada
https://iupindia.in/711/HRM%20Review/Employee%20Job%20Satisfaction.pdf
Rasidi Sidik. (2009). Inovasi dan Kreativiti dalam Pendidikan. Diakses daripada
http://www.mudahbelajar.com
Reilly, P., & Kasperski, D. (2016). Teacher Leadership and the Evolution of Education: Teachers
Leading Change for Student Success. Journal for Success in High-Need Schools, 12 (2).
Rozainum Ahmad. (1997). Kepuasan kerja guru-guru sekolah menengah di daerah Seremban.
Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Suffaen Husin.(1996). Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sufean Husin. (2002).Inovasi dasar pendidikan: perspektif sistem dan Organisasi. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Suranna, K. J., & Moss, D. M. (2000). Perceptions of teacher leadership: A case study of Inservice
elementary school teachers. Kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan : the
American Educational Research Association. New Orleans.
Syed Ismail & Ahmad Subki .(2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
The Pennsylvania State University. (2010). Job satisfaction: Do I like my job? Work attitudes and
motivation. The Pennsylvania State University; World Campus.
The W. Edwards Deming Institute (2015) The History and Evalution of The PDSA Cycle
Tillman, W. R. & Tillman, C. J. (2008) And you thought it was the apple: A study of job
satisfaction among teachers. Academy of Educational Leadership Journal, 12(3), 1-18.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2012), The
Malaysia Education Policy Review.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam seminar pendidikan nasional peringkat negeri Pulau Pinang, pada 18
Sept 1993 di Dewan Sri Pinang.
Waldman, D., Bass, B. M., & Yammarino, F. J. (1990). Adding to Contingent-Reward Behavior:
The augmenting effect of charismatic leadership. Group and Organization Management,
15(4), 381-394.
Yukl, G. A. (2012). Leadership in organizations (8th Ed.). Upper Saddle River Pearson.
Yusof, Aminuddin & Cheng Chuan, Chun. (2011). Tekanan kerja dan kepuasan kerja di kalangan
guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Kuala Lumpur. Seminar Majlis Dekan
Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Universiti Putra Malaysia, Volume: 1. Diakses daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00006162_153459_64797.pdf
Zaidatol A.L.P. et al. (2011). Penilaian Sistem Pendidikan Negara, Pengurusan dan Pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Serdang: Universiti Putra Malaysia
Zakaria K. et al. (2011). Penilaian Sistem Pendidikan Negara: Sumber Manusia. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zimmerman, R.D. (2010). Born to burnout: A meta-analytic path model of personality, job
burnout, and work outcomes. Journal of Vocational Behavior, 76,487-506.