Anda di halaman 1dari 30

TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN

TARIKH
BIL TARIKH HIJRIAH
MASEHI

10000SM

9500SM
9000SM
8500SM

8000 SM
8000SM

7000SM
TAMADDUN NIL/MESIR/FIRAUN
3100SM

3000SM

3000SM

2700SM
2600SM
1 2350SM
2 2300SM
2270-2233SM
2200SM
2000SM
1991-1792SM
1800SM

TAMADUN MESOPOTAMIA/BABILON
1728-1686SM

1700SM

1780SM

1779SM
1600SM

1600SM
1600SM

1550SM
1530SM

1520SM
1520-1240SM

1570-1545SM

1545-1525SM
1530SM
1502-1448SM

1500SM
1400SM
1361-1352SM
1300-1200SM
1280SM

ERA YAHUDI
1260SM

1240SM

1236SM

1234-1215SM

1200SM
1100-888SM
1020SM

1000SM
1000SM

945SM
936-923SM
936-923SM
900-842SM
884-859SM

875SM
814SM
806-732SM
776SM
733SM
732SM

727-722SM
722-705SM
705-681SM
671SM
600-593SM
605-562SM

586SM

572SM
550-529SM
539SM
539-332SM
529-521SM
521-485SM
500SM

509SM
490SM
480SM
480SM

446SM
330SM

323SM
312-280SM
300SM
226SM
218SM
202SM
133SM
169SM
85SM
69-83
64SM
60SM
51-30SM
48SM
44SM
30SM
37-4SM
7SM
7SM

MASEHI/ERA ROM DAN PARSI


6SM
3SM
0-100M
27M
30M

70M

106M
100M
114-116M
123M
199M
226M
268-273M
300M
330M
354-430SM
433-453M
409M
500M

525M

568-572M
570 M

ERA RASULULLAH SAW


20.4.570M 12 R,awwal
575M
586M
6.8.610M 17 Ramadan
613M

614M

616M

618M
620M

621M

622M

10.9.622M

12.9.622M 1 R,awwal 1H

8 R' Awwal 1H

24.9.622M 12 R'Awwal 1H

623M 2H

624M 2H

625M 3H

625M 3H

627M 5H
627M 5H

628M Zulkaedah 6H

630M 8H

630M 8H
630M 8H
632M 25 Zulkaedah 10H
6.632M 12 R'awwal 11 H

KHALIFAH AL RAASYIDIN
632-634M
632-634M

634-644M

644-656M

644-656M

656-661M

UMAYYAH
661-750M

680M
756M

ANDALUSIA
756-1031M
ABBASIYAH
750-1258M 132H

ASIA TENGGARA
840M

1042-1450M
1048M

1164M 557H

1166M

SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB


1145M 541 - 569H

1187-2.9.1192M 583-588H
1253M

1258M

1261-1517M

UTHMANIYYAH
1281-1924M

1453M 853H
ASIA TENGGARA

1300M

1409-1511M

1450M

1469-1527M

INDIA/MOGHUL
1546M 933H
1606-1636M

1600M - 1900M

1600M

1600M
1400-1960M

1400-1960M

1400-1960M

1400-1960M

1400-1960M

1700M

1774M

1800M

1807-1839M
1839-1851M
1851M

1819M
1818-1883M

1859M

1914-1918M

ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH


1924M

1926M

1930M

1930an

1939-1942M

1947M
1947M

1957M

1972M

1975M

1980M
1981M
1990M

1995M

1996M
1997M

1998M

1998M 1399H

1999M 1400H

1999M 1400H
1999M 1400M
1999M 1400M
1999M 1400M

2000M 1400M

2000M 1400M

2000M 1400M

2001M 1401M
KH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN
PERISTIWA
Zaman Pra Sejarah
Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah,
Semenanjung Tanah Arab
Nabi Idris dilahirkan
Banjir besar Nabi Nuh as dan kapalnya mendarat di Bukit Judi di Turki
Kaum Tsamud Nabi Saleh as dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir dan
suara yang kuat kerana membunuh unta mukjizat. Tempat merka ialah di
Madaen Salleh 800 km ke utara Madinah. Kemahiran kaum nabi Saleh ialah
membina rumah dengan menebuk bukit-bukit.
Kaun Nabi Hud as, iaitu Kaum Aad dihancurkan oleh Allah SWT.
Kaum Nabi Lut as diterbalikkan di bandar Sodom iaitu di Laut Mati, Palestin
kerana kesalahan melakukan homoseksual.
Perkembangan tamaddun Sg Nil tua
TAMADDUN NIL/MESIR/FIRAUN
Wujud 2 Kerajaan di utara dan selatan Sg Nil, Raja Menes menjadikan
Memphis sebagai ibu kota. Raja-raja ini telah mewujudkan lebih 30 Dinasti
yang dibahagikan kepada Kerajaan tua, Pertengahan dan Baru. Pemerintah
ujud dalam bentuk Kerajaan.
Tamadun Sumeria dan Mesopotamia berkembang. Kota-kota yang utama ialah
Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang
Sumeria adalah kaum yang pertama menggunakan roda.
Tamddun Mohenjo Daro-Harappa berkembang di Sungai Indus - Penduduknya
lari apabila diserang oleh orang-orang Aryan
Pembinaan piramid dan Sphinx di Giza Mesir
Pembinaan Piramid Khufu di Mesir
Raja Sargon membina kota Akkad di Mesopatamia (Iraq)
Ascendancy of Ebla (Tell Mardikh) - Pembinaan kota Ebla di Mesopotamia
Pemerintahan Raja Naram-Sin dari Sumeria
Kejatuhan Kerajaan tua Firaun di Mesir
Kemuncak tamadun Dilmun
Dinasti ke 12 Kerajaan pertengahan Firaun
Berkembangnya tamadun Sg Hwang Ho - Bandar pertama di Negri Cina iaitu
Bandar Anyang
TAMADUN MESOPOTAMIA/BABILON
Raja Hamurabi membina Babilon di Iraq. Hamurabi berasal dari sekumpulan
kaum nomad berbangsa Amorites. Beliau adalah raja ke enam dari dinasti
Amorites. Beliau terkenal dengan kod undang-undang Hamurabi yang
menekankan hak asasi manusia. Setelah Hamurabi meninggal Babylon telah
diserang oleh Kerajaan Assyria
Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dan kemudian mengetuai hijrah ke
Palestin dari kota Ur di Iraq
Nabi Ibrahim as menghantar Isterinya Sarah dan Nabi Ismail ke Mekah dari
Mesir. Bermulanya kewujudan telaga Zam-zam
Nabi Ishak dilahirkan.
Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail membina Kaabah dan menyeru manusia
mengunjunginya di atas Jabal Qubais Makkah
Peristiwa Nabi Ibrahim melontar iblis di Jamrah Mina serta penyembelihan
Nabi Ismail as di Mina.
Nabi Yaakob dilahirkan bapa kepada Bani Israel - Yahudi. Nabi Yaakob digelar
Israel (yang berjalan di waktu malam) kerana terpaksa melarikan diri dari
rumah di waktu malam kerana diancam bunuh oleh saudara nya.
Nabi Yusof dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya
Nabi Yusof dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir
yang bernama Zulaikha.
Nabi Yusof dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir
Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir menjadi
kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir.
Dinasti ke 18 Mesir tua yang diketuai oleh Raja Ahmose membangun kota
Thebes di Lembah Nil
Raja Amenhotep dari Mesir memindahkan kota Akhetaton (Tell al-Amarna)
Raja Hittites memecat Babylon. Berakhirnya Dinasti pertama Amorite
Kerajaan Mesir menakluki Nubia Utara dan pantai utara Mediteranea di bawah
Raja Thutmose
Orang Aryan menakluki India
Peristiwa Nabi Yunus bin Matta ditelan ikan NUUN
Pemerintahan Raja Tutankhamun Firaun Mesir
Kemunculan Tamadun Sabak di Yaman

Perjanjian - Siria Utara milik Raja Hittite dan Siria Selatan (Palestin) milik Mesir.
ERA YAHUDI
Lahirnya Nabi Musa as di Mesir dalam waktu pemerintahan Ramses II. Wajah
Ramses Ke II ini diabadikan pada patung penjaga Kuil Abu Simbel di Mesir
Nabi Musa as lari ke Madyan, Selatan Palestin kerana membunuh seorang
Kibti tanpa sengaja dan berjumpa dengan Nabi Shuib as
Nabi Musa menerima mukjizat di Gunung Tursina Sinai
Peristiwa Nabi Musa berjumpa Firaun meminta dibebaskan kaum Yahudi
Peristiwa Qarun ditenggelamkan di Wadi Fayyuum, Mesir

Orang Yahudi dibawah pimpinan Nabi Musa dan Nabi Harun as menyeberangi
Laut Merah dari Mesir (Bandar Memphis) ke Semenanjung Sinai
Peristiwa turunnya Manna dan Salwa sebagai makanan orang yahudi diGurun
Sinai.
Peristiwa orang Yahudi sesat di padang Tih , Semenanjung Sianai selama 40
tahun.
Nabi Musa Menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina bersama-sama ketua-
ketua kaum Yahudi yang meminta dia juga melihat Allah lalu disambar sura
guntur dan mereka mati kemudian dihidupkan kembali oleh Allah.
Peristiwa orang yahudi menyembah anak Lembu
Peristiwa nabi Musa mengembara bersama Nabi Hidir
Peristiwa Nabi Musa menghidupkan orang yang mati dengan memukul dengan
daging Lembu Betina (Al Baqarah)
Damaskus/Damshik ditakluki oleh Raja Aramaeans
Kemunculan Negeri-negeri Sidon
Perlantikan Raja Saul/Thalut sebagai Raja Yahudi yang pertama dan
penubuhan Kerajaan Yahudi yang pertama
Peristiwa Thalut membawa tentera Yahudi menyeberangi sungai dan melarang
merekan minum melainkan sedikit.
Kebangkitan Tamadun MAYA di Guatemala Amerika Selatan
Kelahiran Nabi Daud as. Daud as menantu Thalut mengambil kuasa dari
mertuanya sebagai hadiah kerana berjaya mengalahkan Jalut yang lebih besar
darinya.
Raja Shishak dari Libya mengalahkan Firaun Mesir
Pemerintahan Nabi Sulaiman di Palestin dan Permaisuri Balkis di Yaman
Peristiwa manusia menuntut ilmu sihir dengan Harut dan Marut di Babilon
Kebangkitan Negara Damaskus/ Siria

