Anda di halaman 1dari 23

EDUP2132

PROFESIONALISME KEGURUAN
MR. JAMES GEOFFEREY W.MOLIJOH

MUHAMMAD LUQMAN BIN MANSOR

NOR ALFAIZIE BINTI MOHD ANNUAL

AFZAN HANIS BINTI MAZLAN

WAN NOOR SYAZWANI BINTI WAN NOOR HISHAM


PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS
INSAN DAN KEWARGANEGARAAN
 Pengenalan
 Aspek Pengetahuan
 Aspek Kemahiran Berfikir
 Aspek Kemahiran Memimpin
 Aspek Etika dan Kerohanian
 Aspek Pembentukan Identiti Nasional
 Aspek Patriotisme
 Kesimpulan
PENGENALAN
● Sistem Pendidikan telah mengalami transformasi. Guru pada masa kini lebih banyak
berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan.
● Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu
bentuk cabaran dalam profesion perguruan.
● Adalah menjadi kewajipan bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini
sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan
dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat
supaya tuntutan dalam transformasi kurikulum dapat dicapai.
● Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek
profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan
kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .
● Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) sebagai
satu lonjakan kepada perubahan terkini dalam sistem pendidikan di Malaysia.
● Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama , seperti yang berikut , iaitu :
 Pengetahuan (murid yang berpengetahuan)
 Kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir)
 Kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin)
 Kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa)
 Etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi
 Identiti nasional (murid yang mempunyai identiti kebangsaan)

● Guru merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat tersebut. Guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua
hasrat tersebut.
ASPEK PENGETAHUAN
● Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut
oleh PPPM .
● Untuk membina pengetahuan yang tinggi dan mendalam dalam diri seorang guru, guru sebagai
pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu.
● Apabila budaya ilmu berjaya diamalkan di sekolah, ini akan mewujudkan suasana kerja yang positif
seterusnya memberikan impak yang positif kepada murid. Murid akan meniru dan mengikut segala
tingkah laku guru kerana bagi mereka guru adalah idola mereka.
● Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang
dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .
● Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing –masing untuk
mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai
kemahiran literasi dan numerasi.
● Kajian yang dijalankan oleh pelajar UKM pada tahun 2017 keatas guru pendidikan islam
menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada guru akan mempengaruhi kesediaan guru untuk
mengajar dan seterusnya pelaksanaan guru dalam menjalankan PdP. Rajah dibawah
menunjukkan konsep kerangka kajian tersebut.

● Pengetahuan guru yang tinggi mampu menginovasikan PdP Pendidikan Islam agar terus utuh
dan mencapai visi yang utama dalam melahirkan murid yang memiliki ciri-ciri yang holistic.
● Guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘
knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abad ke – 21 .
ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR
 Seorang guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran berfikir
agar dapat membimbing murid-murid menguasai kemahiran berfikir.
 Oleh itu, guru harus mengetahui dengan mendalam sifat-sifat kemahiran
berfikir yang ingin diajar, mengetahui cara untuk mewujudkan suasana
yang dapat menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
 Selain itu, guru juga perlu tahu cara untuk menilai kemahiran berfikir
murid-murid kerana pengetahuan yang sedia ada serta kefahaman yang
jelas akan membentuk praktikal dan jawapan yang tepat.
 Malah, untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan, guru perlu
mempunyai kebolah kemahiran mengajar yang efektif bagi memudahkan
aktiviti pembelajaran murid.
 Jika guru tidak mempunyai kemahiran berfikir, maka pengajaran yang
berkesan tidak dapat dilaksanakan dengan baik (Muhammad Talhah &
Mohd Aderi, 2016).
CIRI-CIRI GURU YANG MENGGALAKKAN
KBAT
 Guru sebagai pemudahcara yang melaksanakan pelbagai aktiviti
berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda
murid dan menggunakan penyoalan aras tinggi kepada murid.
 Oleh itu, antara ciri-ciri guru yang menggalakkan KBAT ialah:

Menggalakkan murid
Melibatkan murid
Berperanan sebagai memberi pandangan
secara aktif semasa
pemudah cara dan membuat
PdP
keputusan

 Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2014).


