Anda di halaman 1dari 15

EDUP2132

PROFESIONALISME KEGURUAN
MR. JAMES GEOFFEREY W.MOLIJOH

Menganalisis 3 jenis


MUHAMMAD LUQMAN BIN MANSOR
NOR ALFAIZIE BINTI MOHD ANNUAL
akauntabiliti guru yang
• AFZAN HANIS BINTI MAZLAN paling dominon dan
• WAN NOOR SYAZWANI BINTI WAN
NOOR HISHAM bermasalah dalam
profesionalisme
keguruan.
AKAUNTABILITI
• 1. Akauntibiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya.
• 2.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akauntibiliti didefinisikan sebagai
sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi
yang diperlukan.

• 3. Ini bermakna akauntibiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan yang
bakal kita laksanakan.
• 4. Tanggungjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang
diarahkan mengikut peraturan -peraturan yang telah ditetapkan.
• 5. Jadi, dapat disimpulkan bahawa akauntabiliti bermaksud menjalankan
tugas yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai objektif yang
telah oleh pihak tertentu.
AKAUNTABILITI
• 6. Secara umumnya, akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang – undang dan
peraturan yang telah ditetapkan.
• 7. Akauntabiliti boleh dianggap sebagai amanah yang telah diberikan
kepada individu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak
ketiga.
• 8. Betapa pentingnya akauntabiliti terhadap sesuatu profesion bagi
memastikan objektif sesuatu bidang dapat dicapai dengan jayanya.
• 9. Tidak mengejutkan sekiranya objektif sesuatu profesion tidak dapat
dicapai sekiranya ahli dalam profesion tersebut tidak mengamalkan
profesion ini dengan baik dan jujur.
AKAUNTABILITI
KEGURUAN
❖ Dari konteks keguruan, akauntibiliti boleh dirumuskan sebagai
bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
❖ Akauntibiliti keguruan bermakna tanggugjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seorang guru. Sebagai contoh melaksanakan aktiviti
kurikulum dan kokurikulum, patuhi prosedur kerja, hayati etika kerja dan
laksana tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi.

❖ Akauntibilti seorang guru telah merangkumi tanggungjawab guru terhadap


murid, diri sendiri, sekolah, ibu bapa, masyarakat, negara dan sebagainya.
3 JENIS AKAUNTABILITI
GURU PALING
DOMINAN

AKAUNTABILITI KEPADA DIRI

AKAUNTABILITI KEPADA
PELAJAR

AKAUNTABILITI KEPADA IBU


BAPA
AKAUNTABILITI
KEPADA DIRI
Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah
bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta beriku adalah
penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri.
✓ Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan
sempurna
✓ Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa
✓ Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan.
✓ Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
✓ Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa dan elektronik
✓ Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan akrtiviti berfaedah pada masa
lapang
AKAUNTABILITI
7

KEPADA DIRI PERMASALAHAN


EMOSI GURU

Aspek pengalaman mempunyai perkaitan yang rapat dengan kecerdasan


emosi. Seorang guru yang mempunyai pengalaman positif dalam dunia
pekerjaan dan persekitaran, biasanya dapat mengawal emosi dengan
lebih baik berbanding dengan guru yang masih kurang berpengalaman
dalam dunia pekerjaan.

Sebanyak 4.4 peratus atau 2,123 daripada 48,358 guru dikenalpasti


mengalami stres tahap sederhana tinggi pada tahun 2017
Punca guru stress adalah disebabkan komitmen kerja yang tinggi.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2
018/08/467001/44-peratus-guru-stres
AKAUNTABILITI
KEPADA DIRI
• Menurut kajian daripada Dr. Mohd Aderi daripada
Universiti Pendidikan Sultan Idris, tahap kemahiran
guru Pendidikan Islam dalam KBAT berada pada
tahap yang sederhana.

• Ini akan memberikan kesan kepada proses


pelaksaaan pengajaran dan pembelajaran
seterusnya memberi kesan kepada pelajar.
PERMASALAHAN
• Guru perlu bertanggungjawab dengan diri sendiri KEMAHIRAN
iaitu berusaha menambah ilmu pengetahuan GURU
berkaitan bidang yang diajar dan sentiasa mencari
maklumat-maklumat Pembelajaran Abad ke-21

https://www.researchgate.net/publication/341250801_Tah
ap_Pengetahuan_Dan_Kemahiran_Guru_Pendidikan_Isl
am_Terhadap_Penerapan_Kemahiran_Berfikir_Aras_Ting
gi_KBAT_Dalam_Pengajaran
9

AKAUNTABILITI
KEPADA PELAJAR

• Mengutamakan kemajuan, • Nilai kesantunan perlu ada dalam diri setiap guru
kebajikan dan keselamatan murid- kerana merupakan ‘role model’ yang menjadi contoh
murid berbanding hal-hal lain dan teladan kepada murid-murid
• Bersikap adil terhadap murid-murid
tanpa mengira bangsa, agama,
faktor jasmani, emosi, mental, • Selain menjadi rol model kepada murid,
politik, social dan sebagainya keperluan mempunyai nilai kesantunan tingkah laku
dalam diri seorang guru juga adalah supaya tidak
berlakunya pelanggaran kod etika keguruan.
AKAUNTABILITI
KEPADA PELAJAR