Kebangkitan Raja Ashur-nasir-pal dan permulaan kejayaan penaklukan Assyria


Israel menjadi vassal Damaskus
Kerajaan Carthage dibina oleh bangsa Phoenicia
Kejatuhan KerajaanAramaean damaskus
Bermulanya sukan Olimpik di Greek untuk menghormati Dewa Zeus.
Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Israel
Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Kerajaan Aramaean dan
Damaskus
Raja Shalmanese V dari Assiria menakluki Tyre
Dinasti Sargon. Ascendency of Assyria
Raja Sennacherib menghancurkan Babylon
Raja Tirhaka dari Ethiopia dikalahkan raja Esarhadon dari Assyria
Orang-orang Phoenicia di bawwah Firaun Nechocircum belayar ke Afrika
Pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, pembangunan semula Babylon dan
pembinaan Taman Tergantung
Raja Nebuchadnezzar iaitu Raja Kaum Chaldea dari Babylon menghancurkan
Jerusalem Ibu negara Israel. Kali pertama orang yahudi dihalau dari Israel
Nebuchadnezzar menakluki Tyre di Palestin
Raja Cyrus membentuk Dinasti Achaenenid di Parsi/Iran
Parsi di bawah Raja Belshazzar menghancurkan Babylon
Phoenicia (Palestin) ditakluki Parsi
Parsi menakluki Mesir
Raja Darius I membina kota Persepolis di Parsi
Kemunculan Faham pemerintahan Demokrasi Di Greek (Athens) di bawah
pemerintahan Pricles
Pembentukan Kerajaan berbentuk Republik di Rom
Raja darius kalah dalam Peperangan Marathon dengan Athen (Greece)
Orang-orang Spartan mengalahkan Parsi diPeperangan Thermopylae

Raja Xerxes dari Parsi dihalau oleh orang Greek di peperangan laut di Salamis
Raja Artaxerxes membuat perjanjian damai dengan Greek
Iskandar Zulkarnaen dari Greek membakar bandar Persepolis. Iskandar
berasal dari Makadunia . Bapanya Philip ke II. Selepas menakluki Greek beliau
meluaskan kuasa ke Turki, Parsi dan Lembah Indus.
Iskandar Zulkarnaen menakluki Babilon dan mati disitu
Raja Seleucus I mengasakan KerajaanbSyria
Kota Petra di Siria menjadi Ibu Negara Kerajaan Nabatean
Orang-orang Parthian dikalahkan oleh bangsa Sassanid
Raja Hannibal dari bangsa Phoenicia menyeberangi Gunung Alps
Raja hannibal dikalahkan oleh Rom
Kemunculan Kerajaan Attilid yang luas di Asia
Raja Antioch IV dari Syria mengalahkan Ptolemy IV di Mesir
Raja Nabataean menakluki Coele-Syria dari Seleucids
Raja Tigranes dari Armenia mengalahkan Makadunia
Rom menakluki Siria
Lahirnya Nabi Zakaria as di Jerusalem
Pemerintahan Cleopatra di Mesir
Julius Caesar dari Rom mengalahkan kota Pompey
Julius Caesar dibunuh oleh Sahabatnya
Rom menakluki Mesir
Pemerintahan Raja Herod yang Agung Raja Israel
Peristiwa turunnya makanan dari sisi Allah kepada Maryam as
Peristiwa Nabi Zakaria yang sudah tua mendapat tanda akan mendapat anak
iaitu Nabi Yahya as. Beliau tidak dapat bercakap selama 3 hari.
MASEHI/ERA ROM DAN PARSI
lahirnya Nabi Isa as di Jerusalem
Lahirnya Nabi Yahya as di Jerusalem
Bangsa Himyar berpindah ke Abyssinnia (Ethiopia)
Nabi Isa as diangkat ke langit
Nabi Yahya dipancung oleh Raja Herod dan nabi Zakaria digergaji kepala oleh
orang-orang Yahudi kerana menyeru mereka ke Jalan Sallah SWT
Raja Titus mengepong Jerusalem hingga penduduknya kebuluran , Kali kedua
orang Yahudi bertebaran dihalau dari Palestin
Rom memusnahkan Kota Petra ibu negara Nabatean Syria
Berlakunya kisah 7 penghuni gua
Rom berperang dengan Parthia
Bangsa Hadria menakluki Wilaya Eufrates
Raja Severus menakluki Mesopatamia
Asas penubuhan Parsi baru
Raja Palmyra menakluki Syria
Runtuhnya Empangan Maarib di Yaman - Akhir Tamadun Sabak
Kota Konstantinople menjadi ibu kota Rom Timur
Pemerintahan Raja Augustine Rom
Attila menjadi Raja kaum Huns
Bangkitnya penghuni gua setelah tidur selama 309 tahun
Berlakunya kisah sekumpulan penganut agama Kristian dibakar hidup-hidup
oleh pembesar-pembesar Yaman/Najran - Ashabul Ukhduud
Abyssinia / Ethiopia/Habshah menakluki Yaman . Mungkin akibat perbuatan
mereka membakar orang-orang beriman.
Kehancuran Kerajaan Rom
Tentera Abrahah Governor Yaman (di bawah pemerintahan Ethiopia)
menyerang Makkah
ERA RASULULLAH SAW
Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
Nabi Muhammad SAW berkahwi dengan Sayyidatina Khadijah
Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu
mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan
pertapaan di gua Hirak
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut
di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua
Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu
turunya wahyu kedua Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara
sembunyi
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi
mengalahkan ahlil kitab.
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr
(15) ...Fasda' maatu' mar.....maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah
secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah
supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu
turun ayat Tabbat Yadaa …
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun
dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif
dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan
Mikrajkan oleh Allah SWT
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di
Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang
wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita
dalam kumpulan itu.
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh
seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu
turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum
Muslimin
Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama
dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan
mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya
baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun
wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini
disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW
kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika
nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi
menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai
kemenangan
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin mengalami
kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit
Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam
bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi
kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300
orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi.
Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh
Allah SWT.
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang
mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang
lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini
memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin
supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian
Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
Nabi melaksanakan Haji Wadak
Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya
di pinggir Masjid Nabi
KHALIFAH AL RAASYIDIN
Abu Bakar (2 Tahun) - dimakamkan di rumah nabi
Kerja-kerja menulis Al Quran di kuli-kulit binatang dan pelepah korma dengan
idea dari Umar.