STRATEGI MENGGALAKKAN KEMAHIRAN
KBAT MURID
Mempelbagaikan
Tingkatkan aktiviti
Teknik menyoal
soalan aras tinggi penyelesaian
masalah

Menggunakan
Pembelajaran Menggunakan
aktiviti pemikiran
berasaskan alat berfikir (peta
aras tinggi dalam
projek minda, i-Think)
buku teks
https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/enam-strategi-berkesan-untuk-bantu-guru-galak-
pelajar-berfikir-secara-kbat-semoga-bermanfaat-1.927602
ASPEK KEMAHIRAN MEMIMPIN
 Kepimpinan yang cemerlang di sekolah dapat mengubah dan
menambahbaik tahap kecemerlangan sesuatu sekolah.
 Menurut Norashikin et. al. (2013), kepimpinan guru merupakan satu
proses keupayaan kepimpinan dalam kalangan guru yang diterjemah
melalui amalan tingkah laku sama ada di luar dan di dalam bilik darjah
atau sekolah yang turut memberi manfaat kepada organisasi, pelajar,
guru dan rakan sekerja demi mencapai matlamat sekolah.
 Seorang guru perlu memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi dan
berkesan seperti kematangan, keikhlasan, kejujuran, keyakinan diri
dan lain-lain.
 Hal ini kerana, guru mempunyai tanggungjawab untuk mendidik
generasi muda dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan
supaya perkembangan murid dalam aspek fizikal, mental, sosial,
estetika dan moral berkembang dengan baik.
KEPIMPINAN GURU
 Suranna dan Moss (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri
kepimpinan guru, iaitu mereka yang:
i. Terlibat dalam proses perkembangan professional: Menjadi mentor
kepada guru baru.
ii. Peningkatan perlongsian ilmu profesionalisme: Memberi tunjuk ajar
berkenaan dengan kemahiran dan teknik pengajaran.
iii. Mempunyai pendirian tentang isu pendidikan: Mampu
mengetengahkan apa yang diyakini betul untuk kepentingan pelajar.
iv. Bertindak sebagai fasilitator: Guru kelas yang berpengalaman,
mempunyai hubungan yang baik dengan pengetua (Hailan,
Rahimah, Zuraidah & Rofishah, 2012).

 Dapat dilihat bahawa guru yang mempunyai kemahiran yang


memimpin akan dapat menjalankan amanahnya dengan baik.
KEMAHIRAN MEMIMPIN GURU TERHADAP
MURID
● PPPM 2013-2025 mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang
berkemampuan untuk memimpin.
● Malah, situasi di sekolah menunjukkan bukti bahawa murid-murid
yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dan mempunyai
sikap kempimpinan akan dilantik menjadi pemimpin di sekolah seperti
menjadi pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan
penolong ketua kelas dan lain-lain.
● Selain itu, guru yang mempunyai kemahiran memimpin yang baik
akan berupaya memimpin proses pengajarannya dengan baik di
dalam bilik darjah.
● Malah, guru juga berupaya menjadi mentor kepada murid-murid dalah
usaha melatih, menyokong, memberi bimbingan dan maklum balas
dalam membentuk keperibadian murid melalui aktiviti di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah
ASPEK ETIKA DAN KEROHANIAN
1. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah menggubal dan
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru pada tahun 1982 untuk
menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi
perguruan di Malaysia.
2. FPG bertujuan untuk melahirkan guru yg berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik dan memelihara sesuatu
masyarakat yang progresif dan berdisiplin.
3. Ciri guru yang berkualiti seperti tawadhu, berakhlak, insan berilmu,
memiliki taraf akademik yang baik dan mempunyai hubungan yang baik
dengan masyarakat

5 PRINSIP ETIKA KERJA KPM

1. Niat yang betul : Guru mestilah melaksanakan tugas dengan niat yang betul
seperti yang dituntut agama
2. Perlakuan yg baik: Guru perlu menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan
perbuatan yang baik sepanjang masa.
3. Penggerak ke arah kebaikan: Perlu menampilkan diri agar menjadi seorang
yang dinamik, maju berdaya saing, cemerlang dalam hasil kerja dan kualiti kerja
4. Memperkotakan apa yang dikatakan: Guru perlu berusaha melaksanakan apa
yang dikatakan, menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan
tindakan apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan
5. Berdisplin dan Beradab: Guru perlu menjaga adab sopan seperti yang dituntut
oleh agama, sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan serta
sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang betul.
KEROHANIAN DAN KEPUASAN KERJA


1. Kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan, rasa bertanggungjawab kepada pencipta
dan menghayati nilai -nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan seharian.

