Anda di halaman 1dari 2

NURLIYANA ADILA BINTI MOHAMAD RAZAK (264062)

Peniaga saman semula Exco Pahang, ADUN 22/02/2007

 TEMERLOH 21 Feb. - Seorang peniaga, Razali Hassan hari ini menfailkan semula
saman terhadap seorang Exco kanan Kerajaan Pahang dan Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) serta lima yang lain atas dakwaan bersubahat menyalahguna kuasa
dan menyeleweng penggunaan tanah seluas empat hektar milik kerajaan di bandar
Raub
 Dalam pernyataan tuntutannya, Razali menamakan syarikat Coralfare Sdn. Bhd.,
Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin, Naib Ketua UMNO
Bahagian Raub, Datuk Ir. Azinudin Abd Rahim, Yayasan Raub dan beberapa yg lain
sebagai defendan.
 Beliau mendakwa, Coralfare Sdn. Bhd. telah memasuki satu perjanjian dengan
kerajaan negeri Pahang secara menipu dengan representasi salah dan telah memohon
untuk memperoleh 47 hak milik individu.
 Beliau mendakwa, Coralfare gagal untuk memberitahu Yayasan Raub bahawa
yayasan yang ditubuhkan untuk kebajikan rakyat itu telah dilantik atau dipilih oleh
kerajaan negeri Pahang sebagai rakan usaha sama dengan syarikat itu.
 Razali juga mendakwa, Azinuddin ingkar dalam tanggungjawabnya sebagai fidusiari
(pemenang amanah) untuk Yayasan Raub apabila membenarkan Coralfare mengambil
alih pembinaan di atas tanah itu sedangkan usaha tersebut telah dimulakan oleh
yayasan itu semasa beliau menjadi pengarah Yayasan Raub.
 Beliau turut mendakwa Shahiruddin dll bersubahat dengan Coralfare untuk
mengelirukan Pejabat Tanah dan membenarkan syarikat itu memohon hak milik itu
atas nama syarikat terbabit sedangkan mereka semua mengetahui bahawa Yayasan
Raub telah dilantik sebagai rakan usaha sama dan permohonan perlu dibuat secara
bersama.
 Justeru, Razali menuntut satu injuksi bagi melarang Coralfare sama ada secara sendiri
atau melalui ejen-ejen daripada terus mengusahakan tanah berkenaan.
 Beliau turut menuntut satu perintah bahawa perjanjian yang dimeterai antara
Coralfare dan kerajaan Pahang pada 23 Ogos 2004 sebagai tidak sah dan terbatal
daripada awal lagi, selain menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan oleh
Penolong Kanan Pendaftar.
SOALAN

Adakah permohonan injuksi berjaya dan apakah alasan mahkamah?

 Permohonan injuksi dalam kes ini adalah berjaya kerana beliau memohon satu injuksi
terhadap defenden pertama ia itu Coralfare Sdn Bhd.
 Mahkamah – berdasarkan seksyen 29(1), hanya injuksi kekal yang tidak dibenarkan
terhadap kerajaan. Oleh itu, injuksi sementara dibenarkan,

INJUKSI SEMENTARA
 Seksyen 51(1): Injuksi sementara adalah utk suatu tempoh masa yg ditetapkan @
sehingga satu perintah lagi dikeluarkan oleh mahkamah.
 Ia boleh dikeluarkan di mana-mana peringkat prosiding dan hanya berkaitan dgn kes-
kes sivil.
 TUJUAN: untuk mengekalkan status quo perbicaraan yg tertangguh & sementara
menunggu keputusan.

S 29 (1)
 Dalam mana2 prosiding @ tindakan terhadap kerajaan, mahkamah tidak akan
memberi injuksi atau perlaksanaan spesifik kepada pemohon tetapi boleh
mengeluarkan satu perintah sebagai ganti injuksi @ perlaksanaan spesifik yang
mengisytiharkan hak pihak2 tertentu.

Anda mungkin juga menyukai