Umar (10 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah ketika
hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi.
Osman (12 Tahun) berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang
ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq.
Pemilik-pemilik tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah
melalui ketua-ketua kabilah yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di
perkuburan baqi' di Madinah.

Kerja-kerja menulis mushaf Osmani. Beliau memusnahkan koleksi-koleksi ayat


yang telah dikumpul sebelum ini dan menerima pakai satu mushaf sahaja.
Ali (5 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah. Muawiyah,
Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat
mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan
Jamal dan Peperangan Siffin yang mengakibatkan beribu-ribu orang sahabat
mati.
UMAYYAH
Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik,
Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang
bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk
mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang
masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz,
dan Hisyam bin Abdul Malik.
YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq
serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk
dikuburkan di Baqi'
ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah
kerana kejayaannya membangu semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami
krisi dengan puak Khawarij dan Syiah.
UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat
keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifa Umar bin Al Khattab
HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak
lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas
beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
Ilmu pengetahuna telah berkembang dengan baik dizaman ini. Ianya meliputi
bidang bahaa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fikah, tafsir,dan tauhid.
Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-
dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah
lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak
muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran
dibubuh baris bagi memudahkan pembacaan. Di antar tokoh-tokoh sastera
zaman ini ialah;
JARIR
FARAZDAQ
UMAR BIN RABI'AH
JAMIL
Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa
Arab.
Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK
membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina
hospital Kusta
Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agam berkembang dengan pesat.
Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulamak hadis seperti;
URWAH BIN ALZUBIR
IBNU SYIHAB AL ZUHRI
Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya
kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal
ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'
Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya
supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.
ANDALUSIA
Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd
Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini
dikalahkan oleh Kristian di Toledo.
Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih
pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama.
Cordova telah menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah
Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh
dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova
tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat
terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi
karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.
Andalus telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang
antaranya ialah;
IBNU BAJAH - Falsafah
IBNU RUSYD - Falsafah
AL FARABI - Falsafah
IBNU AFLAH - Astronomi
AZ ZARQIYALI - Astronomi
MAJRITI - Astronomi
IBNU BAYTAR - Botani
AL GHAFIQI - Botani]
AL ZAHRAWI - Perubatan
IBNU ZUHRI - Perubatan
IBNU SINA - Perubatan
AL RAZI - Perubatan
IBNU HAZM - Bahasa dan sastera
IBNU ZAINDUN - Bahasa dan Sastera
IBNU FIRNAS - Muzik
IBNU ZIRYAB - Muzik

Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan


kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti
Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan
khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat
kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin
andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran,
memilih biji benih dan menyuburkannya.

ABBASIYAH
Di sebelah Asia - timbul gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim Al Khurasani
dengan bantuan puak Syiah lalu menghasilkan Revolusi yang dipanggil
Revolusi Abasiyyah. Membentuk Kerajaan Abassiyah . dan Khalifah yang
pertama ialah Abul Abbas As Saffah (508 Tahun).37 orang Khalifah Kerajaan
Abbasiyah menjadikan Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas
di tangan Hulagu Khan- cucu Jenghis Khan.
Kota Baghdad telah memainkan peranan yang penting kepad tamadun Ilmu
sama seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah
Harun Al Rashid dan anaknya Al Makmun. Inilah Zaman Keemasan Abbasiyah.
Kegiatan ilmiayah berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn,
terjemahan dan hubungan diplomatik serta perdagangan. i.e Eropah, India dan
Cina.
Hasil kegiatan ilmiah itu mewujudkan tokoh ulamak, ilmuan dan falsafah,
matematik, perubatan, seni dan muzik.. Di antaranya;
OMAR KHAYYAM - Astrologi dan takwim Islam. Buku-bukunya telah diterjemah
ke bahsa Latin
AL KHWARIZMI - Matematik, algebra dan hisab. Bukunya AL JABR WAL
MUQABBALAH telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan diajar di Eropah. Di
antara tokoh barat yang terpengaruh dengan beliau ialah FIBONACCI dan
MASTER JACOB.
AL RAZI - Tokoh perubatan - bukunya AL HAWI dan AL ASRAR telah
diterjemahkan ke Bahasa latin. Al Asrar telah dijadikan bukurujukan di bidang
kimia di barat.
IBNU SINA - Tokoh perubatan - bukunya AL QANUN FIT TIB telah menjadi
sangat berpengaruh di barat.
AL KINDI - bidang Optik, Muzik dan falsafah. Teori beliau dalam bidang optik
telah mempengaruhi seorang pakar mat di barat bernama Roger bacon.
AL FARABI - Falsafah.
Tokoh-tokoh ilmuan ini telah berjaya mengharmonikan falsafah Yunani/Greek
tua drengan falsafah Islam.
Secara amnya pengaruh kedua-dua bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah
membuka mata Barat daln melahirkan kemudiannya apa yang di panggil
Zaman RENAISANCE
ASIA TENGGARA
Kerajaan Islam PERLAK, Kerajaan Islam yang I di Asia Tenggara. Rajanya
yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
Kerajaan Islam Samudera Pasai. Rajanya yang pertama - Meurah Giri atau
Maharaja Mahmud Syah.
Terdapat sebuah batu Nisan menyatakan Islam telah sampai di Brumei. Brunei
muncul sebagai Kerajaan Islam selepas kejatuhan Acheh.