Sebuah artikel daripada


sumber akhbar Sinar
harian bertarikh 11 Julai
2014 bertajuk “Cikgu Naik
Angin Baling Kasut” yang
dikarang oleh Nurulatiq
Ahmad Bandi
membuktikan bahawa
seorang guru telah
melakukan perbuatan yang
menyalahi etika perguruan.
AKAUNTABILITI
KEPADA PELAJAR
❖ Laporan isu ini menyatakan guru melanggar kod etika keguruan kerana mendatangkan
kecederaan kepada muridnya
❖ Perbuatan ini jelas bertentangan dengan akauntabiliti keguruannya terhadap murid
❖ Guru ini tidak mempunyai sifat santun dan seharusnya menegur perbuatan muridnya
dengan lebih berhemah
ANALISIS KRITIKAL ISU GURU ‘NAIK ANGIN’
❖ Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ‘naik angin diertikan sebagai
ketidakkawalan diri kerana terlalu marah. Apabila seseorang guru ‘naik angin’, keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa guru tidak dapat mengawal emosi marahnya.
PUNCA ‘NAIK ANGIN’ KEPADA MURID
❖ Menurut kenyataan yang dibuat oleh Dunham dan Varma (1998) dalam Noriati et. al
(2010), tekanan dihadapi berpunca daripada ketidakmampuan guru mengawal displin
dalam bilik di sekolah.
❖ Gangguan emosi guru boleh juga dikatakan sebagai salah satu punca.
❖ Emosi yang tidak stabil boleh terhasil apabila guru tidak mencapai akauntabiliti kepada
diri. Maka, berlaku akauntabiliti kepada pelajar yang mana guru merasa kecewa, rasa
putus asa dan akhirnya guru bertindak di luar kawalan kerana berasa tercabar apabila
murid ingkar arahannya
AKAUNTABILITI
KEPADA PELAJAR
IMPLIKASI

❖ Tindakan di luar kewarasan guru akan memberikan kesan terhadap murid


yang dicederakan termasuklah trauma dan hilang motivasi untuk ke
sekolah
❖ Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa murid terbabit terhadap guru
sebagai penyampai ilmu terjejas.
❖ Murid-murid lain juga berasa takut untuk mengikuti kelas yang
dilaksanakan guru terbabit

❖ Hubungan guru dan murid yang menjadi renggang


AKAUNTABILITI
KEPADA IBUBAPA
• Guru telah diberi amanah oleh pentadbiran sekolah dan ibubapa untuk
melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab agar dapat melahirkan anak-anak
yang berguna kepada ibubapa, masyarakat dan negara.

• Oleh itu, guru perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan ibubapa agar proses
pengajaran dan pembelajaran serta pemantapan sahsiah murid-murid dapat
dilaksanakan.

• Namun, pada masa kini, hubungan erat antara ibu bapa dan guru ini dilihat semakin
tidak dititikberatkan malah terdapat ibubapa yang tidak menghormati guru dan
bertindak memalukan guru di hdapan murid-murid dan disebarkan di media sosial.
Terdapat juga ibubapa yang memarahi guru kerana telah menghukum anak mereka
atau kerana memberikan kerja sekolah yang banyak kepada anak mereka.
AKAUNTABILITI
KEPADA IBUBAPA
IBU PAKSA GURU
MERANGKAK
• Laporan akhbar Harian Metro pada 25 Februari 2020 telah
memaparkan bahawa seorang ibu telah menerjah masuk
ke dalam kelas anaknya untuk bertemu dengan seorang
guru dan telah meminta guru tersebut merangkak.
Perbuatan itu juga telah dirakam dan tersebar dalam media
sosial yang telah ditonton oleh pengguna-pengguna media
sosial.

• Perbuatan ini menunjukkan bahawa sifat hormat terhadap


guru semakin pudar pada masa kini serta hubungan yang
tidak erat antara guru dan ibubapa sehingga berlakunya
insiden seperti ini.

(https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/548259/ibu-
paksa-guru-merangkak )
AKAUNTABILITI
KEPADA IBUBAPA

GURU CABUL MURID


• Guru merupakan pengganti ibubapa kepada murid ketika di
sekolah. Oleh itu, guru berperanan untuk mendidik serta melindungi
murid-murid ketika sesi persekolahan berlangsung.

• Namun, pada masa kini terdapat banyak kes yang melibatkan guru
mencabul murid-muridnya. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar
Sinar Harian pada 21 Mac 2019, seorang guru telah dijatuhkan
hukuman penjara kerana disabitkan kesalahan mencabul tiga orang
muridnya.

• Perbuatan seperti ini telah menjatuhkan maruah profesion


keguruan dan melanggar etika perguruan serta melanggar
akauntabiliti guru untuk menjadi ibubapa kepada murid di sekolah.

(https://www.sinarharian.com.my/article/19333/BERITA/Mahkamah/Guru-
cabul-tiga-murid-lelaki-berdepan-penjara-110-tahun )