2. Kerohanian juga merupakan salah satu aspek yang membentuk kecerdasan emosi manusia
sebagaimana yang diketengahkan dlm Model Kecerdasan Emosi Goleman – Noriah (2005).

3. Frank dalam Danah dan Marshall (2001) mendefinisikan kerohanian sebagai pengembangan
fikiran tentang pemaknaan hidup yang di dalamnya terkandung nilai-nilai seperti nilai kreatif,
nilai pengalaman, dan nilai sikap.

4. Covey (2005) menyatakan bahawa kerohanian dapat membantu mencerna dan memahami
prinsip-prinsip sejati yang merupakan bahagian nurani kita, mendorong seseorang agar bekerja
dengan ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa bersih.

5. Kecekapan kerohanian sebenarnya boleh dipupuk dan dilatih dan hasilnya akan
menyebabkan manusia dapat merasa bahagia dan melaksanakan tanggungjawab dengan
penuh keikhlasan tanpa rasa tertekan.


6. Menurut Elm dan Nicolas (1993) kepuasan kerja merupakan hasil daripada pengalaman
yang berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka terhadap pekerjaan.
KEROHANIAN MEMBENTUK KEPUASAN KERJA


1. Dalam konteks kerjaya guru, seandainya hubungannya Allah baik, maka didapati hubungannya
dengan manusia juga baik.

2. Kekuatan kerohanian menjadikan seseorang mampu melihat serta mengawal tingkahlaku
seterusnya merasai kehidupan yang bermakna.

3. Guru yang mempunyai kerohanian yang tinggi akan sentiasa menyempurnakan amal ibadatnya
dengan sempurna, menjaga dan memperbaiki kesilapannya, sentiasa menilai kekurangan dan
kelemahan dan menerima apa jua pandangan dan juga kritikan demi meningkatkan lagi tahap
profesionalisme diri.

4. Perasaan positif atau gembira dengan kerja turut dinyatakan oleh Locke (1976) iaitu sikap positif
terhadap kerja disamakan dengan kepuasan kerja sementara sikap negtif disamakan dengan
ketidakpuasan kerja.


5. Menurut Hidayat (2001), individu yang memiliki kerohanian yang tinggi akan mengamalkan etika
dalam bekerja dan dengan cara tersebut akan menikmati kepuasan dalam bekerja
ASPEK PEMBENTUKAN IDENTITI
NASIONAL
. 1. Bina Bangsa : Proses membina bangsa memerlukan usaha gigih seorang guru
dalam menerapkan beberapa mesej pembinaan negara bangsa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru perlu berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum agar pelajar dapat hidup
bersama sebagai satu bangsa demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara.
3. Guru perlu berusaha mengelakkan jurang perbezaan atau sentien perkauman
atau diskriminasi, meningkatkan nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum
agar terhasilnya perpaduan dan integrasi nasional.
4. Guru berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran secara adil dan saksama agar pelajar dapat menterjemahkan dalam
kehidupan bermasyarakat majmuk untuk mewujudkan negara bangsa Malaysia.
ASPEK PATRIOTISME
 Memetik pandangan Profesor Emeritus Dr Ramlah Adam, pemupukan semangat cintakan
negara ini mesti dilakukan dengan berkesan dan berterusan sejak di bangku sekolah lagi
 Walaupun pendidikan patriotisme dilihat sebagai agen sosialisasi yang berkesan dan mantap
dalam memperkasakan semangat patriotisme, namun matlamat untuk mewujudkan murid
yang patriotik sukar untuk dicapai sekiranya inti pati pendidikan tersebut kurang diberikan
penghayatan yang maksimum. Identiti yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara
dengan memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dapat membentuk rasa
cinta negara yang kukuh.
 Peranan guru ini dapat diaplikasikan melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
kelas. Ini menjelaskan bahawa apa yang ingin ditekankan ialah pengisian dan cara
penyampaian serta penilaian keberkesanan pendidikan patriotism
 Menurut Cartledge, Kea dan Ida (2000), pertembungan pelbagai kebudayaan kaum akan
berlaku sekiranya seseorang guru menyampaikan sesuatu ilmu yang tidak sesuai dengan
latar belakang pelajar yang berlainan kaum di dalam kelas.
 Oleh itu, guru perlu sentiasa peka serta bersedia untuk menambahkan pengetahuan tentang
kepelbagaian budaya dalam masyarakat bagi mengelak salah faham antara guru dan pelajar
yang akan memberi kesan negatif terhadap pembentukan perpaduan di sekolah
Terdapat beberapa peristiwa yang telah berlaku memberi gambaran negatif terhadap
peranan guru sebagai agen penting dalam memupuk perpaduan.