Peristiwa orang-orang Kristian mencuba menggali terowong bawah tanah untuk


mencuri jasad Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Perbuatan ini dilakukan dengan
mengupah dua orang lelaki Spanyol untuk menggali terowong menghala ke
arah makam nabi. Raja pada Ketika itu ialah Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy
yang telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. baginda meminta tolong supaya
diselamatkan. Sultan telah berangkat dengan segera dari Syria ke madinah
bersama 1000 ekor unta selama 16 hari. Akhirnya dua orang nasrani tersebut
berjaya ditangkap dan dihukum bunuh. Baginda kemudiannya menggali keliling
makam Rasulullah dan menuangkan timah cair disekelilingnya.
Seorang ulamak bernama Abdullah Arif telah datang ke Pasai membawa kitab
Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan I.e Kitab Tasawuf. Ini semasa raja ke 4,
Raja ke 5 bernama Merah Silu atau nama Islamnya Malikul Salih. Beliau telah
diislamkan oleh Syarif Makkah.
SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB
Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah Mesir yang
bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan kaum
salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari
tangan Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin
Mahmud Zinkiy (569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari
tangan Kristian tetapi belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau
diganti oleh Raja Mesir yang bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau
Salahuddin Al Ayyubi. Pada masa beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari
cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang gemilang dalam peperangan
salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat
untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas, bertekad
kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran,
bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan,
mampu berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar,
berperikemanusiaan yang tinggi serta berbudi pekerti luhur.

Peristiwa Perang Salib. Berlaku selama 5 tahun. Pada hujung abad ke 6 hijrah
Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan berpecah-
pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk
merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah
menyerbu kaum muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk
melancarkan perang salib secara besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah
turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick, Raja-raja Inggeris, Perancis,
Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von Flander. Namun
perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan di
tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-
pahlawan merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia. Sebenarnya
peperangan salib ini membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah.
Di bawah pemerintahan Salahuddin Islam dapat disatukan semula dari lembah
Nil hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum
muslimin dari pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Dengan teknologi peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula
menyeru jihad pada tahun 1187M.berjaya menghalau kaum salib dan
merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di Medan Pertempuran HATHIN
pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H. Dengan kekalahan ini Eropah
mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja Inngeris yang
terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang
Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani
perjanjian damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH.
Richard kembali ke England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin
meninggal (1193). Sebelum kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak
mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg Jordan.
Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum
muslimin tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah
terlalu letih kerana berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan
Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh
Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat menyatukan umat dengan aneh sekali,
sehingga tidak ada satu daerah pun yang memberontak dalam
pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja Kristian di
Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan masing-
masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-
anak, dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai
Dewan Penasihat Khusus dalam urusan peperangan.
Sultan Abdul Hamid mengecat kubah makam Rasulullah SAW dengan warna
hijau dan kekal sehingga sekarang.
Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah
yang memerintah selama 508 tahun.Umat Islam diperintah oleh kaum yang
tidak beragama dan bodoh buat beberapa waktu.
Dari cabang keluarga Abasiyah wujud Kerajaan MAMLUK yang memerintah
Mesir selama ( 256 ) tahun. Pada mulanya ia hanya seorang gabenor
Abassiyah tetapi telah bertukar menjadi Raja. Pernah menyerang Baghdad
tetapai gagal. Sultannya yang terakhir ialah Mutawakkil III yang dikalahkan oleh
Turki Uthmaniyyah dan dibawa ke Istanbul.
UTHMANIYYAH
Kerajaan Turki Uthmaniyah (643 Tahun). Merupakan empayar Islam yang
terbesar.. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. 37 orang khalifah
Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki
Konstantinopel, Ibu negara Rom Timur atau Byzantium. Usaha menjatuhkan
konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam 800 tahun sehingga munculnya
raja ini yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan turki menakluki konstantinopel
terletak kepada ketinggian dan ketekunan mereka menguasai industri perang,
kepemimpinan dan organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang
persenjataan. Sultan muhammad ini mengikut Drupper adalah seorang yang
mahir dalam bidang Matematik dan berjaya mnerapkannya dalam peperangan.
Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata yang ada pada ketika itu.
Dalam tindakannya menakluki itu Muhammad II sama sekali tidak memikirkan
kemungkinandiadakann perjanjian damai atau gencatan senjata. Tindakannya
itu berjaya bukan sahaja disebabkan lemahnya negara Byzantium ketika itu
tetapi juga disebabkan perancangan beliau yang teliti dan kena pada
masanya.Pada ketika itu teknologi membuat meriam baru saja ditemui. beliau
telah mengarahkan dibuat meriam raksaksa dengan mengupah seorang
jurutera bangsa Hungary dan berjaya membuat meriam yang boleh menembak
peluru seberat 300 kg dan jarak tembakan satu batu. Untuk mengangkat dan
memindah-minsahkan meriam itu memerlukan kekuata 700 orang. untuk
memasangnya pula memerlukan masa selama dua jam. ketika melancarkan
serangan seramai 300,00 orang askar telah dikerahkan dan tentera lautnya
dilengkapi 120 buah kapal perang. Beliau sendiri melepaska 70 buah kapal ke
laut dari jurusan Qasim Pasha dengan meluncurkan kapal-kapal tersebut di
atas papan luncur yang dilumuri lelemak.

ASIA TENGGARA
Batu bersurat di Terengganu. Muncul teori yang menyatakan Islam datang dari
sebelah timur Semenanjung, mungkin China.
Muncul Kerajaan Islam Sulu dan Mindanao di Filipina. Seorang Shaikh dari
Yaman telah berkahwin dengan puteri Raja Sulu. Setelah itu tiba pula
Makhdum Karim atau Tuan Syarif Awliya pada pertengahan kurun ke 14M.
Pada pertengah kurun ke 15M terdirilah Kerajaan Islam Sulu. Sultannya yang
pertama ialah Sultan Shariff Al Hashim. Beliau adalah keturunan Saidina Ali
menerusi cucunya Ali Zainal Abidin yang datang dari Makkah melalui Johor.
Kerajaan Islam Melaka. Menjadi Kerajaan Islam yang paling berpengaruh di
asia Tenggara. Melaka ditakluki Portugis Kristian pada 1511M.
Laksamana Muhammad Cheng Ho dari Cina melawat Melaka.
Tekno;ogi percetkan ditemui di Eropah (German) dan merupakn titik tolak
kepesatan ilmu di Eropah.
Seorang tokoh politik dari Florence, Itali bernama MACHIAVELLI
mengemukakan prinsip pengurusan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
yang sangat bertentangan dengan Islam.beliau mencangakan pahaman
pemisahan anatar POLITIK dengan AGAMA. Agama mengikutnya adalah
urusan individu dan tidak boleh dicampu adukkan dengan urusan kenegaraan.
baginya negara adalah urusan yang terpenting dan mengatsi segala-galanya.
Adanya orang-orang yang saleh dan beragama tidak ada gunanya kepada
negara. Menurut beliau para pemimpin negara harus bersikap seperti kancil,
tidak usah merasa malu memungkiri janji, berdusta, berkhianat, mengabui,
menipu dan bersikap munafik asalkan sahaja semuanya untuk kepentingan
negara.D230
INDIA/MOGHUL
Di India muncul sezaman dengan Kerajaan Uthmaniah, dua kerajaan yang kuat
iaitu;

Kerajaan Moghul Islam yang diasaskan oleh Baber At Timury (Timur Ling/
Tamerlane). Beliau berkuasa sezaman dngen Sultan Salem I di Othmaniyah. Di
antara keturunan rajanya yang terkenal ialah Aurang Zeb yang merupakan raja
terakhir dari keturunan Timur Ling. Beliau juga paling kuat , paling banyak
membuat penaklukan paling kuat rasa keagamaannya dan paling memahami
Al Quran dan Hadis nabi SAW. Beliau hidup mencapai umur 90 tahun dan
memerintah selama 50 tahun. Meninggal pada tahun 1118H. Raja-raja Moghul
tidak mempunyai hubungan dengan eropah dan tidak mempunyai cita-cita
untuk bangkit labih jauh.Mereka memandang rendah kepada orang-orang
eropah yang datng sebagai duta dan sebagainya.
Negara-negara yang lain ialah Kerajaan Shafawi di Afghanistan. Kerajaan ini
terlalu sibuk dengan isu-isu Syiah sehingga melemahkan mereka.. Kedua-dua
keraaan ini masing-masing menyempitkan diri dalam daerah masing-masing
dan tidak mengambil pusing hal ehwal dinegara-negara Islam dan bukan Islam.
Mereka sama sekali tidak membentuk blok Islam. Mereka juga tidak pernah
memikirkan untuk mengembangkan teknologi ketenteraan apatah lagi
mengembangkannya.
Raja Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi raja Kerajaan Acheh. Kejatuhan
Melaka di tangan portugis telah meningkatkan Kerajaan Acheh. Acheh pernah
menguasai Pahang, Kedah dan perak. Kegemilangan Acheh ialah dalam
bidang Ilmu. Pada masa itu bangkit alim ulamak seperti Hamzah Fansuri dan
Nuruddin Arraniri. Raja pada ketika itu ialah Iskandar Thani i.e pada Kurun ke
17 M.
Dari Sulu islam berkembang ke Mindanao dibawa oleh Syarif Muhammad bin
Ali Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan gelaran Kabungsuan. Beliaulah
yang mendirikan Kerajaan islam Mindanao. Pada kurun ke 16.. Sultan Kudrat
adalah sultan yang pertama bergelar Sultan di Mindanao. Kerajaan islam
Mindanao telah berjaya menyatupadukan penduduk Islam di Mindanao untuk
menentang Spanyol Spanyol. Sultannya yang terakhir bernama Sultan
Mangingin dipaksa oleh Spanyol berpindah ke Sibugay.
Dalam masa yang sama muncul Kerajaan Islam Pattani. Islam tiba di Pattani
kira-kira Kurun ke 14 iaitu sewaktu dengan kedatangan Islam di Melaka.
menurut sumber tempatan ,orang pertama memeluk Islam di Pattani ialah
Chaw Sri bangsa, anak raja Siam. Beliau kemudiannya bergelar Sultan Ahmad
Syah.. Walaubagaimanapun hikayat yang termasyhor, orang pertama masuk
Islam ialah Phaya Tu Nakpa. yang mengislamkannya ialah Syeikh Said Al
Bursosi dari Pasai, beliau berasal dari Yaman . Menurut ceritanya, Raja Siam
yang masih Budha itu mengalami sakit gatal kurap yang tidak kunjung sembuh.
Seorang memberitahu agar merujuk sakitnya kepada seoran pendatang iaitu
Sheikh Said. Sheikh said berjaya mengubati nya dengan berkat jampi serapah
dan doa. Dan sakit kurap beliau pun sembuh. Sang raja bertanya apa hadiah
yang dipinta oleh Sheikh, jawbnya minta baginda memeluk Islam. bagindapun
memeluk Islam. Beliau kemudiannya memerintah dengan nama Sultan Ismail
Shah atau Sultan Muhammad Shah. Keturunannya yang terakhir ialah Raja
Abd Kadir Shah. beliau dibuang negeri ke Kelantan bersama istananya sekali,
dan meninggal di Kelantan.
Beliau adalah datuk kepada Tengku Ahmad Rithauddeen, UMNO Kelantan dan
Baginda Tungku Budriah Raja Perempuan perlis yang ada sekarang.
Dalam masa yang sama di Pulau Jawa muncul Kerajaan Islam Demak dengan
pimpinan Wali Songo, Pajang dan Mataram. Di Borneo muncul Kerajaan
IslamBanjar dan di Indo China muncul Kerajaan Islam Champa. Kerajaan-
kerajaan Islam ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan islamTurki
Uthmaniyah dan Kerajaan Moghul di India. Semua perkembangan Islam di
Timur Tengan memberi kesan kepada Kerajaan islam di Asia Tenggara.
Islam telah mengubah sistem hidup orang Melayu Asia Tenggara dari
kehinduan kepada kemuliyaan islam. Di antar yang terpenting ialah sistem
pemerintahan beraja yang menetapkan raja sebagai wakil Allah di Bumi yang
menegakkan keadilan. Hukum-hukum Islam dilaksanak sepertu jenayah curi,
zina, nikah kawin, jual beli dan pembahagian harta pusaka. Melak telah
menjadi pusat penyebaran Islam semasa sultan Muzaffar Shah dan Acheh
bergelar serambi Makkah. Islam telah melahirkan semangat menentang
penjajahan kafir dalam erti jihad. dari sisnilah timbulnya semangat Kebangsaan
Melayu menetang penjajah Inggeris, Portugis dan belanda. Di antara tokoh-
tokoh agama yang menyumbang kepada semangat kemerdekaan asia
tenggara dari penjajah ialah Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji
Abas bin Mohd Tahadi Tanah Melayu, Hj Abdullah Ahmad dan Hj Abdul malik
karim Amrullah (HAMKA), Hj Omar Said Cokroaminaoto dan hj Agus Salim di
Indonesia.
Islam telah mendemokrasikan pendidikan umat Melayu. Pendidikan menjadi
hak rakyat dan bukan hak golongan bangsawan sahaja. Istana menjadi Institusi
pendidikan yang penting. Di Istana Melak ada banyak kitab bercorak agama
dan sastera seperti Kitab Durrul manzum, Hikayat muhammad Alhanafiyah dan
Hikayat Amir Hamzah Kebanyakan kitab ini telah musnah akibat banjir,
kebakaran dan peperangan.
Sistem pendidikan di Acheh lebih berkembang maju dengan pemeringkatan
kepada rendah, menegah dan tinggi. Ramai raja mencapai tahap ulamak
seperti sultan iskandar Shah, Muhamad Shah dan Mansur Shah di Melaka dan
Sultan Alaudin Malik Muhamad Amin ShahJohan berdaulat dari Perlak. Tokoh-
tokoh ulamak yang menerima pendidikan sistem Acheh ialah hamzah Fansuri
dan Abdul rauf Singkel.
Setelah zaman Acheh sisitempendidikan Islan tersebar pula di Tanah melayu
dan Pattani yang terkenal dengan kaedah pondok. Pendidkan telah mengubah
tamadun tulisan khat dengan hebat walaupun sebelum itu telah ada sistem
tulisan hindu Palava dan Dewanagari. Kreativiti ulamak telah berjaya
mengubah tulisan arab sehingga menjadi tulisan dan perhubungan melayu
atau jawi. gaya bahasa juga disesuaikan dengan Bahasa Arab.
Beribu-ribu buah kitab telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ulamak dan
cendekiawan Melayu seperti hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin
Alraniri, Muhammad Arsyad Al Banjari, Raja Ali haji dan Sheik Daud Alfatani.
Raja Brunei menyerahkan Sarawak kepada Raja Brook. Peristiwa yang sangat
memalukan umat Islam.
Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan kekalahan yang
teruk akibat kemerosotan teknologi peperangan oleh Kerajaan Uthmaniyah.
Sultannya mulai sedar akan kesilapan mereka
Sultan Salim III - Sultan ini mulai membuat perubahan dengan menggalakkan
teknologi tetapi rakyat sudah beku pemikirannya dan tidak dapat menyahut
seruan ke arah ilmu dan tekonologi. Akhirnya kelompok lama yang tidak suka
kemajuan berjaya memberontak dan membunuh beliau.
Sultan Mahmud II - Pengganti Sultan Salim III
Sultan Abd Majid I - Pengganti Sultan Mahmud II
Sultan Sulaiman III - Semasa pemerintahan beliau Turki mencapai beberapa
kejayaan namun masih belum berjaya menandingi teknologi barat.
Kerajaan Johor menjual Singapura kepada Rafles. Kerugian besar kepada
umat Islam.
Karl Max seorang ahli falsafah German bangsa Yahudi mengahasilkan buku
Das Kapital dan The Comunist Manifesto bersama rakannya Friedrich Engels .
Marx menganggap segala-gala yang mempengaruhi manusia adalah ekonomi
dan pertentangan kelas atau kasta masyarakat.Segala-gala peristiwa yang
berlaku adalah akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Beliau
menafikan peranan nilai estetika, rohani dan keagamaan. Beliau mengasaskan
faham komunis yang sangat anti agama.
Darwin mengemukakan teori Evolusi melalui bukunya The Origin of Species
yang menyatakan Manusia berasal dari monyet. Bermula dari situ Barat
menanggapi manusia sama seperti haiwan.
Perang Dunia I - mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan ialah
37 bilio pound sterling.
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki
akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan
ditambah dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan
Islam.
Kemunculan Mustafa Kamal Attatur sebagai perosak nilai Islam dan bapak
sekularisma di Turki.
Omar Mukhtar, seorang mujahid menentang penjajahan Itali di Libya dihukum
gantung sampai mati oleh Itali.
Kemunculan Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemimpin-pemimpinnya
dibunuh seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb dll. Namun gerakan tetap kekal
hingga ke hari ini.
Syed Qutb dibicarakan oleh mahkamah Mesir dan dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati oleh hakim atas arahan Presiden jamal Abd Naser. Naser
menggantung Syed Qutb sekembalinya dari lawatan ke MOSCOW
Perang Dunia Ke II - mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta poun
sterling sejam.
Penubuhan Negara haram Israel
Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan sebagai parti serpihan yang tidak
puas hati dengan UMNO dari segi perjuangan Islam.
Malaysia merdeka dan mengamalkam dasar sekularisma. Islam terpinggir dari
mainstream kehidupan umat.
Peristiwa Pembunuhan kaum muslimin dari jamaah Ikhwan Muslimin di Hamas
Siria oleh Regim Baath Syria pimpinan Hafez Al Asad
Peristiwa Israel memusnahkan logi nuklear Iraq kerana dikhuatiri menghasilkan
senjata nuklear.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan di Malaysia sebagai salah
satu usaha untuk mendaulatkan Islam seutuhnya di Malaysia.
Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Ruhullah Khomeini
Iraq dengan sokongan Amerika menyerang Iran, tetapi dipatahkan oleh jihad
rakyat Iran.
Amerika menyerang Iraq kerana menyerang Kuwait.
Pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat oleh anggota tentera ahli ikhwan
Muslimin.
SAID HAWWA Seorang pimpinan Ikhwan Muslimin di Syria mati dalam penjara
Syria setelah dihukum penjara oleh presiden Hafiz Al ASSAD.
Kejayaan Sudan melaksanakan undang-undang Syariah
Russia menyerang Afghanistan
Pemusnahan Masjid Babri di India oleh kaum Hindu India yang mendakwa
tapak masjid itu adalah tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh raja Islam satu
ketika dulu.
Peristiwa pembunuhan rakyat Palestin oleh Regim Israel di perkemahan
Shabra dan Shatila
Meninggalnya tokoh gerakan Islam Indonesia - Pak Natsir.
Russia dikalahkan oleh Mujaahidin Afghanistan
Presiden Najmuddin Erbakan disingkirkan oleh Junta Tentera Turki kerana
disedari ingin membawa turki ke arah keagamaan.
MNLF berdamai dengan Filipina. Nur Miswari dilantik sebagai Gabenur dan
Jihad di Filipina diambil aleh oleh MILF.
Afghanistan diperintah oleh Taleban dan menyingkirkan kumpulan Mujaahidin
yang tidak bersatu dan terlalu banyak bertelagah
Gerakan Sufi Darul Arqam di patahkan oleh golongan sekular.
Kaum muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih beramai-ramai oleh kaum
Serbia akibat generasi muda yang sudah hilang identiti Islamnya.

Dunia merayakan 1000 tahun kejatuhan Kerajaan Andalusia dengan


menganjurkan Sukan Olimpik di Barcelona, Spanyol. Dalam upacara
pembukaan sukan tersebut ditunjukkan bagaimana mereka menghalau tentera
Islam dari Andalus.
Anwar Ibrahim, pemimpin Islam masa depan difitnah oleh musuh politik dan
dipenjarakan.
Parti PDIP pimpinan Megawati Sukarnoputri, sebuah parti yang didokong oleh
golongan nonmuslim di Indonesi berjaya meraih undi terbanyak berbanding
parti-parti Islam yang terlalu banyak dan berpecah belah mengakibatkan kaum
muslimin terpaksa berkongsi kuasa dengan minoriti nonmuslim.

Meninggalnya ulamak besar Abul Hasan Ali An Nadawi


MILF berunding untuk berdamai dengan Filipina.
Gerakan Acheh Merdeka (GAM) diaktifkan kembali
Russia menyerang Chechnya dan jihad Chechnya diisytiharkan oleh Umat
Islam.
Osamah bin Laden cuba berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar dengan
kekayaan yang dimilikinya seorang diri.
Timur Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia hasil tekanan barat
terhadap ekonomi Indonesia.
Beribu-ribu umat Islam di Maluku Indonesia disembelih oleh penduduk Kristian
dengan bantuan negara-negara Kristian.
Bukti saintifik menemui bahtera Nabi Nuh a.s di Turki.