Pada tahun 2013 di Gelang Patah, Johor, berlaku insiden seorang guru perempuan Cina mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap kaum tertentu yang dianggap telah menjejaskan reputasi guru sebagai agen
memupuk perpaduan (Utusan Online 2013).
Manakala pada tahun 2016 pula, seorang guru besar telah bersikap perkauman terhadap seorang guru
Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor (Utusan Online 2016).

Peristiwa sebegini boleh menjejaskan keraguan masyarakat terhadap peranan sekolah


sebagai institusi penting yang bukan hanya terbaik untuk memupuk perpaduan kaum tetapi
juga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru sebagai suri teladan kepada
golongan muda.
 Pembentukan semangat kenegaraan sangat penting supaya pelajar sedar akan kepentingan
diri mereka sebagai seorang warganegara yang baik
 Maka, guru yang merupakan golongan pendidik ini terlebih dahulu mestilah berperanan
dengan mempunyai minat, semangat, motivasi serta kreativiti yang tinggi bagi menarik minat
pelajar untuk menjiwai subjek sebegini selain mempunyai silibus dan latihan terkini daripada
masa ke semasa.
 Penyampaian pendidikan berunsur patriotisme yang statik atau kaku, sudah pasti akan
mengundang rasa kebosanan dalam diri setiap murid
 Selain berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan am kepada pelajar, guru juga
mempunyai peluang untuk mempengaruhi pelajar tentang kepentingan nilai, sikap dan
kepercayaan budaya antara kaum (Reynolds 2001).
 Ini boleh dilaksanakan dengan baik melalui perancangan kurikulum yang baik dan sesuai
untuk menerapkan nilai perpaduan. Contohnya pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk
semangat warganegara yang setia kepada negara dan berperasaan bangga pada diri sebagai
rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air.
 Oleh itu, guru sebagai agen sosialisasi yang penting dalam membentuk perpaduan kaum
dalam kalangan pelajar perlu sentiasa menampilkan diri dengan tingkah laku yang positif di
samping bersemangat tinggi dalam penerapan perpaduan kaum di sekolah
KESIMPULAN
Adalah diketahui bahawa setiap murid yang menamatkan alam persekolahan bersedia
menjadi pemimpin bagi diri, keluarga, organisasi serta negara, seterusnya bersaing di
persada antarabangsa. Oleh itu, bagi menghasilkan acuan ini, guru perlulah melihat betapa
besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka kerana generasi di hadapan kita hari ini,
bakal melakarkan keberhasilan negara dalam aspek landskap kepemimpinan negara dan
sumbangannya di arena antarabangsa.

Kepelbagaian tugas dan peranan serta tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru
bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang
profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung
hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.

Guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran
kritis dan penaakulan serta keupayaan belajar berjaya diasah oleh guru kepada anak murid
sebagai persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi.
Guru juga perlu memastikan diri sendiri dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat
holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang memanfaatkan
teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan
pembelajaran murid.

Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak
lain. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru
yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan.

Maka, jelaslah bahawa peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem
pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa terutama dalam enam
aspek utama tadbirurus insan dan kewarganegaraan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai